KEGIGIHAN PM 10

 



Mohd Yusri Ibrahim


Sejak angkat sumpah pada 24 November 2022 lalu, saya perhatikan dua elemen positif ditunjukkan oleh Anwar Ibrahim.


Pertama, beliau menunjukkan komitmen kerja yang sangat gigih, bersungguh-sungguh seperti tidak kenal penat.


Setiap masa beliau bergerak, bahkan hampir setiap minggu ada sahaja perkara baru yang kerajaan beliau cuba tangani dan selesaikan.


Kedua, beliau mempamerkan iltizam sangat tinggi untuk memperkasakan institusi Parlimen, bukan sekadar iltizam bahkan dibuktikan secara praktikal.


Selepas mengangkat sumpah memegang jawatan dengan perkenan SPB Yang DiPertuan Agong, beliau terus menawarkan undi percaya di lantai Parlimen untuk mengabsahkan sokongan terhadap beliau.


Beliau juga menunjukkan komitmen tinggi untuk berada di Parlimen bagi menjawab sendiri soalan-soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri oleh Ahli-ahli Parlimen.


Terbaru hari ini, dalam kepenatan baru mendarat dari Turki, beliau terus ke Parlimen untuk melaporkan perkembangan kunjungan beliau dan delegasi ke negara yang dilanda gempa tersebut.


Semua ini adalah isyarat komitmen beliau untuk memperkasakan Parlimen sebagai institusi legislatif negara, selain dua tonggak lain iaitu eksekutif dan kehakiman.


Semoga beliau terus diberi kesihatan serta diberi petunjuk oleh Allah untuk memimpin dan menghasilkan yang terbaik untuk Malaysia yang kita cintai ini.


No comments: