MENTERI PUN PANIK DAN TERCENGANG BODO



Bukan rakyat saja buat panic shopping, menteri Malaysia pun panic tercengang-cengang tak reti apa nak buat!

Menjelang 24 jam pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan oleh PM, langsung tidak ada kenyataan balas oleh mana-mana menteri untuk bantu memudahkan urusan rakyat selama 14 hari ini.

Menteri Pengangkutan tak beritahu bagaimana pergerakan rakyat dapat dibantu tanpa menambah risiko penularan wabak.

Menteri Sumber Manusia langsung tak sebut secara terperinci sektor mana yang akan terjejas dan apa jaminan bagi pekerja-pekerja swasta bergaji hari.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan tak beri jaminan dan mekanisme bagaimana rakyat boleh dapat cukup bekalan makanan harian dalam tempoh larangan.

Menteri KPDNHEP tak cakna tentang panic buying dikalangan rakyat, begitu juga dengan jualan topeng muka dan sanitizer yang menjadi kegusaran rakyat.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Menteri Perusahaan, Komoditi dan Perladangan tiada langkah proaktif untuk pastikan pendapatan usahawan-usahawan kecil yang terpaksa tutup bisnes dalam tempoh larangan.

Menteri Kerajaan Tempatan sibuk makan malam dengan taikun, tak nak ke bantu majlis perbandaran disinfeksi tempat-tempat awam seperti masjid.

Menteri Pengajian Tinggi lambat buat pelan pergerakan pelajar yang terpaksa pulang ke kampung kerana IPT ditutup.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat gagal sediakan solusi bagi membantu ibu-ibu bekerja yang terpaksa jaga anak kerana penutupan taska.

Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya menjadi tonggak dalam isu ini, langsung tak dengar cerita.

Menteri Tugas-tugas Khas yang kita pun tak tahu apa tugasnya. Sepatutnya dalam situasi begini, dia diberi tugas penting. Barangkali masih sibuk dengan kereta terbang.

Perdana Menteri, buat mesyuarat nasional tentang COVID-19, tak jemput Menteri Besar parti lawan!

Nampaknya rakyat perlu berhenti bergantung kepada menteri-menteri.

We fight this battle, and we fight hard!
#CopyNshare

😎

GAMBAR - GAMBAR : HARAP ADA MAKANISME LAIN. POLIS PULAK BERTAMBAH BEBANAN KERJA.


Ibrahim Mat Isa

Satu kerja pulak PDRM kena buat melayani permohonan orang nak balik kampung report. Harapnya ada la mekanisma yang lain lebih lancar. Polis pun tak perlu ada tambahan beban kerja.

Ini pun satu bala juga ni. Ermm.. kesian!

#Covid19





MENTERI PH 22 BULAN KENA MAKI TAK TUTUP TWITTER

Mesyuarat Khas: KSN mohon maaf atas kekhilafan MB dan KM lima negeri tidak dijemput



Mesyuarat Khas: KSN mohon maaf atas kekhilafan MB dan KM lima negeri tidak dijemput
Ketua Setiausaha Negara, Mohd Zuki Ali memohon maaf atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan bagi menghadiri Mesyuarat Khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri yang diadakan hari ini.
Kata beliau, merujuk kepada Mesyuarat Khas Menteri Besar dan Ketua Menteri pada 17 Mac 2020, YAB Perdana Menteri telah mengarahkan agar semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir tanpa ada sebarang pengecualian.
“Sehubungan itu, saya bagi pihak urusetia mesyuarat ingin memohon maaf atas kekhilafan yang timbul berkaitan dengan jemputan yang hanya dikeluarkan kepada semua Menteri Besar dan Ketua Menteri Kerajaan Negeri dari Parti Komponen Kerajaan Persekutuan.
“Bagi Negeri Pulau Pinang, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Sabah, hanya Pengarah Pembangunan Negeri yang dijemput hadir,” kata beliau.
Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri memandang serius tentang perkara ini dan menyatakan pendirian jelas beliau untuk bekerjasama dengan semua Kerajaan Negeri tanpa mengambil kira apa jua latar belakang parti politik khususnya berkaitan perkara yang menjadi kepentingan utama negara seperti wabak Coronavirus (COVID-19).
“Dimaklumkan YAB Perdana Menteri telah mengeluarkan arahan supaya semua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput hadir mesyuarat khas bagi menangani penularan COVID-19 pada masa akan datang,” kata beliau.
Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan petang tadi, kesal atas tindakan Putrajaya yang tidak menjemput menteri besar dan ketua menteri lima negeri iaitu Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Sabah bagi menghadiri Mesyuarat Khas bagi menyelaraskan Perintah Kawalan Pergerakan antara negeri yang diadakan hari ini.
Jelas kenyataan itu lagi, tindakan kawalan Covid-19 yang tidak mengambil kira sebahagian wilayah dalam negara pasti akan menggagalkan usaha pengawalan itu.

Muhyiddin is not the PM for all Malaysians – what a wretch we have for a PM!


P Ramakrishnan
Former President of Aliran
17 March 2020

Malaysians are flabbergasted that we have an uncaring Prime Minister who doesn’t care for the fate of Malaysians in five states. He comes across as a heartless politician of the worst kind.

When the COVID-19 infected cases are escalating in numbers in Malaysia with two recorded deaths today for the first time, the concern should be for the welfare of all Malaysians. We should take urgent steps to control this dreaded virus throughout the country and protect every citizen – and not only those in the states that are controlled by the Perikatan Nasional (PN).

The total number, as of today, has risen to 673 cases with 120 new infections. The situation is clearly worrying and remains very serious and this is not the time to play petty partisan politics. 
Inclusive politics must come to the fore, and no citizen must ever be given the step daughter or Cinderella treatment.

Does the PM realize that by excluding these five PakatanHarapan (PH) states – Sabah, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah and Penang – he is denying the Malaysian citizens in these states whatever remedial steps that he is implementing in the PN-controlled states? Undoubtedly, whatever policies that are devised and undertaken to fight this vicious virus costs money. The money that is being utilized comes from tax-paying Malaysian from every state.

Is it his policy that we, who are from the PH-controlled states, are not entitled to the safe measures taken to contain this virus? It is an obnoxious and un-Islamic discriminatory policy that is unfair and unjust. It goes against the principles of justice.

If he doesn’t care for these five states, then he shouldn’t care for the taxes derived from these states. If the five states are considered ‘haram’, how can the money from these states be ‘halal’?

If we condemn the discriminatory policy that affects the Palestinians, how can we practise the same discriminatory policy against our own fellow Malaysians? This exposes the sheer hypocrisy of these unprincipledpoliticians. They utter words in the international platform that you don’t honour at home.

We are moved to ask, “Where are your principles, where are your values and where is your ethics? Where is your dignity?”
Someone rightly said, “These stupid biases and discrimination are the reason our country is so screwed up.”
Malaysians will remember this blatant act of discrimination in the face of a national emergency and will punish all those who are party to this injustice come GE-15.

COVID 19: BANI MELAYU PALING TERJEJAS?

KAWALAN PERGERAKAN: RANSANGAN EKONOMI TIDAK MEMADAI TUTUP KERUGIAN

[VIDEO Sidang Media] Ketua Polis Negara berkenaan dengan COVID-19

WAJAR KAH PN BERTINDAK BEGINI?

IBRAHIM MAT ISA

Dalam keadaan negara kita seluruhnya ditimpa bala Covid-19, dengan kita tak sangka kerajaan kudeta PN bertindak ala BN dahulu.

Wajar ke? Nak bagitahu ye, kerajaan negeri Pakatan Harapan kalau bab kebajikan memang duduk di bangku atas dalam perhatian terutama terhadap rakyat bawahan.

Kalau begini perangai PN, nampaknya kita boleh katakan mereka ialah jelmaan BN. Hentikan sikap haprak dan teruk seperti ini!


VIDEO SIDANG MEDIA: Khalid Samad: Apa Implikasi Arahan? Apa Cara Nak Tangani?

JOM KITA LIHAT SEJAUH MANA ORANG SUKA AZMIN BILA ANAKNYA BERTWEET


BILA ANAK AZMIN TWEET 



SEPERTI BIASA LA....ANAK ORANG ADA ADA....NAIK KUDA.....



KUTUKAN PUN DATANG BERTUBI TUBI...



DARI BERBAGAI BANGSA....KAH..KAH..KAH...HANYA KARTEL SUNGGUH-SUNGGUH SAYANG AZMIN





Kakitangan klinik kesihatan geram dengan PM boleh pergi main golf



Kakitangan klinik kesihatan geram dengan PM boleh pergi main golf
Seorang kakitangan klinik kesihatan meluahkan perasaan geramnya di Facebook hari ini berikutan tindakan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang boleh pergi bermain golf di dalam keadaan negara yang sedang panik ekoran wabak COVID-19.
“Kau boleh berjimba pergi main golf weekend, tangguh meeting COVID19 buat hari Isnin, kau ingat langkah bijak nak announce Movement Restriction pukul 10 malam?” soal pengguna facebook yang menamakan dirinya Tuan Mohammad Akmalhakim.
Luahnya, beliau dan isteri terpaksa mencari orang yang boleh menjaga anaknya kerana taska diarahkan tutup dalam masa yang sama anaknya baru sahaja didiagnosis penyakit tangan kaki dan mulut (HFMD).
“Sampai pukul 2-3 pagi aku dengan wife menggagau cari orang yang boleh jaga anak sebab taska tutup. Anak pulak baru diagnosed HFMD, dibekukan cuti kuarantin sebab tak cukup MO, wife pulak susah nak cuti sebab ada officemate dikuarantin sebab COVID19 ni, plus cuti dia yang dah negative.
“Sumpah aku tak boleh brain, kau boleh pergi main golf dalam keadaan tengah shoot up 100++ cases dalam sehari, semalam lagi 100++, latest dah 533 cases,” ujarnya.
Tambahnya, mungkin masalah ini kecil sahaja bagi sesetengah orang tapi tidak bagi mereka yang merupakan petugas-petugas kesihatan yang berdepan dengan wabak ini.
Beliau tidak menafikan pasukan kerajaan yang lalu terutama bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sanggup mengadakan mesyuarat pada hari kedua Chinese New Year dan bekas Menteri Datuk Seri Dzulkefly Ahmad yang sibuk bekerja untuk rakyat pada hari minggu begitu juga bekas Menteri MESTECC Pn. Yeoh Bee Yin terus kerja pada hari kedua selepas majlis perkahwinannya.
“Bukan nak politicking sangat tapi mereka tunjuk usaha mereka sememangnya destined as wakil rakyat, bekerja untuk rakyat.
“Until you come out with an explanation kenapa kena pergi main golf, kau nak cakap tu fake news ke, kau ada backdoor meeting dengan YB Menteri Kesihatan tapi zuhud tak nak bagitahu rakyat ke, atau nak buat permohonan maaf, terserah.
“Or if at least boleh counter-measure dengan sediakan taska 24 jam bagi petugas kesihatan sepanjang musim COVID, until then, you are not highly qualified to be our Prime Minister, sir.
“Ini post geram dan kecewa. Tapi aku cuba tulis dengan berhemah,” katanya.

Institusi zakat digesa salur dana khas bantu peniaga, penjaja kecil



Perintah Kawalan Pergerakan: Institusi zakat digesa salur dana khas bantu peniaga, penjaja kecil
Bagi kakitangan awam dan kerajaan atau bekerja dengan GLC atau syarikat disenarai awam memang seronok.
Boleh cuti dua minggu. Duduk rumah pun gaji tetap jalan. Mahu tidak seronok? 25 haribulan gaji tetap masuk.
Bagi yang kaya dan berduit macam Tony Fernandez atau Menteri kereta terbang si Redzuan Yusof, apalagi macam Muhyidin, mereka masih boleh terus main golf walaupun tidak bekerja setahun.
Tetapi bagaimana dengan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?
Kebanyakan mereka ini Bani Melayu. Bercakap memang mudah, dari 18 hingga 31 Mac. Tidak dibenarkan buka kedai, tidak dibenarkan bersosial.
Tetapi apa langkah kerajaan bantu mereka ini. Yang diumum semalam RM2 bilion projek kecil.
Apa kaitan dengan langkah sekatan Covid-19? Itu pakej rangsangan ekonomi. Lainlah ada ditawarkan penangguhan ansuran bulanan atau sewa untuk hutang isi rumah mereka.
Bayaran RM600 itu pun untuk mereka yang dicutikan dengan notis macam pekerja MAS. Itupun terhad 30,000 orang, bukan peniaga dan penjaja kecil. Peniaga kecil, berniaga warung mana ada notis cuti. Notis kerja pun mereka tiada.
Tarikh 31 Mac ini ada yang kena bayar sewa kedai dan gerai. Ada yang kena bayar kereta. Ada yang kena bayar rumah.
Bagaimana yang berniaga gerai dan warung? Berniaga pasar malam? Pemilik bengkel kereta?
Ada yang pelu penuhi bayaran cek consignment barang dan bekalan atau peniaga kecil lain yang terhenti urusniaga mereka. Tidak ada sebarang insentif.
Ada insentif gantian pendapatan dalam tempoh dua minggu ini? Tiada. Patutnya, mereka yang terlibat, pekerja swasta, IKS diberikan bayaran gantian pendapatan RM50 sehari.
Kakitangan awam, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat senarai awam dikecualikan sebab mereka tetap ada gaji. Negara lain seperti Amerika Syarikat (AS) dan Jepun umum pakej berpuluh bilion dollar. Malaysia?
Ada pelayan kedai dan tukang masak yang dapat gaji harian RM50. Ada pomen kereta yang kena bayar pekerja. Kena bayar sewa. Semua mereka ini kalangan Bani Melayu yang akan berhadapan dengan krisis ekonomi. Tidak ada.
Hari ini main golf, hari Ahad cuti. Petang Isnin terus umum ‘Perintah Kawalan Pergerakan’. Mana rakyat tidak panik.
Jangan pula lepas 31 Mac ini, kalau kita berjaya hadapi krisis wabak dan kesihatan, rakyat berhadapan dengan krisis ekonomi dan pendapatan.
Tidak salah sekarang ini guna dana KWSP atau KWAP untuk gantian pendapatan. Mana boleh umum tutup begitu.
Ada Menteri Agama lakukan satu inisiatif untuk intitusi zakat buat dana khas bantuan Covid-19? Tiada. Mereka hanya kira hendak fatwakan tutup masjid.
Itu belum nasib yang bakal menimpa peniaga kecil. Apabila Lim Guan Eng bangkitkan nasib mereka ini ramai Bani Melayu yang gelak.
Yang berulang alik Singapura itu bani Melayu. Gelaklah sekarang. Sebab anda tidak rasa lagi. Ikut statistik, bani Cina ramai yang ada simpanan. Mereka boleh bertahan tutup sebulan pun.
Yang teruk nanti Bani melayu. Sampai 31 Mac terpaksa meminjam Along. Jangan ada yang terpaksa merompak apalagi pergi pecah atap macam kerajaan hari ini.
Orang macam saya tidaklah kaya mana tetapi mampulah bertahan. Tapi Bani Melayu dalam kalangan penjaja dan peniaga Kecil, apalagi yang bergantung harap dengan gaji harian.
Apapun ada hikmahnya. Kebanyakan yang menyokong Kerajaan Pintu Belakang ini Bani Melayu terutama kelompok bani 40 atau golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40).
Baru mereka dapat rasa apabila Kerajaan Bani Melayu berkuasa rasa bagaimana. Bila perut lapar, bila duit tiada, sudah pasti mereka akan maki kepada kerajaan Bani Melayu itu juga.
Bani Melayu ini bila sesak dan susah, mereka tidak kira dah ‘Buy Muslim First’ (BMF) atau tidak.

[LIVE] Sidang media oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador

Pembelian panik tak untungkan sesiapa – Anwar


By Nizam Zain -  17 March 2020

MGF13032020_PC-ANWAR-IBRAHIM04


MGF13032020_PC-ANWAR-IBRAHIM04
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bercakap pada sidang media khas mengenai perkembangan terkini parti tersebut di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Petaling Jaya. foto AFFAN FAUZI, 13 MAC 2020
KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan tidak melakukan pembelian panik menjelang penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung penularan Covid-19 selama 14 hari,bermula dari 18 hingga 31 Mac ini.

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaliknya menggesa orang ramai agar kembali bertenang dan menghentikan segera pembelian panik yang disifatkannya tidak menguntungkan mana-mana pihak.

“Saya menggesa rakyat untuk bertenang dan hentikan pembelian panik kerana ia tidak menguntungkan sesiapa,” katanya ketika menciap di Twitter miliknya, hari ini.

Semalam, media melaporkan bahawa beberapa pasar raya di ibu negara khususnya pusat pemborong telah diserbu orang ramai dengan membuat pembelian panik dan dalam kuantiti besar.

Pembelian panik itu dipercayai selepas ada pihak tidak bertanggungjawab memutarbelitkan Perintah Kawalan Pergerakan dengan perintah berkurung sedangkan orang ramai masih boleh membeli barang keperluan sepanjang tempoh itu berkuatkuasa.

Dalam pada itu, Anwar menasihatkan mahasiswa di semua institut pengajian tinggi agar tidak kembali ke kampung halaman masing-masing bagi mengelakkan penularan wabak itu.

“Juga kepada semua termasuk para pelajar untuk tidak pulang ke kampung kerana peratus untuk menularnya virus Covid-19 ini amat tinggi,” ciapnya lagi. – MalaysiaGazette


HAH....JASA WALAUNCAI MULUT MASIN....


IBRAHIM MAT ISA

Jumpa dah kecaman walauncai dulu.. Ini ketika naratif kebencian dekat DAP ditiup sekuat hati sampai ramai Melayu haprak termakan fitnah mereka.

Akhirnya, baru dua minggu Melayu Islam rampas kuasa dari DAP kononnya, MASJID SELURUH NEGARA betul-betul kena tutup!
Hah engkau...! Tak paham lagi signal Tuhan?

INGATAN MESRA TAUKE KEDAI, WALAU BUKAN BULAN RAMADHAN

Tiada penerangan foto disediakan.

TERKINI: CEO CIMB tak pernah tolong orang melayu - Tan Sri Profesor Muslim Yacob

BIAR BETUL KERAJAAN ISLAM KELANTAN NI? KA KERAJAAN DAP ?


Nizam Aka

Dengar Semua Rakyat-rakyat yang Berada Di Bumi Kelate...
Masjid Di Seluruh Negeri Kelate Mulai Ditutup untuk Solat Berjemaah dan Solat Jumaat Bermula Hari Ini(Rabu) untuk Tempoh 14 Hari..
Sekian..Ambo melaporkan mewakili Kerajaan PN Negeri Kelate..








BARU 2 MINGGU MUHUIDDIN DAH PERASAN KELEMAHAN MENTERINYA


Pak Cik Kacak

#NotMyPm muhyudin kata menteri yang paling teruk prestasi adalah rina harun Dan zailah.

Aikhh. Tak habis lagi 3 minggu dia melantik menteri itu, muhyuddin sendiri dah dapat laporan prestasi menteri? Cepat betul sb dia bekerja Dan bagi feedback.

Baru dia tahu menteri yg dia lantik semuanya kaki sembang deras atas pentas ceramah sahaja. Bab bekerja semua ke laut.

Itu baru 2 menteri yg muhyudin minta penyokong PNiputaik bersabar dan beri peluang kpd mereka berdua. Menteri cerita keretal terbang, menteri kewangan, menteri semburit dan lain-lain belum dapat laporan prestasi lagi ke?

Baru 3 minggu muhyudin dah lemas.



KEMPEN MAHATHIR MEMBAHAYAKAN MUHYIDDIN?



Hanya beberapa ketika selepas diisytihatkan menang tanpa bertanding sebagai Pengerusi Bersatu, Tun Mahathir Mohamad sudah pun memulakan langkah kempennya.
Melalui media sosial, beliau memperkenalkan tema kempennya ialah #SelamatkanBERSATU.
Sambil memberitahu beliau merupakan pengasas dan mempunyai keahlian No 1 dalam Bersatu, bekas Perdana Menteri itu turut meletakkan gambarnya ketika mengisi borang keahlian parti itu pada tahun 2016 dahulu.
“Saya Dr Mahathir, ahli no.1 BERSATU dan Pengasas parti ini.
“Saya menawarkan diri saya untuk bertanding sebagai Pengerusi untuk #SelamatkanBERSATU yang kini sebahagian pemimpinnya berkerjasama dengan kleptokrat dan UMNO untuk mendiri Kerajaan dari pintu belakang. Sertailah perjuangan kami untuk mengembalikan Parti kita ke jalan yang benar.
#KekalBerprinsip
#SelamatkanBERSATU
“Gambar ini semasa saya mendaftarkan diri sebagai Ahli No 1 BERSATU pada tahun 2016.”
Begitulah apa yang ditulis di laman sosial milik Tun Mahathir sejak petang semalam lagi.
Dengan mempekenalkan tema #SelamatkanBERSATU dalam kempennya, bermakna ia tidak lain ialah untuk Tun Mahathir ingin memastikan kemenangan pasukannya, khusus anaknya Mukhriz yang bertanding merebut jawatan Presiden menentang Muhyiddin Yassin.
Untuk dirinya yang sudah diumumkan menang tanpa bertanding, Tun Mahathir pada hakikatnya tidak perlu lagi berkempen atau memperkenalkan sebarang tema untuk pemilihan ini.
Tetapi, tentulah keutamaan Tun Mahathir kini ialah untuk memastikan Muhyiddin dapat ditewaskan dan anaknya, Mukhriz memperolehi kemenangan.
Meskipun tema #SelamatkanBERSATU yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir masih boleh dipertikaikan sama ada beliau benar-benar ingin menyelamatkan parti atau masa depan anaknya, tetapi di peringkat awal ini Tun Mahathir nampaknya telah berjaya memperolehi kelebihan dari segi sentimen untuk dimainkan dalam gerakan kempennya.
Adalah tidak dinafikan melalui gerakan turun padang dan kempen untuk kononnya menyelamatkan BERSATU itu, Tun Mahathir akan lebih berjaya mempengaruhi ahli dan perwakilan untuk menyokong pasukannya.
Memainkan sentimen dan perasaan orangranai bukan asing dilakukan oleh Tun Mahathir sebelum ini di mana beliau pernah melakulannya ketika mahu menjatuhkan Tun Abdullah Badawi dan Najib Razak sebelum ini.
Ini sekaligus bermakna, dengan mainan sentiman untuk menyelamatkan parti dan menonjol kedudukannya sebagai pemegang keahlian No 1, kedudukan Muhyiddin adalah dalam bahaya untuk mempertahankan jawatan Presiden BERSATU nanti.
Mahu tidak mahu, Muhyiddin yang kini merupakan Perdana Menteri harus meningkatkan lagi usaha dan memikir sesuatu di luar kotak untuk memastikan beliau tidak tewas di tangan Mukhriz yang diusahakan oleh bapanya, Tun Mahathir.
Jika tewas, ia bukan saja merupakan keadaan yang memalukan bagi Muhyiddin serta mengancam kedudukannya sebagai Perdana Menteri, malah akan memberi ruang kepada Tun Mahathir untuk terus dilihat relevan dalam politik negara ini.
Untuk memastikan beliau lebih selesa daripada ancaman dan gangguan Tun Mahathir, Muhyiddin, tanpa kompromi, mesti memastikan bellau dan pasukannya menang dengan bergaya dalam pemilihan Bersatu kali ini.
Setidak-tidaknya jika hanya Tun Mahathir seorang saja yang ada dalam barisan kepimpinan Bersatu nanti, manaka yang lain-lainnya dikuasai oleh pasukan Muhyiddin, ia dengan sendirinya menjadikan seolah-olah tangan dan kakinya selaku Pengerusi Bersatu seolah-olah terikat untuk melakukan banyak gangguan bagi memenuhi dendamnya. (ShahbudinHusin 17/03/2020)