UMNO NAFI PECAT HISHAMUDDIN


Umno nafi pecat Hishammuddin



Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, berkata tuduhan mengenai pemecatan itu adalah palsu dan fitnah jahat.

PUTRAJAYA: Umno nafi memecat Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein daripada parti itu hari ini.

Malah Setiausaha Kerja Umno, Mohd Sumali Reduan, turut menafikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) diadakan hari ini.

Sumali mengesahkan surat pelucutan keahlian Umno yang didakwa dikeluarkan kepada Hishammuddin seperti tular di media sosial adalah palsu.

“Saya sahkan tiada mesyuarat MKT Umno diadakan hari ini apatah lagi pelucutan keahlian. Ini semua palsu dan fitnah jahat,” katanya ketika dihubungi.

Surat yang tular kononnya Umno memecat Hishammuddin Hussein.

Terdahulu, tular surat kononnya Hishammuddin yang juga Ketua Umno Sembrong, dilucutkan keahlian serta-merta berikutan perkembangan politik semasa tanah air.

Sebelum ini, sebuah portal melaporkan kononnya Menteri Luar itu bakal dilantik  sebagai Perdana Menteri selepas Muhyiddin Yassin mengundur diri daripada jawatan berkenaan dalam masa terdekat.

Portal itu turut melaporkan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam rombakan Kabinet akan datang.

BERITA PALSU ATAU BENAR ???



MOHD ASRI ABU BAKAR


Seorang Ahli Parlimen dari PKR mengesahkan kepada kami yang beliau dihubungi Menteri Luar Dato Seri Hishammuddin Hussien bagi mendapatkan sokongan SD. Hishammuddin didakwa menawarkan RM 10 juta beserta jawatan kabinet kepadanya.

Menurut MP itu lagi, Hishammuddin memaklumkan Istana mahukan SD yang cukup dan beliau bersama seorang Menteri Kanan sudah mempunyai  angka yang meyakinkan. Katanya lagi SD dari semua parti termasuk Sarawak telah diperolehi.

MP itu turut mengesahkan kenyataan media malam tadi oleh Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tentang usaha mengumpul SD oleh individu yang tidak mengetuai parti.

Kami telah menghubungi pihak Dato' Seri Hishammuddin namun tiada respon daripada pejabat beliau. Keadaan yang sama apabila kami bertanya tentang ketidakhadirannya di mesyuarat dewan tertinggi Barisan Nasional pada selasa.

No comments: