BERGAMBAR : ANWAR DI FORUM REGAINING DEMOCRATIC MOMENTUM



Semalam di forum bertajuk ‘Regaining Democratic Momentum: Stories from Malaysia and the World’ yang dianjurkan oleh World Movement for Democracy di DoubleTree by Hilton, KL. Moderator oleh sdr @SharaadKuttan.
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 4 orang, orang senyum, orang berdiri, sut dan dalaman
Imej mungkin mengandungi: 1 orang, dalaman
Imej mungkin mengandungi: 5 orang, orang senyum, orang ramai dan dalaman

MOF umum Skim TPUB-i untuk usahawan bumiputera dilanjutkan 3 tahun


Kementerian Kewangan telah meluluskan lanjutan tempoh pengurusan skim pembiayaan Tabung Projek Usahawan Bumiputera-i (TPUB-i) kepada Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) selama tiga (3) tahun sehingga 30 Jun 2022. Langkah ini adalah selaras dengan komitmen Kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara turut dapat mewujudkan peluang yang membolehkan usahawan dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang dengan sihat. 
TPUB-i ialah sebuah skim pembiayaan kontrak yang didanai oleh Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyediakan pembiayaan modal kerja kepada usahawan Bumiputera yang dianugerahkan kontrak atau projek daripada agensi-agensi Kerajaan, badan-badan berkanun dan syarikat-syarikat bereputasi tinggi. 
Di bawah skim ini, CGC telah diberi peruntukan sebanyak RM300 juta bagi membantu usahawan Bumiputera yang menghadapi kesulitan dalam memperoleh akses kepada pembiayaan kewangan daripada institusi-institusi kewangan. 
Skim ini dibuka kepada semua sektor ekonomi termasuk pembinaan dan bekalan, pembuatan, dan perkhidmatan. Skim ini menawarkan kadar keuntungan sehingga 5% setahun kepada pemohon kali pertama untuk pembiayaan sehingga RM3 juta. Bagi pembiayaan berikutnya, skim ini menawarkan pembiayaan sehingga RM 5 juta pada kadar yang kompetitif. 
Sejak penubuhan skim ini pada Julai 2009, CGC telah meluluskan dan mengagihkan jumlah pembiayaan sebanyak RM1.58 bilion kepada lebih daripada 1,900 usahawan Bumiputera. Pada tahun 2018, CGC telah mencatat pembiayaan tertinggi dalam setahun iaitu sebanyak RM330 juta. 
Usahawan Bumiputera yang berminat untuk memohon pembiayaan skim pembiayaan kontrak TPUB-i ini digalakkan untuk memohon melalui www.imsme.com.my – platform rujukan pembiayaan / pinjaman perusahaan mikro, kecil dan sederhana pertama di Malaysia. Mereka juga boleh melawati cawangan CGC terdekat atau menghubungi talian +603 7880 0088 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut. 
CGC sentiasa menyokong agenda pembangunan ekonomi Malaysia dengan membantu Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana yang berpotensi dan berdaya maju, tetapi kekurangan cagaran dan rekod prestasi yang mencukupi untuk mendapat pembiayaan daripada institusi- institusi kewangan. Sejak penubuhannya pada tahun 1972, CGC telah menyediakan lebih daripada 460,000 jaminan dan pembiayaan melebihi RM70 bilion kepada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana di Malaysia. 

LAGI LAMBAT KES VIDEO AZMIN DISELESAIKAN, LAGI BURUK IMEJ KERAJAAN





Minggu ini saja sudah dua kali Muhyiddin Yassin selaku Menteri Dalam Negeri mengeluarkan kenyataan berhubung siasatan polis berkenaan video seks sejenis yang didakwa membabitkan Azmin Ali.
Kali pertama, pada 7 Julai, beliau memaklumkan siasatan kes itu sedang berjalan dan tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk pihak polis menyelesaikannya.
“Kita tidak tetapkan tempoh tertentu dan pihak polis akan melakukan apa yang sepatutnya berhubung siasatan itu sebelum diserahkan kepada Ketua Polis Negara dan saya selaku Menteri Dalam Negeri untuk dibawa kepada pengetahuan Perdana Menteri untuk tindakan selanjutnya,” ujar beliau.
Semalam, Muhyiddin sekali lagi bersuara mengenai siasatan kes itu dengan berkata, kenyataan Tun Mahathir tidak akan mempengaruhi pihak polis dalam menjalankan tugasnya.
Tun Mahathir sebelum ini mempertahankan Azmin berhubung dakwaan terlibat dalam hubungan seks sejenis sebagaimana terdapat dalam video tersebut dengan mengatakan ia sebagai palsu.
“Saya fikir itu adalah pandangan Perdana Menteri terhadap keseluruhan keadaan.
“Tetapi, saya memberi jaminan mereka (polis) akan bebas (dalam siasatan) kerana integriti kerajaan juga penting,” katanya.
Jelas dalam hal ini Muhyiddin begitu prihatin terhadap kebimbangan yang makin merebak di kalangan orangramai berhubung siasatan kes itu yang kini sudah memasuki tempoh kira-kira sebulan tanpa sebarang penyelesaian.
Bagi orangramai, kes itu tidak harus memakan masa yang lama untuk disiasat dan diselesaikan kerana ia adalah siasatan yang mudah dan “straightforward” dengan tidak perlu menyiasat ramai orang berkaitan dengannya.
Lagi pun, Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengakui secara terbuka beliau adalah salah seorang lelaki dalam video tersebut sudah pun diambil keterangannya oleh pihak polis.
Begitu juga dengan Azmin yang didakwa Haziq sebagai pasangannya dalam hubungan seks sejenis itu.
Bermakna, selain kesimpulan sudah boleh dibuat berdasarkan keterangan yang diambil daripada kedua-duanya, perkara lain yang perlu dilakukan ialah mengesahkan ketulenan video itu.
Persoalannya, apakah untuk menentukan ketulenan video itu perlu memakan masa sampai sebulan?
Keprihatinan Muhyiddin dalam kes ini tentunya tidak lain kerana bimbangkan kesannya kepada kedudukan kerajaan di mata rakyat.
Sebagai Menteri Dalam Negeri, pendirian Muhyiddin adalah sesuatu yang wajar, bahkan harus dipuji.
Mahu tidak mahu, harus diakui jika siasatan ini memakan masa terlalu  lama dan rakyat mula melihatnya sebagai percubaan untuk melengah-lengahkan keadaan, ia adalah suatu petanda yang buruk kepada kedudukan serta masa depan kerajaan.
Kerajaan akan dilihat ada agenda lain, sedangkan kebenaran, walau bagaimana pahit sekali pun, ia tetap kebenaran dan tidak harus diselindungkan.
Dengan Muhyiddin sudah sudah  2 kali bersuara sehingga ini, pihak polis sebenarnya tidak ada pilihan lain selain harus menyegerakan siasatan mereka seberapa cepat yang boleh.
Tulen atau tidak video tersebut dan sama ada salah seorang pelakunya adalah Azmin atau bukan, hasil siasatan mesti segera diumumkan.
Lagi lama disimpan, lagi buruk dan merudum imej kerajaan di mata umum.
Bersama pelbagai masalah yang sedang melanda negara ketika ini, isu video yang mengaitkan Azmin ini tidak harus menjadi satu lagi beban yang menyusahkan kerajaan dan Tun Mahathir untuk menanggungnya. (Shahbudindotcom 10/07/2019)

(function() { var d = document, w = window; w

RINGKASAN IMBUHAN YANG DITOLAK ANWAR