ZAHARIN MOHD YASIN
Pengucapan Perdana Menteri adalah dasar.
Di samping perhimpunan parti membuat dasar perjuangan partinya.
Jika sebagai Parti Pemerintah selain mesyuarat parti, sidang jemaah Menteri
atau kabinet. Perdana Menteri boleh dan menjadi prerogatif dia untuk membuat
sebarang dasar yang baru.
2. Bila seorang Perdana Menteri membuat ucapan jika Parti
Kerajaan Negeri tidak dalam gabungan Kerajaan Persekutuan, Kerajaannya tidak
memberi sebarang bantuan (kewangan) pembangunan.
3. Kenyataan itu agak satu perkara yang ganjil dan jarang
berlaku dalam negara yang mengamalkan sistem Negara Federalism saperti
Malaysia.
4. Kenyataan Muhyiddin Yasin itu pun tidak pernah digunakan oleh
mana-mana Kerajaan Republik yang punya Ketua Negara di panggil Presiden.
5.Maka terselah walau bertahun menjawat berbagai jawatan dari
Setiausaha Parlimen, Timbalan Menteri, Menteri Besar, Menteri dan TPM ke
Perdana Menteri, Muhyiddin Yasin tidak memahami dalam ilmu politik dan
pentadbiran yang di panggil 'Dasar Awam'.
6. Dalam Ilmu Pentadbiran Awam menjadi perkara kebiasaan bagi
Pegawai Kerajaan akan memegang kata-kata Anggota Pentadbiran Awam selain
keputusan mesyuarat Kementerian termasuk pengucapan awam di gunakan sebagai
penunjuk dasar.
7. Mahyuddin Yasin mungkin terlupa mungkin akibat kesan rawatan
kimo kanser yang perlu di lakukan bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan
tertulis mana Senarai Negeri dan Senarai Persekutuan.
8. Maka dengan pengumuman bahawa tidak ada wang untuk Kerajaan
Sabah jika masih memilih Warisan dan sekutunya sebagai Kerajaan salepas Sept
26, 2020.
9. Adakah semua projek senarai Persekutuan akan terhenti?
Bagaimana dengan Hospital?, Sekolah, Balai Polis, Kem Tentera dan lain lain
Projek yang perlu ditanggung melalui wang Kerajaan Persekutuan..
Maka kita menunggu komen dari Menteri Hal Ehwal Sabah. Apa dia
punya komen. Dan apa pandangan partinya. Begitu juga Menteri-Menteri dari PPBM,
UMNO dan PAS.
Sang Kelembai
September 19, 2020
Kota Kinabalu.