LOKMAN ADAM JAWAB HILMAN BERHUBUNG PEMBIAYAAN SWASTA SEMASA LAWATAN PM KE LUAR NEGARA




1. Terlebih dahulu, sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga dengan kejayaan yang dikecapi hasil Lawatan Kerja Rasmi Delegasi Kerajaan Malaysia ke luar negara baru-baru ini;


2. Delegasi yang diketuai oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, selaku Perdana Menteri ke Kaherah, Riyadh, Lima, Rio de Janeiro dan Doha ini telah berjaya memperolehi jumlah pelaburan yang besar iaitu RM12.8 bilion.


3. Selain itu, lawatan ini juga adalah bagi memenuhi undangan dan mengadakan pertemuan rasmi dengan  pemimpin-pemimpin kerajaan dari 19 buah negara disamping mengeratkan hubungan antarabangsa serta membuka jalan kepada peluang baharu untuk kemakmuran rakyat dan negara ketika landskap geopolitik dunia sarat dengan ketidaktentuan;


4. Memandangkan lawatan selama 11 hari ini merupakan satu lawatan yang panjang dan sudah pasti menelan belanja yang tinggi, YAB Perdana Menteri juga telah berkongsi atau memaklumkan di dalam Dewan Rakyat mengenai pengurusan dana kerajaan sepanjang lawatan ini berlangsung;


5. Semasa sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat pada Jumaat, 22 November 2024, YAB Perdana Menteri telah memaklumkan bahawa 70-80 peratus perbelanjaan untuk lawatan ini telah ditanggung oleh pihak swasta;


6. Dalam penjelasan ini, YAB Perdana Menteri telah memberikan justifikasi bahawa penglibatan pihak swasta adalah untuk mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan ia merupakan satu pendekatan baharu di Jabatan Perdana Menteri untuk mengekang pembaziran serta ketidakcekapan pengurusan kewangan semasa lawatan rasmi kerajaan di luar negara;


7. Bagi merealisasikan perkara ini, pihak kerajaan dan dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah membuka pelawaan kepada syarikat-syarikat seperti Petronas, Sapura Energy, Yinson, Proton dan beberapa syarikat semikonduktor yang berminat untuk kembangkan perniagaan mereka dan menyertai lawatan ini dengan kos perbelanjaan ditanggung oleh pihak mereka sendiri;


8. Ini bermaksud, Kerajaan Malaysia telah menggunakan pendekatan win-win situation di mana membantu mempromosi atau memperkenalkan syarikat-syarikat tempatan dan dalam masa yang sama pihak kerajaan tidak perlu keluarkan kos besar untuk membawa syarikat ini ke pentas dunia;


9. Mengenai isu pihak swasta menaja kos lawatan rasmi YAB Perdana Menteri sepanjang lawatan 11 hari tersebut, ia adalah satu tuduhan yang tidak tepat dan mengelirukan kerana untuk lawatan ini, kerajaan menanggung sepenuhnya kos YAB Perdana Menteri di luar negara;

 

10. Kerajaan hanya membayar RM1.66 juta atau 27 peratus kos lawatan rasmi YAB Perdana Menteri ke 5 buah negara, berbanding kos sebenar atau keseluruhan berjumlah RM6.162 juta. Selebihnya RM4.5 juta atau 73 peratus, ditanggung oleh syarikat yang terlibat;


11. Selain itu, pendekatan penjimatan oleh Jabatan Perdana Menteri ini telah menjimatkan sejumlah RM900 ribu untuk sewaan pesawat berbanding kos yang terpaksa ditanggung sebanyak RM2.5 juta untuk pesawat sedia ada;


12. Selain itu juga, delegasi YAB Perdana Menteri (Kerajaan Malaysia) juga tidak melibatkan sebarang kos untuk penginapan, makanan dan pengangkutan kerana penganjuran seperti Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) dan Sidang Kemuncak G20 ditanggung oleh tuan rumah negara yang terlibat;


13. Selain perkara ini, kehadiran anak sulong YAB Perdana Menteri iaitu Nurul Izzah bersama delegasi ini adalah kerana jemputan oleh pihak penganjur. Jemputan ini atas kapasiti Nurul Izzah sebagai Pengarah Social & Economic Research Initiative (Seri) dan kehadiran beliau juga turut mewakili Datuk Seri Dr. Wan Azizah yang tidak menyertai lawatan ini; dan


14. Kesimpulannya, lawatan rasmi ini dilihat bukan untuk tujuan peribadi, tetapi mengarah kepada satu agenda yang besar iaitu pemulihan ekonomi dan menggamit pelabur antarabangsa untuk melabur di Malaysia.  Jumlah pelaburan sebanyak RM6 bilion yang diperolehi oleh pihak Petronas di Brazil misalnya adalah salah satu bukti kejayaan besar lawatan YAB Perdana Menteri baru-baru ini.



CUKUP LAH ELAUNS SAYA DAN AZIZAH.

BETOI JUGA , INI SAPU SEMUA SELAGI BOLEH..PASANG LAK BINI DUA TIGA ORANG.,..MAKAN LAK GAJI BUTA..SENANG SANGAT LA HIDUP. 

KERJA LAIN TAK BUAT, KERJA HASUT, PECAH BELAH DAN KELUAR DALIL. BUKAN SAJA NABI DI BUAT MAIN MAIN DALAM MIMPI...TUHAN PUN BUAT MAIN MAIN...





 Kita tak ambil (gaji) tapi gaji elaun Parlimen kita ambil, (Datuk Seri) Wan Azizah pun ada elaun Parlimen (Bandar Tun Razak), jadi campur-campur okeylah.


https://suara.tv/23/11/2024/campur-elaun-parlimen-saya-dan-azizah-cukuplah-tak-miskin-anwar/

ULANG TAHUN KERAJAAN MADANI. BERJAYA MENGANGKAT MARUAH PEKERJA PERAJAAN DAN SWASTA.

 

Dr Wan Azizah.


@withregram • @anwaribrahim_my Alhamdulillah, 











Kerajaan MADANI telah memperkenalkan pelbagai anjakan dan reformasi sepanjang dua tahun mentadbir negara terutama bagi memacu pertumbuhan ekonomi, perdagangan, pelaburan dan kebajikan rakyat.


Pelbagai inisiatif dan bantuan dilaksanakan untuk berkongsi kemakmuran secara adil kepada rakyat, di samping mengangkat imej negara di pentas antarabangsa hingga menarik minat syarikat gergasi dunia untuk melabur di Malaysia.


Ini hanyalah permulaan dan banyak lagi perancangan sedang dirangka untuk mencipta lebih banyak kejayaan, termasuk dengan memperbaiki kelemahan dan perkhidmatan kepada rakyat.


Kejayaan yang dikecapi ini adalah hasil daripada kestabilan politik dan kebersamaan pimpinan untuk bergerak sederap dan senada, di samping iltizam penjawat awam yang menunjukkan kesediaan melakukan reformasi serta meningkatkan kecekapan.


Pihak swasta turut mainkan peranan kritikal untuk untuk menjayakan agenda MADANI menerusi kemahiran dan kepakaran yang dimiliki. Namun paling penting adalah tenaga kerja dalam kalangan rakyat sama ada pekerja, petani atau nelayan yang menunjukkan kesediaan menjadikan Malaysia negara hebat, terkenal dan dihormati. 


Di sebalik kebersamaan ini, masih ada suara-suara dangkal yang cuba meremehkan usaha Kerajaan MADANI membersihkan negara daripada kebobrokan dan rasuah, hingga mereka yang merompak kekayaan negara diangkat dan dipuji, manakala pihak yang bersih dicerca. 


Namun saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat untuk melihat sendiri usaha-usaha Kerajaan MADANI dalam mengangkat martabat rakyat, antaranya memastikan gaji bermaruah kepada pekerja, mempertingkat khidmat kesihatan, memperkasa pendidikan dan menjaga kebajikan isi rumah dengan bantuan-bantuan berbilion ringgit.


Insya-Allah, Kerajaan MADANI bertekad untuk terus bekerja dan meningkatkan usaha membawa lebih banyak kejayaan dan kemakmuran untuk rakyat serta memastikan imej Malaysia gah di seantero dunia.


#MalaysiaMADANI



JANGAN KECEWA USAHA TEBUK ATAP TAK JADI JADI.


Cinta Jannah


 24 November 2022 - 24 November 2024


Selamat Ulangtahun ke 2 tahun DSAI di angkat menjadi PM ke 10.. Alhamdulillah 🥰🥰🥰




BAGI YANG TAK FAHAM MATEMATIK PENGIRAAN PERJALANAN PMX.

 

Fairul Al Qasas


Oleh kerana masih ramai tak faham penerangan YB Menteri dan Jason pun up video takde detailed explanation, meh sini saya terangkan.




PMX pergi Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil dengan sewa pesawat MAS, Airbus A350.


Kos sewa - RM6.162 juta


A350 ni kapasitinya besar. Jadi apa kerajaan buat ialah berkongsi dengan pihak swasta untuk naik pesawat ni sama-sama dan bayar sewa ikut pax.


Untuk kerajaan, bayar 27% atau RM1.662 juta.


Untuk swasta, bayar baki 73% atau RM4.5 juta.


Sekiranya tak guna kaedah di atas, pilihan kerajaan yang ada ialah guna pesawat milik kerajaan, iaitu Airbus ACJ320.


Kalau naik ACJ320, kos mencecah RM2.5 juta. Tapi pesawat ini kecil dan tak boleh nak berkongsi naik sama-sama dengan delegasi swasta.


Jadi dengan guna kaedah perkongsian pesawat tadi, kerajaan berjaya jimat hampir RM1 juta (berbanding guna ACJ320).


Kat gambar bawah ni pesawat MAS A350 yang PMX guna, dan pesawat ACJ320 yang Najib Razak selalu guna dulu untuk pergi merata dunia.


cc X Muhammad Najib



NOHHHH HHAAAIHHH..PUJAN HATI WALAUN

 La Jo Ir


Pujaan hati walaun2..jagan silap tulis walaun akn melenting marah  akn bematian  pertahankan..




Keh.. Keh.. Keh....

 

Romna


Kedah liberal....

Kohkohkoh....

😆😆😆




KATA INTERNATIONAL... TU JA YANG DATANG... KEH. KEH.. KEH..

W. Faudzin. 

 

Nama hebat dah,  International Summit.  Tapi yang datang, mahathir, lebai Hadi dengan anak dia.