PKR TAK SEDAR DARI LAMUNAN : BOLEH JA NAK BANTU- TAPI DULU MASA PAS DALAM PR- DAH JANJI KAWASAN TU PKR BERTANDING- DIA PUNYA KHIANAT DIA PUN LETAK JUGA CALON...

 


Muda boleh bantu PH tarik pengundi belia, kata penganalisis




Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (tengah) bersama calon Muda Rasid Abu Bakar (kiri) dan R Sangaran semasa PRN Johor pada Mac. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Seorang penganalisis menjangkakan bahawa sokongan golongan belia terhadap Pakatan Harapan (PH) akan meningkat jika ia menerima penyertaan Muda.

Mengulas mengenai pendedahan bahawa parti untuk belia itu sedang dalam perbincangan untuk menyertai PH, James Chin daripada Institut Asia Universiti Tasmania berkata, gabungan itu mungkin melihat Muda sebagai tiketnya untuk memenangi hati “sebilangan besar” pengundi muda.

“Walaupun prestasi Muda teruk di Johor, ia masih menjadi platform terbaik untuk mendekati pengundi muda,” katanya kepada FMT.

“Inilah sebabnya PH dan Muda masih dalam perbincangan.”

James Chin.

Beliau berkata Muda mempunyai “semangat” untuk berjuang pada PRU15 tetapi memerlukan jentera PH yang cekap dan sokongan akar umbi.

“Muda lebih memerlukan PH pada masa ini, memandangkan prestasinya buruk di Johor,” katanya.

“Parti itu memerlukan jentera PH yang lebih berpengalaman untuk mengajarnya cara menganjurkan kempen bagi pilihan raya umum.”

Selepas didaftarkan pada Disember 2021, Muda membuat penampilan sulung dalam pilihan raya negeri (PRN) Johor pada Mac. Parti itu bersaing di tujuh kerusi tetapi hanya menang kerusi Puteri Wangsa.

Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan awal dengan PH untuk menyertai gabungan itu.

Beliau juga berkata, parti ia terbuka untuk mengadakan perbincangan rasmi dengan Majlis Presiden PH.

Penurunan umur mengundi daripada 21 kepada 18 tahun, dan pelancaran pendaftaran pemilih automatik Disember lepas memudahkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam politik.

Seorang lagi penganalisis, Azmil Tayeb daripada Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, PH patut mengalu-alukan Muda ke dalam apa yang dipanggilnya “khemah besar” jika parti itu boleh menyediakan calon berwibawa yang dikenali pengundi.

Azmil Tayeb.

Beliau berkata, Muda mungkin menarik bukan sahaja bagi golongan muda tetapi juga kepada mereka yang ingin menyokong sebuah parti yang “tidak tercemar seperti yang lain”.

“Muda ialah parti baharu dengan imej yang lebih bersih berbanding dengan parti lain, walaupun Syed Saddiq berdepan kes di mahkamah,” katanya.

Syed Saddiq, bekas ketua pemuda Bersatu dan menteri dalam kerajaan PH sebelum membentuk Muda, dibicarakan atas empat tuduhan pecah amanah dan pengubahan wang haram.

Azmil berkata, rundingan kerusi antara Muda dan PH mungkin sukar. Beliau mengimbau perbincangan antara parti itu dan komponen PH sebelum PRN Johor yang mencetuskan “perbalahan”.

DAP dan Amanah memberi laluan kepada Muda bertanding di Puteri Wangsa, Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai. Bagaimanapun, rundingan antara Muda dan PKR gagal dan kedua-dua parti itu akhirnya bertembung di Larkin.

No comments: