UMNO PERLU RENDAHKAN DIRI SEDIKIT DAN BUANG EGO JIKA MAHU SELAMATKAN NEGARA INI

 

Umno yang telah dibuli oleh Bersatu setahun lebih di dalam kerajaan tebuk atap tetapi hingga kini di kalangan mereka masih tidak sedar diri. Akar umbi Umno jelas mahu Umno tarik diri dari menyokong kerajaan PN yang telah membuli mereka, namun kluster menteri dari Umno nampaknya lebih sayangkan jawatan mereka berbanding suara akar umbi.

Ada yang tuduh Anwar gilakan kuasa. Hakikatnya, lihat sendiri siapa yg bergolak sekarang? Keadilan kekal tenang. Anwar terus buat kerja di Parlimennya di Port Dickson. Anwar setiap hari bercakap soal rakyat, soal Covid19. Anwar hanya menanti sesiapa sahaja yang mahu usir kerajaan gagal ini dan mahu bersamanya membentuk kerajaan baru dengan agenda reformasinya, ayuh, silakan bersama. Tanpa paksaan, tanpa ugutan jauh sekali tawaran jawatan seperti yang Muhyiddin lakukan dulu.

Anwar bersama PH solid memiliki 91 MP, (tanpa Warisan dan Pejuang) sudah cukup jauh lebih ramai dari Umno yang hanya ada 38 MP dan jika dibandingkan dengan Bn pun, PH tetap unggul di hadapan. Jika Umno kembali bersama Muafakat Nasonal bersama Pas sekalipun, mereka cua ada 56 MP sahaja. PH tetap di hadapan. Maka, jika ada jajaran baru di antara PH dan Umno sekalipun, tidak masuk akal untuk menidakkan Anwar sebagai ketua kepada jajaran baru tersebut.

Suka atau tidak, jika kerajaan PN ini ditumbangkan, maka tokoh yang paling layak untuk menjadi PM adalah Anwar Ibrahim. Ya, Anwar tidak menjanjikan Najib atau Zahid dibebaskan sepenuhnya dari kes mahkamah mereka tetapi Anwar boleh beri jaminan bahawa di bawah kerajaan baru yang beliau terajui nanti adalah sebuah kerajaan reform yang menjanjikan kebebasan sistem kehakiman dari pengaruh politik. Jika benar Najib dan Zahid tidak bersalah, inilah peluang mereka untuk membela diri masing2 tanpa campurtangan politik. Apakah jaminan ini akan diperolehi jika Umno terus bersekongkol dengan kerajaan PN?

Justeru itu, Umno hanya perlu rendahkan diri sedikit, buang sifat ego sekiranya benar Umno berjuang untuk kepentingan rakyat. Sekarang ini rakyat melihat Umno adalah di antara satu parti selain dari Pas yang bersubahat mempertahankan kerajaan yang menyusahkan rakyat sekarang. Apakah Umno bersedia untuk dihukum oleh rakyat di dalam PRU15 akan datang? Kita lupakan Pas kerana Pas adalah 'pelacur politik' yang akan sokong sesiapa sahaja yang berkuasa. Seteruk2 "unta tua' itu sewaktu jadi PM bawah kerajaan PH, Pas pernah menyatakan menyokong 'unta tua' berkenaan. Kini, Pas sokong PM yang tercirit itu pula. Abaikan Pas, biarkan si luncai terjun dengan serban2nya.

Keadilan khususnya, kami bersedia untuk menjadi kerajaan semula bersama PH dalam masa terdekat jika ditakdirkan. Kami juga telah bersedia untuk menempuh PRU15 jika itu kehendakNya. Persoalannya, apakah rakyat boleh bersabar menanti PRU15 dua tiga tahun lagi di dalam keadaan ramai yang telah bunuh diri sekarang? Umno tentu ada jawapannya.

WFAUZDIN NS

 

Politik | UMNO tarik balik sokongan?

PANAS !! ISU KEBUN MUSANG KING DI RAUB, ISU PERKAUMAN ATAU ISU RAKYAT?

Umno tarik sokongan tak jejas kedudukan PM, kata Sri Ram

 

Ada cakap-cakap mengatakan ramai Ahli Parlimen Umno antara 114 yang dipercayai menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sebarang percubaan oleh parti politik dalam gabungan kerajaan yang memerintah untuk menarik sokongan terhadap perdana menteri tidak relevan dengan Perlembagaan, kata bekas hakim.

Gopal Sri Ram berkata, pertimbangan paling penting ialah sama ada perdana menteri mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, Artikel 43 (2) (a) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Yang di-Pertuan Agong melantik perdana menteri daripada kalangan Ahli Parlimen di Dewan Rakyat yang pada pertimbangannya mempunyai sokongan majoriti.

Parti politik tidak relevan dengan Perlembagaan kerana ada kemungkinan lebih daripada 112 calon bebas dipilih ke Dewan Rakyat,” katanya.

Dalam kes itu, Sri Ram berkata, Ahli Parlimen bebas perlu berkumpul dan mencalonkan seseorang untuk dilantik oleh Agong sebagai perdana menteri.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu berkata, cara terbaik untuk menentukan nasib dan kedudukan perdana menteri adalah melalui undian di Dewan Rakyat.

“Sekiranya beliau tidak mempunyai sokongan majoriti, perdana menteri perlu memohon supaya Parlimen dibubarkan dan meletakkan jawatan,” katanya.

Sri Ram mengulas laporan bahawa Umno merancang untuk menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Adalah difahamkan ketika ini Muhyiddin mempunyai sokongan sekurang-kurangnya 114 Ahli Parlimen dengan 37 daripadanya adalah Ahli Parlimen Umno.

Muhyiddin memerlukan sekurang-kurangnya 111 Ahli Parlimen kerana Dewan Rakyat hanya mempunyai 220 ahli. Ada dua kekosongan susulan kematian Ahli Parlimen Gerik dan Batu Sapi tahun lalu. Kerajaan mengisytiharkan darurat di kedua-dua daerah mengakibatkan pilihan raya kecil tidak diadakan susulan pandemik Covid-19.

Dilaporkan, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan timbalannya Mohamad Hasan serta setiausaha agung parti, Ahmad Maslan telah memanggil 10 Ahli Parlimen untuk mengadakan pertemuan.

Menurut Utusan Malaysia, Zahid dan Mohamad merancang mengemukakan usul kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno bagi menarik balik sokongan kepada kerajaan “dalam masa terdekat”.

Jumaat lalu, FMT melaporkan bahawa majoriti ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno bersetuju untuk menarik sokongan kepada kerajaan PN sebelum 1 Ogos.

Sementara itu, seorang ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno yang enggan dinamakan berkata, Zahid dan Majlis Kerja Tertinggi akan mempertimbangkan keadaan semasa negara dan keadaan rakyat ketika memutuskan untuk menarik balik sokongan kepada PN.

Apa keputusan Zahid jumpa MP UMNO malam ini?

 

Astro Awani
Zahid jumpa MP UMNO malam ini?
Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu dalam pertemuan itu nanti, Zahid berkemungkinan menyatakan pendirian beliau selaku pemimpin nombor satu UMNO sama ada untuk kekal atau membawa parti keluar dari kerajaan PN secepat mungkin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO malam ini.
Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu dalam pertemuan itu nanti, Zahid berkemungkinan menyatakan pendirian beliau selaku pemimpin nombor satu UMNO sama ada untuk kekal atau membawa parti keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin.
Sumber tersebut memaklumkan 31 Ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk tidak mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana ia bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.
Perhimpunan Agung UMNO 2020 diadakan Mac lalu, setelah ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memutuskan akan menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Selain 31 Ahli Parlimen UMNO, empat Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga turut menyokong keputusan supaya kekal dengan PN.
Keputusan ini dibuat susulan tindakan segelintir pemimpin mengutip tandatangan ahli MKT UMNO.
Namun sehingga kini, media belum mendapat sebarang pengesahan rasmi berkaitan Akuan Bersumpah terbaharu itu.
Menurut sumber, tandatangan tersebut ada kaitan dengan pendirian untuk menarik sokongan sekali gus untuk keluar daripada kerajaan.
UMNO mempunyai 38 Ahli Parlimen namun seorang daripadanya iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini berada di Paris.

HADI AWANG KAKI TIPU | Ustaz Ridzwan Abu Bakar

Pemimpin UMNO Mula Berkumpul Di PWTC

KERAJAAN GAGAL PEROLEH VAKSIN, RAKYAT PULA DIMARAHI?


BERBANDING BERSATU, AHLI2 PARLIMEN YANG BERKUMPUL DI JLN BELLAMY JAUH LEBIH BAHAYA KEPADA MASA DEPAN UMNO

 

Perhimpunan Agung UMNO atau PAU2020 pada Mac lalu telah memuktamadkan ketetapan tidak akan bekerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 akan datang.

Ia sekaligus bermakna UMNO tidak akan bersama dengan PN, walaupun ketika ini mereka merupakan sebahagian daripada kerajaan PN.

Dalam waktu yang sama, PAU2020 juga telah memberi mandat kepada Presiden dan MT bagi menentukan waktu yang sesuai untuk UMNO keluar dan meninggalkan kerajaan PN yang kini dipimpin Perdana Menteri paling gagal, Mahiaddin Md. Yassin.

Memberi mandat kepada Presiden dan MT menentukan waktu yang sesuai itu, antara sebabnya ialah kerana wabak Covid19 yang masih belum reda serta ketidaktentukan bila akan berakhirnya perlaksanaan PKP.

Ketika perkara itu diumumkan, perwakilan PAU2020 dengan gembiranya telah bertepuk tangan dan sebahagiannya pula berdiri sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Presiden dan MT untuk membuat ketetapan tarikh yang sesuai itu.

Perkembangan berikutnya kemudian menyaksikan Biro Politik UMNO memberi kata dua selama 14 hari kepada kerajaan PN dan Mahiaddin agar segera mengadakan Sidang Parlimen yang sehingga dititahkan untuk diadakan sebanyak tiga kali oleh Yang Dipertuan Agong.

Sebagai parti yang antara tujuan utama perjuangannya ialah mempertahan dan mendukung kemuliaan Raja-Raja Melayu, UMNO menganggap tindakan kerajaan PN melengah-lengahkan dan sebelum itu berdalih dengan pelbagai alasan daripada mematuhi titah Agong adalah suatu penderhakaan yang nyata.

Tempoh kata dua 14 hari bermula 21 Jun itu telah berakhir semalam, 4 Julai.

UMNO bagaimanapun dilihat menangguhkan buat sementara waktu sebarang tindakan susulan terhadap kerajaan PN berikutan pada 1 Julai lalu, Takiyuddin

Hassan tampil memberi jaminan Sidang Parlimen bakal diadakan sebelum 1 Ogos.

Begitu pun, katanya, tarikh muktamad Sidang Parlimen itu akan diputuskan dalam mesyuarat kabinet Rabu ini.

Namun kemasukan Mahiaddin untuk menerima rawatan di hospital secara tiba-tiba akibat cirit-birit sejak Rabu lalu segera menimbulkan kebimbangan sama ada tarikh Sidang Parlimen yang dijanjikan itu akan benar-benar menjadi kenyataan atau sebaliknya.

Ini kerana, sehingga hari ini beliau dilaporkan masih perlu menerima rawatan susulan untuk beberapa hari lagi akibat masalah pencernaan yang dihadapinya.

Kebimbangan utama kini ialah kiranya keberadaannya di wad hospital akan berlarutan sehingga melepasi hari Rabu dan dengan itu, mesyuarat kabinet sekali lagi perlu ditangguhkan.

Apabila sekali lagi mesyuarat kabinet ditangguhkan, sudah tentu penentuan tarikh Sidang Parlimen akan terus tertunda.

Berikutan sikap berlengah-lengah Mahiaddin itu, Presiden UMNO dilaporkan mula menggerakkan usaha untuk mendapat sokongan MT agar UMNO menarik diri daripada kerajaan PN menjelang 1 Ogos depan.

Secara jelasnya, apa yang cuba digerakkan oleh Zahid Hamidi itu adalah bertepatan dengan mandat PAU2020 yang telah diberikan kepadanya dan MT, selain tidak mahu lagi melihat titah Agong dan kemuliaan Raja-Raja Melayu seolah-olah diperkotak-katikkan secara berterusan oleh kerajaan yang UMNO turut ada di dalamnya.

Malangnya, usaha murni yang cuba dilakukan Zahid Hamidi itu mendapat tentangan daripada sebilangan Ahli Parlimen UMNO yang sedang seronok menikmati habuan serta kedudukan dalam kerajaan, meski hakikatnya parti kalah perang pada PRU14 lalu.

Antara penentang-penentang itu ialah mereka yang berada di dalam MT UMNO sendiri.

Mereka dilaporkan berkumpul di rumah seorang menteri kabinet di Jalan Bellamy pada malam 2 Julai lalu untuk menghalang sebarang cubaan oleh MT untuk membawa UMNO keluar daripada kerajaan PN.

Dalam erti kata lain, dengan cuba menghalang UMNO daripada meninggalkan kerajaan PN, ia juga bermaksud Ahli-Ahli Parlimen UMNO tersebut mahu terus menyokong Bersatu, Mahiaddin dan PN.

Dalam hal ini, meskipun ketetapan UMNO tidak bekerjasama dengan Bersatu dan PN yang dimuktamadkan oleh PAU2020 itu adalah untuk menghadapi PRU15, tetapi dalam waktu yang sama, mandat turut diberikan kepada Presiden dan MT untuk menentukan waktu yang sesuai meninggalkan kerajaan.

Dengan apa yang berlaku sekarang, selain Bersatu dan PN telah dimuktamadkan oleh PAU2020 sebagai musuh yang perlu dilawan dalam PRU akan datang, nampaknya turut muncul ialah musuh baru daripada kalangan Ahli Parlimen dan ahli MT UMNO sendiri.

Antara mereka ini dengan Bersatu, Mahiaddin dan PN, susahkah untuk 3.4 juta ahli menilai yang mana lebih bahaya kepada masa depan UMNO? 


(ShahbudinHusin 05/07/2021)


Portal lapor MT Umno berkumpul, putus keluar kerajaan malam ini?


Gempar !!! Portal lapor MT Umno berkumpul, putus keluar kerajaan malam ini?]

Beberapa ahli Majlis Tertinggi UMNO dan pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) kini berada di ibu pejabat UMNO, PWTC yang difahamkan sedang berbincang untuk membuat pengumuman keluar daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN) malam ini, ia selepas berakhir tempoh 14 hari diberikan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada hari ini.

Wartawan Agenda Daily di lokasi memberitahu, dua ahli MT UMNO dilihat sudah memasuki bangunan UMNO tersebut, antaranya Datuk Seri Razali Ibrahim dan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.


Terkini, Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak juga dilihat baharu tiba dengan sebuah kereta berwarna putih yang membawanya masuk ke ruangan parkir dalam bangunan.

Polis pengiring membawa masuk kenderaan VIP tiba di PWTC.

Laporan terkini wartawan juga mendapati terdapat pengiring bermotosikal Polis Tentera yang berada di parkir PWTC, ia dipercayai dinaiki oleh Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengiring Polis Tentera yang dipercayai membawa Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Turut berada di PWTC, Ketua Pemuda MIC Datuk C. Sivarraajh.

Agenda Daily sedang mendapatkan maklumat lanjut berhubung pertemuan hari ini, namun dalam kenyataan Biro Politik sebelum ini Zahid sudah memberikan amaran tegas kerajaan PN akan berdepan tindak balas sekiranya tidak membuka sidang Parlimen dalam tempoh 14 hari.

Zahid panggil pemimpin Umno bincang ‘tinggalkan’ kerajaan PN, kata sumber

 

PETALING JAYA: Sumber dari Umno mengesahkan sebahagian pemimpin parti itu berkumpul di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sejak tengah hari tadi, bagi membincangkan cadangan meninggalkan kerajaan Perikatan Nasional.

Katanya, mereka dipanggil Presiden Ahmad Zahid Hamidi untuk membincangkan penarikan balik Umno kepada kerajaan sebelum 1 Ogos.

“Sudah bermula tengahari tadi. Jumpa berperingkat dalam kumpulan kecil. Pasal ‘pull the plug’,” katanya kepada FMT.

NOTIS 14 HARI DAH BERAKHIR. UMNO BERTELOR ATAU SEMBANG KARI ?

 

Notis 14 hari Umno tamat hari ini, apa bakal berlaku?


Notis 14 hari Umno tamat hari ini, apa bakal berlaku?

Notis 14 hari Umno tamat hari ini, apa bakal berlaku?. Hari ini tempoh 14 hari desakan UMNO supaya kerajaan memanggil semula sidang Parlimen tamat berdasarkan kenyataan Presidennya pada 21 Jun lalu.

Tumpuan terarah kepada tindakan akan diambil UMNO apabila tempoh 14 hari berkenaan tidak direalisasikan kerajaan Perikatan Nasional untuk memanggil sidang Parlimen.

Notis 14 hari

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, kegagalan kerajaan melaksanakan titah Yang di-Pertuan Agong dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati Institusi Raja-Raja Melayu.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga telah sebanyak dua kali bertitah agar Parlimen segera bersidang melalui kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang dikeluarkan pada 16 Jun dan 29 Jun lalu.

Agong bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani COVID-19 dan menyelamatkan ekonomi negara.

Kerajaan bagaimanapun telah memberi komitmen dengan menyatakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memutuskan untuk memanggil sidang Parlimen secepat mungkin iaitu sebelum 1 Ogos ini
.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen & Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan, berkata perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Jemaah Menteri Rabu minggu ini (7 Julai).

Berita Penuh :https://www.astroawani.com/berita-politik/buka-parlimen-tempoh-14-hari-umno-tamat-hari-ini-306675

Panas !!! 10 Adun Pas berpoligami dan ada yang tiga isteri, dedah blogger-MH

 

Panas !!! 10 Adun Pas berpoligami dan ada yang tiga isteri, dedah blogger

10 Adun Pas berpoligami dan ada yang tiga isteri, dedah blogger. “Yakin dan percayalah kebenaran itu akan menjelma dengan sendiri tanpa perlu berusaha keras menghadirkannya.”

Perhatian warga politik kini ialah kepada Timbalan Menteri Pertanian Che Abdullah Nawi, yang dilaporkan telah melangsungkan perkahwinan ke tiga secara dalam talian.

Perkahwinan dalam talian dimusim Covid ini tidak pelik, ia suatu yang normal. Dan perkahwinan sesuatu yang digalakkan oleh Nabi saw bagi mengelak daripada maksiat. Sesiapa yang mampu lahir dan batin silakan. Bagaimana pun dalam kes ini yang sedikit menjadi masalah perkahwinan itu dilakukan di negera seberang, Siam. Apakah jurunikah dalam negara sendiri sudah cuti?
Ahli Parlimen Tumpat itu kita percaya lebih daripada mampu dengan kedudukannya itu, tetapi yang jadi masalah caranya dipertikaikan.

Perkahwinan dalam talian telah pun dipraktikan dalam Malaysia, ia telah dibenar atau pun disahkan oleh Menteri Agama Zulkifli Bakri. Bahkan menteri itu pernah hadir sendiri menyaksikan perkahwinan dalam talian.

Jadi apa yang berlaku ke atas Che Abdullah itu bukan perkara pelek dan baru, cuma bezanya ia dilakukan oleh jurunikah dari negara asing, Thailand. Itu saja.

Itulah kesilapan Che Abdullah. Kenapa beliau tidak berkahwin melalui talian dalam negara sahaja? Mungkin perkahwinan ketiga itu ada masalah, ada tentangan daripada isteri-isterinya atau mungkin tentangan daripada keluarga isteri ketiganya itu? Jika tidak berlaku masalah itu, kenapa harus kahwin senyap-senyap.

Di zaman sekarang ini perbuatan senyap tidak terjamin akan terus senyap, zaman ini zaman langit terbuka dan kita dikawal oleh CCTV 360 darjah, jadi sebaik-baiknya berdepanlah.

Begitu juga dengan orang ketiga atau orang di luar dari diri kita seperti saksi dan jurunikah, kawan atau apa tidak akan dapat menyembunyikan rahsia sampai kapan. Ia terbongkar juga, bila sampai masanya. Lumrah sesuatu yang bathil itu akan terpecah juga. Kes Che Abudullah itu pecah bila tidak ada kesetiaan dan kejujuran.

Sebenarnya kahwin senyap-senyap di kalangan ahli politik khasnya wakil rakyat Pas memang ramai. Saya pernah senaraikan terdapat sekurang-kurang 10 orang Adun Pas yang berpoligami bahkan sampai punya tiga isteri. Itu bagus ia menambahkan zuriat dan menunjukkan tenaga batin Adun Pas Kelantan memang hebat. Peler besar kata orang.

Dan macam-macam kisah yang berlaku, ada kahwin curi, ada yang berkahwin tidak sampai seminggu bercerai berai bila kena serang dek bini tua. Dan berpoligami ini pula pada suatu masa dijadikan satu pertewasan (perlumbaan) di kalangan wakil rakyat Pas Kelantan. Kata orang Kelantan mereka “ba’di” berbini.

Salah seorang Adun berkahwin dengan anak Cina Kemboja yang masih berbulu jagung lagi. Ia berakhir dengan saman menyaman dan sampai ke mahkamah. Ada juga wakil rakyat di Kelantan berbini setiap kali ada pilihan raya kecil? Aik… stop.

Berbalik kepada kes Che Abdullah tadi, ia sedikit luar biasa. Selain daripada perkahwinan itu ada masalah dari segi kebenaran atau pengetahuan isteri dan keluarga, ia boleh menimbulkan impilikasi buruk kepada Che Abdullah dari segi tertib dan disiplin parti.

Daripada laporan mengatakan pihak Majlis Agama Islam Narathiwat yang mempunyai bidang kuasa nikah kahwin di daerah itu tidak mengikhtiraf perkahwinan melalui dalam talian. Ertinya perkawinan Che Abdullah dan pasangannya itu tidak sah dari segi perundangan. Kita tunggu penjelasan daripada para mufti macam mana pula dari konteks kesahihan ijab kabul itu menurut hukum syariat?
Tetapi kalau mengikut apa yang berlaku di Malaysia, ia sah kerana sudah beratus pasangan di Malaysia melakukan ijab kabul dalam talian. Mungkin Che Abdullah mengambil panduan dengan apa yang berlaku itu maka beliau berani akad nikah melalui dalam talian. Cuma bezanya menikah dengan jurunikah dari Thailand.

Pas sebagai parti Islam nombor wahid perlu memberi kenyataan segera mengenai kes Che Abdullah itu. Ini penting kerana Che Abdullah bukan pemimpin kampung, tetapi beliau adalah ahli parlimen dan memegang jawatan timbalan menteri. Dalam hierarki Pas Kelantan pula beliau sebagai Setiausaha Perhubungan Pas Negeri.

Kalau dizaman Tok Guru Nik Aziz dulu, jika terdapat ahli melakukan perbuatan sumbang dan boleh mencemarkan imej parti beliau akan panggil dan nasihat supaya berundur secara terhormat.
Harap-rahap apa yang menimpa Che Abdullah tidak sampai ke tahap itu, namun Pas perlu membuat kenyataan segera berkaitan agar isu ini tidak ditarik dan “meleleh rata.” Dan cerita Che Abdullah ini sedikit sebanyak menganggu fikiran tuan presiden? Atau tuan presiden juga berbini dua juga?

Majlis Syura Ulama, yang merupakan kuasa tertinggi menentukan kriteria calon-calon untuk diletak bertanding, perlu membuat keputusan mengenai kes Che Abdullah ini. Majlis itu adalah badan terbersih dan tersuci bagi menjamin Pas dipimpin atau diwakili oleh mereka yang tidak melakukan dosa besar dan dosa kecil bagi menjamin kesucian parti.

Apa yang berlaku ke atas Che Abdullah itu tentu turut sama ditanggung oleh para ahli dan pentaksub parti itu. Dan sekiranya pihak Majlis Agama Islam Narathiwat memutuskan perkahwinan tidak sah, Pas perlu bertindak berdasarkan keputusan itu.

Tetapi yang musykil, katanya, ada anggota majlis Syura Ulama itu sendiri juga katanya berpolot dengan najis-najis kering. Dia juga terpalit dengan perceraian dalam talian. Adus…. Pas, pah ke mana selepas ini. Bala apa pula yang akan menimpa parti gemula Chek itu

Sumber:


Saya memang mendoakan mahkamah berpihak kepada 10 pengundi Gombak – Maximus

 

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 5 July 2021


maximus-ongkili

Maximus Ongkili

KUALA LUMPUR – Parti Bersatu Sabah (PBS) menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk membatalkan tuntutan 10 pengundi Gombak.

Presiden PBS, Datuk Seri Maximus Ongkili menyifatkan keputusan mahkamah itu sebagai ‘keadilan telah kembali’.

Tanpa berselindung, Maximus dalam kenyataannya berkata, parti itu memang mendoakan mahkamah berpihak kepada pengundi-pengundi Gombak.

”PBS telah bersuara sejak penubuhan parti itu 36 tahun yang lalu terhadap tindakan pengkhianatan yang tidak berprinsip oleh wakil rakyat oleh parti yang melompat tanpa merujuk kepada undi,” tegasnya yang turut menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi sebagai pemecah jalan buntu terhadap lompat parti.

Malah, kata beliau, keputusan tersebut kembali memulihkan martabat proses Parlimen.

“Bukan hanya pemimpin yang terpilih, mana-mana penjawat awam mesti bertanggungjawab atas tindakan kita, terutama hasil dan kesan yang timbul daripada kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi.

“Seperti yang diputuskan oleh mahkamah ke atas kes tersebut, wakil-wakil yang terpilih memiliki tugas fidusiari kepada pengundi mereka. Tugas fidusiari ini berdasarkan kepercayaan. Dan kepercayaan ini seharusnya diperoleh, tidak dipinjam, tidak dibeli atau diperdagangkan,” kata beliau.

Maximus, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Perhubungan Sabah dan Sarawak) percaya rakyat secara umum mahu keputusan Mahkamah Tinggi itu dijadikan standard baharu dalam tingkah laku wakil rakyat dan kualiti perkhidmatan mereka.

“Kualiti akan wujud melalui amalan prinsip dan warisan politik yang mantap.

”Pada bulan Jun 1995, dalam ucapan saya di Parlimen dan menumpukan banyak masa terhadap peristiwa kejatuhan pemerintahan PBS yang dipilih pada tahun 1994, hanya setelah lima minggu berkuasa disebabkan katak politik.

“Ia memang peristiwa politik yang dahsyat di Sabah – sebuah kerajaan dipilih tapi tiba-tiba boleh runtuh kerana politik yang tidak berprinsip politik oleh ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dipilih dan dilantik,” tambah Ahli Parlimen Kota Marudu itu.

PBS runtuh kerana daripada lapan ADUN, termasuk enam dicalonkan, tetapi dalam 10 hari selepas kejatuhan, PBS hanya mempunyai lima ADUN.

Disebabkan itu, dalam ucapan sulungnya, Maximus meminta Parlimen memperkenalkan undang-undang baharu yang akan melarang ‘katak politik’.

“PBS berpandangan hingga hari ini, Parlimen boleh menjadikan ‘katak politik’ ini tidak sah bagi seorang anggota Parlimen atau ADUN yang terpilih untuk melompat parti tanpa terlebih dahulu kembali kepada pengundi untuk pilihan raya kecil.

“Saya pertahankan bahawa pendekatan ini perlu dilakukan untuk mengembalikan martabat Parlimen atau DUN dan meningkatkan taraf Parlimen Malaysia.

“Sayangnya praktik melompat parti terus berlarutan sehingga hari ini,” katanya.

Lantaran itu, Maximus menghormati keputusan Mahkamah Tinggi terhadap 10 pengundi Gombak.

Jelasnya, melompat katak politik adalah fidusiari yang tidak adil dan tidak dapat dimaafkan, katanya. 

 

SAJAK KEMBARA PUISI REFORMASI-MALUNYA KITA JATUH KE TAHAP INI

 May be an image of 12 people and text

Siri Kembara Puisi Reformasi

Dinsman: MALUNYA KITA JATUH KE TAHAP INI

Hari ini siapa yang tidak tahu betapa teruknya

bobroknya negara bernama Malaysia

Siapa yang tidak tahu komrad-komradku Kassim

Yassin Hasni Tan Sri Nordin Lena Shariffah Chan

Ridzuan Ayudez Anbakri Roselina.

Siapa yang tidak tahu perkara belum pernah terjadi

di negara makmur aman stabil harmoni sejak Merdeka 1957

tidak pernah pun terlintas di fikiran bahawa kita

akan jatuh ke tahap sangat memalukan

sangat memalukan abang Samad Said.

Kasihannya kita harus mengakui hakikat ini

kepada anak cucu

Aduh malunya, membiarkan negara kepada mereka

orang-orang tamak haloba tak tahu adab hargadiri.

Aduhai komrad Tekad Budaya aku terpanggil bangkit

dari diam penjara PKP Covid Darurat keliru nasional

Mari kita bicara Kebenaran dalam tradisi Paksi kita.

Berani berkata benar demi kemanusiaan demi agama

demi kehidupan di negara kita yang terus merosot

jatuh ke jurang kehampaan ini angkara siapa?

Semua orang tahu semua orang marah

tetapi siapakah yang punya keberanian menyebutnya

tanpa gentar pada Akta apa sekalipun. Siapa?

Angka bunuh diri pun kini menakutkan, setiap hari

Akibat apa ini kalau bukan Kerajaan gagal?

Semua orang tahu

semua orang mengharapkan PM berundur.

Hahhahaa kelakarnya negara kita komradku Paksiwan.

Kita persoalkan keabsahan mereka duduk di situ dan

memerintah kita dan kita berharap mereka berundur.

Itu 'kan kelakar bodoh tu!

Aduhai.. masyarakat kita sebenarnya

telah lama pun diperbodohkan pemerintah

yang dulu lagi.

Tengoklah sekarang, kita tidak berdaya!

Kasihannya kita. Kassim Yassin Hasni Lena Tan Sri

Kita tak berdaya. Tekad Budaya pun tak berdaya

Malunya kita jatuh ke tahap ini

Dinsman

27.6.2021

#puisidinsman

Hak Cipta © 2021 Dinsman

Semua Hak Terpelihara.

 

(function() { var d = document, w = window; w

PERBAHASAN RANCANGAN MALAYSIA KE 12 OLEH KETUA PEMBANGKANG JAM 12 TENGAHARI 28 SEPTEMER 2021