Propaganda lapuk: Salleh, Rahman Dahlan diibaratkan ‘kuda’, ‘macai



GELANG PATAH, 11 OKT: ‘Kuda satu helah’ – ini perumpamaan yang digunakan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang bagi mengambarkan dua pemimpin Barisan Nasional (BN) dari Sabah.
Beliau merujuk kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak.
Menurut Kit Siang, kedua-dua pemimpin UMNO terbabit seperti kuda yang tidak tahu mempelajari helah baru apabila mengulangi propaganda lama yang terserlah kedangkalannya.
Rahman Dahlan dalam kenyataan sebelum ini mendakwa Kit Siang kononnya akan dilantik sebagai Perdana Menteri jika Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi pilihan raya umum akan datang.
Manakala Salleh dalam kenyataan pagi ini menggunakan nada yang serupa dengan menuduh Ahli Parlimen Gelang Patah itu kononnya adalah pemimpin de facto HARAPAN.
Selain perumpamaan ‘kuda satu helah’, Kit Siang turut mengelar mereka sebagai macai yang bertindak sebagai badut kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Malah, kata Kit Siang, beliau bersedia untuk menjelaskan sebab di sebalik tindakannya menggunakan label berkenaan.
“Saya bersedia untuk membuktikan bahawa Salleh dan Abdul Rahman adalah macai, jika salah seorang daripada mereka bersedia untuk tampil dalam satu majlis terbuka,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Dyana jawab fitnah ‘cif pencacai’ UMNO




KUALA LUMPUR, 11 OKT: Kempen jahat memburuk-burukkan imej DAP terus dilakukan dengan pelbagai kenyataan mengarut dan tidak masuk akal oleh Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa.
Kali ini Annuar mendakwa DAP mempergunakan wanita muda Melayu demi mencari publisiti dan bukannya berdasarkan kelayakan.
Menjawab serangan murahan itu, bekas calon parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya berkata, DAP telah lama memiliki kader-kader wanita muda yang berkelayakan.
“Annuar Musa mungkin merasakan pengalaman saya selama lima tahun dalam politik, dan kelayakan saya dengan ijazah Sarjana dari School of Oriental and African Studies, University of London dan ijazah Sarjana Muda Undang-undang dari UiTM, sebagai tidak cukup layak dan cukup pandai di mata beliau.
“Kami (wanita muda di dalam DAP) cukup bijak dan cukup bangga untuk tidak menyokong mahupun membela kleptokrat, ketua penyamun dan ketua perompak 1MDB mahupun MARA.
“Kami (juga) tidak cukup bijak sehingga mampu membeli Porsche Panamera mahupun memecahkan berbotol-botol bir di pejabat SUK Selangor seperti pemimpin UMNO yang seorang itu,” ujarnya, merujuk Annuar sebagai ‘cif pencacai’ kepada Perdana Menteri.
Kata Dyana, DAP sentiasa memberi sokongan kepada mana-mana golongan wanita yang ingin menceburkan diri dalam politik.
Buktinya, DAP memiliki wakil rakyat termuda iaitu Adun Johor Jaya Liow Chai Tung yang hanya berusia 27 tahun manakala Hannah Yeoh pula dilantik sebagai speaker wanita pertama di dalam sejarah politik Malaysia pada usia 34 tahun.
“Ini sesuatu yang UMNO tidak dapat lakukan walaupun memegang tampuk kuasa selama 60 tahun.
“UMNO masih lagi tersangkut di dalam politik ras kerana tidak nampak akan pencapaian wanita-wanita muda ini hanya kerana mereka bukan Melayu.
“Annuar Musa yang sering menuduh parti lain memainkan isu ras, patut melihat ke dalam cermin,” katanya lagi. 

KENAPA TAKUT DENGAN DAP? BUKANKAH NAJIB TERBUKTI LEBIH 'BAHAYA' BERBANDING KIT SIANG?




Dakwaan bahawa DAP akan menguasai negara atau Lim Kit Siang bakal menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Harapan menang pilihanraya, sebenarnya bukanlah isu yang logik untuk diterima akal yang waras oleh sesiapa.

Sudah dijelaskan banyak kali, terutamanya tentang jumlah kerusi yang ditandingi DAP, asas politik Malaysia ialah Melayu, tidak mungkin Tun Mahathir Mohamad yang merupakan Pengerusi Pakatan Harapan dapat dikuasai oleh Kit Siang dan lebih penting daripada itu, Kit Siang sendiri sudah menegaskan tidak berhasrat mahu menjadi Perdana Menteri, tetapi beberapa pemimpin UMNO masih lagi mengalunkan lagu yang sama.

Sekurang-kurangnya tidak orang yang kerap mendendangkan tentang DAP dan Kit Siang iaitu Annuar Musa, Salleh Said Keruak dan Abdul Rahman Rahman.

Tindakan mereka terus menakut-nakutkan rakyat, khususnya orang Melayu mengenai DAP dan Kit Siang tidak lain menunjukkan kegagalan untuk memasarkan Najib Razak sebagai produk yang benar-benar berguna, baik dan bermanfaat.

Terbukti sekarang ini Najib tidak boleh dipasarkan lagi sehingga untuk menjualnya terpaksa disertakan dengan ketakutan yang berupa khayalan semata-mata.

Lebih dari itu, keadaan ini juga memperlihatkan UMNO dan BN sudah ketandusan idea untuk memenangi pilihanraya akan datang sehingga perkara yang tidak logik pun dinyanyikan dengan tujuan menakut-nakutkan rakyat.

DAP secara secara umumnya hanya bertanding 50 kerusi Parlimen saja dan kawasannya pula ialah di bandar-bandar dan kawasan majoriti pengundi Cina. Lawan mereka bukan UMNO, tetapi parti komponen lain seperti MCA, MIC atau Gerakan.

Sejak dua pilihanraya lalu, DAP banyak menang di kawasan tersebut kerana pengundi menolak MCA, MIC dan Gerakan. Memang majoriti wakil rakyat DAP ialah kaum Cina, tetapi jika DAP kalah dan MCA, MIC atau Gerakan menang di kawasan-kawasan tersebut, wakil rakyat yang menang juga bukanlah Melayu.

Untuk menentukan DAP tidak menang dan tidak lagi ditakuti, cara sebaiknya bagi UMNO dan BN ialah memastikan MCA, MIC dan Gerakan bertambah kuat dan diterima pengundi. DAP menang hanyalah kerana pengundi bukan Melayu lebih mempercayai parti itu berbanding MCA, MIC dan Gerakan.

Hakikatnya, di 50 kawasan yang ditandingi DAP itu dan lawan mereka ialah MCA, MIC dan Gerakan, siapa pun yang menang, wakil rakyatnya tetap bukan Melayu.

Lalu kenapa takut dengan DAP, kaum Cina dan Kit Siang?

Bukankah MCA, MIC dan Gerakan lebih wajar ditakuti kerana dalam keadaan kurang kerusi pun,  mereka gagah mengugut UMNO dan BN untuk menolak Akta 355 untuk dijadikan usul kerajaan, bolehkah dibayangkan jika kerusi mereka lebih banyak?

Lagi pula, daripada 112 kerusi Parlimen minimun yang diperlukan untuk membentuk kerajaan,  jika pun DAP menang 40 kerusi misalnya dan selebihnya dimenangi oleh PKR, Bersatu dan Amanah, bukankah majoriti masih dikuasai oleh Ahli Parlimen Melayu daripada ketiga-tiga parti tersebut?

Bolehkah dengan 40 kerusi itu, Kit Siang menuntut kerusi Perdana Menteri?

Selain itu, kenapa perlu ditakut-takutkan pengundi Melayu dengan Kit Siang?

Berbanding Perdana Menteri yang selama ini diketahui dibelakangnya ada Jho Low dan telah melakukan pelbagai perkara yang menyusahkan rakyat dan membebankan negara, adakah Kit Siang lebih patut ditakuti daripada memberi Najib menang untuk sepenggal lagi?

Yang paling nyata, dengan terus memainkan isu mengenai Kit Siang untuk menakut-nakutkan pengundi Melayu, UMNO secara tidak langsung mengakui tentang kuatnya pengaruh Tun Mahathir dan menunjukkan Najib sudah hampir kecundang dalam pilihanraya akan datang.

Sudah pelbagai usaha dilakukan untuk melemahkan Tun Mahathir, termasuk menyerang anak-anaknya dan cuba mencari kesalahan silamnya seperti menubuhkan RCI forex, mengungkit tentang Memali dan sebagainya, namun semunya nampak tidak menjadi.

Semua kerugian dalam pelbagai urusan melibatkan negara ketika era Tun Mahathir adalah amalan biasa dalam perniagaan - ada masa untung, ada masa rugi - tetapi jika dihimpunnya semuanya sekali pun, ia tetap tidak mampu menandingi skandal 1MDB yang mana ia menjadi sebutan seluruh dunia dan memalukan kita sebagai rakyat Malaysia.

Ketakutan kepada DAP dan Kit Siang tidak lebih umpama fatamorgana semata-mata, sebaliknya bahayanya Najib adalah sesuatu yang nyata dan sudah pun dirasai oleh kita semua. (ShahbudinHusin 11/10/2017)

Lima tuntutan Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi pada 14 Oktober


Sekretariat Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi dijangka akan mengemukakan lima tuntutan dalam himpunan rakyat yang akan berlangsung di Padang Timur Petaling Jaya pada Sabtu ini.
Lima tuntutan itu adalah berkaitan untuk mendesak kerajaan;
1.Menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
dan Felda
2.Mengembalikan semua aset dan wang rakyat yang telah dirompak
3.Tangkapa Malaysian Official No 1 (MO1)
4.Bebaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia daripada sebarang tekanan
5.Mahu menghapuskan rundingan terus (direct tender) dalam sebarang kontrak kerajaan.
Menurut Pengarah Mobilasi Himpunan Mohamad Sabu, himpunan itu sebagai memberi kesedaran kepada rakyat mengenai kleptokrasi dan rasuah yang berlaku dalam negara.
“Tuntuan ini lebih ditujukan kepada rakyat, mahu mereka faham tentang isu kleptokrasi dan penyelewengan, rasuah.
“Kini jelas apabila Bank Negara telah mendenda intitusi kewangan sebanyak RM115.8juta terhadap penyelewengan yang berlaku di bawah 1MDB ketika diterajui oleh Pengerusi 1MDB ketika itu Datuk Seri Najib Razak.
“Pendedahan Bank Negara ini lebih kuat untuk rakyat Malaysia faham selain kenyataan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ). Malah pendedahan Bank Negara menjawab surat Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menambahkan lagi penjelasan kepada rakyat memang benar berlaku rompakan wang Bank Negara.
“Himpunan lebih didedahkan kepada kesedaran rakyat bukan sahaja nak tuju kepada kerajaan tetapi dedahkan perkara ini kepada rakyat kerana mahu rakyat faham apa yang sedang berlaku,” ujarnya dalam sidang media diadakan di Ibu Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di Petaling Jaya petang ini.
Turut hadir  Pengarah Pilihan Raya AMANAH Dr Hatta Ramli,  Ketua DAPsy Perak Howard Lee, Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh, Timbalan Ketua Pemuda AMANAH Faiz Fadzil, Ahli  Majlis Tertinggi Bersatu Abu Bakar Yahya dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil .
Kata Mohamad  yang juga Presiden AMANAH lagi, walaupun diantara yang dituntut ini walaupun tidak akan berjaya diambil perhatian oleh kerajaan, tetapi ujarnya, jika Pakatan Harapan mendapat kuasa selepas Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, lima tuntutan ini akan dilaksanakan oleh kerajaan baharu di bawah Pakatan Harapan kelak.
Dimaklumkan juga setakat hari ini mobilasi himpunan yang akan diadakan Sabtu ini sudah dimaklumkan kepada pihak polis dari segi kelancaran perhimpunan untuk mengawal lalu lintas ke Padang Timur di mana himpunan berlansung kelak.
“Dibawah Akta Perhimpunan Aman 2012 mana-mana pihak yang hendak berhimpun perlu maklumkan kepada pihak polis 10 hari lebihawal. Kita sudah maklumkan dan telah mendapat kebenaran dari Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
‘Himpunan aman meraikan semua rakyat yang hadir dan diharap ia berjalan lancar.
“Program tumpuan kepada hal kleptokrasi, rasuah dan penyelewengan khasnya 1MDB yang turut disertai NGO yang bersetuju hadir yang mana himpunan ini dalam suasana santai.
“Hadirin boleh bergerak santai di sekitar kawasan himpunan, kita ada pelbagai aktiviti, solat hajat, ceramah disamping melihat pameran mengenai 1MDB dan kleptokrasi.
“Setakat ini tinjauan kami kehadiran seperti dirancangkan mencapai sasaran 100,000 walaupun pada hari itu ada dua acara iaitu Hari Sukan Negara dan pada sebelah malamnya perlawanan bola sepak antara Liverpool dan Manchester, ujarnya.
Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi ini akan bermula jam 4 petang hingga 12 malam pada 14 Oktober ini.

UMNO BUKA PINTU SELUASNYA KERJASAMA DENGAN PAS

TUN MAHATHIR ARAH AKAR UMBI PH GANDAKAN PENERANGAN ISU KLEPTOKRASI