SIAPA HAKIM TAN SRI HARUN HASHIM?



 

SIAPA HAKIM TAN SRI HARUN HASHIM?

Keberanian Tun Maimun mengingati kita Tun Salleh Abbas






NORMAN RADZUAN

2 HAKIM YANG BERANI BERKATA BENAR

Bukan mudah utk seorang Hakim menjatuhkan hukuman kpd kes berprofile tinggi. Apatah di negara yg dikatakan berlaku campurtangan kuasa eksekutif. Sejak kes Najib satu persatu kes berprofile tinggi menampakkan satu persatu Hakim2 menunjukkan integriti mereka.

Keberanian Tun Maimun mengingati kita kpd keberanian Tun Salleh Abbas sehingga beliau dipecat kerana krisis perlembagaan tahun 1988. Tetapi tidak ramai yg tahu dua wira hakim yg tidak didendangkan atas keberanian mereka iaitu Tan Sri Harun Hashim dan Datuk Nazlan Mohd.

Siapa Hakim Harun Hashim? Jika Nazlan Hakim yg berani memenjarakan Najib, Harun Hashim adalah Hakim yg berani mengharamkan UMNO pada tahun 1988.

Yg mengejutkan tujuan beberapa ahli UMNO membawa kes itu ke mahkamah hanya tujuan utk membatalkan pemilihan parti tersebut yg dianggap tidak mematuhi perlembagaan parti tetapi sebaliknya telah diharamkan oleh Hakim Harun Hashim berdasarkan undang2.

Namun yg sebenarnya Harun Hashim wajar diingati kerana dua legasi terbesarnya sebagai hakim yg sgt berintegriti dan perjuangan beliau menentang rasuah.

Legasi anti rasuah Harun Hashim tidaklah menghairankan kerana beliau merupakan pengarah ‘SPRM’ pertama, sewaktu itu dikenali sebagai Biro Siasatan Negara (BSN) bermula tahun 1967.

Sewaktu menjadi pengarah BSN, Harun Hashim baru berusia 38 tahun. BSN ditubuhkan khas atas permintaan Perdana Menteri ketika itu. Tunku memanggil Harun Hashim dan meluahkan hasratnya utk melihat agar masalah korupsi yg berlaku di negara Asia lain tidak berlaku di Malaysia.

Harun Hashim memulakan tugas sebagai pengarah BSN pada 11 Ogos 1967, tanpa berdasarkan apa2 peruntukan undang2 kerana BSN hanyalah aturan pentadbiran semata mata.

Sepanjang bertugas sebagai pengarah BSN, beliau tidak pernah menghadapi sebarang campur tangan dari pihak eksekutif.

Pernah berlaku kes seorang ahli politik dari parti pemerintah ditangkap atas pertuduhan rasuah, para penyokong mereka pergi berjumpa Tunku dan meminta Tunku utk campur tangan.

Apabila mengetahui penangkapan dan pendakwaan itu dilakukan oleh BSN, Tunku menegaskan beliau tidak boleh campur tangan. Apa yg boleh beliau lakukan hanyalah mengesyorkan kawan baiknya yg merupakan seorang peguam utk membela tertuduh di mahkamah.

Sebagai TPR, Harun Hashim merupakan satu satunya autoriti penentu utk mendakwa sesiapa jua di dlm kes korupsi tanpa perlu merujuk kpd Peguam Negara pada ketika itu iaitu Tan Sri Abdul Kadir Yusof yg juga merupakan seorang Menteri Kabinet. Tidak pernah walau sekali Peguam Negara bertanya kepada Harun Hashim mengenai apa2 kes korupsi.

Harun Hashim juga mempunyai akses secara langsung dgn Menteri Kewangan ketika itu, Tun Tan Siew Sin utk peruntukan belanjawan bagi tujuan operasi BSN.

Dlm tempoh yg singkat kira2 empat tahun, BSN menjadi satu entiti yg sangat digeruni oleh para kakitangan kerajaan, politikus dan ahli perniagaan.

Harun Hashim menjadi pengarah BSN selama empat tahun sebelum dilantik menjadi hakim Mahkamah Tinggi pada tahun 1971 di usia baru mencecah 42 tahun.

Harun Hashim yg bersara sebagai Hakim Mahkamah Agung memberitahu beliau tidak pernah diganggu atau ditekan utk membuat sebarang keputusan berkenaan kes2 yg didengarnya.

Sejarah membuktikan jika orang itu bersih, sampai bila2 pun org akn menyebut mengenai ketelusan dan integritinya. Semoga Hakim2 yg sedia menjadikan kisah Allahyarham Tun Salleh Abbad dan Allahyarham Tan Sri Harun Hashim sebagai ikon keberanian dan integriti mereka.