PROGRAM BANTUAN KE SEKOLAH PARLIMEN BERA



Oleh : Amiruddin Ahmad.

Bera 28 Dis 2019-Program " Jom Ke Sekolah" Parlimen Bera yang memanfaatkan pelajar  terutamanya Golongan B40 melibatkan 400  pelajar beberapa buah sekolah sekitar Parlimen Bera. Majlis yang di sampaikan oleh Senator YB Manolan Mohamad  itu mendapat sambutan yang menggalakkan terutamanya golongan B40 yang bersyukur dengan program yang dilaksanakan oleh Kerajaan PH.Turut serta Adun Triang,YB  Leong Yu Man. Wakil Amanah Kawasan Bera,dan juga wakil PPBM Bera. 


Bantuan berupa peralatan sekolah,kasut,bag selengkapnya merupakan hadiah bagi golongan marhaen B40.Majlis yang berlangsung di Felda Temanggau 2 dan juga Triang ini mendapat kerjasama ibubapa atas usaha Jawatankuasa PH Bera yang membolehkan majlis ini berjalan lancar dan berjaya. Taniah jawatankuasa yang mencari,mengumpul maklumat dan Usah ini bukan lah mudah bagi kawasan yang luas di bawah Parlimen Bera. 














Turut serta menjayakan majlis " Jom Ke Sekolah" adalah Adun Triang, Yb Leong Yu Man, Hj Abdul Manan bin Ahmad, Pengerusi Amanah Bera dan Mohd Hairun bin Zakaria, Pengerusi Ppbm.
Majlis berakhir sekitar jam 6 petang.



#Lagi gambar akan menyusul kemudian.Teruslah memberi sokongan kepada blog ini dengan menekan iklan yang terdapat ditepi dan juga dibawa artikel. Ianya dapat membantu saya mengendalikan blog ini sedaya upaya.Terima kasih.

KALAU NAK FITNAH JANGAN JADI BODO DIK...CUBA BACA...

Oleh: Wan FaudIn N.S




Kalau nak buat fitnah pun jangan la sampai tunjuk bodo.  Adik hang tu umur berapa?   Darjah satu, dua, tiga atau darjah 6 yang  dapat bantuan persekolahan tu?  Keadilan tak terima ahli budak sekolah rendah tau tak?  

Syarat jadi ahli Keadilan mesti berusia 18 tahun ke atas. Kami tak beri bantuan persekolah "Back To School" untuk yang berumur 18 tahun.  Apa yang kami buat adalah merekodkan no mykid kanak- kanak  yang terima bantuan sebagai bukti penyerahan dan penerimaan.  Kalau tidak mahu ucap terima kasih pun, jangan la sampai membuat fitnah.


ELAUN MENTERI ERA BN DIPUTAR KE ERA PH?

KERAJAAN GABUNGKAN 28 AGENSI KAWAL SEMPADAN KEPADA SATU

SATU LAGI KONGRES BINCANG ISU JAWI DITERUSKAN AHAD

UPKO BANTU WARISAN RAMPAS KERUSI KIMANIS

PERATURAN BUAT RAKYAT MALAYSIA DI THAILAND...JANGAN HISAP ROKOK



HATYAI, Thailand  - Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla melancarkan Kempen Kesedaran mengandungi lima peraturan dan undang-undang perlu dipatuhi pelancong Malaysia yang ingin memasuki negara jiran itu, semalam.

Kesemua peraturan dan undang-undang itu membabitkan penunggang motosikal dan pemandu kenderaan Malaysia yang bertujuan bagi mengelakkan mereka daripada dikenakan tindakan termasuk dipenjara di negara ini.

Lima perkara itu ialah tidak merokok di 26 kawasan pantai popular yang ditetapkan; tidak menghisap rokok elektronik atau vape; tidak menggunakan walkie-talkie yang tidak berdaftar; mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk dan membeli insurans perlindungan kenderaan.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd. Afandi Abu Bakar berkata, kelima-lima peraturan dan undang-undang itu penting dipatuhi kerana masih ramai rakyat Malaysia tidak menyedari perkara tersebut.

“Bagi yang sudah biasa memasuki Thailand dengan kenderaan, boleh jadi mereka mengetahui tentang perkara ini, tetapi mungkin tidak bagi yang baharu (memasuki Thailand).

“Ini terbukti dalam kes baru-baru ini (Januari lalu), seorang rakyat Malaysia dipenjara kerana melakukan kesalahan membawa walkie-talkie dan malangnya dia tidak tahu tentang peraturan itu.

“Justeru pihak konsulat mengambil langkah proaktif untuk melancarkan kempen kesedaran ini untuk disebarkan ke platform media dan laman sosial,” katanya selepas melancarkan Kempen Kesedaran dan Kongsi anjuran Persatuan Penunggang Motosikal Berkuasa Tinggi Malaysia-Thailand (Maltha) dengan kerjasama Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla dan Thaksin University di sebuah hotel di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Gabenor Songkhla, Rachit Sudpoom dan Presiden Maltha, Soontorn Noiboonma.

Dalam pada itu, Mohd. Afandi berkata, terdapat beberapa kes yang ditangani Pejabat Konsul Malaysia di sini, kerana melanggar lima peraturan dan undang-undang yang ditetapkan berkenaan, namun jumlahnya tidaklah membimbangkan.

“Kita (konsul) mengambil langkah pencegahan awal bagi memastikan tiada rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan undang-undang di negara ini.

“Ada antara peraturan itu masih baharu iaitu larangan merokok di kawasan pantai (popular) termasuk Pantai Samila di sini yang banyak dikunjungi rakyat Malaysia, yang dikuatkuasakan pada 2017,” katanya.

5 Kesalahan 
memasuki

Thailand

l Menghisap rokok elektronik atau vape - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda THB500,000 (RM64,000).

l Tidak mendaftarkan kenderaan yang dibawa masuk - Penjara tidak lebih 10 tahun atau denda empat kali ganda nilai kenderaan atau kedua-duanya dan kenderaan dirampas.

l Menggunakan walkie-talkie - Penjara tidak lebih lima tahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.

l Membeli insurans perlindungan kenderaan (digalakkan)

l Merokok di pantai popular - Penjara tidak lebih setahun atau denda THB100,000 (RM12,800) atau kedua-duanya.


INFO KEHEBATAN PH(PH MEMANG POWER) UTK TATAPAN AHLI GROUP -------👇🏼👇🏼---



ANTARA KEJAYAAN KERAJAAN DI BAWAH PH YANG BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN MENTADBIR

1. JAKIM terus diperkasakan. (PAS UMNO kata JAKIM nak dimansuh)

2. Pusat Tahfiz diperkasakan melalui Dasar Tahfiz Negara. (PAS UMNO kata kerajaan nak tutup tahfiz)

3. 5000 guru KAFA bakal diserap ke jawatan tetap. (PAS UMNO kata Islam terancam)

4. Tabung Kebajikan Guru Kafa dilancarkan berjumlah RM 2.6 juta (PAS UMNO kata Islam makin ditekan)

5. Tabung Haji berjaya menambah jumlah deposit baharu hampir RM 1 billion. (PAS UMNO kata TH dikuasai bukan Islam)

6. Kuota jemaah haji bertambah dan kouta bagi menteri dimansuhkan. (PAS UMNO kata kuota makin terancam)

7. Kompleks Nasyrul Quran terima peruntukan RM 5 juta (PAS UMNO kata Islam terus terancam)

8. Masjid RAHMAH diperkenalkan. (PAS UMNO rilek je guna masjid untuk kutuk kerajaan)

9. Hari Jumaat adalah hari tulisan Jawi. (PAS UMNO kata tulisan Jawi terancam)

10. Harga petrol Ron95 tetap RM 2.08 sahaja dan kerajaan belanjakan RM4.89 bilion untuk beri subsidi petrol 11 bulan pertama kepada rakyat dan subsidi ini diteruskan. (PAS UMNO kata harga petrol makin tinggi)

11. Harga kenderaan/motosikal telah turun apabila GST dimansuhkan. (PAS UMNO kata kereta motor makin mahal)

12. Sarapan pagi untuk semua pelajar sekolah rendah bakal dilaksanakan. (PAS UMNO diam tak kata apa)

13. Program Food Bank Siswa bakal diperluaskan ke IPTS, IPG & Politeknik. (PAS UMNO kata mahasiswa mahasiswi makin tertekan)

14. Senarai hitam peminjam PTPTN dimansuhkan dan peminjam bakal dibantu mencari pekerjaan (PAS UMNO kata kenapa tak mansuh?. Yang janji nak mansuh tu dalam manifesto PAS)

15. Kes rasuah & penyelewengan oleh pemimpin BN, pegawai berpangkat besar terus disiasat dan dibicara. (PAS UMNO asyik kata bila nak jatuh hukum)

16. Hutang 1MDB terus dibayar oleh kerajaan walaupun sumber kewangan negara terhad. ( PAS UMNO kata dah jadi kerajaan, bayar je lah)

17. Kerajaan terpaksa membayar 'bunga' pinjaman sahaja mencecah RM 9 billion. (PAS UMNO ketawa berdekah-dekah)

18. Tol bakal dikurangkan berperingkat-peringkat dan pemansuhan akan dilaksanakan bila tiba masanya. (PAS UMNO tak percaya)
19. Kerajaan pusat membayar wang royalti kepada Kerajaan Negeri Terengganu lebih RM 1 billion. (PAS UMNO kata BN lebih baik daripada PH)

20. Kerajaan mengambil tindakan tegas dan pantas bagi penghina agama di media sosial. (PAS UMNO kata kerajaan diam tak buat apa)

21. Zakir Naik kekal tinggal dalam negara. ( PAS UMNO terus kata Zakir Naik akan dihalau? Pas halang Ustaz Nik Omar berceramah dan jadi imam tu boleh pulak)

22. Tiada layanan VVIP buat menteri kerajaan PH bagi setiap majlis dan penerbangan domestik/luar negara. ( PAS UMNO kata BN dulu lagi bagus)

23. SPRM, PDRM & KASTAM semakin aktif menjalankan tugas tanpa memilih bulu dan tanpa campur tangan kerajaan. (PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi bagus)

24. Bantuan rakyat terus diperkasakan seperti BSH, MySalam, iSuri (PAS UMNO kata bantuan akan dimansuhkan)

25. Harga barangan semakin turun. (PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi murah, ayam RM 1 jer)

26. Harga pakej internet diturunkan. (PAS UMNO makin ligat guna internet fitnah kerajaan)

27. Kerajaan baharu menjangkakan lebih RM26 billion wang 1MDB dapat dibawa kembali ke Malaysia. (PAS kata BN tak salah)

28. Rakyat diberikan kebebasan bersuara dan berhimpun secara aman. ( kakitangan awam pro UMNO PAS makin berani menghentam dan mencaci kerajaan di media sosial. Zaman BN dulu berani ke)

29. Pemimpin pembangkang diberi liputan dan ruang ke udara dalam tv & radio. ( PAS UMNO kata zaman BN dulu lagi baik)

30. Projek berskala besar di negeri pembangkang dilaksanakan. ( PAS UMNO kata PH zalim)

....bersambung.

Kalau tanya PAS UMNO, manifesto di negeri mereka sendiri pun masih hancing lagi 😂.

KERAJAAN INI BARU BERUSIA LEBIH SETAHUN, BUKAN MUDAH NAK MEMBINA SEMULA NEGARA DENGAN BERBEKALKAN WANG RM 450 JUTA YANG DITINGGALKAN OLEH KERAJAAN TERDAHULU.

( https://www.google.com/amp/s/www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/10/485576/harungi-5-bulan-mencabar-berbekalkan-rm450-juta/amp )

HELLO..HELLO...ADA ORANG JEMPUT KAH?

Oleh: Nizam Aka.


Kikikiki..Kesian lebai kena timpa dek perasan..Ello lebai,ada sapa2 yg hntar kad jemputan utk kamu?Jangan kata nak hantar kad jemputan,malah dalam senarai jemputan pun,nama kamu langsong tak tersenarai..Kami pun terus hilang selera bila dengar kamu, jauh daripada nak jemput kamu..kami tak mahuPH jadi busuk..kesian..kesian..


SUMPAH NAJIB BERCANGGAH SYARAK

*CIKGU RAMLI DARI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PENANTI BAKAL DIPANGGIL OLEH PIHAK PDRM? SERTA JPN PULAU PINANG?*



26 Disember 2019, Kubang Ulu, Penanti. 
Seorang guru yang dikenali sebagai Cikgu Ramli yang mengajar di SMK Penanti telah dikecam oleh warga sosial media. 

Tindakan cikgu ini yang menyebarkan berita Palsu dalam WhatsApp berkenaan perarakan kumpulan Komunis (sebenarnya Kiwanis) di Sungai Dua telah mengakibatkan rasa kurang selesa dalam kalangan masyarakat di Penanti. 

Apa yang lebih memeranjatkan apabila beliau juga menyebarkan berita palsu tersebut dalam kalangan guru-guru sekitar Permatang Pauh.

Tindakan beliau, tular dalam masyarakat setempat, malah berkemungkinan bakal dipanggil untuk membantu siasatan lanjut oleh pihak PDRM. Hal ini kerana, dikatakan terdapat laporan terhadap beliau atas penyebaran berita palsu ini.

Selain itu, diyakini bahawa terdapat laporan ke pihak Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang berkenaan sikap guru tersebut yang menyebarkan berita palsu yang menggugat kententeraman awam.

USTAZ, JANGAN LARI.PESAN ELOK ELOK KAT ANAK BINI.

MGF27122019_LAPORAN-POLIS-SKUAD-PRIHATIN-KEPONG09
Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Ihsan Prihatin Kuala Lumpur (PRIHATIN), Datuk Mohd Noor Ali Akbar bersama Pengerusi Gerakan Martabat Pejuang Negara, Mejar (B) Razali Zakaria (kiri)laporan polis terhadap Ustaz Sharkawi yang dakwa Malaysia kerajaan komunis di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 27 DISEMBER 2019
KUALA LUMPUR – Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Gerakan Martabat Pejuang Negara hari ini bertindak membuat satu laporan polis terhadap satu kenyataan yang dibuat Ustaz Ahmad Sharkawi Ishak yang menuduh kerajaan PH adalah sebuah kerajaan komunis.
Menurut pengerusi gerakan tersebut, Majer Razali Zakaria, kenyataan Ahmad Sharkawi merupakan satu tindakan provokasi terhadap kerajaan yang memerintah.

PTPTN: 3 dari 4 janji PH telah dilaksana



Kerajaan Pakatan Harapan tidak gagal dalam melaksanakan janji manifestonya berkaitan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sebaliknya tiga daripada empat janji yang terkandung dalam Buku Harapan telah dilaksanakan, kata Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan.

“(Dalam manifesto PH) ada empat janji. Pertama, pelajar yang cemerlang diberikan pelupusan pinjaman sekiranya mereka datang daripada keluarga B40 dan M40, ini telah dilaksanakan.

"Kedua, sekatan imigresen akan dihapuskan, ini pun sudah dilaksanakan dalam masa sebulan dua ketika kita masuk pejabat.

“Janji ketiga ialah anak muda yang tidak mampu bayar (maka) majikannya (akan) diberi insentif untuk bantu bayar dan ini juga telah dilaksanakan bermula tahun ini. Majikan yang membantu bayar balik pinjaman pekerja mereka akan diberi pelepasan cukai,” katanya dalam program bual bicara ‘Bicara Politikonomi’ yang disiarkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) Rabu malam.

Tambahnya, cuma satu janji yang belum dapat dilaksanakan iaitu penangguhan pembayaran balik pinjaman bagi peminjam yang mendapat gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.

Wan Saiful berkata janji tersebut sedang diusahakan pihaknya dan perkara tersebut akan mengambil sedikit masa untuk ditunaikan.

Source: Bernama

BERSABARLAH KAKITANGAN AWAM

Oleh: Mat ooo Mat Pejuang keadilan.


Bersabarlah Penjawat Awam dan berdoalah
SEBAB APA RAKYAT NANTIKAN ANWAR

"ANWAR KAMU DAH RASA APA ITU KEMISKINAN, KAMU DAH RASA PENDERITAAN, KAMU JUGA DAH RASA BETAPA SAKITNYA DIPUKUL.SATU HARI NANTI, JIKA ALLAH TAKDIRKAN KAMU BERKUASA DAN MEMERINTAH NEGARA, JANGAN SEKALI-KALI BUAT RAKYAT DERITA" pesanan Tuan Guru Nik Aziz kpd Anwar Ibrahim.

Ya sejak 1989 saya mengenali Anwar melalui bacaan buku2 yg ada ketika itu...bicaranya soal rakyat teramai. Hatinya mudah terkesan dgn nasib rakyat. 

Jawab Anwar kpd pesanan Tuan Guru Nik Aziz 
"SAYA BERJANJI , APABILA DIBERI PELUANG MEMIMPIN NEGARA, SAYA TIDAK MAHU BERI PENDERITAAN KEPADA RAKYAT SEPERTI YANG SAYA ALAMI. SAYA BERITAHU AZIZAH SUPAYA BERDOA SUPAYA PEGANGAN KITA SEKARANG TIDAK BERUBAH."

Sebab itulah apabila elauan BIPK ini ingin dipotong... Anwar Ibrahim dgn berani mengeluarkan kenyataan rasmi meminta dlm Mesyuarat Kabinet 2020 agar kerajaan mendengar suara keresahan rakyat.

Terima kasih diucapkan kpd Syed Saddiq pemimpin muda yg berani bersuara malah memulangkan elaun beliau. Berbanding dgn Pak Menteri2 kejutan budaya yg diam membisu utk membela nasib rakyat.

Sebab itulah kita samada penyokong kerajaan mahupun pembangkang utk sama2 menyokong peralihan kuasa dgn segera kerana ketika ini amalan kronism masih lagi berleluasa, salah guna kuasa masih berlaku, kes jenayah terpilih sahaja didakwa, ekonomi masih tidak pulih...sambil menunggu PRU 15 terpulang ketika itu rakyat mahu memilih siapa. Yg penting Anwar mesti dinaikkan segera utk selamatkan rakyat dari tangan politikus itu.

Saya amat yakin Anwar tidak akn lupakan rakyat bila dia memimpin negara. Jiwanya tersentuh dgn nasib rakyat sejak di usia muda lagi. Dipenjara bertahun tahun lamanya demi rakyat malah tidak pernah serik. Ada kuasa tiada seorang anaknya bergelar jutawan. Inilah pemimpin yg kita nantikan.

NAK TIPU PUN BODOH....GAMAKNYA BODOH KETURUNAN NIH.

Oleh: Ibrahim Mat Isa.

Surat pembatalan acara katanya! Kepada Dong Zong @ Bongok, belajarlah membuat ayat dalam Bahasa Melayu yang baik kerana pertubuhan anda mewakili pelbagai gerombolan di belakang sana termasuklah Umno dan Pas yang menyokong MCA. Memalukan saja!