Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Faktanya 1. Anwar akan menang di Kajang 2. Umno boleh lupakan Selangor bila dia jadi MB

Oleh P Dinesh


Camelot!

Akhir tahun 2013 menyaksikan rakyat Malaysia dibelenggu kenaikan harga berganda dan pengurangan subsidi. Kerajaan BN dengan pentadbiran ekonomi yang tidak cekap, telah bertanggungjawab diatas kesempitan wang yang dirasai rakyat.

Mungkin untuk mengalihkan tumpuan daripada masalah ekonomi, ketegangan agama digunakan untuk menaikkan kemarahan umat Islam terhadap umat Kristian. Perlu diingati, ianya telah menjadi amalan politik kerajaan BN, bagi beberapa dekad, untuk menggunakan isu bangsa dan agama bagi memecah-belahkan rakyat, supaya mereka terus kekal berkuasa.

Doktrin 'pecah dan perintah' telah berulang kali digunakan BN apabila tiba masa pilihanraya. Akan tetapi, formula ini akan gagal apabila Malaysia mencapai tahap pemikiran maju dan lebih ramai yang mempunyai akses kepada maklumat.

Pada ketika negara dalam keadaan suram inilah, Anwar Ibrahim telah membuat pengumuman bahawa beliau akan menawarkan diri untuk bertanding kerusi Kajang di negeri Selangor.

Selangor telah dibelenggu oleh ketegangan diantara MB Khalid Ibrahim dan Azmin Ali. PKR memiliki 14 kerusi sementara DAP dan PAS memiliki 15 masing-masing. Khalid telah mengeksploitasi jumlah ini untuk memastikan Azmin tidak boleh menggantikannya, sambil membuat percaturan antara PAS dan DAP menentang PKR.

Ia merupakan suatu siri peristiwa yang tidak sihat. Masalahnya seperti tiada penyelesaian, seakan simpulan Gordian. Dengan pengumuman beliau, Anwar telah membentangkan kepada kita jalan penyelesaian Alexandria yang unggul.


Prestasi hambar Khalid dan para pembantunya yang sering bertelagah

Namun, hanya seorang penganalisis berfikiran cetek sahaja akan menyimpulkan bahawa pilihan raya kecil Kajang hanyalah cara PKR untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
Hakikatnya, prestasi Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar begitu hambar.

Harapan rakyat, apabila dengan tidak disangka-sangka mereka mendapati diri mereka diterajui kerajaan Pakatan pada suatu pagi di tahun 2008 adalah mereka akan tinggal di dalam Camelot (tempat yang indah). Atau, tidak lama lagi Pakatan Selangor bakal menjadikan Selangor sebagai sebuah Lembah Silikon.

Tiada yang seperti itu telah berlaku. Lima tahun kemudian, Selangor hanya menunjukkan sedikit perbezaan daripada masa ia dibawah kerajaan BN. Majlis-majlis bandar kekal acuh tak acuh dan bersikap tidak peduli. Restoran-restoran di PJ masih kotor, dengan memberi sabun pinggan mangkuk yang dicairkan untuk pelanggan mencuci tangan mereka. Pembangunan baru teramatlah sedikit.

Wang yang banyak bermakna PELUANG yang disia-siakan

Selangor mempunyai banyak wang dalam bank kerana Khalid Ibrahim merupakan seorang yang sangat berjimat. Ini adalah satu kepandaian yang amat berguna jika dia merupakan seorang suri rumah tangga di bandar yang berhadapan dengan kenaikan harga yang tidak berkesudahan.

Selain itu, dia dikatakan sebagai seorang yang tidak mudah dirasuah kerana telahpun memiliki banyak wangnya sendiri sebagai seorang ahli perniagaan! Walaupun ini sesuatu yang baik, jika ia merupakan satu-satunya ukuran penilaian bagi seorang MB, maka kita boleh sahaja menggantikannya dengan lelaki India penjual rokok, mahupun setandan pisang.

Selangor mempunyai 2 Billion atau lebih dalam bank, ini bukanlah tandanya simpanan, tetapi peluang yang sia-sia. Pelaburan akan dapat meningkatkan pendapatan bagi negeri ini dan memberikan lebih pendapatan boleh guna ke dalam dalam poket rakyat.

Tidak mampu menyelesaikan perbalahan bukan sahaja dalam PKR tetapi Pakatan Selangor

Untuk berlaku adil kepada Khalid, dia memang terbaik dalam pengurusan ladang-ladang, namun itu kemahiran yang kurang diperlukan bagi dunia global dimana teknologi dan perkhidmatan mewah merupakan pendorong utama bagi pertumbuhan. Pakatan terus memuji Khalid sebagai pengurus yang baik, hanya atas sebab-sebab politik.

Khalid juga telah gagal menguruskan pihak-pihak yang berkepentingan dalam Pakatan, oleh itu kita sering menyaksikan pertengkaran antara mereka yang tidak berkesudahan. Selanjutnya, Selangor di bawah Khalid telah menunjukkan prestasi yang tidak seberapa dalam pilihan raya 2013. Di bawah kepimpinan beliau, PKR hanya mampu mengekalkan 14 kerusi berbanding 15 yang dimenangi gabungan rakan-rakannya PAS dan DAP.

Mengambil iktibar dari Kedah- ini adalah faktor bagi PKR untuk membuat keputusan menggantikan Khalid. Rakyat tidak akan teragak-agak untuk menghukum mereka yang berprestasi hambar. Dalam kes Kedah , PAS gagal untuk bertindak dalam menyelesaikan pertikaian dalaman PAS Kedah. Pembangunan terhenti kerana rakan-rakan Pakatan yang lain juga buntu untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Namun Pakatan begitu percaya dan mengandaikan rakyat Kedah akan terus mengundi mereka. Andaian seperti itu terbukti salah apabila Pakatan kalah teruk dalam pilihan raya 2013 di Kedah.
Oleh itu, PKR mula bertindak untuk menamatkan masalah di Selangor. Kita tidak boleh menerima 4 tahun lagi pemerintahan yang kurang memberangsangkan termasuk perbalahan yang tidak berkesudahan di Selangor.

Anwar dalam kelasnya tersendiri

Penduduk Kajang boleh mengharapkan untuk dipimpin oleh Anwar Ibrahim, Siapakah yang akan membantah jika beliau menjadi Menteri Besar baru mereka.

Dengan kombinasi pengurusan yang lemah dari segi ekonomi oleh BN, Anwar boleh mengharapkan majoriti yang amat baik dalam pilihan raya yang akan datang.

Dan kita semua boleh mengharapkan Anwar untuk memainkan peranan sebagai ketua eksekutif. Bagi Umno, ini adalah senario mimpi ngeri mereka. Untuk mendapatkan Selangor semula akan menjadi sebuah impian tidak akan menjadi kenyataan sama sekali.

Sementara itu, ada yang menyatakan bahawa Anwar tidak perlu menyandang jawatan Menteri Besar kerana beliau sepatutnya mengambil alih jawatan Perdana Menteri yang baru selepas pilihan raya yang akan datang. Jadi, mengapa kita perlu mensia-siakan bakat lelaki ini selama empat tahun? Jerry Brown telah menjadi Gabenor California kemudian Datuk Bandar Oakland, dia kini menjadi Gabenor California sekali lagi pada usia 75 tahun. Oakland mempunyai seramai 400,00 penduduk dan California pula 40 Juta penduduk. Dan dia berjaya mengelak defisit bajet California, dimana si Terminator, Arnold Schwarzenegger telah gagal! Prinsip utama, jelas, iaitu untuk berkhidmat kepada rakyat, bukan semata-mata mementingkan status peribadi seseorang.

Pakatan dan Anwar telah mengambil langkah yang betul dalam membuat keputusan ini. Mereka menunjukkan bahawa mereka boleh berfikir di luar kotak. Ia bukanlah sesuatu yang mudah namun perlu dibuat walaupun amat berat.

Walau bagaimanapun, ia amat menghairankan kenapa mereka tidak memikirkan hal ini dahulu! Dalam dunia bisnes, ini dinamakan game- changer. Pakatan mengambil inisiatif, BN menjadi terkejut dan tidak berdaya!

Dan di Selangor, Anwar Ibrahim akan memimpin kami ke arah kejayaan, akhirnya, Camelot ! -

Malaysia Chronicle  [Translation by Huzainah A Rani]


No comments: