IBRAHIM MAT ISA
Pemimpin UMNO tak pandang pun PAS. Mereka tahu PAS tak boleh
dipercayai kalau diberi peluang memerintah, apa lagi kalau berpakat.
Berapa kali dah parti itu khianat semasa berpakat semua orang
tahu.
Berapa kali sudah pemimpin pas membuat kenyataan bongok kalau
hal melibatkan pentadbiran dan peraturan.
UMNO cuma gunakan PAS ketika mereka cuba untuk raih sokongan
supaya dapat kuasa dengan harapan dapat memerintah Malaysia kembali. Dan kita
lihat gabungan MN nampak seolah-olah seperti ada disiplin, tapi di dalamnya
berupa bangkai semata-mata.
Pada akhirnya, kita akan dapat lihat bagaimana muafakat nasional
yang gabungkan PAS UMNO itu hanyalah wayang tunjuk kuat kerana masing-masing
kalah PRU boleh berkelahi secara percuma.
Maka itu, Pakatan Harapan wajib ambil peluang ini dan coallition
ini mesti diperkukuhkan kerana PH cuma memerlukan sokongan di bawah 10% sahaja
lagi. Pemimpin PH kena kerja keras sebelum terlambat dan jangan pecahkan lagi
pakatan.
Pas berasa gah sangat dapat gabung dengan UMNO. Tapi lain hati perut pemimpin UMNO yang menganggap Pas itu tak lebih seumpama melukut di tepi gantang.
Contoh terdekat, satu haram kerusi pun UMNO tak sediakan di PRN
Sabah.
Kan Pas pernah kata mereka kuat bersendirian kan.. hadaplah
sendiri jangan perasan!