MEMATIKAN RASUAH SATU MATALAMAT, KENAPA ANWAR DISEKAT?

 


KAK IDA ABDULLAH


Trial of Anwar Ibrahim Enters Final Stage in Malaysia - WSJ


Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah penuh adil. Dua tahun tidak lama tetapi negaranya dipayungi rahmat dan barakah Allah. Buminya subur, rakyatnya makmur sehingga tiada yang layak menerima zakat, terlindung dari penyakit merbahaya dan berjangkit. Description: 😇

Membaca ceritanya sudah mendatangkan bahagia, tapi tiada pemerintah ingin berusaha menjayakannya. Tiada pun pemerintahan Khalifah Umar Al Aziz disebut dibibir pemimpin Islam membicarakannnya. Description: 😔

Apabila sdr Lim Guan Eng menyatakan hasrat murni beliau ingin mentadbir seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, beliau disindir, dipersenda oleh para Muslim yang bersyahadah. Mereka gagal berdakwah sehingga Lim Guan Eng beriman, malah mengelirukan dan menjauhkannya dari Islam dan mengenal Tuhan. Description: 😏

Apabila 2 orang Yahudi ditanya rahsia kehebatan mereka oleh Habibie dan mendapat jawapan, menangis Habibie dan mengikuti langkah Yahudi sehingga beliau mengalahkan mereka dan kekal sebagai seorang Muslim yang lebih baik. Description: 😍

Dalam membesarkan anak-anak adalah tanggungjawab setiap ibu bapa juga setiap orang dewasa berakal waras yang walau tiada kena mengena dengan anak itu mendidiknya menjadi insan yang akan memberi manfaat kepada insan lain bukan sekadar menjadi insan berjaya untuk dirinya. Saya menjadi saksi, mendengar seorang graduan perubatan warga Afrika yang memberi ucapan pada hari Konvokesyen (di Moscow), "it takes a village to raise a child" kerana keputusan cemerlangnya. Walau ibubapanya atau wakil dari perkampungan tidak berkemampuan untuk ke sana meraikan kejayaannya dia telah berjanji akan memberi khidmat yang akan memanfaat kaumnya. Sedangkan jika anak kita graduan sebagai seorang doktor sudah berkira-kira harta yang bakal dikumpulnya. Description: 🤭

Seorang kaya bukan sipenggumpul harta seperti Qarun tetapi seperti Abdurrahman bin Auf yang kekayaan hanya singgah sebentar kepadanya untuk mengalir kepada ummah dengan adil. Description: 😍

Jika Anwar Ibrahim dapat mentadbir negara ini dengan membanteras rasuah dua tahun atau dua bulan sekalipun di mana salahnya sehingga usahanya ditolak dan dipersenda? Jika rasuah yang telah membarah dalam negara yang sedikit demi sedikit tercabut barakahnya mahu dimatikan oleh Anwar tidakkah negara, sultan dan rakyat akan mendapat manfaat darinya? Description: 🤔

Pastinya negara, sultan dan rakyat mendapat rahmat dan berkat jika rasuah berjaya dibasmi oleh pentadbiran Anwar Ibrahim, persoalannya KENAPA BELIAU DISEKAT? Description: 🤔

Jika tangan para Sultan, yang saya amat yakin ingin membantu rakyat mereka yang ramai tenat di waktu ini diikat kerana tidak dapat memecat Perdana Menteri yang berkhianat, apa yang perlu rakyat dan para sultan lakukan untuk menyelamatkan negara yang menuju kehancuran? Pasti ada solusi pada setiap permasalahan.

Perlu diingat dan faham, rakyat dan para sultan berpisah tiada sedangkan ahli politik jujur tidak berdosa diberi sokongan dan yang zalim haram dikekalkan.

Semuga para sultan mencapai jalan

terbaik

membela rakyat kerana janji Allah melindungi rakyat dengan rahmat apabila Khalifah yang diamanah menjaga hamba-hambaNYA memerintah dengan adil dan saksama.