Polis cadangkan Hadi dituduh bawah Akta Hasutan

 


BERITA

Polis cadangkan Hadi dituduh bawah Akta Hasutan

Hariz Mohd

Diterbitkan:  Sep 4, 2023 5:02 PM

Dikemaskini: 5:14 PM

Polis akan mencadangkan Jabatan Peguam Negara (AGC) menuduh Presiden PAS Abdul Hadi Awang bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi dan Multimedia susulan ucapannya yang didakwa mempertikai kuasa Lembaga Pengampunan.


“Sama ada akan tuduh atau tidak tuduh, itu bergantung pada penilaian AGC nanti,” kata Timbalan Ketua Polis Negara Ayob Khan Mydin Pitchay.


Kenyataan itu dibuat beberapa jam selepas Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman mengambil keterangan Hadi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur pagi tadi.


Hadi disiasat bawah berhubung ucapannya di Johor pada 26 Ogos.


Dia berkata pengampunan kepada pesalah yang diamalkan di negara ini tidak sesuai dengan ajaran Islam.


Katanya, anggota keluarga mangsa jenayah yang berhak memberikan pengampunan, bukan lembaga pengampunan.


Kes itu sebahagian daripada kes agama, raja dan kaum (3R).


Dalam sidang media hari ini, Ayob berkata mereka mencadangkan pertuduhan dibuat bawah Seksyen 4 Akta hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.


Katanya, kertas siasatan dijangka dimajukan dalam minggu ini.



BIAR BETUL.


 Parti pembangkang sentiasa cuba untuk fitnah. Mengapa ya? Sentiasa inginkan KUASA supaya boleh sakau duit kerajaan.



SEMUA ORANG TAU

 Satu Malaysia tahu Kerajaan Perpaduan adalah cetusan YDPA. 


Perikatan Nasional yang tolak, Perikatan Nasional juga yang meloncat.


#PNgkhianatTitahYDPA




HARGA MASIH SAMA JA....


 Heboh satu malaysia pasal kenaikan harga tapi harga beras import,buat sementara yg aku nampak tadi kat Aeon untuk beras tempatan masih harga terkawal,tempat lain macam mana?




KAU NAK BLAH PUN BLAH LAH....

 

Ahmad Shahril


Berapa banyak seat muda dalaam parlimen...😅😅😅,ada pun tak membantu baik kluar jelah.




ISU BERAS


 

ISU BERAS DAN PEMAHAMAN TENTANG EKONOMI DAN HARGA.


 

TAK BOLEH NAK KESAN DAN TANGKAP KA ?

 






KPDN bertindak pantas memberi amaran tegas kepada pengilang² beras jika tukar lebel kampit beras.

Tahniah kerajaan #MalaysiaMADANI kerana pantas bertindak menangani isu kekurangan beras yang menjadi faktor kegusaran rakyat.

#kpdnkk

#MalaysiaMadani

#KerajaanPerpaduan

 


Pembebasan Zahid: Keputusan dihormati, Peguam Negara wajar jelaskan keadaan




Parti Amanah Negara (Amanah) menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan (DNAA) Presiden UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam.


Setiausaha Agung Amanah, Datuk Dr Mohd Hatta Ramli berkata, keputusan itu dihormati atas prinsip Kedaulatan Undang-undang (Rule of Law) yang didukung oleh Amanah selama ini.


"Amanah yakin bahawa proses perundangan dan prosiding mahkamah di sepanjang perjalanan kes ini telah pun dicermati dan diadili oleh Yang Arif Hakim," kata beliau dalam kenyataan.


Bagaimanapun menurut Dr Hatta, parti itu mahu Peguam Negara memberikan penjelasan lanjut mengenai pembebasan tersebut untuk menjawab kritikan awam dan bagi mengekalkan keyakinan rakyat ke atas institusi perundangan negara.


"Amanah ingin menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan tersebut.


"Amanah percaya dengan penjelasan terperinci tersebut akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak dan sekaligus mengangkat integriti institusi undang-undang negara, khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," kata Dr Hatta lagi.


 

TERNYATA PAS TAK MALU


 

TAKUT PA MAHIADDIN.

 




Takut sangat Mahiaddin dengan persempadanan semula ni. Kenapa? Sebab masa dalam kabinet dulu dia tahu bagaimana persempadanan semula boleh memenangkan kerajaan.


Mahathir berkali-kali buat masa jadi PM selama 22 tahun dulu. Sebab itu mereka risau. Kalau kerajaan memang buat persempadanan semula, peluang dia kekal PM tepi amat cerah. Malahan peluang dia ke penjara juga lebih cerah.


Bagusnya persempadanan semula ni, kurangkan bilangan kerusi di Kedah, Kelantan dan Terengganu tetapi tambah di Penang, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Baru dia tau. Guane boh?


 

Raja Gelap 


.


FATWA TANPA TAULIAH DAN POLITIK BOLEH JADI FATWA BANGSAT JA KOT


 

INDIA STOP EKSPRT BERAS. BERAS TEMPATAN PULA KEKURANGAN STOK.


 

HADI KATA PENGAMPUNAN DIRAJA TU TAK ISLAMIK...KO JAWAB LA MACAMANA PUN


 

Bangsa Johor tolak politik ekstrem PN




 Oleh AHMAD MURSI

“Haram undi Suhaizan” kata Mahiaddin. Itu cara dia perkenal politik takfiri kepada Bangsa Johor yang dulu dia kata Pas parti ajaran sesat.

Mendengar ceramah Pas-PN, masyarakat tidak jadi lebih Rahmah sesama sendiri selain disulam Fitnah.

Lagi banyak didengar, lebih benci kita pada kelompok masyarakat lain atas nama agama kerana mereka penghukum bukan pendakwah.

Dulu kita kasih pada jiran-jiran dan rakan-rakan, kini mereka dilihat sebagai ‘pendosa’ dan ‘lawan Islam’ sebab Mahiaddin dah kata ‘haram’.

Dulu pilih pemimpin sebab kompetensi dan berintegriti, kini disuruh pilih pemimpin lembab dan perasuah kalau tak nak dicop ‘musuh Islam’.

Kerajaan Perpaduan bawa rakyat keluar dari naratif politik ekstrem, fitnah dan adu domba.

Di Pantai Timur Semenanjung, fikrah Pas menyebabkan fenomena masjid dua imam, isteri cerai berai, putus saudara, anak kafirkan bapa dan tak makan sembelihan. Bangsa Johor sedia ke?

Di Johor negeri pelbagai kaum, masalah akan berganda. Perasan membenci, curiga dan iri hati sesama kaum disemai Pas membahayakan keharmonian masyarakat. Imej Islam buruk disebabkan PN-Pas kini.

Ibarat ‘bom jangka’ jika tidak dikawal. Belajarlah daripada pengalaman buruk banyak negara lain.

Negara indah tapi hancur apabila perkauman dan agama jadi ‘modal’ ahli politik bukannya idea pembangunan dan visi.

Jangan bicara soal ekonomi, tarik pelabur, inflasi, peluang kerja, itu bukan bahasa yang mereka faham kerana makanan mereka hanya sentimen api perkauman dan agama.

Menurut Al-Qardhawi, ciri-ciri khawarij bersikap fanatik dan tidak segan guna kekerasan untuk capai tujuan. Kekang sebelum terlambat.

 

Lepas tanpa bebas Zahid: Idrus perlu beri penjelasan terbuka


 

DAP berpendirian bahawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun perlu memberikan penjelasan terbuka berkenaan keputusan melepas dan membebaskan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dari 47 pertuduhan semalam.

“DAP menghormati proses dan keputusan mahkamah, namun demi prinsip keadilan dan akauntabiliti, Peguam Negara Tan Sri Idris Harun harus memberikan penjelasan terbuka berkenaan faktor yang mendorong kepada keputusan tersebut,” kata setiausaha agung DAP, Anthony Loke dalam satu kenyataan

“Penjelasan ini adalah penting untuk memastikan keyakinan orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap sistem perundangan negara sentiasa terpelihara.”

Penjelasan ini penting kerana keputusan Mahkamah Tinggi semalam telah mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.

Banyak pihak telah membincangkan perkara ini dan rata-rata menyatakan bahawa ia menjejaskan kredibiliti kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof turut memberikan jaminan bahawa kerajaaan tidak terbabit dengan keputusan kes tersebut.

 

Pembebasan Zahid: Fakta yang perlu diketahui








 Pelbagai komen mengitari media sosial sejak semalam berikutan pembebasan tanpa dilepaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan.



Termasuk tohmahan pihak tidak bertanggungjawab kononnya Perdana Menteri (PM) Malaysia terlibat dalam keputusan berkenaan atau Kerajaan Perpaduan menekan institusi kehakiman.



Berikut adalah fakta yang rakyat perlu tahu berhubung pembebasan tersebut:



1. PMX tiada penglibatan atau pengaruh ke atas keputusan mendakwa atau memberhentikan apa-apa pertuduhan. Ini jelas diperuntukkan dalam undang-undang (s.376 Kanun Tatacara Jenayah, Perkara 145(3) Perlembagaan).



2. Keputusan mendakwa atau melepaskan adalah kuasa Peguam Negara dan tidak perlu merujuk kepada PM (Perkara 145 (3) Perlembagaan).



3. Perlembagaan tidak memberi ruang atau peluang campurtangan oleh PM dalam perihal pendakwaan.



4. Permohonan Peguam Negara hanya untuk pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) oleh sebab siasatan lanjutan yang mungkin dapat menemui keterangan memperkuat lagi atau melemahkan kes pendakwaan. Seperti mana-mana pertuduhan tanpa kira latar belakang tertuduh, suatu pendakwaan tidak harus dilaukan tergesa gesa. Inilah jaminan hak asasi dan keadilan yang termaktub dalam Perlembagaan yang dihormati oleh Kerajaan Perpaduan.



5. Pelepasan Tanpa Pembebasan (Discharge Not Amounting to Acquittal) bermakna seseorang itu boleh didakwa pada masa akan datang. Dan keputusan mendakwa seharusnya bergantung kepada keterangan baharu hasil siasatan lanjutan yang bakal ditemui, dan bukannya oleh sebab perbezaan politik atau kebencian.



6. Inilah keindahan sistem keadilan jenayah. Pendakwaan oleh Peguam Negara dan sabitan oleh Mahkamah hanya berdasarkan faktor keterangan dan undang-undang; bukannya emosi, simpati, kebencian atau sebagainya.



Dalam isu ini jelas undang-undang tidak memihak kepada sesiapa tanpa mengira pangkat atau jawatan.

 

Hubungan Malaysia-Indonesia mencakupi seni dan budaya - PM




 Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar menyifatkan hubungan Malaysia dan Indonesia melangkaui bidang diplomatik dan ekonomi malah turut mencakupi seni budaya, seiring dengan konsep Kerajaan Madani.



Bercakap kepada media selepas menghadiri program bersama pempengaruh dan selebriti di Jakarta malam tadi, beliau berkata, selain hubungan dua hala diplomatik dengan pentadbiran Presiden, Joko Widodo serta interaksi dengan pengusaha dan pelabur, pemerkasaan seni budaya turut diberi perhatian.



"Saya mendapatkan juga pengalaman mereka dan cadangan untuk tingkatkan hubungan dua hala, juga memperkasa seni budaya," katanya dipetik.



Program ‘Santai Bersama Anwar’ dihadiri seniman, seniwati dan pempengaruh terkemuka Indonesia termasuk Mulan Jameelah, Maruli dan Bara Tampubolon, Kartika Putri, Habib Usman, Selvi Kitty serta Melly Goeslow selain artis Malaysia, Fazura.



Antara perkara yang dibincang pada pertemuan itu ialah usaha memperjuang nasib golongan artis, menjadikan seni budaya sebagai medium dakwah, kerjasama artis kedua-dua negara dan peranan mereka dalam menjaga hubungan harmonis dua negara.



Program malam tadi diadakan sempena kehadiran Anwar ke negara jiran itu bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 yang bermula hari ini hingga 7 September.



Anwar turut dijadual mengadakan beberapa pertemuan dua hala bersama Rakan Dialog ASEAN antaranya Australia, China, Jepun, India, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Kanada.

 

Segerakan pengasingan kuasa antara Peguam Negara - Pendakwaraya


 Perlepasan tanpa pembebasan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan dan pelbagai kritikan yang berlegar ke aras kes itu di media sosial memberi satu petanda untuk menyegerakan reformasi undang undang.


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Chua Wei Kiat, pemisahan kuasa di antara Peguam Negara dan Pendakwaraya amat perlu disegerakan bagi mengurangkan kritikan ke atas kerajaan sekiranya hal sama berulang pada masa hadapan.


"Berita ini sangat mengejutkan rakyat Malaysia di mana Peguam Negara ingin memberhentikan semua prosiding terhadap Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri.


"Selain itu, saya rasa perlu diberikan penjelasan terhadap DNAA. Menerusi DNAA, orang yang kena tuduh memang akan dilepaskan daripada pertuduhan yang sedang dihadapi ketika itu.


"Bagaimanapun, individu itu pada bila-bila masa boleh dihadapkan balik di mahkamah atas pertuduhan yang sama.


"DNAA membolehkan pendakwaan semula dengan bukti yang lebih kukuh, dan ini akan mendorong kepada pendakwaan yang tidak dapat dicabar pihak defendan," katanya dalam kenyataan hari ini.


Menurut Ahli Dewan Negeri Rawang itu lagi, apabila Peguam Negara dan Pendakwaraya bukanlah orang yang sama, keadaan dan profesionalisme pasukan perundangan akan lebih dipertimbangkan dan diyakini rakyat.


"(Oleh itu) kerajaan perlu segerakan reformasi terhadap peranan Peguam Negara dan Pendakwaraya yang terletak pada individu sama, perlu dipisahkan supaya keyakinan rakyat terhadap sistem perundangan semakin meningkat.


"Tambahan pula tiada lagi perdebatan serta kesangsian bahawa kerajaan berperanan atau campurtangan dalam kes mahkamah," ujarnya.


Mengenai kes DNAA berkenaan, Wei Kiat berpandangan, hakim tentunya akan membebaskan terduduh sekiranya pihak pendakwaan kekurangan bukti kukuh atau tidak mahu meneruskan kes tesebut.


"Saya mempunyai pemikiran yang sama dengan hakim, Collin Lawrence. Jika Pihak pendakwaan tidak dapat bukti yang kukuh atau tidak ingin meneruskan lagi pertuduhan ini maka masa kehakiman yang berharga akan menjadi sia-sia, dan duit pembayar cukai juga akan dibazirkan," katanya lagi.


Semalam, Zahid dilepas tanpa dibebaskan di atas 47 kes tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.


Dalam kenyataan pasukan guaman Zahid, teori konspirasi politik diambil kira dengan mengaitkan nama bekas PM Tun Mahathir dan ucapan awal pasukan Pendakwaraya bahawa Zahid tidak menggunakan wang Yayasan Akal Budi yang diasaskannya untuk tujuan kebajikan, namun sebaliknya hal itu dibuktikan dengan berpuluh juta telah dibelanjakan untuk kebajikan dan diakui oleh saksi pendakwaan sendiri.