PEGAWAI MUHYIDDIN ANTARA KONTAK RAPAT AHLI MT UMNO POSITIF COVID-19?

 

Seorang Ahli MT UMNO, Razlan Rafii yang dilaporkan positif dijangkiti virus Covid 19 dipercayai mempunyai kontak rapat dengan seorang pegawai Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin.

Sumber memberitahu, Razlan ada bertemu dengan pegawai Muhyiddin semasa berkempen dalam PRN Sabah yang sedang berjalan ketika ini.

Malah, Razlan dan pegawai Muhyiddin itu juga difahamkan bersarapan pagi bersama dengan beberapa ahli politik lain dari Semenanjung dan juga Sabah.

Menurut sumber, pegawai Muhyiddin tersebut adalah merupakan salah seorang yang selalu menjadi sebutan ramai dan dipercayai turut terlibat membantu bekas Ketua Menteri, Musa Aman dalam cubaan merampas kerajaan negeri Sabah, baru-baru ini.

Bagaimanapun, usaha tersebut gagal berikutan Shafie Apdal berjaya meyakinkan TYT Sabah untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan diadakan pilihanraya semula.

Sehingga ini difahamkan pegawai Muhyiddin tersebut masih merahsiakan maklumat kontak rapat beliau dengan Razlan itu kerana bimbang ia akan memberi kesan buruk kepada gerakan kempen PN.

Namun, perkara itu telah menjadi bualan hangat di Sabah ketika ini dan mereka mula mencari-cari siapa lagi yang pernah kontak rapat dengan Razlan.

Jelas sumber itu lagi, pegawai Muhyiddin tersebut aktif terlibat dalam kempen pilihan raya di negeri bawah bayu tersebut dan sering bertemu dengan para pemimpin politik dalam merancang gerak kerja kempen di sana..

Menurut laporan sebuah portal tempatan, Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu kini sedang menjalani kuarantin wajib bagi mendapatkan rawatan susulan.

Laporan yang memetik sumber itu memaklumkan beliau telah dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Razlan dipercayai dijangkiti Covid-19 selepas berkempen di kawasan Parlimen Sipitang, kawasan yang ditandingi oleh UMNO dan sekutunya, Perikatan Nasional.

Razlan sendiri mengakui spekulasi beliau dijangkiti Covid-19 itu.

Bagaimanapun kata Razlan, dia sedang menunggu keputusan ujian lanjut saringannya dan berharap keputusannya adalah negatif.

“Pertamanya RTK (ujian rapid test kit), sekarang tengah tunggu RT-PCR (polymerase chain reaction).

“Keputusan akan keluar hari ini atau esok,” kata Razlan lagi.

Sementara itu, Pengerusi BN Sabah, Bung Mokhtar Radin turut mengakui kes membabitkan Razlan, namun berkata, ia hanya baru disyaki.

“Tetapi Razlan telah diarah untuk dikuarantin selama 14 hari,” tambah Bung Mokhtar yang disebut-sebut sebagai calon Ketua Menteri mewakili BN. (Shahbudindotcom 21/09/2020)

TATAP WARISAN PLUS

 

JAMZURI ARDANI

 

"Bersatu ini nda ada kekuatan. Jentera nda ada. Bersatu tidak akan menang mana-mana kerusi di Sabah ini" ~ Bung Mukhtar.

* Eloklah tu ... hangpa bergasak sama sendiri. Sabahan tatap mahu WarisanPlus.



𝗖𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗦𝗔𝗠 '𝗦𝗔𝗩𝗘 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗡𝗧𝗔𝗡' 𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗥𝗘𝗔𝗞𝗦𝗜 𝗛𝗔𝗡𝗚𝗔𝗧 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗟𝗔𝗪𝗔N

TARMIZI MOHD JAM

Cadangan Datuk Husam Musa mahu menggerakkan kempen “Save Kelantan” mendapat reaksi yang hangat dari penyokong AMANAH bahkan juga penyokong Pas di Kelantan.

Bagi penyokong AMANAH, gerakan ini akan mendapat sokongan dan boleh menggerakkan pencinta kebenaran untuk bergabung tenaga.

Namun bagi penyokong Pas, ia bukan satu perkara baru malah bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaludin pernah gagal dalam usahanya untuk merampas Kelantan dari Pas dengan slogan yang hampir sama sebelum ini.

Amir Sulaiman menulis, “Yes… ni baru ada move. Dapatkan lebih banyak ahli-ahli Pas yang marah dengan dasar Pas menjilat Umno kini. Wujudkan gelombang penolakan dan keluarkan mereka dari Pas. Bukan terhegeh-hegeh percaya Tun ada numbers.”

Adenan Ismail pula mengulas, masalah Kelantan memang sangat kronik bermula dari kekotoran dan sampah sehinggalah masalah sosial terutamanya yang melanda anak muda.

Bagi beliau, ia dibiarkan tanpa sebarang langkah konkrit oleh Kerajaan Negeri sejak memerintah Kelantan berdekad yang lalu sehinggalah kepada pembangunan fizikal yang amat jauh ketinggalan berbanding negeri lain.

“Jelas menunjukkan Kerajaan Pas telah 100% gagal membawa hasanah di dunia dan hasanah di Akhirat.

“Ingatlah semua pemimpin Pas akan mati dan kena jawab di akhirat sama ada tanggungjawab telah dilaksanakan atau tidak atau sekadar llmu tanpa ‘Amal,” tulis beliau.

Mohd Shahri pula menulis, rasanya agak sukar juga mahu mengubah budaya politik dan persepsi majoriti warga Kelantan.

“Husam Musa mungkin boleh memulakan suatu langkah awal ke arah perubahan itu. Dia secara peribadi dijangka mampu memenangi satu atau dua kerusi PRU15,” kata beliau.

Namun, katanya, apapun majoriti rakyat Kelantan diyakini tetap kekal mempertahankan kerajaan Umno-Pas sekarang ini dengan keyakinan bahawa Kelantan adalah satu-satunya bumi subur sebagai tanah “tadahan hujan” selain tanah “tadahan wahyu”

“Menukar kerajaan selain Umno-Pas akan mendedahkan kepada kejahatan dan khianat cina kafir DAP dan sekutunya… Itulah PERSEPSI yang KUKUH mengakar di kalangan rakyat Kelantan termasuk sebahagian besar perantau di pantai barat,” kata beliau.

Hazmira Abu Hanipah pula berkata, “Semoga dipermudahkan urusan Datuk Hussam... sebagai anak perantau yang berasal dari salah sebuah negeri di Pantai Timur saya dapat rasai perubahan pernah tinggal di Selangor dan kini Negeri Sembilan... samalah negeri saya pun rakyatnya dah pekat jugok dengan BN”.

Namun di sebalik sokongan, tidak kurang juga mengecam cadangan bekas Naib Presiden AMANAH yang meletakkan jawatan di peringkat pusat kerana mahu memberikan tumpuan kepada Kelantan itu.

Denzil Haroun menulis, “‘Save Kelantan’... tema yang akan memakan diri. Seperti Khairy Jamaluddin buat tema “Pade Doh 18 Tahun”.

“Lebih sesuai (tapi tetap sukar) tema yang awal-awal lagi dibawa oleh Nik Omar: Fastabiqul Khairat,” kata beliau.

“Angan-angan Mat Jenin. Angan-angan Jin Kuasa 10,” tulis Rashidi Sheedy menyindir kenyataan bekas Pengerusi AMANAH Kelantan, Wan Abdul Rahim Abdullah yang berkata, Husam mempunyai kuasa dan pengaruh luar biasa walaupun hanya seorang sahaja tetapi berkuasa 10 kali ganda.

Azman Hasbullah pula menulis, “Hahahah... ingat kan selamatkan Kelantan daripada PAN.”

By Portal Malaysiadateline

 

BERITA DAN VIDEO : PAS TAK ANGGAP PUN UMNO SEBAGAI RAKAN KONGSI-DAKWA KULI


 

IBRAHIM MAT ISA

Pemimpin UMNO tak pandang pun PAS. Mereka tahu PAS tak boleh dipercayai kalau diberi peluang memerintah, apa lagi kalau berpakat.

Berapa kali dah parti itu khianat semasa berpakat semua orang tahu.

Berapa kali sudah pemimpin pas membuat kenyataan bongok kalau hal melibatkan pentadbiran dan peraturan.

UMNO cuma gunakan PAS ketika mereka cuba untuk raih sokongan supaya dapat kuasa dengan harapan dapat memerintah Malaysia kembali. Dan kita lihat gabungan MN nampak seolah-olah seperti ada disiplin, tapi di dalamnya berupa bangkai semata-mata.

Pada akhirnya, kita akan dapat lihat bagaimana muafakat nasional yang gabungkan PAS UMNO itu hanyalah wayang tunjuk kuat kerana masing-masing kalah PRU boleh berkelahi secara percuma.

Maka itu, Pakatan Harapan wajib ambil peluang ini dan coallition ini mesti diperkukuhkan kerana PH cuma memerlukan sokongan di bawah 10% sahaja lagi. Pemimpin PH kena kerja keras sebelum terlambat dan jangan pecahkan lagi pakatan.

Pas berasa gah sangat dapat gabung dengan UMNO. Tapi lain hati perut pemimpin UMNO yang menganggap Pas itu tak lebih seumpama melukut di tepi gantang.

Contoh terdekat, satu haram kerusi pun UMNO tak sediakan di PRN Sabah.

Kan Pas pernah kata mereka kuat bersendirian kan.. hadaplah sendiri jangan perasan!

MAMAT DAING DAH KENA GANTUNG-SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT.TAPI BANYAK LAGI MUSIBAT

 


ZUNAR- PANDUAN UNTUK PENGUNDI SABAHAN

 

BACA INI SEBELUM MENGUNDI!

Buy Zunar's books/ donate @ www.zunar.my

Bagaimana Shafie nak jadi PM?Lebih kurang KuLi kata pada Pas

 

Malaysia's Pakatan Harapan coalition backs Anwar as PM | News | Al Jazeera

Shafie nak jadi PM?

PH kena sokong dia.

PKR 38

DAP 42

Amanah 11

PEJUANG OT95 6

Warisan 9

Lain2 3

Jadi ada 109 perlukan 3 sahaja lagi. Nampak tak sukar mana. Betul tak?

 

Bagaimana DSAI mahu jadi pm?

PH sokong dia.

Pkr 38

Dap 42

Amanah 11

Jadi ada 91 sahaja perlukan lagi 21. Agak sukar bukan? Kenapa macam tu?

Sebab:-

OT95 6 tak sokong DSAI

Warisan 9 tak sokong DSAI

Lain-lain 3 tak sokong DSAI

Ini semua kerana mereka berada dalam gabungan ke 3 pro madeykutty dan OT95 tak mahu DSAI jadi PM.

Ini kerjasama apa? Ni yang kata "kena bekerjasama demi kebaikan semua"? Demi kebaikan semua atau demi memuaskan nafsu politik OT95?

Bila time Shafie, PKR kena sokong sebab "demi nak selamatkan negara.

Tapi bila time DSAI geng madeykutty pakat-pakat tak mahu sokong sebab madeykutty tak suka DSAI?-Inilah yang sebahagian puak amanah dan DAP sebut sebagai PH Plus.

Geng-geng yang sibuk nak jadi "jambatan " jelaskan pada kami ni kerjasama apa? Puak mereka tak boleh sokong calon kita. Tapi kita mahu dipaksa sokong calon mereka?

 

 


LAWAK TIANG TELEFON

 MOHD FIRDAUS


Kisah menyayat hati..

Saorang Menteri dari Barisan Nasional melawat ke kawasan pendalaman di Sabah dengan menaiki Helikopter. Setelah sampai beliau di sambut oleh ketua kampung dan di bawa ke dewan dengan di penuhi orang kampung. Lalu menteri pun bertanya dengan Ketua Kampung :

Menteri : Apakah masalah yang boleh saya bantu ?

Ketua Kampung : Cuma ada 2 permintaan Datuk.

Menteri : Apakah permintaan kamu

Ketua Kanpung : Kami memerlukan klinik kesihatan kerana ramai warga emas di sini selalu sakit.

Lalu Menteri pun beredar keluar dewan dan menalipon seseorang. Beberapa minit kemudian beliau pun masuk balik ke dewan.

Menteri : Saya telah menalipon Menteri Kesihatan dan besok beliau telah mengarahkan kakitangan datang untuk mendirikan klinik kesihatan. Lihat kami dari Barisan Nasional akan menunaikan janji pada rakyat.

Apa kah permintaan kedua To ketua?

Ketua Kampung : Sejak kami mula tinggal di sini sebenarnya tidak pernah ada liputan talipon bimbit Datuk. Boleh tak pasang satu menara.

Satu dewan ketawa dan dengan tergesa gesa Menteri pun meninggalkan tempat berkenaan tanpa berasa malu.

 


Bangunkan umat Islam Pulau Pinang melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

Bangunkan umat Islam Pulau Pinang melalui Jelajah Khaira Ummah 2030

26 POSTING SEHINGGA KINI.LAGI BERITA AKAN MENYUSUL



TERIMA KASIH DENGAN SOKONGAN ANDA. TERUS LAYARI WRLR .ADMIN AKAN SEDIAKAN LAPORAN DARI BERBAGAI SUMBER UNTUK MAKLUMAN ANDA.

SILA TEKAN > UNTUK MAKLUMAT BERITA AWAL PAGI.


BEBASKAN MEDIA



VIDEO KEMPEN PRN SABAH : BOLEH KALAU KAU . INI BUKAN ABAH SAYA, INI BUKAN KETUA METERI KAMI


 

PAKAT LAH ELOK -ELOK....BELUM LAGI BERKUASA PENUH SUDAH GADOH-GADOH

 Image may contain: 1 person, text that says "UM BIGITA Utusan Online 2 min utusan.com.my 'Bubar UMNO jika Pas mahu tiga negeri'- Utusan Digital"

ANWAR- SOKONGAN RAKYAT AMAT DIHARGAI SEMASA KUNJUNGAN SAYA KE SABAH

 

Kelmarin saya round-round di Sook, Klias, Matunggong, Tempasuk, Tamparuli, Api-Api dan Inanam untuk berkempen bersama calon-calon kita dari KEADILAN.

Jutaan penghargaan buat rakyat Sabah terutamanya kepada mereka yang turut memberikan sokongan padu dan dukungan hebat sepanjang siri jelajah saya.

Saya begitu tersentuh dengan perpaduan antara kaum dan suku kaum yang sangat bersatu hati di sana, serta kesatuan mereka dalam membawa agenda/misi perubahan.

Atas semangat yang sama saya menggesa rakyat di Semenanjung untuk meneladani sikap toleransi mereka antara kaum. Dari sibukkan diri dengan mencari titik perbezaan dan perbalahan, adalah lebih baik kita sama sama cari titik persamaan dan pastikan Malaysia ini kekal toleransi dan terus menerus menjaga kerukunan.

Saya turut berdukacita memikirkan khazanah dan hasil bumi Sabah yang begitu pelbagai namun nasib rakyat di pedalaman yang masih hidup dalam keadaan yang daif dan melarat. Ini sangat tidak munasabah dan tidak boleh diterima sama sekali.

Bersempena Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang lalu, saya sebut dalam perutusan saya bahawa rakyat Sabah dan Sarawak harus dilihat, malah diiktiraf sama rata dalam pelbagai aspek, terutama aspek pembangunan.

Mereka bukan orang asing tapi adalah saudara dan rakan kita dalam membina Malaysia yang menjanjikan kesaksamaan dan keadilan.

Ayuh, bersama kita angkat agenda reformasi, dan ini bermakna menolak politik sogok dan perkauman di Malaysia, terutamanya di Sabah. Lawan tetap lawan!

#SemuanyaUntujSabah #KEADILAN

https://www.facebook.com/16194831839/posts/10160967170646840/?extid=P2VSCS4OvjJLbb2I&d=n

 

SYAFIE HARUS JELASKAN DAKWAAN INI- SAMAN SABAHKINI2

 

MAN TOBA


Image may contain: 1 person, text that says "HARTAMAS HEIGHTS NO.28A, JALAN CHANGKAT HARTAMAS 2 KUALA LUMPUR RM13JUTA NO 5 ALBION STREET LONDON .. SHAFIE SABAN RUMAH SHAFIE APDAL DI LONDON RM53 JUTA"


Portal Sabahkini 2 pada pertengahan tahun lalu telah mendedahkan Apartment mewah milik Dato’ Seri Shafie Apdal di N0.5 Albion Street London berharga £9,950,000.00 atau RM53 juta.

Perkara ini masih belum dijawab dan diperjelaskan oleh DS Shafie Apdal.

Jika hal ini tidak benar, pengendali portal SabahKini 2 harus di bawa ke muka pengadilan. Ikuti laporan klik link di bawah;

http://sabahkini2.com/.../selepas-banglo-rm13-juta.../view




MENGAPA POLIS SABAH DEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN?

 Image may contain: 1 person, text that says "FMT F M T HOME SABAH POLLS NEWS BERITA OP Polis: Rakyat negara jiran masuk cetus kekacauan pada hari mengundi di Sabah Bernama September 20, 2020 8:18 PM 208 Shares f"

Jika laporan ini betul, amat malang sekali jika pihak Polis Sabah tidak bersikap profesional. Mengapa maklumat yang beliau perolehi dari risikan ini dibocorkan kepada umum?

Tidakkah beliau tahu Sabah ketika ini sedang menghadapi PRN? Tidakkah beliau sedar apa yang beliau perkatakan itu boleh menakutkan rakyat Sabah untuk keluar mengundi?

Sewajarnya KPN memandang serius laporan ini. Bagaimana boleh seorang pegawai polis tertinggi di Sabah boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Jika ianya benar sekalipun, itu adalah tugas pihak keselamatan untuk mengambil tindakan dan tidak perlu di war-warkan. Tindakan menghebahkan laporan risikan seperti ini boleh mengaibkan pasukan keselamatan sendiri seolah-olah mereka tidak bersedia untuk menghadapinya sehingga perlu dihebahkan kepada rakyat.

Lebih dibimbangi lagi sekiranya ada yang menganggap kenyataan ini dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. Saya mengharapkan laporan ini tidak benar dan rakyat Sabah harus yakin dengan kekuatan pasukan keselamatan kita iaitu Polis dan tentera. Mereka perlu keluar mengundi seramai mungkin untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan serahkan soal keselamatan ini kepada pihak yang bertanggungjawab.

WFAUZDIN NS

 



Sokongan terhadap Warisan Plus mengujakan




Sokongan rakyat Sabah terhadap Warisan Plus bagi ahli politik Semenanjung yang membantu kempen dianggap sangat mengujakan, dalam situasi negeri itu tertekan oleh kempen besar-besaran kerajaan Perikatan Nasional (PN).

 Menurut Naib Pengerusi DAP Selangor, Ng Suee Lim, dalam pertarungan sengit Warisan Plus melawan BN dan PN, naratif kempen yang dibawa DAP ialah peluang orang Sabah untuk memilih kerajaan yang mengotakan janji manifesto.

 Katanya, rakyat juga diyakinkan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menyulitkan itu tidak sepatutnya berlaku jika pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal tidak diganggu gugat, dan untuk itu rakyat Sabah wajar memberi beliau peluang meneruskan khidmatnya memperbaiki tahap sosio-ekonomi.

 "PRN ini sengit. Oleh itu pihak kami, Warisan-PH akan cuba sedaya-upaya berkempen sehingga hari Jumaat, 25 September bagi meraih sokongan. Setakat ini, sambutan terhadap parti Warisan boleh dikatakan baik dan memberi harapan.

 "Apa yang kami tekankan sekarang ialah PRN diadakan akibat sikap puak tidak bertanggungjawab mahu merampas mandat rakyat yang diberikan kepada Shafie dalam pilihan raya lalu.

 "Tanpa puak itu, tidak perlu PRN. Oleh yang demikian, langkah yang betul ialah mengembalikan sekali lagi mandat kepada Shafie Apdal dan Warisan (untuk memenuhi janji pilihan raya)," kata Ng dipetik.

 Bagaimanapun menurut ADUN Sekinchan itu, beliau rasa terkilan apabila media arus perdana yang mula bebas pada era Pakatan Harapan kini kembali kepada sikap lama apabila mempropagandakan kononnya 'PN hampir pasti memenangi PRN Sabah' dalam laporan berita.

 Katanya, biar pun kerajaan PN yakin menang di Sabah namun rakyat negeri itu lebih bijaksana dan mereka mahu memilih kerajaan yang mengotakan janji berbanding parti-parti yang pernah memerintah tetapi tidak mengeluarkan rakyat dari lembah kemiskinan.

 "Memang Kerajaan PN amat yakin mereka boleh menang tetapi apa yang penting ialah koalisi mana yang mampu menjalankan urustadbir dengan sempurna serta memberi lebih manfaat kepada rakyat?

 "Dari Mei 2018 hingga Julai 2020 pentadbiran negeri Sabah di bawah Shafie Apdal telah menjalankan tugas dengan baik. Justeru, saya tidak nampak apa-apa masalah untuk rakyat Sabah berpihak kepada Shafie pada hari mengundi nanti," katanya lagi.

 Dalam tinjauan terbaharu, Warisan Plus dilaporkan mendapat sokongan padu di sebelah Pantai Timur Sabah.

 Dasar Shafie memberi geran tanah kepada penduduk tempatan sangat popular kerana dasar kerajaan sebelum ini tanah dimonopoli oleh pemimpin politik dan dianugerahkan kepada pemodal besar untuk tujuan perladangan kelapa sawit, balak atau tapak komersial.

 


Jangan takutkan rakyat Sabah yang mahu keluar mengundi



Tujuh calon KEADILAN memberi jaminan kepada rakyat Sabah supaya tidak perlu takut untuk keluar mengundi pada 26 September ini.

 Ini berikutan kenyataan daripada Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali yang mendedahkan ada cubaan kemasukan rakyat negara jiran untuk membuat kekacauan pada hari mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

 "Kami yakin profesionalisme pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia dan pihak berkuasa yang lain dalam memastikan keselamatan rakyat.

 "Rakyat Sabah cukup matang dan bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa bagi memastikan perjalanan PRN Sabah berlangsung dengan lancar.

 "Kedudukan serta hak milik Sabah tidak wajar dipolitikkan. Kami percaya setiap rakyat Malaysia berdiri teguh atas fakta Sabah adalah milik Malaysia," menurut kenyataan.

 Pada masa sama, calon-calon KEADILAN berharap isu ini tidak dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah.

 "Kami ingin memberi amaran keras, jangan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mempergunakan isu ini untuk mengelirukan dan menakutkan rakyat Sabah.

 "Sementara pihak polis menjalankan siasatan lanjut tentang ancaman ini, kita berharap rakyat Sabah bertenang. Jangan memperbesarkan isu ini dan paling penting jangan menyebarkan maklumat yang belum disahkan oleh pihak berkuasa.

 "Oleh itu kami ingin mengingati orang ramai supaya merujuk sumber berita yang sahih, yang paling penting ialah tidak pasti jangan kongsi," katanya lagi.

 Kenyataan itu dibuat secara bersama oleh calon DUN Api-Api, Christina Liew, calon DUN Tempasuk, Mustapha Sakmud, calon DUN Inanam, Peto Galim, calon DUN Klias, calon DUN Sook, Raymond Ahuar, calon DUN Tamparuli, Alijus Sipil dan calon DUN Matunggong, Sazalye Donol Abdullah.

 

TAK PERLU SHAFIE, ANWAR MAMPU JADI PM


GAMBAR HARI INI-BERTANDING TIDAK ,MENYALAK PANDAI

 Image may contain: 2 people, textW.FAUDZIN


ZALIMKAH KERAJAAN ? : VIDEO : AKHIRNYA KEMENTERIAN PENGANGKUTAN KENA SAMAN



Ketua Eksekutif Dhaya Maju-LTAT Mohamed Razeek Hussain mengesahkan bahawa Dhaya Maju-LTAT adalah kontraktor dilantik secara sah bagi projek itu dan menerima surat anugerah (LoA) asal pada 4 April 2018 bawah pentadbiran BARISAN NASIONAL. “Selepas mendapati tiada asas untuk menamatkan surat anugerah awal, kerajaan Pakatan Harapan pada 5 Julai 2019 bersetuju untuk melantik semula Dhaya Maju-LTAT melaksanakan projek KVDT2 dan pihak-pihak mengadakan perjanjian penyelesaian di mana kerajaan setuju untuk mengeluarkan surat anugerah baharu,” katanya, seperti dipetik Free Malaysia Today.



PN TERDESAK?

 

Siapa musuh Warisan?

Jawabnya sudah tentu BN dan PN.

Siapa pula musuh BN dan PN?

Jawabnya sudah tentu Warisan.

Adakah ini bermakna BN dan PN bersahabat?

Ya, mereka bersahabat tetapi mereka juga bermusuh sesama sendiri dalam waktu yang sama.

Pertama, masing-masing BN dan PN ada calon Ketua Menteri sendiri yang mahu ditonjolkan.

Maknanya, mereka ada dua calon Ketua Menteri yang berbeza dan berebut jawatan antara satu sama lain.

Ia tidak sama dengan Warisan Plus yang hanya ada seorang saja calon Ketua Menterinya.

Kedua, berikutan itu, masing-masing antara BN dan PN cuba untuk memenangi lebih kerusi supaya jawatan Ketua Menteri berpihak kepada mereka.

Dalam keadaan ini, BN dan PN bukan saja mahu mengalahkan Warisan, tetapi antara mereka juga ingin menewaskan antara satu sama lain.

Ertinya, BN mahu PN menang kerusi yang sedikit dan PN pula ingin BN kalah lebih banyak kerusi yang mereka tandingi.

Lantaran demikian, antara taktik yang dikesan ialah melalui cubaan mengelirukan pengundi seperti mempamerkan logo PN tetapi meletakkan simbol dacing di sebelahnya.

Walhal, BN yang menggunakan simbol dacing bukan anggota PN dan PN bukan sebahagian daripada BN, sebaliknya BN dan PN hanyalah anggota GRS bersama PBS yang tidak pun didaftarkan secara sah.

Adakah ini bermakna PN lebih terdesak untuk memastikan Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri?

Apakah PN lebih takut Bung Mokhtar Radin yang berjaya menjadi Ketua Menteri selepas 26 September nanti? (Shahbudindotcom 21/09/2020)

Pengucapan Perdana Menteri adalah dasar.


 ZAHARIN MOHD YASIN


Pengucapan Perdana Menteri adalah dasar.

Di samping perhimpunan parti membuat dasar perjuangan partinya. Jika sebagai Parti Pemerintah selain mesyuarat parti, sidang jemaah Menteri atau kabinet. Perdana Menteri boleh dan menjadi prerogatif dia untuk membuat sebarang dasar yang baru.

2. Bila seorang Perdana Menteri membuat ucapan jika Parti Kerajaan Negeri tidak dalam gabungan Kerajaan Persekutuan, Kerajaannya tidak memberi sebarang bantuan (kewangan) pembangunan.

3. Kenyataan itu agak satu perkara yang ganjil dan jarang berlaku dalam negara yang mengamalkan sistem Negara Federalism saperti Malaysia.

4. Kenyataan Muhyiddin Yasin itu pun tidak pernah digunakan oleh mana-mana Kerajaan Republik yang punya Ketua Negara di panggil Presiden.

5.Maka terselah walau bertahun menjawat berbagai jawatan dari Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Menteri dan TPM ke Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin tidak memahami dalam ilmu politik dan pentadbiran yang di panggil 'Dasar Awam'.

6. Dalam Ilmu Pentadbiran Awam menjadi perkara kebiasaan bagi Pegawai Kerajaan akan memegang kata-kata Anggota Pentadbiran Awam selain keputusan mesyuarat Kementerian termasuk pengucapan awam di gunakan sebagai penunjuk dasar.

7. Mahyuddin Yasin mungkin terlupa mungkin akibat kesan rawatan kimo kanser yang perlu di lakukan bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan tertulis mana Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan.

8. Maka dengan pengumuman bahawa tidak ada wang untuk Kerajaan Sabah jika masih memilih Warisan dan sekutunya sebagai Kerajaan salepas Sept 26, 2020.

9. Adakah semua projek senarai Persekutuan akan terhenti? Bagaimana dengan Hospital?, Sekolah, Balai Polis, Kem Tentera dan lain lain Projek yang perlu ditanggung melalui wang Kerajaan Persekutuan..

Maka kita menunggu komen dari Menteri Hal Ehwal Sabah. Apa dia punya komen. Dan apa pandangan partinya. Begitu juga Menteri-Menteri dari PPBM, UMNO dan PAS.

Sang Kelembai

September 19, 2020

Kota Kinabalu.

 

Saya boleh - Anwar jawab kenyataan Guan Eng

 


Datuk Seri Anwar Ibrahim menghargai pandangan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau memberi laluan kepada Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri Pakatan Harapan (PH).

 Namun, presiden KEADILAN itu yakin beliau mampu mendapat sokongan yang mencukupi untuk menjadi calon Perdana Menteri.

 "Dia (Guan Eng) beri pandangan, tak apa kita dengar pandangan tidak ada masalah tapi pandangan dia itu tidak beri laluan kepada saya, kalau saya tak boleh (dapatkan sokongan).

 "Jawapan saya, saya boleh, insya-Allah," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Kinabalu.

 Dalam laporan media sebelum ini, Guan Eng memilih Anwar dan Shafie untuk menjadi calon Perdana Menteri. Jawapan itu menimbulkan spekulasi DAP telah beralih sokongan kepada Shafie berhubung isu calon PM Pakatan Harapan.

 Dalam pada itu, Anwar bersetuju dengan pandangan Shafie yang meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi peluang kepada pesakit COVID-19 untuk mengundi pada PRN Sabah.

 "Saya setuju kerana pesakit COVID-19 harus diberi ruang untuk mengundi tetapi sudah tentu perlu mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan," katanya.