12 Jun 2021
ISU PENCEROBOHAN 16 PESAWAT TENTERA CHINA : JINGGA13 DESAK PM DEDAHKAN ANGGOTA KABINET "PENGKHKHIANAT" YANG TIDAK SELESA DENGAN KETEGASAN TUDM
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesan penerbangan mencurigakan sebanyak 16 buah pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia, Kota Kinabalu dan menghampiri ruang udara nasional pada 31 Mei 2021. Walaupun Beijing mendakwa kemasukan 16 buah pesawat tentera tersebut adalah siri latihan dan itidak menyasarkan mana-mana negara, hakikatnya ia berlaku dalam ruang udara EEZ Malaysia dan juga ruang udara kawalan negara dan ini adalah merupakan satu pencerobohan seperti yang termaktub dalam Perkara 88 Konvensyen Undang-undang Laut Antarabangsa 1982 (Unclos)
Tahniah dan syabas kepada TUDM yang telah bertindak tegas dalam isu pencerobohan 16 Pesawat tentera China tersebut. TUDM tanpa ragu-ragu mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara seharusnya dipuji dan menerima "tabik hormat" daripada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan negara .
Namun begitu terdapat seorang anggota kabinet yang tidak selesa dengan ketegasan TUDM dalam mempertahankan kedaularan dan kesrlamatan negara . Ini satu tindakan "pengkhianatan" yang tidak boleh dimaafkan . Beginikah sikap seorang Anggota kabinet Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang tiada ada rasa cinta pada negara, sepatutnya beliau memertahankan ketegasan TUDM tetapi sebaliknya . Adakah beliau merupakan balaci kerajaan China dalam negara ini ?
Kita juga sedar dan tidak lupa terhadap ungkapan " abang besar " yang pernah diberikan oleh seorang anggota kabinet negara ketika bertemu dengan rakan sejawatnya dari negara China . Apakah yang dimaksudkan dengan ungkapan " abang besar " tersebut ?
TS Muhyidin Yassin selaku Perdana Menteri mesti mendedahkan dengan segera siapakah Anggita Kabinet yang kurang ajar dan biadab mempertikaikan tindakan TUDM , serta mengambil tindakan tegas dengan memecat menteri tersebut . Isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dikompromi sama sekali. TS Muhyidin Yassin jangan cuba menutup dan memyembunyikan Anggota Kabinet "pengkhianat" tersebut !
Malah belum pun habis insiden 16 pesawat tentera China kita dikejutkan lagi dengan pencerobohan kapal peronda maritim China di menceroboh berhampiran Beting Patinggi Ali yang terletak hanya 84 batu nautika di Pantai Miri. Tidak sampai sebulan kedaulatan negara terus terusan di injak negara China .
Apakah mereka menjadi begitu berani dan "besar kepala" kerana pemimpin yang bertanggungjwab dalam hal ehwal luar negara kita amat lemah sehingga kedaulatan dan keselamatan negara tergugat dan dipermainkan ?
Kerajaan PN seharusnya mendepani isu ini dengan betul demi mempamerkan kepada rakyat bahawa dalam hal kedaulatan dan keselamatan, kita tidak akan berganjak walaupun berhadapan kuasa besar seperti China .
Sedang pasukan keselamatan kita bermatian mempertahankan kedaulatan negara, ada pimpinan negara yang cuba mentafsirkan sendiri bahasa diplomasi sehingga kita dilihat lemah .
MUAFAKAT*PRIHATIN*BERANI
FARIZ MUSA
Ketua Koordonator
Jingga13 Malaysia