MENGAPA POLIS SABAH DEDAHKAN MAKLUMAT RISIKAN?

 Image may contain: 1 person, text that says "FMT F M T HOME SABAH POLLS NEWS BERITA OP Polis: Rakyat negara jiran masuk cetus kekacauan pada hari mengundi di Sabah Bernama September 20, 2020 8:18 PM 208 Shares f"

Jika laporan ini betul, amat malang sekali jika pihak Polis Sabah tidak bersikap profesional. Mengapa maklumat yang beliau perolehi dari risikan ini dibocorkan kepada umum?

Tidakkah beliau tahu Sabah ketika ini sedang menghadapi PRN? Tidakkah beliau sedar apa yang beliau perkatakan itu boleh menakutkan rakyat Sabah untuk keluar mengundi?

Sewajarnya KPN memandang serius laporan ini. Bagaimana boleh seorang pegawai polis tertinggi di Sabah boleh mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa. Jika ianya benar sekalipun, itu adalah tugas pihak keselamatan untuk mengambil tindakan dan tidak perlu di war-warkan. Tindakan menghebahkan laporan risikan seperti ini boleh mengaibkan pasukan keselamatan sendiri seolah-olah mereka tidak bersedia untuk menghadapinya sehingga perlu dihebahkan kepada rakyat.

Lebih dibimbangi lagi sekiranya ada yang menganggap kenyataan ini dibuat untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah. Saya mengharapkan laporan ini tidak benar dan rakyat Sabah harus yakin dengan kekuatan pasukan keselamatan kita iaitu Polis dan tentera. Mereka perlu keluar mengundi seramai mungkin untuk menunaikan tanggungjawab mereka dan serahkan soal keselamatan ini kepada pihak yang bertanggungjawab.

WFAUZDIN NS

 



No comments: