KISAH GAJAH DAN HARI IBU



 “Dari Gelap Sampai Terang, Dia Masih Menunggu”


Anak Gajah Maut Dilanggar Lori, Ibu Setia Menjaga Jasad


Grik, Perak. Dalam pekat malam yang sunyi, sebuah lori terhenti di tepi jalan. Di hadapannya, seekor anak gajah terbaring kaku, tidak bernyawa. Tapi yang lebih menyentuh hati bukan sekadar jasad kecil itu… tapi ibu gajah yang berdiri di sisinya, tidak berganjak, tidak beralih.


Rakaman yang tular di media sosial memperlihatkan situasi memilukan itu. Seekor ibu gajah menunggu anaknya yang sudah tiada, dari gelap malam hingga terbit fajar. Ramai netizen menonton dalam diam, tak mampu menulis apa-apa. Hanya dada yang sesak, mata yang bergenang.


Dia tahu anaknya sudah pergi. Tapi dia tetap tunggu.


Bukan kerana dia tak faham realiti.


Tapi sebab hati seorang ibu sentiasa percaya pada keajaiban. Mungkin anaknya akan bangun semula, walau tahu dunia tak akan kembalikan apa yang telah dirampas.


Kejadian ini berlaku berdekatan kawasan hutan simpan di Grik, Perak. Satu daripada banyak lagi laluan yang semakin kerap jadi saksi pertindihan antara pembangunan manusia dan habitat semula jadi haiwan liar.


Mungkin pada sesetengah orang, ini hanya tragedi biasa. Tapi pada yang peka, ia adalah panggilan. Untuk kita berhenti sejenak dan tanya, apa lagi yang kita perlu musnahkan sebelum kita mula belajar simpati?


Pada tarikh yang ironi, Hari Ibu, alam tunjukkan satu bentuk kasih paling tulus: seekor ibu gajah, berdiri diam di sisi anaknya yang sudah tiada, kerana hatinya belum sanggup melepaskan. 😭



Bagaimana Rafizi Ramli akan di kalahkan dalam pemilihan Parti Kali ini.

 

Bagaimana Rafizi Ramli akan di kalahkan dalam pemilihan Parti Kali ini.





1. Pemilihan Parti Keadilan kini sudah berubah. Yang boleh mengundi di kongres kali ini ialah Perwakilan.


2. Ia diluluskan dalam kongres yang lalu di mana 1001 perwakilan bersetuju mengubah perlembagaan kepada perwakilan dan 6 membantah (2 di dalam dewan dan 4 secara online). Saya salah seorang yang membantah dari 6 itu yang mengangkat tangan di dalam dewan seramai lebih 1000 orang. Orang kedua di dalam dewan ialah bekas ketua penerangan cabang saya.)


3. Alakulihal, benda dah diluluskan. Tapi masa tu saya dan sense sesuatu yang pelik. 


4.  Pemilihan kali ini perwakilan ada 2 kategori.


5. Kategori 1 Perwakilan Utama - Mereka yang menang dari ketua cabang, timbalan, naib dan 15 AJK. ini dalam 18 orang. Ketua wanita dan ketua amk menjadikan jumlah 20 orang. 


6. Kategori 2 Perwakilan Tambahan - Mereka yang di pilih oleh calon-calon KC yang bertanding. Minima 40 orang ke maksima 155 orang satu cabang bergantung kepada berapa jumlah ahli cabang.


7. Mereka di pilih dengan kaedah Proportionate representation. Erti kata, contoh Calon A dapat 60% undi dan perwakilan tambahan ada 40 maka Calon A ada 24 orang sebagai perwakilan tambahan.


8. Calon B pula ada 40% maka dia ada 16 orang sebagai perwakilan tambahan.


8. Di sebabkan calon A menang, maka dia ada 18+24 perwakilan tambahan bersama dengannya.


9. Kalau Maksima 155 orang, maka Calon A ada 93 orang tambahan dan Calon B ada 62. Bermakna calon A ada 93+18 =111 undi perwakilan.


10. Ini Semua ok sehingga fenomena "Badan tanpa kepala".


11. Kita ambil contoh di JB, Ketua cabang menang mendapat 54% dan Akmal Nasir dapat 46%.


12. Maka dengan cabang sebesar ini mereka dapat membawa katakan 100 perwakilan. 


13. Maka KC dapat membawa 54+1 (dirinya sendiri) = 55 dan akmal dapat membawa 46+17 = 63


14. Nampak seimbang kan? Kenapa Rafizi perlu risau?


15. Ini kita bayangkan tempat rafizi menang. Now, kita calculate yang memang tempat rafizi tak menang dan pure kepada lawan dia. 


16. Kawasan dia boleh bawak perwakilan tinggi pun dia di kompromi sehingga 50-50, dan kawasan team dia kalah peluang dia amat rendah sehingga maksima pun hanya 20-30%, bayangkan lebih 100 cabang sebegini. 


17. Maka, bagaimana peluang Rafizi untuk menang kalau kiraannya sebegini?


18. Saya juga mendapat maklumat bahawa sudah ada nama yang akan confirm menang tanpa perlu berusaha keras kerana sudah di "masukkan" dalam sistem. Itu konspirasi politiknya. Kalau nama dalam senarai saya ni menang, saya boleh nampak konspirasi ni benar. tapi kita tunggu dulu.


19. Jadi Apakah Rafizi patut tarik diri? 


20. Bagi saya tidak perlu. Lawan sahaja. saya lebih berminat melihat Nurul Izzah Anwar untuk menang dan jadi timbalan dan berusaha lawan musuh utk PRU 16 nanti.


21. Satu lagi saya sebut kartel 2.0. Nurul Izzah bukan kartel 2.0 yang rafizi maksudkan. Ia orang lain. Orang yang sedang menunggang dan menangguk dari semua ini demi kelangsungan diri mereka. Lepas habis ditangguk dan semua menjadi "PAPA kedana", masa itu dia akan pergi ke tempat lain untuk menghisap dan menangguk di tempat lain pulak. 


22. Bak kata jojie dalam Rock oo. Ini semua temporeri. Mereka semua survival!


Inilah kehidupan dan inilah perjalanan dalam politik. Ada kala kita menang dan ada kala kita kalah. Harap Bersabarlah yang akan kalah nanti. 


Iswardy




LIVE! DS RAFIZI JELAJAH HIRUK. HIDUPKAN IDEALISME REFORMASI DALAM UJIAN ...





PH, Umno-BN Dan GRS Bergabung Pada PRN Sabah – PM Anwar

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

TAWAU, 11 Mei – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa kerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah melibatkan tiga gabungan utama iaitu Pakatan Harapan (PH), UMNO-Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH menjelaskan bahawa perbincangan berhubung kerjasama itu sebelum ini dilakukan di peringkat Persekutuan, namun keputusan pelaksanaannya ditentukan oleh Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan PH di peringkat negeri Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita bekerjasama tentunya dengan UMNO-BN dan GRS. Sebab itu saya datang juga dan mengadakan beberapa perbincangan dengan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor supaya kesepakatan ini lebih meluas dan kita ambil sikap yang lebih terbuka.

“Jadi itu saya nak jelaskan. Mengapa hal itu perlu? Kerana bagi kita, keutamaan ialah kestabilan politik nasional dan negeri,” katanya dalam sidang akhbar selepas sesi pertemuan bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah di sini, pada Ahad.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut Anwar, hubungan yang baik antara kerajaan negeri dan Persekutuan amat penting untuk menjamin kesinambungan pembangunan demi kepentingan rakyat.

“Hubungan di peringkat negeri dan Persekutuan mesti baik. Tapi saya lihat, ada beberapa tokoh politik termasuk yang pegang jawatan besar di Parlimen, kerja mereka hanya menyerang pusat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan program Solar MADANI selepas merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kalau itu berlaku, ia tidak memberi manfaat kepada rakyat. Rakyat mungkin suka dengar, tetapi dari segi pelaksanaan program pembangunan, hasilnya akan jadi seperti masa mereka ada kuasa tetapi tidak dilakukan untuk kebajikan rakyat. Kita berbeza,” katanya.

Tambah beliau, pendekatan kerajaan pimpinannya adalah untuk mendengar keperluan kerajaan negeri dan membuat penyesuaian sewajarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir merasmikan penutup Program MADANI Rakyat di Dataran Majlis Perbandaran Tawau pada 11 Mei 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Saya datang, umpamanya, untuk bertanya kepada kepimpinan negeri tentang keutamaan mereka dan kemudian kita buat beberapa penyesuaian. Itu prinsip kita, bukan soal kepentingan politik semata-mata, tetapi soal menyantuni keperluan rakyat,” katanya.



Mulanya 36 tapi 28 ahli PKR dipecat, ini sebabnya


 


HarapandailyMay 11, 2025

Setiausaha Agung PKR, Dr Fuziah Salleh mengesahkan 28 ahli parti termasuk mereka yang menang bertanding, dipecat berbanding 36 ahli sepatutnya.

Menurutnya, 11 daripada mereka membuat rayuan seterusnya diterima semula menjadi ahli selepas mengemukakan bukti komitmen sebagai ahli seperti surat sokongan dan rekod kegiatan pada peringkat akar umbi.

“Selepas pusingan pertama pencalonan pada peringkat Cabang, Majlis Pimpinan Pusat (MPP) mengenal pasti seramai 36 ahli untuk dipecat.

“Namun begitu, 11 daripada mereka membuat rayuan dan jumlah yang dipecat adalah seramai 28 ahli termasuklah mereka yang menang dalam pemilihan,” katanya, lapor BH.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu berkata, pihaknya memerlukan bukti yang kukuh sebelum tindakan pecat dilakukan oleh parti walaupun ada yang sudah memenangi pemilihan.

 

WOIIIITTTT ....JANGAN LARI- NAK BAGI SURAT SAMAN- RAFIDAH JANGAN GHAIB KATA KHALID SAMAD, ISU TERKAIT FITNAH YANG DIBUAT R...



Surat saman terhadap pelakon dan pempengaruh, Rafidah Ibrahim telah disiapkan namun usaha untuk menyerahkannya masih gagal kerana individu itu dikatakan tidak dapat dikesan. Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, saman tersebut dibuat susulan dakwaan Rafidah yang menuduh beliau berhasrat memansuhkan Lembaga Pentadbiran Malay Agricultural Settlement (MAS) serta tanah rizab Melayu di Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur sebelum ini. Menurut beliau, surat notis tuntutan (LOD) sebelum ini juga tidak dijawab oleh Rafidah dan tempoh 14 hari yang diberikan telah pun tamat. “Peguam saya, Hisham Fauzi yang berpangkalan di Kota Bharu bekerjasama dengan seorang lagi peguam di Kuala Lumpur untuk menyiapkan surat saman itu melalui mahkamah. “Tetapi masalah kami sekarang ialah untuk mencari Rafidah. Dia ini jenis ‘pejuang’ yang sentiasa menghilangkan diri,” katanya. Beliau yang juga Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Perhimpunan Bersama Warga KADA di Lundang, di sini pada Ahad.







Rupanya ‘mat pet’ punya angkara kes pecah cermin kenderaan Pejabat MP Sri Gading



 



HarapandailyMay 11, 2025

Seorang lelaki disahkan positif dadah ditahan kerana dipercayai memecahkan cermin kenderaan Pusat Khidmat Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan.

Ketua Polis Batu Pahat, Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani, berkata kejadian kira-kira 11 pagi semalam itu berlaku di depan pusat khidmat berkenaan di Parit Yaani.

“Siasatan awal mendapati suspek menaiki motosikal sebelum memecahkan cermin kenderaan yang digunakan kakitangan pusat khidmat berkenaan.

“Suspek lelaki tempatan berusia 37 tahun ditahan kira-kira 3 petang pada hari sama di sebuah rumah di Tongkang Pechah.

“Turut dirampas kenderaan, pakaian dan peralatan dipercayai digunakan semasa kejadian,” menurut kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati suspek positif methamphetamine dan kini direman empat hari hingga 14 Mei ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.




JADI PERHATIAN DUNIA !! Latihan Bersama Su-30MKM? Rusia Siap Kirim Su-57...

LCS 2 Technical Downslip - Lumut Naval Shipyard (LUNAS) Malaysia

JAWATAN MENTERI, PERBEZAAN ANTARA NURUL IZZAH DAN RAFIZI


11 May 2025

Rafizi Ramli berkata, beliau akan meletakkan jawatan sebagai Menteri Ekonomi jika kalah pada pemilihan PKR hujung bulan ini.

Mengakui beliau sebenarnya agak lega dengan kemungkinan itu, Rafizi menambah ia akan menjadikannya  mempunyai lebih banyak masa dan lebih bebas bersuara dalam pelbagai isu.

“Kalau saya kalah saya letak jawatan dan jadi Ahli Parlimen biasa, saya tak dibebankan lagi dengan tugas sebagai menteri.

“Teruk tahu jadi menteri. Banyak tanggungjawab, tak terbuat. 

“Yang kedua, saya lagi gembira kerana mulut dan tangan saya tak lagi terikat,” katanya dalam siaran langsung podcast malam tadi.

Pada pertandingan jawatan Timbalan Presiden 23 Mei ini Rafizi akan dicabar oleh Nurul Izzah Anwar bagi jawatan tersebut.

Berbeza dengan Rafizi yang akan meletakkan jawatan jika beliau kalah, Nurul Izzah pula menyatakan beliau tidak berninat dengan jawatan menteri jika ditakdirkan beroleh kemenangan.

Katanya,  beliau akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada parti dan agenda reformasi dasar.

“Sekiranya memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR, saya tidak berminat untuk menyertai barisan kabinet.

“Misi utama saya adalah untuk saling berusaha dan bekerja bersama anggota, pendukung serta sukarelawan di peringkat cabang, khususnya di 50 kerusi marginal,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat lalu.

Nampaknya ada perbezaan pendirian antara Rafizi dan Nurul Izzah dalam hal ini.

Perwakilan kini boleh memilih sama ada mahukan Rafizi yang masih sedia kekal lagi jadi menteri jika menang atau mahu Nurul Izzah yang tak berninat jadi menteri jika ditakdirkan menang.

Di sini terlihat Nurul Izzah cuba meletakkan dirinya lebih mengutamakan parti daripada jawatan dalam kerajaan untuk dirinya sendiri.

Apa pun, soal jawatan menteri adalah budi bicara Perdana Menteri menentukannya.

Cumanya, tindakan Rafizi itu dilihat lebih bertujuan untuk memberi laluan kepada Nurul Izzah dilantik menjadi menteri, meskipun mengatakan tidak berminat menyertai kabinet.

Rasa-rasanya bila dah menang nanti, minat Nurul Izzah untuk berada dalam kabinet perlahan-lahan akan berkembang dengan sendirinya.

Anwar pun tak mungkin mahu melihat timbalannya dalam PKR tiada jawatan dalam kabinet, sedangkan orang lain yang kalah bertanding dan hanya ada jawatan lantikan dalam parti pun diberi jawatan menteri.

Maka itu, melantik Nurul Izzah jika beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR adalah sesuatu yang kalau pun tidak wajib, ia boleh dikira sebagai sunat muakkad hukumnya.

Bagi Rafizi, sebelum beliau diminta berundur atau diberhentikan daripada kabinet berikutan kekalahannya nanti, kenyataannya mahu meletakkan jawatan itu boleh dikira seperti kata pepatah – menyediakan payung sebelum hujan turun.

Rafizi nampaknya memahami bahawa bukan perkara asing dalam politik – bila hilang jawatan dalam parti, akan hilang juga jawatan dalam kerajaan. – ShahbudinHusin 11Mei22025.




APA JANJI RAFIZI JIKA MENANG JAWATAN TIMB. PRESIDEN PKR?

Peringatan KERAS Rafizi kepada Nurul Izzah jika dapat kalahkan dia jadi ...

VP : SEBAB SEBENAR SAIF TAK BERTANDING DALAM PERTANDINGAN RAFIZI V NURUL...

HASSAN KARIM NI RAJIN MENULIS DALAM WEBSITE RN-REFORMASI NATIONAL DI AWAL REFORMASI- TAPI DIA PSM MASA TU-GEMPAR!! - DUA BUKAN ORANG ASAL PKR | RAFIZI DEDAHKAN CERITA HASSAN KARI...



Antara Pimpinan PKR yang banyak memberi masaalah kepada parti PKR. Hassan Karim yang seringkali berlawan arus dengan keputusan kerajaan. Dan yang terkini, beliaulah yang mencadangkan Nurul Izzah bertanding melawan Rafizi ramli. Dia lupa apa yang Rafizi lakukan untuk menjadi Ahli Parlimen Pasir Gudang, INILAH PENDEDAHAN RAFIZI MENGENAI PERJALANAN POLITIK HASSAN KARIM INI!




10 Projek Kampung Angkat MADANI KPKT Siap, Beri Manfaat Lebih 8,000 Penduduk

 


Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Balai Bomba Teluk Intan

TELUK INTAN, 10 Mei – Sepuluh projek di bawah Program Kampung Angkat MADANI Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) siap dibina dan memberi manfaat kepada kira-kira 8,670 penduduk di Kampung Bahagia di sini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming, berkata RM2.5 juta diperuntukkan bagi 10 projek menaik taraf kemudahan asas itu, termasuk dewan komuniti dan tempat pembuangan sampah di kampung tersebut yang siap sepenuhnya pada 31 Mac lalu.

“Projek lain adalah menaik taraf jeti nelayan sebanyak RM667,000, menaik taraf gelanggang futsal (RM 697,000), pengindahan Geghotak Bahagia (RM 480,000), naik taraf sistem pengairan dan saliran (RM200,000) dan baik pulih landskap (RM200,000).

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Bernama

“Selain itu, pembinaan mercu tanda (RM 96,000) serta menaik taraf pusat pengumpulan sampah (Pembinaan Pusat Sisa Lestari) sebanyak RM 70,000,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Kampung Angkat MADANI hari ini.

Beliau berkata, Perbadanan PR1MA Malaysia melalui pelaksanaan projek tanggungjawab sosial korporat pula menyumbangkan sebanyak RM91,810 kepada satu daripada projek Kampung Angkat MADANI KPKT.

“Ia merangkumi membaik pulih bumbung, tiang ‘galvanized’ dan pemasangan susur tangan di Jeti Nelayan Kampung Bahagia yang memberikan manfaat kepada komuniti nelayan di sini, selain berupaya merangsang pertumbuhan ekonomi setempat melalui sektor perikanan dan industri pelancongan desa.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menandatangani plak Majlis Penyerahan Projek Kampung Angkat MADANI Kampung Bahagia Teluk Intan ketika melawat Projek Naik Taraf Jeti Nelayan pada 10 Mei 2025. Foto Balai Bomba Teluk Intan

“Jeti ini akan memberi manfaat kepada 76 nelayan di Kampung Bahagia dan terdapat satu pembinaan jambatan baharu di bawah Kementerian Kerja Raya yang akan dibina bagi menghubungkan penduduk kampung dengan kawasan bandar,” katanya.




OPERASI TAHAN TOKAN DAN SEGALA MACAM GANGSTERISME DI SG PETANI


 

BHAI... HANG NAMPAK APA PADA PAS? MANA BERANI TANDING SOLO.. SEMUA YANG PAS JOIN... SEMUA AKAN LARI.. TU JA SIKAP PAS.


 

LAGI KERJA FITNAH WALAUN- TUNGGU MAKAN SAMAN- Fitnah oleh pemilik akaun TikTok OMGSekMung, apa kata Mujahid yang difitnah?


 

HarapandailyMay 10, 2025

Berikut adalah kenyataan Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa, timbalan presiden AMANAH seusai laporan polis dibuat terhadap akaun TikTok OMGSekMung:

“Video tersebut, yang dimuat naik pada 9 Mei 2025, memaparkan gambar saya tanpa kebenaran dan cuba mengaitkan saya secara tidak langsung dalam isu bantahan terhadap papan tanda larangan homoseksual yang dipasang di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

“Tindakan ini amat tidak bertanggungjawab dan jelas berniat jahat. Ia mencetuskan persepsi seolah-olah saya menyokong agenda songsang, sedangkan hakikatnya saya tidak pernah menyokong mana-mana bentuk promosi homoseksual.

“Saya menolak sekeras-kerasnya naratif palsu ini dan menyifatkannya sebagai satu cubaan terancang untuk merosakkan maruah serta nama baik saya sebagai seorang pendakwah yang konsisten memperjuangkan pendekatan Islam yang adil, berhemah dan berpaksikan prinsip Rahmatan Lil ‘Alamin.

“Sebagai rakyat Malaysia yang menjunjung nilai kebenaran dan keadilan, saya percaya bahawa fitnah sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa tanpa tindakan. Justeru, laporan polis telah dibuat agar siasatan segera dapat dijalankan dan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang menyebarkan kandungan jelik dan tidak bermoral ini.

“Saya amat menyokong kebebasan media dalam melaporkan berita secara bertanggungjawab. Kebebasan bersuara adalah asas penting dalam sebuah negara demokrasi yang matang. Namun begitu, saya menolak sekeras-kerasnya budaya fitnah dan kebencian yang digunakan untuk membunuh karakter seseorang, khususnya dalam medan politik.

“Tindakan memutarbelit fakta, menyebar persepsi palsu dan menyerang peribadi atas nama “kebebasan” bukan sahaja tidak beretika, malah merosakkan asas keharmonian masyarakat dan mencemarkan ruang demokrasi itu sendiri.

“Kebebasan bukan lesen untuk memfitnah. Perbezaan pandangan tidak seharusnya membawa kepada pembohongan yang menjatuhkan maruah insan lain. Sebagai ahli politik, saya sedia dikritik. Tetapi biarlah kritikan itu berasaskan fakta, bukan tohmahan.

“Saya menyeru semua pihak agar menolak budaya politik kebencian dan fitnah murahan yang semakin berakar dalam ruang media sosial. Platform digital tidak sepatutnya dijadikan medan untuk menjatuhkan karakter seseorang melalui pembohongan dan manipulasi. Kebenaran mesti dipertahankan, dan kezaliman digital wajib kita lawan bersama.”

 


Video TikTok fitnah dan manipulasi terhadap Mujahid, laporan polis telah dibuat

 



K PRAGALATHMay 11, 2025

Pegawai khas kepada Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa telah membuat laporan polis terhadap seorang pengguna TikTok yang memuatnaik kandungan berunsur manipulasi dan fitnah.

Akaun TikTok tersebut Bernama OMG! SekMung.

“Video itu memaparkan naratif yang mengelirukan serta disunting seolah-olah Senator Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa menyokong kumpulan yang membantah larangan homoseksual oleh kerajaan negeri Terengganu.

“Ia memberi gambaran palsu dan berniat jahat untuk mencemarkan nama baik beliau,” kata pegawai khas kepada Mujahid, Muhamad Nur Ismail di dalam laporannya itu.

Muhamad turut mendakwa bahawa akaun ini turut menggunakan gambar Mujahid berulang kali dalam isu berkaitan LGBT dan aktivis seperti Nisha Ayub.

“Walaupun nama beliau tidak disebut secara langsung, penyampaian kandungan tersebut membawa persepsi salah dan fitnah terbuka.”

 

Baru-baru ini kerajaan Terengganu telah memasang papan tanda anti LGBT+ di Universiti Malaysia Terengganu supaya masyarakat membenci perlakuan yang dikutuk agama.

Setakat ini Mujahid tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berkenaan pemasangan papan tanda tersebut oleh kerajaan pimpinan Pas di Terengganu.

Semasa beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beliau pernah menggunakan kaedah diplomasi untuk mendekati golongan LGBTQ+.

Antara yang berjumpa dengan beliau ialah Nisha Ayub.

 

NAH SALAHKAN ORANG SAJA.. TAPI BAGAIMANA MELAYU?


 

KALAU GINI PEMUDA UMNO, MELINGKUP LAH UMNO- Cadangan agihan kerusi 14-14: Tarik balik kenyataan, usah sombong Akmal

 


Cadangan agihan kerusi 14-14: Tarik balik kenyataan, usah sombong Akmal

K PRAGALATH

May 11, 2025

Exco Pemuda AMANAH Nasional Fadhli Umar Aminolhuda mahu Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh yang menolak cadangan formula cadangan agihan kerusi 14-14, untuk pilihan raya negeri Melaka, menarik balik kenyataannya.

“Saya menyeru agar Dr Akmal Salleh menarik balik kenyataannya dan kembali kepada semangat muafakat.

“Kita perlu bergerak sebagai satu pasukan, bukan saling mencurigai antara satu sama lain. Perpaduan kunci kejayaan buat kita semua,” kata Fadhli.

Ini kerana kenyataan Akmal memperlihatkan sikap sombong pemimpin Umno tersebut tanpa semangat permuafakatan yang menjadi asas kepada Kerajaan Perpaduan.

“Formula 14-14 adalah satu cadangan adil yang mencerminkan semangat setiakawan serta kesamarataan antara parti-parti dalam kerajaan, terutamanya antara UMNO dan PH di negeri Melaka.

“Sebarang cubaan untuk mendominasi atau meminggirkan rakan kongsi bukan sahaja akan mencetuskan ketegangan dalaman malah boleh menggugat kestabilan kerajaan yang sedang dibina bersama.”

 

Isu formula 14-14 ini timbul apabila DAP bahagian di Melaka sebulat suara meluluskan resolusi berkongsi kerusi di dalam pilihan raya negeri Melaka yang akan menjelang tiba tahun ini.

Fadhli turut mengingatkan Dr Akmal bahawa BN memenangi pilihan raya kecil di Mahkota dan Ayer Kuning kerana sokongan undi penyokong Pakatan Harapan.

“Bahkan Dr Akmal usah lupa bagaimana usaha dan kerjasama erat yang diberikan oleh rakan Pakatan Harapan dalam memenangkan calon-calon Barisan Nasional khususnya dalam siri PRK seperti DUN Mahkota dan DUN Ayer Kuning yang mana jelas atas kertas menunjukkan undi teras Pakatan Harapan menyokong dan mengundi calon BN atas semangat Perpaduan!

Akmal turut diingatkan bahawa kerajaan persekutuan terbina di atas asas persefahaman bersama.

“Saya akhirnya mengingatkan bahawa Kerajaan Perpaduan ini terbina atas asas persefahaman, bukannya penguasaan sebelah pihak.

“Politik ego perlu dibuang dan saya menyeru semua parti dalam gabungan untuk terus memperkukuh agenda reformasi, memperjuangkan isu rakyat dan mengukuhkan kerjasama antara komponen.

“Pemuda bukan medan angkuh, sebaliknya ruang untuk membina negara dengan idealisme dan jiwa besar.”

 

CHINA MALUKAN TRUMP.


 

Bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua kerusi di dalam PRN Johor, itulah pilihan PH Johor

 




Naib pengerusi AMANAH Johor Zuhan Zain berkata bahawa PH Johor sedang mempertimbangkan sama ada untuk bekerjasama dengan BN atau bertanding di semua kerusi di Johor di dalam pilihan raya negeri akan dating.

“Kemungkinan pertama adalah kerjasama bersama dengan BN Johor dalam berhadapan dengan PRN nanti dan hal ini juga memerlukan komitmen dari PH Johor untuk membawa agenda pembahagian kerusi sama rata antara BN-PH di Johor.

“Kemungkinan kedua yang boleh berlaku adalah gabungan PH bertanding di semua kerusi di Johor tanpa ada kerjasama dengan BN dan mana-mana gabungan lain di Johor,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

PRN Johor dijangka berlangsung awal tahun 2026 selepas tempoh mandat tamat dalam bulan Mac.

Tiga negeri lain yang juga perlu mengadakan PRN ialah Melaka, Sabah dan Sarawak.

PH dan BN sepakat di peringkat kerajaan pusat tetapi kesepakatan peringkat negeri belum dimuktamadkan. Ini termasuklah pembahagian kerusi DUN.

 

 

Dalam pada itu Zuhan berkata bahawa PH Johor perlu memuktamadkan perkara ini kerana gerak kerja mendekati rakyat perlu dilaksanakan.

“Keputusan ini perlu segera dibuat berikutan masa yang tinggal adalah singkat untuk melakukan gerak kerja mendekati rakyat agar PH terus mendapat kepercayaan rakyat di negeri ini,” katanya.

 

RAFIZI DAKWA ADA ORANG BAGI TUDUNG DAN BAGI DUIT UTK DAPAT SOKONGAN

Siapa yang mengikuti ucapan Rafizi Ramli malam tadi akan jelas pendirian beliau



1. Tidak ada masalah siapa pun nak lawan Timbalan. Ini demokrasi.


2.Tidak ada istilah nepotisma, tapi kita bukan sekadar kena menjawab dengan ahli, tapi pengundi luar. Pengundi luar tidak kisah soal demokrasi kita. Ia soal persepsi.


3. Rafizi tidak ada isu berhenti dari jawatan dia ada sekarang (sekiranya dibenarkan PM) dan memberi laluan kepada orang lain memegang jawatan menteri. Ini kerana dia tidak mahu dilihat seseorang yang merebut jawatan menteri namun tidak ada jawatan dalam parti atau kalah dalam jawatan parti.


4. Menang atau kalah itu adalah lumrah pertandingan. Namun, banyak kepincangan dalam sistem yang nampak akan memberi advantage kepada pasukan lain.


5. Walaupun sistem itu begitu, dia tetap masuk bertanding kerana dia faham bahawa demokrasi perlu Diraikan.


6. Tugas seorang Timbalan ialah sebagai jeneral perang melawan naratif dan walaun kerana PM merangkap presiden akan sibuk mengurus tadbir negara. Dia berharap selepas ini, kalau Nurul Izzah Anwar menang Timbalan, maka dia perlu memikul tanggungjawab itu dan mengambil baton sebagai jeneral perang dan sang pembantai dari tangan rafizi. Nurul kena bersedia.


7. Walaupun mungkin melepas jawatan menteri, tidak bermakna dia akan me lepas jawatan ahli parlimen kerana dia menang untuk tempoh sehingga pilihanraya akan datang. Jawatan menteri adalah pilihan tapi jawatan ahli parlimen adalah kewajipan. Kalau lepas jawatan lagi mudah dia nak lawan walaun. 


8. Raf juga berpesan biasalah bila parti menang akan ramai orang masuk parti termasuk dari parti luar. Fenomena ini dapat dilihat sejak menang 2018.


9. Dia juga berkata bahawa jangan kita ada budaya pak turut dan saya tambah kaki ampu dan kaki jilat.


10. Raf menyebut specific nama Ramanan, seorang kaya yang hanya masuk parti dari MIC tahun 2020 tapi bercakap soal akar umbi. Mengurus Akar umbi MIC lain dari mengurus akar umbi PKR. Menabur duit bukan cara mengurus akar umbi. Memperkasakan akar umbi, itu caranya


Kesimpulan Iswardy


1. Kalau nak merasa duit rafizi atau team dia mmg Jauh sekali la.


2. Kelemahan rafizi ialah mengurus akar umbi. Tapi itu bukan kelemahan dia seorang sebenarnya. Yang lain lagi teruk. 


3. Jentera pengurusan media dan persepsi lagi banyak bertahan dari menyerang. Bukan tak nak menyerang

Pertama bahan kena ada kalau nak menyerang. Kedua tak de sapa akan membela kita kalau menyerang, salah cakap dan kena saman. Dan yang terakhir


4. Menarik bila dia sebut perlu konsisten. Dalam Pakatan Harapan terutama pkr, TIDAK RAMAI ahli yang konsisten membela kerajaan ini. Jadi akhirnya ia kena kembali kepada jeneral perang.


5. Saya juga tengah berimaginasi membayangkan bagaimana Nurul mengambil alih jawatan Timbalan dan sekarang bersedia menyerang walaun


6. Bersedia kartel 2.0 yang kini menjadi parasit dalam parti.


Iswardy




BERITA PENYINGKIRAN KETUA RISIK INDIA.

 


Berita mengenai dakwaan operasi ‘false flag’ di Pahalgam serta penyingkiran Lt Jen DS Rana selaku Ketua Agensi Perisikan Pertahanan India (DIA) telah mendapat liputan beberapa media serantau dan antarabangsa seperti The Khyber Mail, Business Recorder, dan Dunya News. Cerita ni memang kecoh dan jadi bualan hangat di media sosial sekarang ni. 





Telah berlaku satu kejadian kat kawasan peranginan terkenal di Wilayah Pahalgam, Jammu, dan Kashmir (IIOJK), (wilayah yang menjadi perebutan antara negara India dan negara Pakistan sejak tahun 1947) kini dikuasi oleh negara India. 


26 orang pelancong jadi mangsa tembakan mengejut dalam serangan misteri. Tapi cerita ni tak habis kat situ je.


Yang buat cerita ni heboh satu dunia, ada dokumen rahsia milik agensi perisikan India (RAW) bocor kat Telegram. 


Dalam dokumen tu terbukti jelas menyatakan bahawa serangan yang berlaku sebenarnya dirancang oleh kerajaan India sendiri. 


Ya, korang baca betul kerajaan India sengaja cipta drama palsu supaya boleh salahkan Pakistan dalam masa 36 jam selepas serangan berlaku.


Plan asalnya, India nak gunakan insiden ni untuk wujudkan alasan politik atau ketenteraan bagi menyerang Pakistan. 


Tapi belum sempat jalan plot, semuanya kantoi busuk bila dokumen sulit tu bocor.


Kesan kebocoran dokumen ni agak serius . Pegawai besar macam Lt Gen DS Rana, yang mengetuai Defence Intelligence Agency (DIA), terus kena pecat dan dipindahkan ke Andaman dan Nicobar Islands iaitu satu kawasan terpencil yang selalu dijadikan tempat buangan pegawai tentera yang bermasalah.


Bukan Rana je yang terkena tempias dan dijadikan kambing hitam, pegawai besar lain macam Lt Gen MV Sachinder Kumar (Northern Commander) dan Timbalan Ketua Marshal Udara Sujeet Pushpakar Dharkar pun kena buang kerja serta-merta sebab kerajaan Modi panik nak cover malu punya pasal. 


Menurut penganalisis keselamatan, kejadian ni betul-betul bagi tamparan hebat pada reputasi negara India di mata dunia.


Brigadier (B) Mahmood Shah kata, "Kerajaan Modi dah terperangkap dengan konspirasi ciptaan sendiri yang akhirnya memalukan negara."


Dr Ejaz Khan cakap benda ni bukan biasa-biasa, ia satu jenayah yang agak serius sebab sanggup korbankan rakyat sendiri semata-mata nak cipta alasan politik.


Sekarang dunia dah mula rasa curiga dengan ketelusan dan integriti kerajaan India. Hubungan India dengan negara jiran Pakistan pun mungkin makin panas lepas ni.


Boleh meningkatkan risiko konflik yang lebih besar kat rantau kita. Malah, moral dan keyakinan anggota tentera India pun akan mula tergugat teruk sebab rasa tertipu dengan permainan politik ni.


Walaupun status kesahihan berita ini masih belum dapat dipastikan, berita ni sedang tular dan sedang hangat diperkatakan di media sosial antarabangsa. 


Pengajaran untuk Malaysia? Kita kena sentiasa berhati-hati dan waspada dengan permainan politik kotor dan propaganda negara-negara luar yang boleh mencetuskan ketegangan serantau. 


Integriti, ketelusan, dan kewaspadaan pertahanan negara perlu sentiasa jadi keutamaan supaya negara kita tak jadi mangsa permainan kotor macam ni.-MalDef-


Sumber berita:


 The Khyber Mail

 Business Recorder

 Dunya News

 The Island

 PTV World

 Radio Pakistan


MalDef