Padan muka kau PENDERHAKA kah3..

 



Padan muka kau PENDERHAKA kah3..

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim kini berusaha mendapatkan perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bagi membolehkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan.
Usaha itu menjadi semakin penting apabila persidangan DUN yang dijadualkan bermula 26 November ini turut melibatkan pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2027 pada 27 November.
Ismail mengesahkan perkara itu ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Perpatih Fest 2026 di Seremban.
“Setakat ini belum (mendapat perkenan Tuanku Muhriz), saya sedang berusaha (untuk menghadap baginda),” katanya.
Bagaimanapun, usaha mendapatkan perkenan itu berlaku ketika hubungan antara Ismail dengan Tuanku Muhriz masih dibelenggu kemelut berhubung isu proklamasi penurunan takhta baginda.
Sebelum ini, Tuanku Muhriz membatalkan pelantikan kesemua 10 Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang dilantik Ismail selepas tindakan mereka menyokong proklamasi berkenaan.
Kemelut itu turut menimbulkan persoalan mengenai kelancaran pentadbiran negeri, khususnya apabila kerajaan negeri perlu mendapatkan perkenan bagi mengadakan persidangan DUN.
Lebih membimbangkan, bekas Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun sebelum ini memberi amaran bahawa DUN Negeri Sembilan berisiko terbubar dengan sendirinya pada Februari 2027 sekiranya persidangan tidak diadakan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanapun, Ismail dilaporkan berkata perkara berkaitan kemungkinan pembubaran automatik itu perlu diteliti berdasarkan peruntukan undang-undang negeri.
Situasi kini meletakkan kerajaan negeri dalam keadaan sukar kerana persidangan DUN bukan sahaja penting untuk urusan pentadbiran dan pembentangan belanjawan, malah turut berkait dengan kesinambungan mandat kerajaan negeri.
Persoalannya, mampukah Ismail mendapatkan perkenan Tuanku Muhriz bagi memastikan persidangan DUN berlangsung mengikut jadual, atau kemelut yang belum selesai itu akan terus memberi kesan kepada pentadbiran Negeri Sembilan?

No comments: