DOK CERAMAH DI KAMPUNG KITA TOLAK RASUAH..KITA TOLAK PERASUAH.KITA TOLAK PENGKHIANAT.....TAPI DOK RUNDING SEKONGKOL DENGAN PERASUAH DAN PENGKHIANAT

 






‘Rundingan gelap’: PAS-Umno bincang 1 lawan 1 dengan PH, dedah Hashim



PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu
 dilihat pada PRU15 adalah PH dan bukannya Bersatu, kata Mursyidul
 Am PAS, Hashim Jasin.

PETALING JAYA: Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin mendedahkan ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu Umno menyentuh keperluan satu lawan satu di antara mereka dan Pakatan Harapan (PH).

Katanya, PAS mahu menyedarkan Umno bahawa musuh sebenar yang perlu dilihat pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) adalah PH dan bukannya Bersatu.

“Nak bagi Umno sedar siapa kita nak lawan. Dia bukan Umno lawan PAS, lawan Bersatu, bukan begitu. Kalau boleh berpakat, kita berpakat,” katanya kepada FMT ketika ditanya rundingan MN antara dua parti itu seperti yang disahkan Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan, 4 Sept lalu.

Sebelum ini Takiyuddin ketika mengesahkan perkara tersebut enggan mendedahkan siapa dan di peringkat mana dalam Umno perbincangan itu berlaku, namun pemimpin terlibat “mempunyai jawatan” dan berkeupayaan “mempengaruhi keputusan” pucuk pimpinan Umno.

Mengulas lanjut, Hashim mendakwa akar umbi Umno mahukan penyatuan MN namun ditolak “pemimpin atasan mereka”.

“Yang ada seorang kita kenal (tak mahu MN), dia yang sebut begitu. Adakah…(suara) majoriti atau akar umbi dalam Umno sama dengan apa yang dicakapkan tu.

“Sekarang ni kita merasai akar umbi Umno nak kepada perpaduan tu, terpulang kepada pemimpin dia,” katanya.

Pada 3 Sept lalu, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan mengingatkan pemimpinnya supaya tidak mengadakan “rundingan dalam gelap” susulan kenyataan Presiden PAS Abdul Hadi Awang mendakwa kedua-dua parti sedang berunding melibatkan pimpinan parti hingga ke peringkat akar umbi.

Katanya, beliau sendiri tidak mengetahui siapakah individu dari Umno seperti dimaksudkan Hadi yang sedang menjalankan rundingan dengan partinya.

Dua parti Melayu terbesar itu membentuk pakatan berkenaan pada September 2019 sebagai persefahaman pilihan raya dengan matlamat utama menyatukan undi Melayu-Islam. Namun, pada Disember tahun lalu, PAS menolak gagasan MN jika Umno enggan menerima Bersatu dan badan bukan kerajaan (NGO) menyertai gagasan itu.

Presiden PAS Abdul Hadi Awang ketika itu berkata, berdasarkan piagam MN, kedua-dua parti sedia menerima parti lain termasuk Bersatu dan NGO.


No comments: