RENTASAN 1312 | GEMPAR!! MAHIADDIN YASIN TOLAK INISIATIF MENU RAHMAH?





MENARIK DALAM RENTASAN 1312 1. KERAJAAN TEBUK ATAP DALAM TIGA BULAN BUAT APA? 2. FITNAH TIGA WALAUNTIT, BUKTI PAS MENANG DENGAN CARA KOTOR 3. DI MANA MAHIADDIN, HADI DAN HAMZAH MENGHILANG???


JERITAN BATINKU


 

MAKAN KEDAI BIASA BIASA SAJA LA


 

FITNAH BOHONG APANYA ADA BUKTI SEMUA?


 

SANUSI ADA KENYIT MATA DENGAN SAMA SAMA DEPA...TU DIAAA AIHH NO....APA DIA NAK CERITA TAK TAU


 

SPRM siasat Muhyiddin isu RM300 juta dari dana bantuan Covid-19

DS ANWAR PM! SOLAT BERSAMA RAKYAT DI MASJID TAMAN PUTRA PERDANA SEPANG!

Pemimpin Yang Tahan Lama. Anwar Atau Mahiaddin? (Who will last LONGER as...

DEEP STATE ???

 





Lagi isu wanita tak dibenarkan masuk ke pejabat kerajaan kerana isu pakaian. Baca berita penuh di: https://bit.ly/3k4JXUJ.

Deep state?

Mereka tahu, hampir semua orang bukan Melayu menyokong kerajaan yang ada ini. Jadi penting untuk hapuskan sokongan itu.

Mungkin ini salah satu caranya. Jelas hal begini boleh timbulkan rasa tak puas hati di kalangan bukan Melayu terhadap kerajaan.

Semua menteri kena bangun. Deep state adalah antara punca kejatuhan PH sebelum ini. Masih nak berdiam diri lagi? Guane boh?

Raja Gelap

.

 

SAMBUTAN KEPADA PRESIDEN JERMAN


 Mengiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah & Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dlm upacara sambutan diraja kpd Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier yang dlm rangka lawatan 3 hari ke Malaysia.






BUKAN BALAS DENDAM- MACAM DSAI KATA- TAK SALAH JANGAN TAKUT

 

Balas dendam?

Pemimpin PN ramai yang ada isu peribadi. Ada kes cabul budak bawah umur, ada kes video gay, ada kes berzina dengan isteri orang. Ada banyak lagi la.

Kalau DS Anwar nak balas dendam, lebih mudah kalau buka kes begini. Macam aku selalu kata, kes melibatkan duit susah nak dibuktikan.

Kalau kes macam cabul, zina, gay, lebih senang nak buat. Nak fitnah pun lebih senang. Upah je sesiapa mengaku. Kalau kena dengan upahnya, ada je yang sanggup.

Tapi DS Anwar tak berniat nak balas dendam pun. DS Anwar cuma perangi ketirisan. Beliau mahukan sebuah pentadbiran yang bersih dan hak rakyat terpelihara.

Sebab tu hanya kes yang melibatkan duit rakyat je yang diselongkar. Tapi kalau PN masih sibuk nak tuduh DS Anwar nak balas dendam, kita cadangkan dibuka kes begini.

Sebab kami rakyat masih tak puas kalau kes-kes yang disebutkan ini tak selesai. Harapnya menteri KDN boleh dengar permintaan rakyat. Guane boh?

Raja Gelap

.

 

MMMMM....KOMAN

 

CIKY🅰️NIE
Laaa awat tarik balik sampai delete posting, tak jantanlah. Mai

lawan di mahkamah baru tahu langit tinggi rendah. Kira tarik

balik kenyataan ini nak jaga air muka hang ke? Oh lupa pak dia pun minta maaf di mahkamah lepas fitnah DSAI.






KEH..KEH..KEH


 Beribu kali kata orang komunis. Sekali orang balas balik terus koyak rabak 😅







Presiden Jerman tiba untuk lawatan negara tiga hari ke Malaysia

GEMPAR TERKINI🔥 PAS KELUAR PN ? MP PPBM SERTAI PARTI LAIN ?

HATI HATI DENGAN PEGAWAI YANG TIDAK DIKENALI- PATUT MENTERI PILIH PEGAWAI SENDIRI UNTUK MENASIHATI




Bila aku kritik Menteri Pendidikan, ramai penyokong PH sendiri yang marah aku. Tapi cuba tengok ni. Inilah yang aku tak gemar.

Sampai saat ini Fadhlina masih terlalu bergantung kepada pegawai kementeriannya. Macamana nak selesaikan masalah kalau berharap kepada yang jadi masalah itu sendiri?

Ramai cakap masih baru. Ya betul. Baru tiga bulan. Tapi untuk dapatkan pakar beri pandangan kedua tanpa bergantung kepada pegawai kementerian tak perlu lebih daripada seminggu.

Seronoklah pegawai kementerian. Dorang cakap apa pun menteri angguk je. Sekali lagi aku katakan, kalau pegawai kementerian nak selesaikan semua isu, dah lama semua selesai.

Nampak gayanya mimpi untuk melihat reformasi dalam bidang pendidikan hanya tinggal mimpi. Aku terpaksa terima hakikat, kita akan teruk terperuk dalam kekalutan ini untuk satu tempoh yang lebih panjang. Guane boh?

Raja Gelap

 

PM SOLAT DIMANA HARI INI



 

MENU RAHIMAH TANPA KANSER, AUTOIMUNE DAN JUGA AUTISME....


 

JATUH BANGUN NEGARA INI BERMULA DARI AHLI PARLIMEN.


 

LAGI PENGHINAAN TERHADAP MENU RAHMAH. MALAHAN MP INI SEORANG DOKTOR YANG MENYELEWENG FAKTA TENTANG PENYAKIT .


 

KISAH BANK BUMIPUTRA BERHAD


 

NASI RAHMAH DAN KES DOKTOR SESAT


 

KISAH DAIM YANG DIAM DAN ADAKAH BENAR DENGAN KES PANDORA PAPERS- KERANA ITU ANWAR DIHALANG SEJAK 25 TAHUN DYLU


 

KES 2021- LAGI KERUGIAN 812 JUTA PENGURUSAN PEMBANGGUNAN PUTRAJAYA


 

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA KEHILANGAN LAGI 158 JUTA- MENTERI KAYA RAYA


 

HILANG GHAIB 13 JUTA- MEMBAZIR DUIT RAKYAT DAN NEGARA


 

AKAN SAMPAI MASANYA


 

ADA SEORANG DOKTOR YANG BODOH MENGKLASIFIKASIKAN MAKANAN RAHMAH DENGAN PENYAKIT KETURUNAN SEPERTI AUTISME DAN AUOIMUNE DAN KANSER AKIBAT MAKANAN RAHMAH

 






Inilah menu RAHMAH yang didakwa oleh pembangkang sebagai makanan LOW QUALITY dan MENDEDAHKAN PEMAKAN KEPADA KANSER.

Petikan ucapan perbahasan Ahli Parlimen Kapar (PAS/PN), Dr. Halimah Ali pada 14 Februari 2023:

“….takde masalah dengan istilah ‘Rahmah’, tetapi jangan sampai rakyat B40 diberikan bekalan makanan yang low quality dan mungkin juga menyebabkan mereka terdedah kepada kanser, autoimun, autisme dan sebagainya.”

 

BIJOK AMAT.....

 




MUKHLIS EDIE


Tahniah rakyat Klate. Bijok memilih

Tengah rembang panas terik,

Peluh di badan habis menitik;

Orang bodoh kena kecek,

Cerdik pandai putar-balik.

Gaji wakil rakyat di negeri Kelantan bakal naik lagi RM 5000.

Anggota dewan undangan negeri (Adun) dan barisan exco kerajaan negeri Kelantan bakal menikmati kenaikan gaji pokok antara RM3,000 hingga RM5,000 seorang. - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Abdullah.

MENJAWAB HUJAH2 SERONG BERKAITAN MALAYSIA MADANI

 

Oleh: Shahbudin Embun

Saya telah dihujani dengan komen komen negatif oleh pengamal medsos yang telah mengkritik saya terhadap beberapa kenyataan saya yang dirakam dan dimuat dalam media social terutama instagram oleh pemilik yang saya tidak kenal berkaitan Kerajaan MADANI pimpinan YAB PM Dato Seri Anwar Ibrahim.

Saya mempetahankan hujahan saya di dalam instgram tersebut yang tidak diedit dan semalam saya berkesempatan seharian berada di Library di sebuah Kolej dan saya membaca beberapa kitab kitab lama termasuk Kitab Karangan Imam Ghazali dan Allahyarham Karamullah Prof Tan Sri Dr Haron Din(Ilmuan terkemuka kelahiran kampong kami Bohor Mali Perlis) .

Jika saya nak tulis panjang apa yang saya dapat hadam berkaitan isu MADANI ini tapi saya hanya nak jawab soalan dari nitizen yang bertanya beberapa soalan pada saya.

Sila ikuti soalan dan jawapan saya mengulas bukan secara *off the cuff* tetapi saya ambil dari kitab kitab yang saya sempat mentelaahnya.

Selepas kalian baca dan terpulanglah pada kalian untuk mengkritik saya tetapi pohon berhemah sedikit sebagai adab Bangsa kita.

Terima kasih.

Soalan?

1. *Pihak pembangkang hari ini riuh dalam Dewan Rakyat mengatakan kedudukan islam akan terancam oleh gagasan Malaysa Madani yang diperkenalkan oleh YAB PMX kerana ideanya dicedok dari sistem Sakularisan Libralisma dan prularisma?

Dan soalan no 2

2. *Presidan PAS TGHA juga mengatakan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh DSAI adalah percubaan untuk menipu RAKYAT?*

*Jawapan pada 1 dan 2*

Kata asal ‘MADANI ‘ diambil dari MADINAH , Selama gagasan MALAYSIA MADANI berteraskan Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi saw, maka ia bukan datang dari mana2 isme yg wujud di dunia ini.

2) الْÙ…َدَÙ†ِÙŠَّØ©ُ الْØ­َدِيثَØ©ُ : الْØ­َضَارَØ©ُ ÙˆَالْعُÙ…ْرَانُ ÙˆَÙƒُÙ„ُّ الْÙ…ُØ®ْتَرَعَاتِ التِّÙƒْÙ†ُولُوجِÙŠَّØ©ِ

الْÙ…ُجْتَÙ…َعُ الْÙ…َدَÙ†ِÙŠُّ : Ø£َÙŠ الْÙ…ُجْتَÙ…َعُ الَّØ°ِÙŠ تَÙƒَÙˆَّÙ†َتْ Ù…ُؤَسَّسَاتُÙ‡ُ ÙˆَجَÙ…ْعِÙŠَّاتُÙ‡ُ الْØ­َضَرِÙŠَّØ©ُ

Menurut definisi (Mujtama’ Madani / Masyarakat Madani ) ialah Sebuah Masyarakat yang asas dan persatuan nya terkandung makna Kemajuan Sebuah Tamaddun.

Jadi, Gagasan ini tidak menyalahi/menyimpang dari Islam & Sunnah, kerana dia tidak melibatkan sebarang pindaan terhadap hukum Syariat yg syumul/lengkap dan prinsip Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.

Ia adalah satu reformasi roh dan sikap untuk membangun & memperkukuh sesebuah Masyarakat dan Negara.

3. *Mereka juga mengatakan YAB DSAI seolah olah telah membawa satu pahaman baharu yg begitu jelas menyimpang dari ajar islam dan sunah NABI?

Jawapan

Menipu atau tidak itu dapat dilihat dari hasil kerja buat Kerajaan setelah beberapa tahun. Namun pengumuman PMX ini, menunjukkan bahawa PMX telah:-

– Bersedia untuk menggalas tugas sebagai PM.

– Mempunyai Wawasan, matlamat untuk dituju bagi menghasilkan sebuah negara yang Maju Lagi Islamik.

– Tahu apa nak buat, bukan sekadar bidan terjun atau bersaksi pada nasib. Umpama waris yang mahu bangun rumah warisan yang usang kepada sebuah rumah yang maju lagi MADANI..

Jadi, tahu mana nak buang yang lapuk, hapus anai2 perosak, mana yang masih elok boleh dikekalkan disamping persiapkan model rumah terbaik dari arkitek, jurutera terbaik. Jadilah Rumah Warisan MADANI.. begitulah sebuah Negara.

– PMX telah melalui sejarah dan tribulasi perjuangan yang panjang dan penuh cabaran(panca roba). Sedari umur belia lagi, beliau sudah ada roh perjuangan untuk melihat & merubah sesuatu yg tidak kena dalam Negara ini. Bukan bila jadi PM baru nak fikir.

Roh Islam itulah yang akan menjadi momentum kekuatan jiwanya untuk membangun & memperkasa segala yang dirancang. Sebab itu, kita yakin dgn gagasan nya dan bukan sekadar retorik & omong kosong !

4. *Adakah tuduhan ini bagi menutup perhatian rakyat disebabkan mereka sedang disiasat SPRM dalam kes rasuah dan penyalahan gunaan kuasa zaman pemerintahan 33 bulan?*

Jawapan

Ya, kerana mereka sedang kepanasan dengan pelbagai rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan.

Oleh

Shahbudin Embun

Penganalisis Politik

Jalan Putra PWTC.



ANWAR TIDAK PEDULI JIKA ADA ANJING MENYALAK DI BELAKANGNYA


Bukan main lagi abah cow menyalak dlm parlimen semalam.  Maklumlah, PMX takde.  Haha..


Siap ugut bro.  Abah cow kata jangan ingat PMX akan pegang jawatan tu sampai bila2.  Laaa...memang la, semua tahu tiada manusia yg boleh pegang jawatan selama2nya.  Kerajaan firaun, kerajaan Antarturk, Kerajaan Mahazalim, kerajaan tebuk atap, semua mereka berakhir.  Nyawa abah cow pun belum tentu sampai bila dan kita nampak semalam wajah semakin kusut, amat tertekan, emosi.  Tapi kita doakan agar abah cow dilanjutkan usia agar lebih lama jadi Pembangang di parlimen.  


Bagi kita, walau pun satu hari PMX pegang jawatan, kita tidak mahu dia jadi pemimpin "scheme of things' macam abah cow dulu.  Biar sependek mana pun PMX berkuasa, janji tiada rakyat yang mati bunuh diri, angkat bendera putih kerana mahu makan dan ratusan mati setiap hari angkara kegagalan  tangani masalah Covid19 seperti di era abah cow jadi PM tebuk atap.  Alhamdulillah, akhirnya Allah cabut nyawa pemerintahan kerajaan gagal itu.  


Kita faham mengapa abah cow amat emosi dan tertekan semalam.  Jiwa mana mahu tenang jika cita2 mahu jadi PM sekali lagi gagal kerana hanya dapat sokongan 74 MP sahaja.  Manakala PMX telah buktikan mendapat 2/3 majoriti MPs.  Hati mana tidak kacau sekiranya melihat kereta SPRM asyik ulang alik di hadapan rumah.  Allah tidak akan tenangkan jiwa seseorang jika seseorang itu telah banyak melakukan kesalahan dan di dalam hatinya ada seketul daging yang busuk.  


PMX tetap tenang, meskipun terpaksa menggalas amanah besar untuk membaiki banyak kerosakan kerajaan tebuk atap   33 bulan.  Biarlah anjing menyalak di belakangnya, itu tidak mampu menyekat laluannya untuk meneruskan perjalanan membawa rakyat Malaysia ke arah Malaysia Madani.  


WFAUZDIN NS



-Kenyataan Media -Siti Aishah Shaik Ismail

 -Kenyataan Media -



Saudara Afnan Hamimi berani jadi wakil rakyat berprinsip dan integriti ,saya cabar ulang kenyataan yang sama diluar Dewan Rakyat.


Assalamualaikum w.r.b.t


Semalam pada 15/2/2023, saya sempat mengikuti sesi sidang Parlimen untuk sesi pembahasan Titah Diraja  yang mana saya telah mendengar satu ucapan yang diucapkan oleh YB Saudara Afnan Hamimi Taib Azamudin, Ahli Parlimen Alor Setar.


 YB Alor Setar yang pada ketika itu sedang membahaskan Titah DiRaja di dalam Dewan Parlimen sewaktu perbahasan beliau, dengan jelas dan nyata menyebut nama saya dengan melemparkan tuduhan yang berbaur fitnah  berkaitan dengan 3 individu berkaitan  isu fitnah keatas YB Nurul Izzah dan pimpinan yang lain melalui akaun tiktok mereka. 


YB Alor Setar telah menyatakan lagi bahawa posting saya di FB telah mengakibatkan gangguan seksual dan pelecehan terhadap individu - individu tersebut. Jelas kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Alor Setar adalah satu kenyataan yang tidak berasas dan tuduhan fitnah jelas terhadap saya dan juga merupakan satu pelanggaran Peraturan - Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat 36 (12) yang mana menyatakan:


(12) Mana-mana ahli yang mengeluarkan 

kenyataan yang mengelirukan Dewan adalah disifatkan menghina Majlis dan ahli itu boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan bagi kesalahan itu.


Sehubungan dengan itu,  saya ingin mencabar YB Alor Setar  Saudara Afnan Hamimi untuk mengulangi dan mengesahkan kenyataan fitnah yang dibuat di dalam Dewan diulangi di luar Dewan Rakyat sebelum tindakan guaman diambil oleh Pihak saya.


Siti Aishah Shaik Ismail



ADA BUAT SALAH KAH ?



Kerajaan Perpaduan ni bukan nak balas dendam la. Tapi nak bantu rakyat. Korek cerita lama tu salah satu dari cara bantu rakyat.


Selongkar perbuatan salah pemerintahan lama pun salah satu cara bantu rakyat. Takkan nak biarkan rakyat dibuli tanpa pembelaan?


Sepatutnya Shahidan cakap, kalau jadi pemerintah kerana nak sakau, baik tak payah jadi pemerintah. Jadi je perompak sepenuh masa.


Habis menggelupur semua pemimpin Pan. Rasanya masa BN kalah dulu pun tak begini sekali dorang menggelupur. PN ni lain macam.


Sampaikan Pengerusi PN meroyan la dalam dewan, warning kerusi PM (dekat kerusi je la beraninya) dia punya level takut. Kenapa ya? Guane boh?


 

Raja Gelap 

.



MASA JADI KERAJAAN KAU PUN LENA.

 

Bila jadi ketua pembangkang pandai dia suruh kerajaan buat kerja. Masa dia jadi KERAjaan makan gaji buta 😅




KEGIGIHAN PM 10

 



Mohd Yusri Ibrahim


Sejak angkat sumpah pada 24 November 2022 lalu, saya perhatikan dua elemen positif ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim.


Pertama, beliau menunjukkan komitmen kerja yang sangat gigih, bersungguh-sungguh seperti tidak kenal penat.


Setiap masa beliau bergerak, bahkan hampir setiap minggu ada sahaja perkara baru yang kerajaan beliau cuba tangani dan selesaikan.


Kedua, beliau mempamerkan iltizam sangat tinggi untuk memperkasakan institusi Parlimen, bukan sekadar iltizam bahkan dibuktikan secara praktikal.


Selepas mengangkat sumpah memegang jawatan dengan perkenan SPB Yang DiPertuan Agong, beliau terus menawarkan undi percaya di lantai Parlimen untuk mengabsahkan sokongan terhadap beliau.


Beliau juga menunjukkan komitmen tinggi untuk berada di Parlimen bagi menjawab sendiri soalan-soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri oleh Ahli-ahli Parlimen.


Terbaru hari ini, dalam kepenatan baru mendarat dari Turki, beliau terus ke Parlimen untuk melaporkan perkembangan kunjungan beliau dan delegasi ke negara yang dilanda gempa tersebut.


Semua ini adalah isyarat komitmen beliau untuk memperkasakan Parlimen sebagai institusi legislatif negara, selain dua tonggak lain iaitu eksekutif dan kehakiman.


Semoga beliau terus diberi kesihatan serta diberi petunjuk oleh Allah untuk memimpin dan menghasilkan yang terbaik untuk Malaysia yang kita cintai ini.