REFORMASI MENANGKAN PAS DAN UMNO KINI TIDAK LAGI RELEVEN.....
















Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Oleh P Dinesh


Camelot!

Akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Malaysia dibelenggu kenaikan harga berganda dan pengurangan subsidi. Kerajaan BN dengan pentadbiran ekonomi yang tidak cekap, telah bertanggungjawab diatas kesempitan wang yang dirasai rakyat.

Mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah ekonomi, ketegangan agama digunakan untuk menaikkan kemarahan umat Islam terhadap umat Kristian. Perlu diingati, ianya telah menjadi amalan politik kerajaan BN, bagi beberapa dekad, untuk menggunakan isu bangsa dan agama bagi memecah-belahkan rakyat, supaya mereka terus kekal berkuasa.

Doktrin 'pecah dan perintah' telah berulang kali digunakan BN apabila tiba masa pilihanraya. Akan tetapi, formula ini akan gagal apabila Malaysia mencapai tahap pemikiran maju dan lebih ramai yang mempunyai akses kepada maklumat.

Pada ketika negara dalam keadaan suram inilah, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau akan menawarkan diri untuk bertanding kerusi Kajang di negeri Selangor.

Selangor telah dibelenggu oleh ketegangan diantara MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. PKR memiliki 14 kerusi sementara DAP dan PAS memiliki 15 masing-masing. Khalid telah mengeksploitasi jumlah ini untuk memastikan Azmin tidak boleh menggantikannya, sambil membuat percaturan antara PAS dan DAP menentang PKR.

Ia merupakan suatu siri peristiwa yang tidak sihat. Masalahnya seperti tiada penyelesaian, seakan simpulan Gordian. Dengan pengumuman beliau, Anwar telah membentangkan kepada kita jalan penyelesaian Alexandria yang unggul.


Prestasi hambar Khalid dan para pembantunya yang sering bertelagah

Namun, hanya seorang penganalisis berfikiran cetek sahaja akan menyimpulkan bahawa pilihan raya kecil Kajang hanyalah cara PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Hakikatnya, prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar begitu hambar.

Harapan rakyat, apabila dengan tidak disangka-sangka mereka mendapati diri mereka diterajui kerajaan Pakatan pada suatu pagi di tahun 2008 adalah mereka akan tinggal di dalam Camelot (tempat yang indah). Atau, tidak lama lagi Pakatan Selangor bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah Lembah Silikon.

Tiada yang seperti itu telah berlaku. Lima tahun kemudian, Selangor hanya menunjukkan sedikit perbezaan daripada masa ia dibawah kerajaan BN. Majlis-majlis bandar kekal acuh tak acuh dan bersikap tidak peduli. Restoran-restoran di PJ masih kotor, dengan memberi sabun pinggan mangkuk yang dicairkan untuk pelanggan mencuci tangan mereka. Pembangunan baru teramatlah sedikit.

Wang yang banyak bermakna PELUANG yang disia-siakan

Selangor mempunyai banyak wang dalam bank kerana Khalid Ibrahim merupakan seorang yang sangat berjimat. Ini adalah satu kepandaian yang amat berguna jika dia merupakan seorang suri rumah tangga di bandar yang berhadapan dengan kenaikan harga yang tidak berkesudahan.

Selain itu, dia dikatakan sebagai seorang yang tidak mudah dirasuah kerana telahpun memiliki banyak wangnya sendiri sebagai seorang ahli perniagaan! Walaupun ini sesuatu yang baik, jika ia merupakan satu-satunya ukuran penilaian bagi seorang MB, maka kita boleh sahaja menggantikannya dengan lelaki India penjual rokok, mahupun setandan pisang.

Selangor mempunyai 2 Billion atau lebih dalam bank, ini bukanlah tandanya simpanan, tetapi peluang yang sia-sia. Pelaburan akan dapat meningkatkan pendapatan bagi negeri ini dan memberikan lebih pendapatan boleh guna ke dalam dalam poket rakyat.

Tidak mampu menyelesaikan perbalahan bukan sahaja dalam PKR tetapi Pakatan Selangor

Untuk berlaku adil kepada Khalid, dia memang terbaik dalam pengurusan ladang-ladang, namun itu kemahiran yang kurang diperlukan bagi dunia global dimana teknologi dan perkhidmatan mewah merupakan pendorong utama bagi pertumbuhan. Pakatan terus memuji Khalid sebagai pengurus yang baik, hanya atas sebab-sebab politik.

Khalid juga telah gagal menguruskan pihak-pihak yang berkepentingan dalam Pakatan, oleh itu kita sering menyaksikan pertengkaran antara mereka yang tidak berkesudahan. Selanjutnya, Selangor di bawah Khalid telah menunjukkan prestasi yang tidak seberapa dalam pilihan raya 2013. Di bawah kepimpinan beliau, PKR hanya mampu mengekalkan 14 kerusi berbanding 15 yang dimenangi gabungan rakan-rakannya PAS dan DAP.

Mengambil iktibar dari Kedah- ini adalah faktor bagi PKR untuk membuat keputusan menggantikan Khalid. Rakyat tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang berprestasi hambar. Dalam kes Kedah , PAS gagal untuk bertindak dalam menyelesaikan pertikaian dalaman PAS Kedah. Pembangunan terhenti kerana rakan-rakan Pakatan yang lain juga buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun Pakatan begitu percaya dan mengandaikan rakyat Kedah akan terus mengundi mereka. Andaian seperti itu terbukti salah apabila Pakatan kalah teruk dalam pilihan raya 2013 di Kedah.
Oleh itu, PKR mula bertindak untuk menamatkan masalah di Selangor. Kita tidak boleh menerima 4 tahun lagi pemerintahan yang kurang memberangsangkan termasuk perbalahan yang tidak berkesudahan di Selangor.

Anwar dalam kelasnya tersendiri

Penduduk Kajang boleh mengharapkan untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Siapakah yang akan membantah jika beliau menjadi Menteri Besar baru mereka.

Dengan kombinasi pengurusan yang lemah dari segi ekonomi oleh BN, Anwar boleh mengharapkan majoriti yang amat baik dalam pilihan raya yang akan datang.

Dan kita semua boleh mengharapkan Anwar untuk memainkan peranan sebagai ketua eksekutif. Bagi Umno, ini adalah senario mimpi ngeri mereka. Untuk mendapatkan Selangor semula akan menjadi sebuah impian tidak akan menjadi kenyataan sama sekali.

Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa Anwar tidak perlu menyandang jawatan Menteri Besar kerana beliau sepatutnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru selepas pilihan raya yang akan datang. Jadi, mengapa kita perlu mensia-siakan bakat lelaki ini selama empat tahun? Jerry Brown telah menjadi Gabenor California kemudian Datuk Bandar Oakland, dia kini menjadi Gabenor California sekali lagi pada usia 75 tahun. Oakland mempunyai seramai 400,00 penduduk dan California pula 40 Juta penduduk. Dan dia berjaya mengelak defisit bajet California, dimana si Terminator, Arnold Schwarzenegger telah gagal! Prinsip utama, jelas, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan semata-mata mementingkan status peribadi seseorang.

Pakatan dan Anwar telah mengambil langkah yang betul dalam membuat keputusan ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun perlu dibuat walaupun amat berat.

Walau bagaimanapun, ia amat menghairankan kenapa mereka tidak memikirkan hal ini dahulu! Dalam dunia bisnes, ini dinamakan game- changer. Pakatan mengambil inisiatif, BN menjadi terkejut dan tidak berdaya!

Dan di Selangor, Anwar Ibrahim akan memimpin kami ke arah kejayaan, akhirnya, Camelot ! -

Malaysia Chronicle  [Translation by Huzainah A Rani]


Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu...!!

 Sengaja aku petik semula isu ini dari Kedahkini yang diposkan oleh Manjung Mari jika tak silap aku.Ini adalah sebahagian dari kemelut politik dan perbezaan fahaman.Era 1998 ketika REFORMASI berlaku apabila Anwar dipecat menjadikan PAS sebagai wadah baru orang Melayu ketika itu kerana Anwar belum berjaya menubuhkan sebuah parti baru tanpa ras bangsa dan agama sebagai penyatuannya.


Orang Melayu baru celik dengan tipu muslihat Umno ketika itu.Walau Anwar didalamnnya juga terpalit, namun penjelasan beliau dan kepimpinan beliau dilihat sebagai idola waktu itu kena keberanian beliau, perjuanga membela nasib orang miskin dan ketika itulah Pas menjadi wadah.

Golongan muda dalam Pas perlu menyelaminnya kerana kes Anwar memenangkan PAS.......

 KISAH INI BERLAKU BUKAN SAHAJA DI MANJUNG...MALAH DISELURUH NEGARA......

ANWAR YG DIBENCI...Part 1

Kaji dulu sejarah PAS...di mana mereka era 80 an dahulu
BUAT PEMUDA PAS...KITA JANGAN LUPA DIRI

SERI MANJUNG: Buat anak2 muda PAS ingin aku coretkan sejarah politik buat kalian terutama di Manjung iaitu di tempat aku dibesarkan. Aku mulakan sejarah asal usul PAS 80 an yg mampu ku tulis kerana di era tersebut aku mengenali politik dan PAS. Buku politik pertama aku baca ialah 'Hantu Bukit Cina' tulisan Syed Husaain Al Attas.
Di Bandar Baru Seri Manjung ketika itu anak2 muda sgt aktif dgn jamaah Islam. Ada PAS, Arqam, Tabligh dan ABIM. Dlm kedudukan tersebut Al-Arqam dilihat paling berpengaruh kpd anak2 muda di Manjung. Dahulu Seri Manjung tiada Surau atau Masjid. Lalu penghuni mengambil inisatif menyewa rumah utk dijadikan surau.
Kini Surau Madah yg boleh dianggap Surau milik PAS (kubu PAS) di Manjung dibina bukan oleh org PAS. Ia dibina hasil keringat penduduk Manjung sendiri di tapak permainan kanak2. Datuk saya antara org yg paling ligat hingga ke Ipoh mencari dana. Begitu juga org2 UMNO ketika itu Cikgu Zakaria, Arwah Cikgu Ramli, Cikgu Othman, Arwah Pakcik Jamal, Pak Tak, Pakcik Pie (bilik 2) dan beberapa nama lagi.

Maka di Surau itulah kesemua jamaah yg ada di Manjung menggunakannya. Dulu sentimen kepartian tidak ketara kerana PAS ketika itu seperti peribahasa hidup segan mati tak mahu. Pada tahun 1986 aku dan rakan2 dlm Arqam dan Tabligh telah diminta oleh anak Pak Tak (org kuat PAS ketika itu), Khamis (rakan sepermainan) utk membantu menampal poster PAS.
Masa tu, PAS gambar wajah calon pun tak mampu nak buat. Kami diberi 'gam' dan poster berukuran CD utk ditampal di tiang2 elektrik. Ada kereta lalu kena 'boooo'... PAS sgt lemah dan ada org kuat Muslimah skg ni, ketika itu pun masih belum bertudung (belum menyertai PAS lagi ketika itu).
PAS di Manjung lebih teruk daripada apa yg kamu lihat pada PKR di Manjung skg ini (tiada sokongan). Anak muda yg menyertai PAS hanyalah anak org PAS. Tidak seperti skg yg kini disertai oleh ramai golongan profesional. Dulu yg masuk PAS ni golongan bawahan sahaja.
Dari tahun ke tahun, PAS semakin berisi tak masih perlahan. Hinggalah menjelang 1998 apabila Anwar disingkirkan. Siapa sangka Allah pilih org dlm iaitu org nombor 2 dlm UMNO sebagai asbab. Maka berduyun-duyun org Melayu menyertai PAS kerana tiada parti pilihan lain lagi.
Pada PRU 9, PAS hanya menang 7 kerusi Parlimen dan 33 Dun tetapi sebaik sahaja kes Anwar berlaku tiba2 PAS mendapat 27 kerusi Parlimen dan 98 kerusi Dun. 4 kali ganda utk Parlimen dan 3 kali ganda utk DUN. Bukan seperti menumpang tuah terhadap isu politik semasa. Siapakah individu itu yg membuatkan PAS tiba menjadi satu kuasa politik yg kuat???
Individu itu dibelasah, diseret ke mahkamah, diaibkan satu dunia dan 6 tahun di penjarakan. Yg kita di luar sana sudah mula syok sendiri dan beranggapan perubahan org Melayu terhadap PAS kerana kesedaran org ramai, kelicinan gerak kerja PAS, bagusnya tektikal PAS dan bermacam perasaan lagi.
Percayalah jika ada lagi parti Melayu selain PAS yg berciri Islam, belum tentu berduyun duyun org akn menyertai PAS seperti skg. Jika bukan kerana isu semasa, belum tentu org akn menyertai PAS. Ini semua percaturanNya.
BUKAN FANATIK ANWAR...
Aku bukan peminat Anwar Ibrahim. Memang kadang2 kes berbangkit Anwar menyusahkan PR. Aku dapat merasainya apa yg kalian rasai. Tapi ketahuilah dia dan keluarganya lebih rasa tersiksa.
Disebalik kebencian kalian kpd Anwar wahai anak muda, kamu tidak tahu kerana dialah DS Nizar boleh menjadi MB. Kerana dialah Allahyarham Tan Sri Azizan boleh jadi MB (dgn IzinNya) kerana ia didokong oleh kepelbagaian kaum. Siapa yg mampu menyatukan PAS dan DAP? Itulah manusia yg kamu bencikan sgt...Anwar Ibrahim.
Dia boleh membuat pilihan utk menjadi Penasihat Ekonomi Turki, Pensyarah dan sebagainya tetapi mengapa dia memilih jalan susah. Jika kamu bertanya kpd UMNO, pasti dia akn katakan gila kuasa. Tapi seperti kata Ustaz Ismail Kamus, kita nak ambil kuasa daripada org gila kuasa.
Malah bukan kalian tidak tahu anak muda, tanya Mat Sabu...utk meraih kedatangan puluhan ribu manusia dlm ceramah politik, inilah manusia yg paling yg paling kamu benci...Anwar Ibrahim. Dia sudah dipenjara malah dipukul, tapi kamu anak muda belum merasai sakitnya minda dan fizikal dlm perjuangan politik tanahair.
Patutnya anak muda kamu melihat apa yg berlaku di Manjung. Org Tabligh dan Arqam membantu PAS yg ketika itu tiada anak muda yg mahu menyertainya. Tapi sayang bila kamu kuat, org Tabligh ingin menumpang di Surau2 atau Masjid kamu pun belum tentu kamu benarkan.
MENGAPA PAS MUDAH DIAMBIL KESEMPATAN
Seperti kata Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz, beliau cukup serik dipermainkan oleh UMNO. Bagaimana kamu pemuda2 PAS boleh mudah dipermainkan oleh UMNO menyebut 'pembaziran'. Sejak bila UMNO sensitif soal pembaziran. Bab hiburan sahaja mereka boleh belanjakan berjuta ringgit.
Tak sangka kamu anak muda boleh terpengaruh dgn dakyah2 UMNO selama ini. Kamu kata ikut jamaah Islam. Bukankah kamu diajar utk menghormati atau akur pada keputusan jamaah...benarkah begitu? Sedangkan Mursyidul, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden bersetuju tanpa syarat.
Jika kalian ingin tahu kenapa kalian mesti bertanya kpd 'your boss' dan bukan terus kpd Anwar Ibrahim. Ia seolah-olah kita tidak menghormati rumahtangga org lain. Ketika PAS ada masalah dalaman kamu lihat sikap PKR dan DAP.

Ketika Abu Hassan Omar buat kerja yg sama utk jadi MB Selangor kenapa kalian berdiam atau mengungkit. Barangkali ketika itu kalian masih menyusu ibu. Ingat kita tiada pilihan ketiga. Kita hanya ada PR atau BN. Jika kamu merosakkan kemuafakatan bermakna kamu tiada cita2 utk memerintah Malaysia dan sekaligus mendaulahkan Islam.

INGAT BETUL2....tanpa sokongan DAP, sgt2 mustahil kamu dpt memerintah Malaysia. PKR ada kekuatannya tersendiri. Mereka penuh tektikal. Tidak kalian dpt melihatnya...jika dulu PAS hanya mengharap isu dari akhbar tetapi PKR berjaya membocorkan rahsia2 yg tersembunyi di kalangan pemimpin BN. Itu antara kelebihan mereka....



ESOK...Kisah PAS Lumut....Kelebihan kpd PR jika Anwar jadi MB...PAS jgn jadi parti lurus bendul...Insyallah....