MASUK PENJARA KERANA RASUAH 88% MELAYU?


Norman Radzuan

 Ya yang masuk mahkamah sebab mahu dirasuahkan  88% orang Melayu? Sudah2lah melahirkan rasa kebencian antara kaum disebabkan politik. Tanggungjawab kita pada Allah dan agama itu lebih penting daripada mencipta fitnah membodohkan orang orang bawahan yang kurang pendidikan.

JUARA PECAH BELAH

 


Rakyat tak bosan ke dengan permainan politik rasis seperti yang PAS buat ini? Tak habis nak jadikan agama dan kaum sebagai isu.


Sama ada Melayu ke, Cina ke, India ke atau Muslim, Kristian, Buddha, Hindu atau Atheist sekalipun, yang pasti rasuah tetap salah.


Memang yang memberi itu salah. Tapi kalau yang pegang amanah itu berintegriti dan jujur, rasuah tak mungkin akan terjadi.


Apa lagi kalau dianya seorang muslim. Sepatutnya  kental imannya. Tapi kalau tergoda dengan tawaran wang, sampai salah guna kuasa demi harta, aakah tahap imannya?


Tapi soalnya sekarang bukan kaum atau agama. Soalnya perbuatan rasuah itu sendiri. Tok guru pun kalau rasuah, tetap salah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


Rapat Mega KEADILAN bermula, bariskan pimpinan baharu, gempur Gombak, Ampang




 

 

KEADILAN akan menganjurkan Rapat Mega KEADILAN mulai Ahad, 11 September ini sehingga ke tarikh Pilihan Raya Umum ke 15.



Menurut Ketua Penerangan KEADILAN Pusat, Fahmi Fadzil, himpunan tersebut akan diadakan di tapak bazar Ramadan Taman Melawati, Selangor dan bertujuan untuk mengundang rakyat dari beberapa kawasan parlimen berhampiran untuk mendengar kupasan isu semasa daripada anggota pimpinan KEADILAN yang baharu.



"Program rapat mega ini akan menonjolkan saf kepimpinan baharu dan saf kepimpinan utama, termasuk Datuk Seri Anwar presiden parti, Rafizi Ramli timbalan presiden parti, naib presiden, setiausaha agung dan kita meneruskan amalan seperti di program konvesyen pilihanraya yang baru lalu, mengangkat suara rakyat yang kita kenal pasti dalam beberapa sektor atau bidang yang perlu kita tonjolkan dalam isu yang dihadapi rakyat



"Rapat ini adalah siri usaha KEADILAN selepas saf kepimpinan baharu dipilih dan dilantik untuk mengukuhkan jentera dan anggota sama ada di peringkat pusat, Ranting, Cabang atau di peringkat akar umbi. Kita akan saksikan siri rapat mega yang akan diadakan di negeri lain selepas ini.



"Kita mulakan di Selangor dan kita anggap ini satu usaha untuk menggempur parlimen Gombak serta Ampang terutamanya dan beberapa parlimen berdekatan," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN di Petaling Jaya.



Dianggarkan, kata Fahmi, 3,000 hadirin akan datang untuk mendengar ceramah berkenaan dan KEADILAN menyasarkan penglibatan lebih ramai penyokong atau golongan Atas Pagar untuk hadir.



"Dia tidak hanya mensasarkan anggota parti tetapi juga orang ramai.



"Saya percaya dalam minggu dan bulan akan datang, beberapa program utama akan kita saksikan," katanya.

 

Dalam pada itu, Pengarah Mobilisasi KEADILAN Pusat, Yahya Sahri pula berkata program berkenaan akan disekalikan dengan jualan ehsan barang keperluan harian yang disubsidikan harganya oleh kerajaan Selangor, sebagaimana pengumuman Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari pada malam hari Merdeka lalu.



"Bukan sekadar ceramah, kita jemput orang ramai hadir di Taman Melawati untuk jualan ehsan negeri Selangor sebagaimana dilancarkan oleh MB Selangor.



"Kita mula jualan pukul 6.00 sampai malam. Kita jemput orang ramai dari Setiawangsa, Wangsa Maju, Ampang, Pandan dan Gombak bersama kita.



"Inilah parti yang bukan sekadar bercakap tetapi berikan tempat untuk menyelesaikan masalah (inflasi)," katanya.



Yahya dalam pada itu mengajak rakyat turun beramai ramai untuk kembali memenuhkan program ceramah yang telah lama tidak dianjurkan sejak pendemik Covid 19 lalu.



"Kalau dulunya tiap tiap minggu kita ada ceramah, sekarang dah ada media sosial ceramah kurang. Jadi kita jadikan rapat mega ini sebagai pencetus untuk mengadakan ceramah di peringkat negeri dan akan mengerakkan ceramah di peringkat Cabang serta Ranting," katanya lagi.



Rapat Mega KEADILAN akan diadakan di tapak Bazar Ramadan Taman Melawati, parlimen Gombak pada 11 September ini. Program bermula pada pukul 6.00 petang hingga 12 malam.

Sidang media tersebut turut dihadiri Ketua Penernagan KEADILAN Selangor, Halimey Abu Bakar, Timbalan Ketua Penerangan Chua Wei Kiat dan Timbalan Biro Mobilisasi David Cheong.

 

PH bukan jalan pintas untuk keselesaan bagi MUDA - AMK


 Niat parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) untuk menyertai Pakatan Harapan (PH) dan bersama sama menempuh cabaran Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 disambut suara pro dan kontra dalam kalangan akar umbi KEADILAN.


Bagaimanapun menurut Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Prasanth Kumar Brakasam, sayap pemuda itu sekurang kurangnya bersyukur kerana akhirnya MUDA telah mengakui PH merupakan gabungan terbaik menjelang PRU 15.


Dalam masa sama, katanya, parti MUDA perlu menerima konsep berkerja secara kolektif dan tidak terlalu mengharapkan keselesaan bersama PH.


"Apabila sesuatu parti politik bersedia untuk berada di bawah payung PH, akan memberi makna untuk mereka menerima prinsip kerja kolektif dan keutamaan dalam mengangkat suara rakyat, bukan kepentingan mana-mana parti atau individu.


"Jelaslah PH bukan jalan pintas untuk memperolehi keselesaan. Setiap parti komponen dalam PH perlu memberi nilai tambah dalam memperkukuh gabungan," katanya dalam satu kenyataan.


Namun, kata Prasanth, PH tetap tidak boleh melupakan pengalaman pahit yang dilalui sebelum ini ketika ada parti dan individu yang menumpang kekuatan gabungan itu tetapi kemudiannya khianat selepas menang dalam PRU ke-14.


Apa pun, katanya, niat MUDA untuk bersama itu akan diteliti oleh pimpinan PH dan memutuskan yang terbaik untuk gabungan.


"Untuk merumuskan, berhubung hasrat MUDA dan presidennya, Saudara Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang ingin menyertai gabungan Ph, kami percaya kepimpinan KEADILAN dan Pakatan Harapan akan membuat pertimbangan yang wajar dan terbaik," katanya lagi.

INGAT PKR DAN PH- JANGAN LAGI KENA SAILANG ......

 



Akhirnya ada suara gagah berani di kalangan orang muda PH yang lantang menolak kerjasama dengan parti pengkhianat (baca di https://bit.ly/3cWhwEL).

Nurul Izzah jelas menyebut tiada kerjasama dengan PN mahupun GTA dan ianya telahpun muktamad. Kita tidak mahu dipatuk ular kedua kali.

Namun aku sedikit kecewa kerana Izzah masih lagi membuka ruang untuk khemah besar walaupun ia bergantung kepada persepsi dari penyokong.

Apa pun, bagi aku ini pun sudah dikira memadai. Kenyataan begini sudah cukup buat Mahiaddin dan Mahathir menelan air liur payau. Guane boh?

Raja Gelap

 

DOK CERAMAH DI KAMPUNG KITA TOLAK RASUAH..KITA TOLAK PERASUAH.KITA TOLAK PENGKHIANAT.....TAPI DOK RUNDING SEKONGKOL DENGAN PERASUAH DAN PENGKHIANAT

 






‘Rundingan gelap’: PAS-Umno bincang 1 lawan 1 dengan PH, dedah Hashim



PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu
 dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu, kata Mursyidul
 Am PAS, Hashim Jasin.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu di antara mereka dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah PH dan bukannya Bersatu.

“Nak bagi Umno sedar siapa kita nak lawan. Dia bukan Umno lawan PAS, lawan Bersatu, bukan begitu. Kalau boleh berpakat, kita berpakat,” katanya kepada FMT ketika ditanya rundingan MN antara dua parti itu seperti yang disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, 4 Sept lalu.

Sebelum ini Takiyuddin ketika mengesahkan perkara tersebut enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno.

Mengulas lanjut, Hashim mendakwa akar umbi Umno mahukan penyatuan MN namun ditolak “pemimpin atasan mereka”.

“Yang ada seorang kita kenal (tak mahu MN), dia yang sebut begitu. Adakah…(suara) majoriti atau akar umbi dalam Umno sama dengan apa yang dicakapkan tu.

“Sekarang ni kita merasai akar umbi Umno nak kepada perpaduan tu, terpulang kepada pemimpin dia,” katanya.

Pada 3 Sept lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan “rundingan dalam gelap” susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kedua-dua parti sedang berunding melibatkan pimpinan parti hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui siapakah individu dari Umno seperti dimaksudkan Hadi yang sedang menjalankan rundingan dengan partinya.

Dua parti Melayu terbesar itu membentuk pakatan berkenaan pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya dengan matlamat utama menyatukan undi Melayu-Islam. Namun, pada Disember tahun lalu, PAS menolak gagasan MN jika Umno enggan menerima Bersatu dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika itu berkata, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti sedia menerima parti lain termasuk Bersatu dan NGO.


DIA TIDAK BERSUARA SEJAK KES LCS DAN OPV-DIA SEDANG BERSEMBUNYI....DENGAR KES OPV DARI DR MUJAHID,RAMAI YANG TAK ENDAH.







 

KALAU SEDAR AWAL MEMANG BIJAK UMNO : Runding gelap dengan Umno: ‘Wayang’ PAS selepas calon Muhyiddin jadi PM, kata Ahmad Shabery




 HAAAA......MAI NAK BAGI TAU KE UMNO- PH KENA KENCING DENGAN PAS LAMA DULU- PIIHANRAYA KE 13. MASA TU JANJI PUNYA JANJI SEBULAN LAGI NAK PILIHANRAYA, PAS KATA NAK CALON KULI SEBAGAI PM....TU YANG WALAUN DOK EJEK PH HANCING BAGAI TU...WALAUN....YANG TAK CERDIK DOK ULU BANAT SANA MANA DIA TAU HAPA....DI SG ACHEH PENANG SANA...MASA JANJI PKR TANDING..LAST PAS MASUK BERTANDING....NI NAK INGAT KE UMNO...JANGAN PERCAYA LEBAI NI SEMUA....TAKUT UMNO PULAK KENA KENCING JADI HANCING...LA NI MEMANG DEPA KERAP HANCING DAH..RUU 355 UMPAN SEMUA..HUDUD JAUH DAH..LAIN LAIN PUN KE LAUT DAH...JAGA JAGA....


Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata sukar bagi parti itu mempercayai PAS selepas mereka menamakan Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15). (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Menamakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri selepas pilihan raya umum dan terbuka menentang Barisan Nasional (BN) di Melaka dan Johor, menjadi dua petunjuk jelas kenyataan PAS berhubung ‘rundingan gelap’ bersama Umno hanya sekadar “wayang”.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Ahmad Shabery Cheek, berkata PAS tidak pernah serius untuk bersama parti itu, selain kekal memilih musuh, Bersatu, yang dianggap ditubuh untuk “membunuh” Umno.

“Sebenarnya apakah PAS serius untuk bersama Umno atau hanya sekadar wayang. PRN (pilihan raya negeri) Melaka dan Johor bukti PAS tak pernah serius untuk bersama Umno dan memilih bersama musuh Umno, Bersatu untuk ‘bunuh’ Umno.

“PAS kelihatan langsung tak cuba memahami perasaan orang Umno yang ditikam berkali-kali oleh Bersatu dan masih ingin memaksa Umno menerima Bersatu,” katanya kepada FMT.

Ahmad Shabery berkata, timbul kesukaran mempercayai PAS mahu bekerjasama dengan Umno apabila mendakwa parti itu mengistiharkan mereka mahu Muhyiddin sebagai perdana menteri, pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), bukannya Ismail Sabri Yaakob.

“PAS sudah mengistiharkan calon perdana menteri mereka selepas PRU15 iaitu Muhyiddin, sekali gus menolak Ismail sebagai perdana menteri sekarang.

“Tidak pasti dengan siapa PAS berunding dalam gelap, mungkin di kalangan yang menjadi jurucakap Bersatu dan mahukan Muhyididn kembali menjadi PM,” katanya.

Hari ini, FMT melaporkan Mursyidul Am PAS Hashim Jasin, mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu menentang Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu.

Pendedahan Hashim itu menyusuli kenyataan Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan ketika mengesahkan perkara itu enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno.

15 KERUSI MENYEBABKAN PH GAGAL BENTUK KERAJAAN.

 



Nak bertanding 15 kerusi. Banyak tu. Dan 15 kerusi itu boleh sebabkan PH gagal bentuk kerajaan. Satu kerugian kalau terpaksa korbankan kerusi sebanyak itu untuk satu parti yang tiada kekuatan.

 

Berapa ahli MUDA sekarang? Aku duduk di DUN Puteri Wangsa yang dimenangi oleh calon MUDA dalam PRN baru-baru ini. Serius aku tak pernah pun nampak lambang muda mana-mana di sini.

 

Pemimpin PH tak reti nak faham. Rela ditunggang oleh budak mentah yang biadab ni. Bagaimana budak yang tak tahu hormat DS Anwar ini hendak dijadikan rakan? Macam kerja bodoh.

 

Biarkan saja MUDA sendiri. Tengok sekuat mana budak mentah tu. Konon nak corak politik Malaysia tapi nak senggayut di dahan PH. Politik apa yang kau boleh corak kalau bersikap penakut begitu?

 

Kalau PH beri lagi MUDA bertanding di kawasan boleh menang seperti yang terjadi pada DUN Puteri Wangsa ini pada PRN lepas, memang otak kayu la. Guane boh?

 

 

Raja Gelap

 

 


KATANYA ....LOKAP TAK DUDUK...DOK LAM UMAH ..,


 Zunar cartoonist fan club.



Alliance of the Losers.

 Alliance of the Losers.




GTA dihuni oleh Pejuang dan Putra yang kedua-dua parti itu banyak hilang deposit dalam pilihanraya, Berjasa yang kali terakhir menang tahun 1990 dan Iman yang aku pun tak pernah dengar namanya.

 

Berita penuh di https://bit.ly/3RmHal7

 

Cita-cita nak perintah negara tapi akar umbi pun yilek. Sebenarnya bukan nak menang sangat. Tapi sekadar nak kacau daun. Supaya dapat kurangkan sokongan terhadap PH. Itu saja tujuannya.

 

Komponen pun kalangan parti yang tak pernah nak menang. Yang tak pernah dengar nama pun ada. Akar umbi entah mana, cawangan entah berapa, tiba-tiba nak tadbir negara. Tak rasa kelakar ke?

 

Siapa barisan pimpinan yang boleh GTA tawarkan? Mahathir (dah keluar IJN ke belum)? Ibrahim Ali? Mukhriz? Tak satu pun yang ada aura. Yang ada cuma auta. Nak memerintah bagaimana?

 

Yang dia ada cuma mainan sentimen kaum. Konon nak bela orang Melayu. Mahathir tu 22 tahun jadi PM masa dalam UMNO. Tengok kroni dia siapa? Ada orang Melayu? Nak bela orang Melayu konon.

 

DS Anwar dah jelaskan kerjasama PH dan GTA tak akan terjadi sebab berbeza prinsip. PH mencakupi segenap lapisan kaum. PH hormati perlembagaan yang mana kalau dipatuhi, hak orang Melayu telah lama terpelihara.

 

Nak bela orang Melayu hanyalah satu retorik untuk perbodohkan bangsa je. Hakikatnya nanti, lepas dapat kuasa, orang Melayu dikata pemalas. Dikata memilih kerja. Disuruh ikat perut pula.

 

Rentikanlah. Dah 65 tahun merdeka. Yang Melayu perlukan adalah pemimpin yang ada integriti dan ada kredibiliti. Sebab yang jahanamkan negara ini adalah orang Melayu sendiri, bukan kaum lain.

 

Paling penting orang Melayu perlu dididik, untuk majukan negara, kita perlu bersama semua kaum. Bukan bermusuhan. Dan perlu juga didik untuk tolak semua penunggang agama dan bangsa. Guane boh?

 

 

Raja Gelap 

 


‘TAK LOGIK ZAHID HAMIDI TERIMA SUMBANGAN POLITIK SETIAP BULAN SELAMA 4 TAHUN’

 Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku penjawat awam iaitu Menteri Dalam Negeri, tidak boleh menerima sumbangan wang atau barangan berharga mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Datuk Raja Rozela Raja Toran berkata tindakan Ahmad Zahid menerima sumbangan seperti mempermainkan undang-undang sedia ada.

Beliau seorang penjawat awam, lihat beliau sebagai penjawat awam, lihat beliau sebagai pegawai badan awam dan jangan lihat sebagai ahli politik.

“Beliau mungkin ahli politik Yang Arif tetapi pada masa itu, beliau memegang jawatan menteri, gajinya dibayar kerajaan, menggunakan wang pembayar cukai. Beliau dibayar untuk berkhidmat kepada orang ramai,” kata Raja Rozela dalam hujahannya di akhir kes pendakwaan. 

Seksyen 165 Kanun Keseksaan menyatakan penjawat awam menerima apa-apa benda yang berharga, dengan tiada balasan, daripada orang yang ada kena mengena dalam apa-apa prosiding atau urusan yang dijalankan oleh penjawat awam itu.

Raja Rozela berhujah undang-undang sedia ada seperti Seksyen 165, Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Akta Cukai tidak mengiktiraf sumbangan politik kepada individu atas kapasitinya sebagai penjawat awam.

Beliau berhujah adalah tidak logik untuk Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) membuat bayaran bulanan kepada Ahmad Zahid dalam tempoh empat tahun semasa beliau menjadi Menteri Dalam Negeri.

“Jika ia adalah sumbangan politik, ia tidak sepatutnya buat begitu. Sepatutnya bayaran sekali sahaja.

“Tetapi, dalam kes ini, ia dibuat setiap bulan selama empat tahun. Mereka bayar kepadanya, bukan kepada UMNO,” katanya.

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan Visa Luar Negara (VLN) serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri.


(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...