Covid 19: Bani Melayu paling terjejas?
Ipohmali
Bagi kakitangan awam dan Kerajaan… Atau bekerja dengan GLC atau Syarikat disenarai awam memang seronok… Boleh cuti 2 minggu… Duduk rumah pun gaji tetap jalan… Mahu tak seronok… 25hb gaji tetap masuk…
Bagi yang kaya dan berduit macam Tony Fernandez atau Menteri kereta terbang, Si Redzuan Yusof, apalagi mcm Muhyidin… Depa masih boleh terus main Golf walau pun tak bekerja setahun…
Tetapi bagaimana dengan rakyat marhaen yang kais pagi makan pagi… Kais petang makan petang…? Kebanyakan mereka ini bani Melayu… Bercakap memang mudah… Dari 18-31hb Mac… Tidak dibenarkan buka kedai, tidak dibenarkan bersosial…
Tapi apa langkah Kerajaan bantu depa ni… Yang diumum semalam RM 2 billion projek-projek kecil… Apa kaitan dengan langkah sekatan Covid-19… Itu pakej Rangsangan Ekonomi… Lain lah ada ditawarkan penangguhan ansuran bulanan atau sewa untuk hutang isi rumah depa…
Bayaran RM 600 tu pun untuk mereka yang dicutikan dengan Notis macam pekerja MAS… Itu pun terhad 30 ribu orang. Bukan peniaga dan penjaja kecil… Peniaga kecil, berniaga warong mana ada Notis cuti… Notis kerja pun depa tak dak…
Tarikh 31hb Mac ini ada yang kena bayar sewa kedai dan gerai… Ada yang kena bayar kereta… Ada yang kena bayar rumah… Bagaimana yang berniaga gerai dan warong… Berniaga pasar malam… Pemilik bengkel kereta… Ada yang perlu penuhi bayaran Cek consignment barang dan bekalan… Atau peniaga kecil lain yang terhenti urusniaga depa… Tidak ada sebarang insentif…
Ada insentif gantian pendapatan dalam tempoh 2 minggu ni ? Tak dak… Patutnya mereka yang terlibat, pekerja swasta, IKS diberikan bayaran gantian pendapatan RM 50 sehari… Kakitangan awam, GLC dan Syarikat senarai awam dikecualikan sebab depa tetap ada gaji… Negara lain seperti US dan Jepun umum pakej berpuluh billion Dollar… Malaysia?
Ada pelayan kedai dan tukang masak yang dapat gaji harian RM 50… Ada pomen kereta yang kena bayar pekerja… Kena bayar sewa premis… Semua depa ni kalangan bani Melayu yang akan berhadapan dengan krisis Ekonomi… Tidak ada… Hari ini main Golf… Hari Ahad cuti… Petang Isnin terus umum macam tu… Mana rakyat tak panik…
Jangan pula lepas 31hb Mac ini, kalau kita berjaya hadapi krisis wabak dan kesihatan… Rakyat berhadapan dengan krisis Ekonomi dan Pendapatan… Tak salah sekarang ni guna dana KWSP atau KWAP untuk Gantian Pendapatan… Mana boleh umum tutup macam tu… Ada Menteri Agama buat satu inisiatif untuk Intitusi Zakat buat dana khas bantuan COVID-19… Tak dak… Depa dok kira nak fatwakan tutup masjid…
Itu belum nasib yang bakal menimpa peniaga kecil… Bila Lim Guan Eng bangkitkan nasib depa ni… Ramai bani Melayu yang gelak.. Gelak lah sekarang… Sebab hangpa tak rasa lagi.. Ikut statistik… Bani Cina ni depa ramai yang ada simpanan… Depa boleh bertahan tutup sebulan pun…
Yang teruk nanti bani Melayu… Sampai 31hb terpaksa meminjam along… Jangan ada yang terpaksa merompak apalagi pergi pecah atap macam kerajaan hari ini… Orang macam aku tak la kaya mana… Tapi mampu lah bertahan… Tapi hat bani Melayu ni hat penjaja dan peniaga kecil… Apa lagi yang bergantung harap dengan gaji harian…
Apa pun ada hikmahnya… Kebanyakan yang sokong Kerajaan Pintu Belakang ni bani Melayu… Lepas tu kelompok bani 40… Baru depa dapat rasa bila Kerajaan bani Melayu berkuasa rasa mcm mana… Bila perut lapar… Bila duit tak dak… Dah pasti depa akan maki kat Kerajaan bani Melayu tu juga… Bani Melayu ni bila sesak… Bila susah… Depa tak kira dah BMF ke tak…