TAK BERBELAH BAGI MACAMANA- BILA PILIHANRAYA DAN SUNGAI BULOH SAMA SAMA SEDANG MEMANGGIL

 


Umno pun berbelah bahagi untuk adakan pilihan raya awal, PH beritahu Zahid




Presiden Umno dan Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi menuduh pembangkang ‘membeli masa’ dengan menolak pilihan raya awal.

GEORGE TOWN: Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dikritik oleh DAP dan Amanah kerana menuduh pembangkang bersalah jika pilihan raya awal tidak diadakan.

Pengerusi DAP Lim Guan Eng dan ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Faiz Fadzil berkata, menteri daripada Umno sendiri tidak semuanya bersetuju ia dilakukan.

Dalam hantaran Facebook semalam, Zahid berkata, pembangkang nampaknya mahu “membeli masa” dengan menolak pilihan raya awal diadakan dan cuba menipu pengundi.

Lim berkata, presiden Umno itu nampak seperti cuba mengalihkan perhatian daripada pandangan berbelah bagi dalam partinya sendiri“Umno berbelah bagi sama ada mahu pilihan raya diadakan,” katanya. “Mudah untuk menyalahkan pembangkang. Ada ahli Parlimen dan menteri dalam Umno yang juga tidak menyokong pilihan raya diadakan,” katanya kepada FMT.

“Jika beliau mahu menunjukkan cakap serupa bikin, kenapa tidak pecat sahaja mereka yang menentang pilihan raya mengejut daripada parti, bukannya sekadar memberikan omongan kosong.”

Beliau berkata, Zahid tidak patut mendesak pilihan raya diadakan, sebaliknya menasihatkan rakan-rakan dalam kerajaan yang memerintah supaya menangani isu kenaikan harga barangan, kekurangan tenaga kerja dan nilai ringgit yang semakin lemah.

Faiz berkata, dakwaan Zahid bahawa pilihan raya akan membawa kepada kerajaan yang stabil adalah tidak benar kerana Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya bertanggungjawab mengakibatkan isu yang kini melanda negara, seterusnya dasar-dasar gabungan itu yang tidak stabil akan berterusan sekiranya ia menang.

Beliau mendakwa, pada masa lalu, BN tidak bijak menangani inflasi dan memberi contoh kadar inflasi 4.2% pada Februari 2016 yang melonjak kepada 5.1% pada Mac 2017.

“Hari ini pula, perdana menteri tiada strategi keluar daripada krisis kekurangan makanan dan peningkatan harga barangan,” katanya. “Jadi apa relevannya mahukan kerajaan stabil sedangkan orang yang sama begitu yakin mereka akan kembali berkuasa?” soalnya.

Faiz berkata, langkah mengadakan pilihan raya sekarang akan menelan belanja tinggi sedangkan dana itu boleh digunakan untuk menangani isu berkaitan inflasi.

Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub menyifatkan komen Zahid itu tidak perlu dilayan kerana beliau bukannya mampu membubarkan Parlimen.

“Kita patut tidak mengendahkannya sahaja, katanya.

Beliau berkata, pembangkang sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihan raya tetapi isu seperti kenaikan harga barangan lebih mendesak.

Parlimen bakal tamat penggalnya pada Julai tahun depan, namun susulan kemenangan besar di Johor dan Melaka, pemimpin BN percaya gabungan itu mempunyai kelebihan sekiranya pilihan raya umum diadakan sekarang.


No comments: