MALAYSIA PERLU KEMPEN ANTI RASUAH BAHARU

 


Malaysia memerlukan satu kempen anti-rasuah yang baharu memandangkan bekas Perdana

 Menteri sendiri pun berpendapat gaji Ketua Setiausaha Negara – yang lebih tinggi daripada gaji

 Perdana Menteri sendiri – “terlalu rendah”.

Parlimen yang dijadualkan besidang selama 12 hari dari 18 Julai sehingga 4 Ogos perlu menjadi ruang untuk kempen anti-rasuah ini. Sebagai permulaan, Perdana Menteri Ismail Sabri patut memberikan Kenyataan Menteri di Parlimen mengenai apa yang sedang dilakukan kerajaan untuk memastikan Malaysia berada dalam kalangan 30 negara dengan paling sedikit rasuah menjelang 2030, sasaran yang sepatutnya dicapai pada tahun 2008 di bawah Plan Integriti Nasional sebelum ini.

Dalam sidang Parlimen Julai ini, Perdana Menteri juga patut mendedahkan kepada orang awam, gaji-gaji semua ketua-ketua syarikat berkenaan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkenaan kerajaan (GLIC), sama ada 1MDB, Petronas, Khazanah, KWSP, Permodalan Nasional Bhd (PNB), Lembaga Tabung Haji (LTH), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Axiata Group Bhd, Telekom Malaysia Berhad, Tenaga Nasional Bhd, Kumpulan Wang Amanah Negara (KWAN), Kumpulan Wang Pesaraan (KWAP), Ministry of Finance Inc (MoF Inc), Maybank, Sime Darby Bhd., CIMB Group Holdings, MISC Bhd, Proton Holdings dan juga Malaysian Resources Corporation Bhd.

Pada bulan Ogos tahun lepas, kerajaan telah melancarkan Perkukuh dengan 20 inisiatif untuk menambah baik GLC dan GLIC di Malaysia, tetapi apa yang masih tidak cukup adalah usaha untuk menjadi GLC dan GLIC ini model ketelusan dan integriti awam apabila syarikat-syarikat ini dicemari dengan ahli-ahli politik – membuatkan semua orang berfikir yang GLC dan GLIC ini tidak bagus.

Perlu ada pembersihan sistem GLC, termasuk beribu-ribu syarikat berkaitan kerajaan yang tidak disenaraikan.

Perlu ada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang melibatkan semua parti yang diamanahkan dengan tanggungjawab kempen anti-rasuah baharu ini, yang sepatutnya menjalankan kerja pembersihan GLC dan GLIC untuk menjadikan mereka sebagai entiti yang boleh menjadi tauladan ketelusan dan integriti awam.

Saya amat bimbang apabila mendapati terdapat lebih banyak kebimbangan di Indonesia berbanding Malaysia mengenai keadaan rasuah di kedua-dua negara ini.

Pada tahun 1995, apabila Transparency International (TI) pertama kali menerbitkan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) tahunannya yang pertama, Malaysia berada di kedudukan ke-23 dan mendapat markah 5.32 daripada 10 mata manakala Indonesia menduduki tempat terakhir daripada 41 negara dengan markah sebanyak 1.94 daripada 10 mata.

Dalam 24 tahun sejak dari 1995, Indonesia telah mencapai kemajuan besar dalam perang menentang rasuah manakala Malaysia telah mundur ke belakang.

Dalam TI CPI 2021, Indonesia berada di kedudukan ke-96 dengan 38 daripada 100 mata berbanding kedudukan Malaysia di tempat ke-62 dan 48 mata.

Adakah Indonesia akan mengatasi Malaysia dalam siri TI CPI pada penghujung dekad ini dalam masa lapan tahun, memandangkan kedudukan Malaysia dalam TI CPI 2022 dijangka lebih teruk dari segi kedudukan dan markah berbanding TI CPI 2021.

Kempen anti-rasuah baharu, pembersihan GLC dan GLIC, dan usaha untuk memastikan Malaysia tidak terus mundur dalam perang menentang rasuah dan mengelakkan kemungkinan Malaysia ditinggalkan di belakang Indonesia dalam TI CPI sebelum tahun 2030 seharusnya menjadi isu utama dalam sidang Parlimen Julai ini.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.


CAKAP BERDEGAR DEGAR- AJAK DEBAT PENAKUT-BERANI DIHADAPAN WALAUN SAHAJA


HAJI NUSI

mampu memberi apa2 percambahan fikiran terhdp urustadbir negeri dari awal 2 angkat bendera puteh ttu nya dgn biasa nya org yg yakin beliau x buleh beri2 apa jawapan terhdp apa2 persoalan atau x berbagai alasan , org bodoh saja buleh terima alasan itu sementara org cerdik dah tau golakan air, ikan apa dlm sungai itu .


No photo description available.







APA KAH ANDA AKAN MENGIKUTI PEMERINTAH YANG ZALIM ??


 

APA KERAJAAN TEBUK ATTAP BUAT...DAN AZMIN ALI GAGAL SEBAGAI MENTERI.FDI KELUAR DARI MALAYSIA


 

STOP ANOTHER 1 MDB




 

WAKTU ANAK PENYANYI YASIN MELAWATNYA DI PENJARA, YASSIN NYANYIKAN LAGU I...


Penyanyi nasyid terkenal, Yassin yang juga popular dengan lagu reformasinya kini berada di.penjara Sg Buluh menanti kesnya dibicarakan. waktu anak perempuannya datang menziarahi, rakaman suara Yassin menyanyikan lagu untuk anaknya kini viral..



MULUT PENUH SAGON...





MEGT ABDUL WAHID


 

BN GAGAL BELA VETERAN TENTERA, GAGAL BELA WARGA TUA


ANTI ISLAM BJP, POLITIK GAYA LAMA PARTI HALUAN KANAN INDIA.PARTI AGAMA DIAM SENYAP


PELUNCURAN PESTA BUKU ANTARABANGSA ESOK OLEH DSAI


 

BADAN PENILAI ULAMAK- JANGAN IKUT SUKA SEBUT ULAMA

 






Bila tengok begitu banyak ajaran Islam terpesong sekarang ini, suka aku nak ulangkan cadangan aku supaya diwujudkan badan penarafan ulama di Malaysia.

Aku pernah tulis dalam 2018 dahulu. Supaya di negara ini, gelaran agama tidak sewenangnya diberi kepada satu-satu individu. Mesti ada satu badan yang menilai.

Perlu diletakkan kriteria untuk setiap gelaran dan hanya mereka yang menepati kriteria sahaja yang dibenarkan menggunakan gelaran-gelaran tersebut.

Gelaran ini pula boleh ditarik balik sekiranya si penyandang tidak berakhlak dengan akhlak yang sepatutnya atau melakukan jenayah atau mengajar perkara yang batil.

Ini dapat mengelak mereka yang tak berkelayakan digelar dengan gelaran agama hanya kerana serban di kepala atau tanda hitam di dahi lalu sekali gus menjaga kesucian agama Islam dan mengelakkan penyebarkan ajaran yang slaah atau ada pihak yang mengambil kesempatan ke atas umat

Manakala mereka yang tidak layak atau kelayakan sudah ditarik balik tetapi terus memakai gelaran tersebut, bolehlah dikenakan hukuman denda atau mungkin penjara.

Barisan penaraf boleh terdiri daripada mufti dari setiap negeri, beberapa tokoh tempatan serta dari luar negara yang diiktiraf. Surat penarafan pula perlu ditandatangani oleh YDP Agong.

Sudah masanya untuk kita buat perubahan begini sebelum keadaan menjadi semakin tenat Kalau tak sekarang, bila lagi? Guane boh?

Raja Gelap

 

MANA MENTERLI AGAMA...LIA ADA KA .....PADANG MELEBUK SUDAH BOOKING MAAAA....

 

Majoriti negara Islam sudah pun keluarkan bantahan pada India.

Tapi bagi Malaysia utk tujuan tu kabinet kena mesyuarat dulu 40 hari 40 malam. Kena panggil juga queen's counsel lawyer utk bagi nasihat perundangan sbb dirasakan sistem perundangan kita sendiri kurang matang.

Lepas dapat nasihat perundangan, kena tunggu pandangan semua ketua² negara dlm dunia, baru boleh keluar kenyataan. Itu pun kalau India bantah, tarik semula pandangan tu.

Mcm tu la jadinya bila otak yg memerintah sebesar telur penyu, telur pula sebesar biji sawi.





KAH..KAH...IA KADANGKALANYA MENJELMA DAN MNEGERIKAN

 

UPIH NYIOR

Pundek datang dalam berbagai bentuk...

"𝑩𝒆𝒌𝒂𝒔 𝑷𝒆𝒏𝒈𝒆𝒓𝒖𝒔𝒊 𝑷𝑬𝑻𝑹𝑶𝑵𝑨𝑺 𝒊𝒕𝒖 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒍𝒊𝒌𝒏𝒚𝒂 𝒎𝒆𝒏𝒋𝒆𝒍𝒂𝒔𝒌𝒂𝒏 𝒑𝒆𝒍𝒂𝒏𝒕𝒊𝒌𝒂𝒏𝒏𝒚𝒂 𝒂𝒅𝒂𝒍𝒂𝒉 𝒅𝒊𝒔𝒆𝒃𝒂𝒃𝒌𝒂𝒏 '𝒌𝒆𝒃𝒂𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒉𝒂𝒕𝒊' 𝒃𝒆𝒌𝒂𝒔 𝑷𝒆𝒓𝒅𝒂𝒏𝒂 𝑴𝒆𝒏𝒕𝒆𝒓𝒊 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒎𝒂𝒉𝒖 𝒎𝒆𝒏𝒈𝒊𝒎𝒃𝒂𝒏𝒈𝒊 𝒈𝒂𝒋𝒊𝒏𝒚𝒂 𝒚𝒂𝒏𝒈 𝒅𝒊𝒔𝒊𝒇𝒂𝒕𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒈𝒂𝒌 𝒓𝒆𝒏𝒅𝒂𝒉 𝒔𝒆𝒃𝒂𝒈𝒂𝒊 𝑲𝑺𝑵."




 

TUUU DIAAA AIHHHH....NI FATWA NIH...APA MACIAM LEBAI ???

 


Ya ayyuhannas,

Hendaklah kamu memalingkan mukamu seraya berkata celakalah sekiranya kamu bertemu dengan si polan yg mengaku baik hati utk kaum nya sendiri, sedangkan wang yg diterimanya adalah matawang asing dan tidak pernah dibelanjakan utk sesiapa kecuali dirinya sendiri.

"𝙕𝙖𝙝𝙞𝙙 𝙬𝙖𝙨 𝙘𝙝𝙖𝙧𝙜𝙚𝙙 𝙖𝙨 𝙝𝙤𝙢𝙚 𝙢𝙞𝙣𝙞𝙨𝙩𝙚𝙧 𝙩𝙤 𝙝𝙖𝙫𝙚 𝙤𝙗𝙩𝙖𝙞𝙣𝙚𝙙 𝙛𝙤𝙧 𝙝𝙞𝙢𝙨𝙚𝙡𝙛 𝙎$1,150,000, 𝙍𝙈3 𝙢𝙞𝙡𝙡𝙞𝙤𝙣, €15,000 𝙖𝙣𝙙 𝙐𝙎$15,000 𝙞𝙣 𝙘𝙖𝙨𝙝 𝙛𝙧𝙤𝙢 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙖𝙢𝙚 𝙘𝙤𝙢𝙥𝙖𝙣𝙮 𝙞𝙣 𝙘𝙤𝙣𝙣𝙚𝙘𝙩𝙞𝙤𝙣 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙝𝙞𝙨 𝙤𝙛𝙛𝙞𝙘𝙞𝙖𝙡 𝙬𝙤𝙧𝙠"

 

'Kerajaan sibuk catur kuasa, rakyat parah hadapi inflasi'



Kerajaan BN - PN yang sibuk mencatur kuasa dinasihatkan agar lebih prihatin terhadap derita rakyat marhaen.



Bagi aktivis KEADILAN, Danish Hairudin, kecamukan politik berikutan perebutan kuasa dan terdesaknya golongan kluster mahkamah untuk mengadakan pilihan raya umum segera telah menenggelamkan tumpuan bagi memperbaiki ekonomi harian rakyat.



Katanya, kerajaan seolah olah tidak berminat berusaha bagi mengawal tekanan inflasi yang melampau ketika ini.



"Penurunan ringgit menjadikan kos sara hidup tinggi, yang berpunca dari kos import melambung.



"Penggunaan isi rumah terutamanya bahan makanan utama terlalu bergantung kepada barangan import.



"Hal ini akan menyebabkan kos sara hidup menjadi tertekan selepas berhadapan dengan pendapatan nominal isi rumah yang rendah.



"Harga barang akan naik lagi sekiranya ringgit kekal lemah terutamanya pada barangan yang diimport seperti beras. Ini secara langsung akan menyebabkan kos barangan serta kadar inflasi meningkat dan membebankan lagi rakyat," katanya.



Menurut Danish lagi, daripada terus mencatur politik sebaiknya kerajaan BN - PN mengkaji untuk lebih banyak mengeluarkan bahan makanan dalam negara bagi mengelakkan terlalu bergantung kepada import yang berjumlah RM50 bilion setahun.



Begitu juga barang keperluan harian rakyat yang lain yang bahan mentahnya banyak di dalam negara.



"Kerajaan harus meningkatkan pengeluaran barangan tempatan. Tetapi hari ini parti pemerintah BN dan PN sibuk bertelagah tentang tarikh untuk diadakan Pilihan Raya Umum. Mereka sibuk mencatur kuasa sedangkan mereka masih berkuasa mentadbir Kerajaan Persekutuan dan akhirnya rakyat yang menjadi mangsa.



"Penguasa sepatutnya menyelesaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang melonjak dengan sangat pantas. Sebagai Kerajaan Persekutuan yang dipimpin oleh Perdana Menteri daripada Umno yang dikatakan 'hebat' sepatunya tiada sebarang halangan untuk melakukan pelan jangka masa pendek menyelesaikan kemelut kehidupan rakyat," katanya.



Danish turut membidas retorik politik Umno yang sering melaungkan kestabilan demi rakyat.



Hakikatnya, kata beliau, rakyat di bawah mengalami kesukaran hidup dan tidak ada guna kestabilan politik tetapi mereka hari hari mengikat perut.



Beliau berkata, rakyat semakin tidak berpuas hati kerana sesetengah pemimpin hanya sibuk menjaga pemimpin tertinggi Umno yang menghadapi masalah di mahkamah.



"Tanggungjawab menjaga kebajikan rakyat adalah keutamaan pemimpin negara, bukannya menjaga kepentingan sesetengah individu yang sedang berdepan pertuduhan jenayah.



"Fokus utama seharusnya memulihkan negara daripada kesenjangan ekonomi. Perlu satu langkah inklusif dan libat urus dengan semua pemegang taruh termasuk parti pemerintah dan pembangkang serta pakar ekonomi bagi mengelakkan negara terjerumus dalam masalah ekonomi yang lebih parah," katanya lagi.

 

TAK RASA MALUKAH TENGKU ZAFRUL JIKA NAK BERTANDING MEWAKILI UMNO? ATAU MEMANG DIA MUKA TAK MALU??

 

Setelah dikritik kiri kanan, depan belakang dan atas bawah, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz akhirnya berubah nada dengan mengatakan beliau tidak memikirkan tentang politik buat masa ini, termasuk kemungkinan bertanding di Kuala Selangor dalam PRU15 akan datang.

Menurut beliau, tumpuannya kini adalah terhadap usaha pemulihan ekonomi negara.

“Sekarang ini tumpuan masih lagi pada tugas di MOF (Kementerian Kewangan), tidak ada memikirkan isu politik.

“Isu yang sedang dihadapi (sekarang) ialah pemulihan negara dan fokus kepada tugas kita,” katanya.

Berkenaan kemungkinan bertanding di Kuala Selangor, Tengku Zafrul menjawab – “bukan masa ini”.

Apa pun jawapan yang diberikannya, perubahan nada beliau itu bagaimanapun tidak menutup keinginan dalam hatinya yang boleh dilihat begitu mengintai untuk bertanding di Kuala Selangor.

Jika tidak, untuk apa beliau mengadakan suatu program Kenduri Rakyat secara besar-besaran dalam kawasan Kuala Selangor, mengumumkan kawasan tersebut sebagai daerah angkat kepada Kementerian Kewangan serta tidak segan-segan memberitahu Kuala Selangor ada nilai sentimental kepada dirinya?

Kenapa kenduri rakyat itu tidak diadakan di kawasan lain atau di mana-mana tempat terbuka seperti Dataran Merdeka atau kalau di Selangor, di Taman Tasik Shah Alam yang boleh dihadiri oleh semua lapisan rakyat?

Mengapa mesti pilih Kuala Selangor untuk berkenduri dan kenapa kawasan itu dijadikan daerah angkat?

Kalau tidak ada apa-apa, mana mungkin burung tempua saja-saja bersarang rendah?

Lagi pun, jawapan beliau masih agak berlapik iaitu hanya tidak memikirkan soal politik buat masa ini dan belum tentu tidak memikirkan masa depannya dalam politik pada masa-masa yang lain.

Tetapi, suatu perkara yang harus disedari oleh Tengku Zafrul ialah beliau bukanlah Menteri Kewangan yang bagus sangat atau luar biasa sehingga merasakan perlu untuk bertanding dalam PRU15 akan datang bagi membolehkannya kekal lagi dalam kabinet.

Banyak pendiriannya seperti enggan memberi moratorium kali kedua dan berkali-kali menolak gesaan pengeluaran RM10 ribu daripada caruman KWSP di ketika rakyat benar-benar memerlukannya sebelum ini adalah titik hitam yang meletakkan beliau bukanlah pemimpin yang berjiwa rakyat.

Beliau dapat jadi menteri pun bukan atas undi rakyat, sebaliknya melalui lantikan sebagai Ahli Dewan Negara ketika era kepimpinan Mahiddin Md Yasin setelah namanya dikhabarkan dicadangkan oleh pihak kayangan.

Lantaran itu, berpeluang jadi menteri sudah merupakan rezeki serta tuah yang terlalu melimpah bagi beliau sebenarnya dan tak perlulah jadi gatal hati lagi nak bertanding dalam pilihanraya pula.

Cukuplah setakat jadi Senator dan bersara sajalah sebagai menteri sebaik Parlimen dibubarkan nanti.

Tiada apa-apa perubahan yang membanggakan kepada kerajaan pun selama beliau jadi menteri selama ini.

Untuk Kuala Selangor, berilah peluang dan ruang kepada pemimpin tempatan diletakkan sebagai calon di situ.

Setidak-tidaknya calon tempatan tetap yang terbaik dan lebih mengenali hati budi penduduk Kuala Selangor, walaupun jika menang nanti mereka tidak berpeluang menjadi menteri.

Tambahan lagi, dalam UMNO sendiri ramai calon berpotensi yang boleh diketengahnya dan telah melalui susah payah perjuangan bermula daripada bawah lagi, bukan turun ke bumi daripada langit cakrewala.

Selain itu, kiranya Tengku Zafrul benar-benar ingin bertanding di Kuala Selangor, beliau mahu bertanding atas tiket apa?

Meskipun beliau adalah ahli UMNO, Tengku Zafrul sepatutnya ada rasa malu jika ingin bertanding atas tiket BN kerana pendiriannya yang begitu tegar serta keras menolak tuntutan UMNO berkaitan pengeluaran RM10 ribu daripada KWSP sebelum ini.

Kenapa mahu menumpang nama dan tiket BN, sedangkan sebelum ini begitu tegar serta keras menolak apa yang dituntut dan diperjuangkan oleh UMNO, malah Tengku Zafrul juga tidak pernah mengaku beliau adalah ahli UMNO ketika dilantik menteri sewaktu era Mahiaddin dahulu?

Bukankah lebih berbudi bahasa kepada Mahiaddin jika beliau menawarkan diri bertanding atas tiket PN mewakili Bersatu? – ShahbudinHusin 10/06/2022.



TAK BERBELAH BAGI MACAMANA- BILA PILIHANRAYA DAN SUNGAI BULOH SAMA SAMA SEDANG MEMANGGIL

 


Umno pun berbelah bahagi untuk adakan pilihan raya awal, PH beritahu Zahid




Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menuduh pembangkang ‘membeli masa’ dengan menolak pilihan raya awal.

GEORGE TOWN: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikritik oleh DAP dan Amanah kerana menuduh pembangkang bersalah jika pilihan raya awal tidak diadakan.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Faiz Fadzil berkata, menteri daripada Umno sendiri tidak semuanya bersetuju ia dilakukan.

Dalam hantaran Facebook semalam, Zahid berkata, pembangkang nampaknya mahu “membeli masa” dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan cuba menipu pengundi.

Lim berkata, presiden Umno itu nampak seperti cuba mengalihkan perhatian daripada pandangan berbelah bagi dalam partinya sendiri“Umno berbelah bagi sama ada mahu pilihan raya diadakan,” katanya. “Mudah untuk menyalahkan pembangkang. Ada ahli Parlimen dan menteri dalam Umno yang juga tidak menyokong pilihan raya diadakan,” katanya kepada FMT.

“Jika beliau mahu menunjukkan cakap serupa bikin, kenapa tidak pecat sahaja mereka yang menentang pilihan raya mengejut daripada parti, bukannya sekadar memberikan omongan kosong.”

Beliau berkata, Zahid tidak patut mendesak pilihan raya diadakan, sebaliknya menasihatkan rakan-rakan dalam kerajaan yang memerintah supaya menangani isu kenaikan harga barangan, kekurangan tenaga kerja dan nilai ringgit yang semakin lemah.

Faiz berkata, dakwaan Zahid bahawa pilihan raya akan membawa kepada kerajaan yang stabil adalah tidak benar kerana Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya bertanggungjawab mengakibatkan isu yang kini melanda negara, seterusnya dasar-dasar gabungan itu yang tidak stabil akan berterusan sekiranya ia menang.

Beliau mendakwa, pada masa lalu, BN tidak bijak menangani inflasi dan memberi contoh kadar inflasi 4.2% pada Februari 2016 yang melonjak kepada 5.1% pada Mac 2017.

“Hari ini pula, perdana menteri tiada strategi keluar daripada krisis kekurangan makanan dan peningkatan harga barangan,” katanya. “Jadi apa relevannya mahukan kerajaan stabil sedangkan orang yang sama begitu yakin mereka akan kembali berkuasa?” soalnya.

Faiz berkata, langkah mengadakan pilihan raya sekarang akan menelan belanja tinggi sedangkan dana itu boleh digunakan untuk menangani isu berkaitan inflasi.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan komen Zahid itu tidak perlu dilayan kerana beliau bukannya mampu membubarkan Parlimen.

“Kita patut tidak mengendahkannya sahaja, katanya.

Beliau berkata, pembangkang sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya tetapi isu seperti kenaikan harga barangan lebih mendesak.

Parlimen bakal tamat penggalnya pada Julai tahun depan, namun susulan kemenangan besar di Johor dan Melaka, pemimpin BN percaya gabungan itu mempunyai kelebihan sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang.


TUGAS "KAYU" BUKAN MEMBALAS SARANAN DAN KENYATAAN PEMBANGKANG. TUGAS "KAYU" IALAH BAGAIMANA MENASIHATI PM SOLUSI REGA BARANG NAIK DAN MACAM MACAM KES BERKAITAN AGAMA.PATUT PM DAH NAMPAK LOK LAQ.

 

PH juga lambat lantik pesuruhjaya Suhakam, kata pegawai khas PM

45Shares
facebook sharing button 37
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Kamarul Zaman Yusoff berkata mengikut Seksyen 5 (2) Akta Suhakam 1999, lantikan pesuruhjaya Suhakam dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri setelah beliau berunding dengan jawatankuasa lantikan.

PETALING JAYA: Pegawai khas kepada perdana menteri Kamarul Zaman Yusoff menempelak kenyataan Ahli Parlimen DAP Charles Santiago yang mengkritik kerajaan kerana lewat melantik pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Katanya, kenyataan ahli Parlimen Klang itu sesuatu yang melucukan kerana Santiago sendiri tidak sedar bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengambil masa lebih lama.

“Santiago malah mendakwa bahawa sepanjang enam bulan lepas Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi.

“Sesungguhnya, tuduhan lucu ini amat menepati peribahasa Melayu berbunyi ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ yang bermaksud mencari salah orang, diri sendiri lebih banyak salah.

“Perlu diingat, waktu PH memerintah selama 22 bulan dulu, PH mengambil masa dua bulan untuk mengisi pada 26 Jun 2019 kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam yang wujud pada 26 April 2019.

“Ke mana menghilangnya Charles Santiago, mengapa tidak beliau persoalkan kelembapan PH mengisi kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam sekali gus komitmen PH kepada isu hak asasi manusia waktu itu?” katanya di Facebook.

Kamarul berkata, mengikut Seksyen 5 (2) Akta Suhakam 1999, lantikan pesuruhjaya Suhakam dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri setelah beliau berunding dengan jawatankuasa lantikan.

Beliau turut menafikan dakwaan Santiago yang berkata Ismail tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi sepanjang enam bulan lalu.

“Dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2022 pada 31 Disember 2021, beliau menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengadakan transformasi sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini.

“Di dalam pelbagai majlis, beliau sering menekankan bahawa kerajaan beliau akan memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan dalam merasai nikmat dan kemakmuran negara,” katanya.

Suhakam dibiarkan tanpa pesuruhjaya buat kali ketiga, selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 26 April.

Badan bukan kerajaan (NGO) telah menggesa Putrajaya supaya mengisi kekosongan itu segera. Mereka berkata Suhakam tidak dapat berfungsi tanpa pesuruhjaya.