Oleh: Shahbudin Embun
Saya telah dihujani dengan komen komen negatif oleh pengamal medsos yang telah mengkritik saya terhadap beberapa kenyataan saya yang dirakam dan dimuat dalam media social terutama instagram oleh pemilik yang saya tidak kenal berkaitan Kerajaan MADANI pimpinan YAB PM Dato Seri Anwar Ibrahim.
Saya mempetahankan hujahan saya di dalam instgram tersebut yang tidak diedit dan semalam saya berkesempatan seharian berada di Library di sebuah Kolej dan saya membaca beberapa kitab kitab lama termasuk Kitab Karangan Imam Ghazali dan Allahyarham Karamullah Prof Tan Sri Dr Haron Din(Ilmuan terkemuka kelahiran kampong kami Bohor Mali Perlis) .
Jika saya nak tulis panjang apa yang saya dapat hadam berkaitan isu MADANI ini tapi saya hanya nak jawab soalan dari nitizen yang bertanya beberapa soalan pada saya.
Sila ikuti soalan dan jawapan saya mengulas bukan secara *off the cuff* tetapi saya ambil dari kitab kitab yang saya sempat mentelaahnya.
Selepas kalian baca dan terpulanglah pada kalian untuk mengkritik saya tetapi pohon berhemah sedikit sebagai adab Bangsa kita.
Terima kasih.
Soalan?
1. *Pihak pembangkang hari ini riuh dalam Dewan Rakyat mengatakan kedudukan islam akan terancam oleh gagasan Malaysa Madani yang diperkenalkan oleh YAB PMX kerana ideanya dicedok dari sistem Sakularisan Libralisma dan prularisma?
Dan soalan no 2
2. *Presidan PAS TGHA juga mengatakan konsep Malaysia Madani yang diperkenalkan oleh DSAI adalah percubaan untuk menipu RAKYAT?*
*Jawapan pada 1 dan 2*
Kata asal ‘MADANI ‘ diambil dari MADINAH , Selama gagasan MALAYSIA MADANI berteraskan Kerajaan Islam Madinah yang diasaskan oleh Nabi saw, maka ia bukan datang dari mana2 isme yg wujud di dunia ini.
2) الْمَدَنِيَّةُ الْحَدِيثَةُ : الْحَضَارَةُ وَالْعُمْرَانُ وَكُلُّ الْمُخْتَرَعَاتِ التِّكْنُولُوجِيَّةِ
الْمُجْتَمَعُ الْمَدَنِيُّ : أَي الْمُجْتَمَعُ الَّذِي تَكَوَّنَتْ مُؤَسَّسَاتُهُ وَجَمْعِيَّاتُهُ الْحَضَرِيَّةُ
Menurut definisi (Mujtama’ Madani / Masyarakat Madani ) ialah Sebuah Masyarakat yang asas dan persatuan nya terkandung makna Kemajuan Sebuah Tamaddun.
Jadi, Gagasan ini tidak menyalahi/menyimpang dari Islam & Sunnah, kerana dia tidak melibatkan sebarang pindaan terhadap hukum Syariat yg syumul/lengkap dan prinsip Akidah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ia adalah satu reformasi roh dan sikap untuk membangun & memperkukuh sesebuah Masyarakat dan Negara.
3. *Mereka juga mengatakan YAB DSAI seolah olah telah membawa satu pahaman baharu yg begitu jelas menyimpang dari ajar islam dan sunah NABI?
Jawapan
Menipu atau tidak itu dapat dilihat dari hasil kerja buat Kerajaan setelah beberapa tahun. Namun pengumuman PMX ini, menunjukkan bahawa PMX telah:-
– Bersedia untuk menggalas tugas sebagai PM.
– Mempunyai Wawasan, matlamat untuk dituju bagi menghasilkan sebuah negara yang Maju Lagi Islamik.
– Tahu apa nak buat, bukan sekadar bidan terjun atau bersaksi pada nasib. Umpama waris yang mahu bangun rumah warisan yang usang kepada sebuah rumah yang maju lagi MADANI..
Jadi, tahu mana nak buang yang lapuk, hapus anai2 perosak, mana yang masih elok boleh dikekalkan disamping persiapkan model rumah terbaik dari arkitek, jurutera terbaik. Jadilah Rumah Warisan MADANI.. begitulah sebuah Negara.
– PMX telah melalui sejarah dan tribulasi perjuangan yang panjang dan penuh cabaran(panca roba). Sedari umur belia lagi, beliau sudah ada roh perjuangan untuk melihat & merubah sesuatu yg tidak kena dalam Negara ini. Bukan bila jadi PM baru nak fikir.
Roh Islam itulah yang akan menjadi momentum kekuatan jiwanya untuk membangun & memperkasa segala yang dirancang. Sebab itu, kita yakin dgn gagasan nya dan bukan sekadar retorik & omong kosong !
4. *Adakah tuduhan ini bagi menutup perhatian rakyat disebabkan mereka sedang disiasat SPRM dalam kes rasuah dan penyalahan gunaan kuasa zaman pemerintahan 33 bulan?*
Jawapan
Ya, kerana mereka sedang kepanasan dengan pelbagai rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta pengkhianatan.
Oleh
Shahbudin Embun
Penganalisis Politik
Jalan Putra PWTC.