SIAPA JOSHUA TREVINO?




 Adrian Lim Chee En









SIAPA JOSHUA TREVINO?

Korang mungkin tidak kenal Joshua Trevino. Tetapi korang harus ambil peka tentang kerja-kerja Joshua Trevino kerana ianya melibatkan pucuk pimpinan tertinggi kerajaan Malaysia.
JOM KENALI JOSHUA TREVINO.
Joshua Trevino merupakan bekas penulis ucapan mantan Presiden Amerika Syarikat, George W Bush.
Ye tuan-tuan & puan-puan. George W Bush. George W Bush yang bertanggungjawab memfitnah & mengebom Iraq dengan alasan kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnahan besar-besaran (WMD) dan senjata itu masih tidak dijumpa-jumpa sehingga hari ini walaupun Iraq telah musnah habis dibom oleh AS.
Selepas George W Bush habis dua penggal sebagai Presiden AS, Joshua Trevino pun hilang lah kerja sebagai “penulis ucapan Presiden AS”.
Lalu, Joshua Trevino memulakan kerjaya sebagai penulis upahan.
Pada tahun 2013, dalam suatu perisytiharan kepada pihak berkuasa AS, Joshua Trevino telah mengaku bahawa beliau menerima sekitar $400,000 (RM1.6 juta) daripada kerajaan Malaysia untuk membuat kerja-kerja propaganda.
Dokumen perisytiharan tersebut telah membongkar beberapa fakta penting.
Siapa membayar Joshua Trevino?
• “Kerajaan Malaysia, parti politik pemerintah Malaysia (UMNO) ataupun pihak-pihak yang mempunyai kepentingan bersama dengan parti-parti politik kerajaan Malaysia” telah membayar Joshua Trevino.
Dibayar melalui siapa?
• “APCO Worldwide, David All Group dan FBC Media” merupakan pengantara atau agen di antara kerajaan Malaysia dan Joshua Trevino.
Berapa jumlah dibayar?
• Sebanyak “$389,724.70 (bersamaan sekitar RM1.6 juta)” telah dibayar oleh kerajaan Malaysia melalui APCO/DAG/FBC kepada Joshua Trevino
Dibayar untuk apa?
• Joshua Trevino dibayar untuk “kerja-kerja menulis, di antaranya mengguna fitnah liwat demi menjatuhkan Anwar Ibrahim”.
Tulisan Joshua Trevino disiarkan di mana?
• Tulisan-tulisan Joshua Trevino yang dibayar oleh kerajaan Malaysia untuk memburuk-burukkan Anwar telah disiarkan di “malaysiamatters.com” dan “malaysiawatchers.com” yang kini telah ditutup.
Siapa PM & parti pemerintah pada ketika itu?
• Najib PM pada ketika itu. UMNO parti pemerintah pada ketika itu.
——
Carta aliran mudah:
1. Kerajaan Najib/UMNO bayar APCO/DAG/FBC
2. APCO/DAG/FBC bayar Joshua Trevino
3. Joshua Trevino tulis artikel-artikel untuk mengangkat Najib & menjatuhkan Anwar
Mustahil Najib tidak tahu atau tidak kenal kerana terdapat bukti dalam bentuk gambar, bos APCO Malaysia Paul Stadlen duduk sebelah Nooryana anak Najib. Gambar tersebut diambil dalam suatu majlis perkahwinan mewah. Anak Najib duduk sebelah Paul Stadlen.






KEJAYAAN LUAR BIASA MALAYSIA







Salah satu pencapaian ekonomi terhebat dalam sejarah Malaysia adalah kejayaan kita mengurangkan kadar kemiskinan secara signifikan.
Ketika Malaysia merdeka pada tahun 1957, kadar kemiskinan kita berada pada paras lebih kurang 60%. Lebih separuh daripada jumlah rakyat Malaysia adalah miskin.
Pada tahun 1995, iaitu 38 tahun kemudian, kita berjaya menurunkan kadar kemiskinan itu ke bawah 10%.
Malah, kita berjaya melakukannya tanpa mencetus setinggan besar-besaran di ibu kota atau bandar-bandar utama.
Setinggan atau "slum" lazimnya menjadi sinonim dengan negara-negara membangun kerana apabila sesebuah negara membangun, selalunya bandar menjadi maju terlebih dahulu. Lalu, ianya mengakibatkan penghijrahan secara besar-besaran dari kampung/desa ke kota.
Setinggan atau “slum” berlaku apabila penghijrahan besar-besaran berlaku tetapi kota tidak mampu menampung kepadatan secara mendadak itu.
Orang kampung ramai-ramai ke kota, tetapi tidak mampu beli atau sewa rumah. Atau, kota tidak mempunyai pembangunan mencukupi untuk menampung bilangan orang yang tiba secara mendadak.
Setinggan atau “slum” telah berlaku di kebanyakan negara-negara membangun khususnya di benua Afrika dan benua Asia.
Tetapi ianya tidak berlaku di Malaysia. Malaysia tidak pernah mempunyai setinggan secara besar-besaran.
Kejayaan ini sebenarnya diakui oleh pakar-pakar ekonomi dunia termasuk Bank Dunia.
Untuk memahami betapa signifikan kejayaan Malaysia, kita cuma perlu lihat pada beberapa negara jiran seperti Indonesia, Filipina & Thailand.
INDONESIA (berlaku setinggan besar-besaran)
• Merdeka pada tahun 1945.
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2018.
• Telah mengambil masa 58 tahun (20 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
FILIPINA (berlaku setinggan besar-besaran)
• Menjadi merdeka pada tahun 1947
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2025
• Telah mengambil masa 78 tahun (40 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
THAILAND (berlaku setinggan)
• Tidak pernah dijajah
• Berjaya menurunkan kadar kemiskinan ke bawah 10% pada tahun 2018 (70 tahun lebih lama berbanding Malaysia)
Bahkan China, suatu keajaiban dunia yang berjaya mengeluarkan 1 bilion manusia daripada kepompong kemiskinan pun memerlukan masa lebih setengah abad.
Maka dalam bab mengangkat rakyat keluar daripada kepompong kemiskinan, memang kita top di rantau ini kalau bukan di dunia.
Ini kejayaan sejarah ekonomi Malaysia yang kita harus tahu, berasa bangga dan hargai.
Akan tetapi......
Di antara tahun 1992 sehingga tahun 2026, 34 tahun telah berlalu.
Sepatutnya, selepas keluar daripada kepompong kemiskinan, negara terus berkembang ke arah negara berpendapatan tinggi seperti Singapura, Korea Selatan, Jepun.
Negara China adalah contoh terbaik bagaimana suatu peralihan segera telah berjaya dilakukan. Rakyat China yang dahulunya miskin telah dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan. Lalu, peralihan ke negara berpendapatan tinggi telah disegerakan dan China yang kita kenali pada hari ini merupakan negara berpendapatan tinggi.
Walaupun kita mempunyai headstart sejak 1990an apabila majoriti besar rakyat Malaysia berjaya dikeluarkan daripada kepompong kemiskinan, kita masih terperangkap di situ sahaja.
34 tahun telah berlalu sejak tahun 2004.
34 tahun Malaysia masih terperangkap dalam “middle income trap”.
34 tahun kita masih gagal beralih ke status negara pendapatan tinggi.








Follow the money…

 

Nokta.my



CIS CILAKA BETUL UMNO NI. MAKCIK PAKCIK FELDA..DAH KENA TIPU PUN SOKONG LAGI UMNO PAS. ANWAR YANG BANYAK DAN SEDANG MENOLONG.


 

TERLALU banyak kerosakan dan kebobrokan berlaku dalam negara ini.









 TERLALU banyak kerosakan dan kebobrokan berlaku dalam negara ini.

Terlalu banyak pagar yang diberi amanah telah memakan padi.
Ramai yang marah bila berlaku pecah amanah, rasuah, salah guna kuasa dsbnya, tetapi malang dan pelik bila tindakan diambil ramai pula yang kasihan dan simpati kepada pelaku.
Bila pihak berkuasa berlembut mereka marah dan menuduh macam², tetapi bila tegas dan berkasar mereka juga marah.
Jadi apa sebenarnya rakyat Malaysia mahukan?
Apapun, wa tetap menyokong Dato Seri Suhaily.
Wa percaya masih ramai rakyat Malaysia yang bersama Dato Seri





MERHROM.






 Terbaca berita mengenai seorang aktivis Rohingya bernama Zafar Ahmad Abdul Ghani telah didakwa di mahkamah kerana menguruskan pertubuhan yang tidak berdaftar, iaitu MERHROM.

Sekitar tahun 2017, sewaktu kemasukan Rohignya berbondong-bodong ke Malaysia, MERHROM ini telah aktif mengutip derma daripada rakyat Malaysia kononnya untuk membantu pelarian Rohingya yang masuk ke Malaysia.
Entah berapa juta ringgit berjaya dikutip pada masa itu, jadi tidak pelik la jika kau nampak puak Rohingya ni hidup lebih mewah berbanding orang tempatan.
Aku pula memang konsisten menentang sebarang kemasukan Rohingya, dan aku pernah mesej si Zafar ni tanya dia mengenai status kutip derma yang dikutip oleh MERHROM.
Sampai ke hari ni dia tak jawab-jawab.
Kepada encik Zafar, sila berambus balik ke negara asal kamu.





Apa maksud Presiden PAS cakap macam ni kalau bukan nak kafirkan orang Islam yang lain secara halus?




Aman Muhammad





 Apa maksud Presiden PAS cakap macam ni kalau bukan nak kafirkan orang Islam yang lain secara halus?

Kerajaan hari ni bukan daripada kalangan Melayu Islam kah?
Anwar tu bukan Melayu Islam?
Zahid tu bukan Melayu Islam?
Fadhilah tu bukan Melayu Islam?
Hanya PAS sahaja Melayu Islam?
atau yang berkawan dengan PAS sahaja dikira Melayu Islam?
Sebelum ni PAS kata sokong PAS masuk syurga.
Pastu PAS kata, undi PAS bererti cinta Islam.
Tak habis-habis perangai PAS memang nak mengkafirkan orang Islam yang tidak sokong PAS.
Betul kata Nabi.
Perosak umat Islam sebelum kemunculan Dajjal, adalah puak ulamak jahat.
Dalam waqi' Malaysia, ulamak jahat tu adalah ulamak PAS.
Melawan ulamak jahat ni hukumnya wajib bagi umat Islam.





Waktu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik mengetuai AKPS, bukan sedikit yang mempertikaikannya.

 


Nadi Daily





Waktu Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik mengetuai AKPS, bukan sedikit yang mempertikaikannya.

Ada yang kata pelantikan itu bermotif politik. Ada yang tuduh kerajaan mahu “menyejukkan” pegawai yang tegas. Ada juga yang terus menyalahkan Kerajaan MADANI.
Padahal Shuhaily bukan orang baharu dalam penguatkuasaan. Beliau datang daripada PDRM dengan pengalaman panjang, termasuk pernah mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
Hari ini, gambaran itu mula berubah.
Selepas video insiden di KLIA tular, muncul pula banyak komen netizen yang memuji ketegasan beliau ketika berdepan isu di pintu masuk negara.
Daripada kecaman kepada pujian.
Dulu persoal kenapa orang polis dibawa mengetuai AKPS.
Dulu kata kerajaan campur tangan.
Dulu kata orang tegas sedang “disejukkan”.
Hari ini, selepas melihat sendiri bagaimana operasi di pintu masuk negara dijalankan, sebahagian netizen mula memahami kenapa reformasi dan pengukuhan AKPS dibuat.
Pintu masuk negara bukan tempat untuk buat kerja sambil lewa.
Kalau ada kelemahan, ia perlu diperbaiki. Kalau ada ruang yang boleh dieksploitasi, ia perlu ditutup. Kalau ada sindiket atau “ulat”, penguatkuasaan memang kena lebih tegas.
Itulah antara tujuan reformasi di pintu masuk negara — memperkemas kawalan, meningkatkan integriti dan memastikan agensi yang menjaga sempadan benar-benar berfungsi.
Dulu orang pertikai kenapa Shuhaily dipilih.
Hari ini, sebahagian netizen mula nampak kenapa perubahan itu dibuat.
Kadang-kadang sesuatu reformasi memang hanya difahami selepas rakyat mula nampak sendiri apa yang berlaku di lapangan.

HRC LIVE!! VIRAL AKPS DI KLIA - SHUHAILY DIPECAT? | PH GERAK SOLO DIMELAKA | KENAPA BERSAMA DITOLAK


 

"DIA NAK MAIN KHIANAT ? BAIK, SAYA BONGKAR SEMUA" ! PMX HILANG SABAR ?


 

@FreeMalaysiaToday Subscribe PAS ‘toksik’ bantu angkat Muhyiddin jadi PM,


 

@hmetromy Subscribe PRN Melaka: 'Kita ini jangan sombong, kalau orang sedia bincang, kita bincang' - PM


 

BERSATU KOSONGKAN KERUSI LARUT ? PRK SEMULA ?


 

PM Anwar Hargai Sumbangan Ouyang Yujing Perkukuh Hubungan Malaysia-China

 

IMG_7001

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri

KUALA LUMPUR, 1 Okt – Datuk Seri Anwar Ibrahim merakamkan penghargaan kepada Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing atas komitmen dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatannya dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Penghargaan tersebut disampaikan Perdana Menteri ketika menerima kunjungan hormat perpisahan Ouyang di pejabatnya di Putrajaya hari ini, yang dikongsikan menerusi hantaran di media sosial.

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri

Menerusi hantaran itu, Anwar berkata, Malaysia dan China telah membina jalinan yang kukuh dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, teknologi, pendidikan dan kebudayaan.

Ini termasuk kerjasama strategik seperti projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), teknologi 5G, kecerdasan buatan, pelabuhan dan industri nadir bumi turut membuka ruang baharu untuk manfaat bersama.

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri

“Kedua-dua negara akan terus memperkukuh persahabatan dan kerjasama yang telah sekian lama terjalin, serta meneroka bidang-bidang baharu demi kepentingan rakyat, keamanan dan kemakmuran rantau,” ujar Anwar.

Pada pertemuan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menerima bingkisan khas daripada Perdana Menteri China, Li Qiang merangkumi koleksi buku-buku mengenai Hangzhou yang dilawatinya, juga merupakan kampung halaman pemimpin berkenaan, baru-baru ini.

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri

“Saya amat menghargai ingatan dan perhatian tersebut,” ujar Anwar lagi.

Untuk rekod, Anwar melakukan lawatan kerja rasmi selama tiga hari ke Shanghai dan Hangzhou bermula 22 hingga 24 September lalu atas undangan rakan sejawatnya.

Perdana Menteri, Datuk Sri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat perpisahan Duta Besar China ke Malaysia, Ouyang Yujing di Putrajaya pada 1 Oktober 2026. Foto Pejabat Perdana Menteri

Lawatan itu memberi tumpuan kepada dua agenda utama iaitu menghadiri Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 di Shanghai dan Ekspo Perdagangan Digital Global (GDTE) di Hangzhou.





Sah menipu si Yusuf Rawter! Sampai lari ke oversea? Omg!

 




Mawar Tajam


Sah menipu si Yusuf Rawter! Sampai lari ke oversea? Omg!

🫢🫣🤣🤣
Hakim, Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan, semasa membenarkan permohonan Anwar Ibrahim hari ini menekankan bahawa soalannnya bertepatan dengan teras dakwaan Yusoff Rawther, iaitu keadaannya pada 2 Okt 2018.
Yusoff dalam tuntutannya menyatakan dia berada di rumah Anwar dan serangan itu berlaku pada tarikh berkenaan.
Anwar pula dalam penafiannya berkata dia berada di rumah bersama anak perempuannya dan menerima kunjungan tetamu pada hari tersebut.
"Setelah menganalisis penyataan tuntutan, saya mendapati isu utama yang dipertikaikan antara pihak-pihak terbabit terletak dalam Seksyen D, iaitu sama ada insiden yang didakwa pada 2 Okt itu berlaku atau tidak.
"(Seksyen seterusnya) bergantung sepenuhnya kepada jawapan kepada soalan tersebut," katanya.
*Pautan laporan penuh di ruangan komen.