TUGAS "KAYU" BUKAN MEMBALAS SARANAN DAN KENYATAAN PEMBANGKANG. TUGAS "KAYU" IALAH BAGAIMANA MENASIHATI PM SOLUSI REGA BARANG NAIK DAN MACAM MACAM KES BERKAITAN AGAMA.PATUT PM DAH NAMPAK LOK LAQ.

 

PH juga lambat lantik pesuruhjaya Suhakam, kata pegawai khas PM

45Shares
facebook sharing button 37
twitter sharing button
whatsapp sharing button
email sharing button
Kamarul Zaman Yusoff berkata mengikut Seksyen 5 (2) Akta Suhakam 1999, lantikan pesuruhjaya Suhakam dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri setelah beliau berunding dengan jawatankuasa lantikan.

PETALING JAYA: Pegawai khas kepada perdana menteri Kamarul Zaman Yusoff menempelak kenyataan Ahli Parlimen DAP Charles Santiago yang mengkritik kerajaan kerana lewat melantik pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Katanya, kenyataan ahli Parlimen Klang itu sesuatu yang melucukan kerana Santiago sendiri tidak sedar bahawa kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengambil masa lebih lama.

“Santiago malah mendakwa bahawa sepanjang enam bulan lepas Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi.

“Sesungguhnya, tuduhan lucu ini amat menepati peribahasa Melayu berbunyi ‘mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih’ yang bermaksud mencari salah orang, diri sendiri lebih banyak salah.

“Perlu diingat, waktu PH memerintah selama 22 bulan dulu, PH mengambil masa dua bulan untuk mengisi pada 26 Jun 2019 kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam yang wujud pada 26 April 2019.

“Ke mana menghilangnya Charles Santiago, mengapa tidak beliau persoalkan kelembapan PH mengisi kekosongan jawatan pesuruhjaya Suhakam sekali gus komitmen PH kepada isu hak asasi manusia waktu itu?” katanya di Facebook.

Kamarul berkata, mengikut Seksyen 5 (2) Akta Suhakam 1999, lantikan pesuruhjaya Suhakam dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong atas syor perdana menteri setelah beliau berunding dengan jawatankuasa lantikan.

Beliau turut menafikan dakwaan Santiago yang berkata Ismail tidak pernah berkata apa-apa tentang hak asasi manusia dan demokrasi sepanjang enam bulan lalu.

“Dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2022 pada 31 Disember 2021, beliau menyatakan kesediaan kerajaan untuk mengadakan transformasi sistem kehakiman bagi memperkukuhkan demokrasi di negara ini.

“Di dalam pelbagai majlis, beliau sering menekankan bahawa kerajaan beliau akan memastikan tidak ada Keluarga Malaysia yang ketinggalan dalam merasai nikmat dan kemakmuran negara,” katanya.

Suhakam dibiarkan tanpa pesuruhjaya buat kali ketiga, selepas tempoh perkhidmatan mereka tamat pada 26 April.

Badan bukan kerajaan (NGO) telah menggesa Putrajaya supaya mengisi kekosongan itu segera. Mereka berkata Suhakam tidak dapat berfungsi tanpa pesuruhjaya.


No comments: