ISU PTPTN- LEBAI KENA MAKAN TUAN. WAN JANA YANG T3RKENA.


 

BENGKEL KELUAR FATWA LEBAI WALAUN WALAUNTIT


 

APA GUNANYA MENJADI PENYOKONG PAS DAN MENGIKUT ULAMAK TETAPI NASIHAT PIMPINAN MEREKA PUN TIDAK DIENDAHKAN


 

KEDAH JADI TUAN RUMAH SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT KEBANGSAAN. ESOK PM KE MAJLIS BERBUKA KERAJAAN PERPADUAN PERINGKAT NEGERI


 

JAMAL KINI MENGAJAK RAKYAT SOKONG KERAJAN PERPADUAN


 

KENAPA NAK FITNAH PENANG, SEDANGKAN PERLIS PUN KELUARKAN LARANGAN YANG SAMA. SEBENARNYA DAH LAMA PUN , BAB KULIAH INI GUNA SPEAKER DALAMAN SAJA.


 

PAS NAK BEKERJASAMA DENGAN KERAJAAN PERPADUAN JIKA RUU 355 DILULUSKAN. HABIS 33 BULAN SEBELUM INI TAK BUAT APA?


 

CAKAP..HASUT..ADU DOMBA..SUDAH SUDAH LAH HADI....HORMAT JUGAK LAH ORANG LAIN...KAMU BERUNTUNG..DAN KAMU BELUM SEHARI PUN TIDOR LOKAP......MASA DEPAN BELUM TENTU HADI....


 

ANWAR TAK USAH BIMBANG, UMNO TAK AKAN BERANI TARIK SOKONGAN


Terdapat kecenderungan yang ketara sejak kebelakangan ini untuk segelintir penyokong Najib Razak memberi semacam ugutan kepada Anwar Ibrahim dalam kes pengampunan bekas Perdana Menteri itu.


Mereka tidak ragu-ragu menyatakan Anwar akan menjadi Perdana Menteri terpendek dalam sejarah jika pengampunan Najib tidak menjadi kenyataan dalam waktu terdekat ini.


Mudah kata, ia bermakna UMNO akan menarik sokongan sekiranya Najib tidak segera dibebaskan.


Beberapa hantaran di media sosial daripada mereka yang diketahui penyokong kuat Najib amat jelas mengenai perkara itu.


Malah, blogger dalam buangan, Raja Petra Kamaruddin mengatakan penarikan sokongan itu akan berlaku seawal 28 April ini (tak dipastikan apa relevannya tarikh berkenaan).


Katanya, melalui pengampunan yang diusahakan UMNO terhadap Najib, ia adalah kata dua kepada Anwar sama ada memastikannya menjadi kenyataan atau sedia kerajaan perpaduan ditumbangkan.


Seorang pemimpin UMNO yang juga penyokong kuat Najib, beberapa kali menghubungi saya untuk meyakinkan perlunya Najib dibebaskan dalam waktu terdekat ini demi untuk kestabilan kerajaan dalam jangka panjang.


Beliau juga menyebut bahawa Anwar berada dalam kedudukan bahaya jika gagal mendorong atau berusaha ke arah pengampuan penuh Najib.


Soalnya, benarkah UMNO berani menarik sokongan?


Secara umumnya, yang pertama ialah kerajaan perpaduan terbentuk melalui sokongan 148 Ahli Parlimen – PH 82, BN 30, GPS 23, GRS 6, Warisan 3, PBM 1, PKDM 1 dan Bebas 2.


Ini bermakna, kalau UMNO atau BN membawa keluar 30 Ahli Parlimennya kerana marah disebabkan pengampunan Najib tidak menjadi kenyataan, kerajaan perpaduan masih lagi mempunyai 118 Ahli Parlimen.


Jumlah itu sudah lebih daripada majoriti paling minima yang diperlukan untuk mengekalkan kerajaan iaitu 112 sokongan Ahli Parlimen.


Melainkan jika UMNO memang mahu jadi pembangkang, maka adalah “cerdik” kalau ia bertindak menarik sokongan itu.


Yang kedua, penarikan sokongan UMNO hanya akan berjaya menjatuhkan kerajaan jika ia turut disertai oleh GPS dan GRS.


Adakah GPS dan GRS mahu keluar daripada kerajaan atau mampukah UMNO meyakinkan Abang Johari Abang Haji Openg dan Hajiji Noor mengikut jejak mereka meninggalkan kerajaan, sedangkan kedua-dua gabungan mewakili Sabah dan Sarawak itu sudah memperolehi banyak manfaat daripada kemurahan hati Anwar sebagai Perdana Menteri?


Yang ketiga, penarikan sokongan UMNO terhadap Anwar yang jika diandaikan turut disertai GPS dan GRS, ia hanya sekadar berjaya menjatuhkan kerajaan tetapi tidak cukup jumlah untuk membentuk kerajaan baru.


Untuk membentuk kerajaan baru, mereka mesti mencari PN yang sekarang mempunyai 74 Ahli Parlimen.


Dalam hal ini, oleh kerana PN mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling ramai, kerajaan baru yang mahu dibentuk nanti pastilah akan diketuai oleh PN atau Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri.


Sediakah UMNO berketuakan Mahiaddin semula, walhal sebelum PRU15 dulu, UMNO jugalah yang menarik sokongan dan menjatuhkan Pengerusi PN itu lalu membuka peluang kepada Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri?


Apakah jika Mahiaddin kembali jadi Perdana Menteri, nasib Najib dan Zahid Hamidi kemudiannya akan jadi lebih baik?


Berdasarkan semua itu, meskipun barangkali Anwar terus berdepan tekanan, beliau tidak harus bimbang atau gundah gulana kerana UMNO mengikut logiknya, tidak mungkin berani atau sedia meninggalkan kerajaan perpaduan ini.


Bahkan, jika UMNO secara sendirian berani menarik sokongan, Anwar boleh pula mendekati Pas dan Bersatu untuk masuk dalam kerajaan bagi mengukuhkan lagi erti dan nilai perpaduan ke arah lebih inklusif.


Akhirnya, akan melopong teruslah UMNO terkontang-kontang sendirian sebagai pembangkang.


Dalam hal ini, apa yang Anwar perlu lakukan ialah bertindak selari dengan kemahuan majoriti rakyat dalam isu pengampunan Najib, selain teruskanlah konsisten tanpa kompromi atau mengalah dalam komitmen memerangi rasuah. – ShahbudinHusin 13/04/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/04/13/anwar-tak-usah-bimbang-umno-takkan-berani-tarik-sokongan.html


SEMOGA MAT NUSI NI SUATU HARI DIA AKAN KENA KAW KAW...- JOM DENGAR PELAQ 8 MALAM


 

KERJA JKOM KAH INI? ATAU NAK AMBIL ALIH TUGAS GURU ?


 

NI DOK BERAKAR LAGI BUAT APA....AWAT TAK DAK ORANG LAIN KA DALAM AMANAH KA PKR KA ?


 

ISU FITNAH 15 YB UMNO NAK LETAK JAWATAN


 

ZAMAN MADANI NI RAMAI PULA MAKAN VAPE- HISAP VAPE....


 

DATUK WAN NORZILA NI ADALAH BEBANAN KEPADA PMO- BUKAN SAHAJA DIA ANTI KEPADA PH- BELIAU JUGA ADALAH DAULAH TERPENDAM-WOIII JANGAN BANYAK LENA..


 

MEMAHAMI APA ITU PENGAMPUNAN AGONG DAN BAGAIMANA PROSESNYA


 Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara memutuskan minggu lalu untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri, Najib Razak.

Ini akan menjadi permohonan pengampunan kedua dalam tempoh tujuh bulan untuk mendapatkan pembebasan awal untuk bekas perdana menteri itu yang disabitkan kesalahannya, dan sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Dalam segmen Panduan Kini ini, kami akan melihat bidang utama proses pengampunan itu dan bagaimana ia terpakai dalam kes Najib.

Apakah pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong itu?

Pengampunan itu adalah perintah rasmi yang diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk menamatkan hukuman terhadap seseorang yang dituduh melakukan sesuatu jenayah.

Lazimnya, seseorang akan memohon untuk pengampunan selepas mereka tidak mempunyai jalan lain mengikut undang-undang di mahkamah.

Terdapat beberapa jenis pengampunan, Antaranya, “pengampunan bersyarat” iaitu hukuman berkenaan digantikan dengan hukuman yang lebih ringan; dan “pengampunan penuh” atau disebut sebagai “pardon” yang melepaskan kesalahan banduan itu.

Berdasarkan Perkara 42(1) Perlembagaan Persekutuan, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan terhad kepada kesalahan yang dibicarakan atau dilakukan di Wilayah Persekutuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Pengampunan bagi kesalahan yang dilakukan atau dibicarakan di negeri-negeri lain berada di tangan Raja-Raja Melayu di setiap negeri, masing-masing.

Yang di-Pertuan Agong akan memberikan pengampunan atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Bolehkah Umno failkan pengampunan bagi pihak Najib?

Mengikut Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan, semua banduan yang disabitkan bersalah berhak memohon pengampunan.

Najib sendiri mengemukakan permohonan pengampunan tujuh bulan lalu, iaitu pada September 2022, selepas dia disabitkan dengan hukuman penjara 12 tahun.

Pada 31 Mac tahun ini, permohonannya untuk menyemak sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah SRC International yang membabitkan penyelewengan  RM42 juta telah ditolak oleh Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 4-1.

Minggu berikutnya, majlis tertinggi Umno sebulat suara memutuskan untuk memohon pengampunan penuh kepada bekas perdana menteri itu.

MKT Umno juga akan menyertakan memorandum yang ditandatangani oleh seluruh kepimpinan parti daripada 191 bahagian termasuk Wanita dan sayap-sayap pergerakan Pemuda dan Puteri.

Peguam utama Najib, Muhammad Shafee Abdullah, berkata dia akan menggunakan penghakiman bertentangan oleh Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Abdul Rahman Sebli untuk menyokong permohonan pengampunan itu.

Bagaimanapun, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla dan bekas menteri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, kedua-dua mereka berpendapat Umno tidak boleh memfailkan permohonan pengampunan bagi pihak Najib.

Ini kerana, di bawah Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, petisyen hanya boleh difailkan oleh tertuduh, keluarga atau peguam yang dilantik oleh mereka, dan Jabatan Penjara.

Haniff berkata Umno hanya boleh memfailkan surat atau petisyen sokongan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Menteri di Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata Umno tidak lagi terlibat, dan keputusan itu kini terserah kepada Yang di-Pertuan Agong.

Apakah kriteria untuk dapatkan pengampunan?

Menurut bekas peguam negara Tommy Thomas, kriteria pertama ialah seseorang banduan itu mesti telah menjalani satu pertiga daripada hukuman penjara mereka sebelum memohon pengampunan.

Katanya, bagaimanapun, ini bukan keperluan undang-undang tetapi konvensyen, berdasarkan proses yang dibina selama beberapa dekad sejak merdeka pada 1957.

Menurut Peraturan 113 Peraturan-Peraturan Penjara 2000, seseorang banduan boleh menghantar petisyen memohon pengampunan dengan “seberapa segera yang dapat dilaksanakan” selepas sabitannya.

Petisyen kedua selanjutnya hanya dibenarkan apabila seseorang banduan telah menyempurnakan tiga tahun dari tarih sabitan, dan sesudah itu petisyen sedemikian hendaklah diberikan pada lat tempoh dua tahun, melainkan jika terdapat apa-apa hal keadaan khas.

 Thomas berhujah bahawa ini menimbulkan isu praktikal kerana jumlah banduan yang besar dalam sistem penjara negara ini. Katanya bahawa Najib terpaksa “menunggu gilirannya”

Thomas berkata bahawa kriteria kedua ialah banduan itu perlu  menunjukkan bukti bahawa mereka telah “berubah” – yang akan mengambil masa kira-kira tiga atau empat tahun.

“Semua banduan akan mengatakan bahawa mereka telah berubah. Kenyataan banduan tidak membawa makna kerana ia demi kepentingan diri sendiri. 

“Jadi ia mesti disokong oleh pegawai parol, pegawai penjara, kakitangan hospital, dan pelbagai sumber bebas. Lebih banyak rujukan yang diperolehi, lebih baik kes anda. Semua rujukan mesti menunjukkan fakta bahawa kamu telah berubah,” katanya.

Kriteria ketiga, kata Thomas, ialah banduan tidak boleh mempunyai kes jenayah lain yang belum selesai.

Najib kini mempunyai tiga lagi kes yang sedang dibicarakan, termasuk kes rasuah RM2.28 bilion 1MDB yang sedang berlangsung.

Dua lagi kes yang masih belum dibicarakan sepenuhnya ialah kes pengubahan wang haram SRC International berjumlah RM27 juta dan kes pecah amanah jenayah RM6.6 bilion International Petroleum Investment Company (IPIC),

Apa berlaku selepas petisyen difailkan?

Tiada garis panduan atau peraturan sebenar mengenai proses untuk mendapatkan pengampunan.

Thomas, berkata, Lembaga Pengampunan bermesyuarat tiga hingga empat kali setahun, dan mempertimbangkan kira-kira 10 permohonan setiap kali mereka bermesyuarat.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terdiri daripada Peguam Negara, menteri Wilayah Persekutuan dan tiga ahli yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang akan mempengerusikan sendiri mesyuarat itu.

Lembaga Penjara dikehendaki mempertimbangkan sebarang pendapat bertulis yang diberikan oleh Peguam Negara sebelum memberikan sebarang nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dari segi undang-undang, tiada had masa untuk Seri Paduka memutuskan bila hendak memberi pengampunan.

Adakah kita mempunyai menteri Wilayah Persekutuan?

Tidak. Tanggungjawab kementerian Wilayah Persekutuan kini diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

Anwar selaku ahli Lembaga Pengampunan menjadi menteri Wilayah Persekutuan.

Dia secara tidak langsung mengesahkan penglibatannya pada 8 April lalu bahawa dia akan menjadi sebahagian daripada prosespengampunan untuk Najib.

Bagaimanapun, dia menolak spekulasi bahawa ini akan mengakibatkan konflik kepentingan kerana katanya, keputusan muktamad terletak pada Yang di-Pertuan Agong.

Pelbagai kebimbangan dibangkitkan mengenai penglibatan Anwar dalam Lembaga Pengampunan, namun Wan Junaidi berkata bahawa Peguam Negara akan memainkan peranan yang lebih besar daripada perdana menteri.

“Pemberian pengampunan bukan dalam skop pentadbiran atau eksekutif.

“Oleh itu, dalam soal permohonan pengampunan, A-G akan memberikan pendapat undang-undang dan nasihat.

“Bagaimanapun, walaupun dengan nasihat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak untuk memutuskan sendiri sama ada baginda ingin memberikan pengampunan atau sebaliknya,” katanya.

Perlukah Seri Paduka ikut nasihat Lembaga Pengampunan?

Terdapat wacana yang meluas mengenai perkara ini.

Perkara 42(4) dan Perkara 40(4)(a) Perlembagaan Persekutuan memang memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong perlu bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan.

Bagaimanapun, Mahkamah Agung memutuskan dalam kes Sim Kie Chon lawan Penguasa Penjara Pudu & Ors [1985] bahawa tidak wajib bagi Sultan untuk mengikut nasihat Lembaga Pengampunan.

Mahkamah Agung menegaskan bahawa peranan Lembaga Pengampunan adalah sekadar memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong.

Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim, yang juga seorang peguam, berkata, tafsirannya terhadap Perkara 42(1) dan Perkara 42(5) Perlembagaan Persekutuan adalah bahawa pemberian pengampunan adalah prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

Namun, bekas peguam Anwar, Zainur Zakaria tidak bersetuju dan berkata berkata Seri Paduka tidak mempunyai kuasa untuk memberikan pengampunan kepada seseorang melainkan selepas mendapat nasihat daripada lembaga pengampunan.

Bolehkah keputusan Seri Paduka dicabar?

Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak bertanggungjawab terhadap sebarang prosiding di mana-mana mahkamah.

Walau bagaimanapun, kewajaran keputusan Agong pernah dibangkitkan pada tahun 1986 dalam Penguasa Penjara Pudu & Ors lawan Sim Kie Chon [1986].

Sim mendakwa bahawa keputusan Lembaga Pengampunan adalah terbatal dan tidak berkesan dari segi undang-undang selepas Yang di-Pertuan Agong menolak rayuannya untuk mendapatkan pengampunan.

Mahkamah Agung berpandangan bahawa Sim cuba mencabar pelaksanaan kuasa pengampunan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Mahkamah Persekutuan juga memutuskan dalam kes Juraimi bin Husin lawan Lembaga Pengampunan, Negeri Pahang & Ors [2002] bahawa prerogatif belas kasihan, termasuk kuasa untuk memberikan pengampunan, tidak bertanggungjawab untuk semakan kehakiman kerana sifatnya. 

Sumber – https://m.malaysiakini.com/news/662028