SURAT BUAT TSMY

 HAMDAN TAHA


Asalamualaikum sahabat

 

Kita sebenarnya negara yang masih bergelut dalam semua hal terutama hal ekonomi dan covid 19 dan masih tidak nampak bila boleh berjaya

Malangnya sedang kita berdepan dengan semua ini Kerajaan dan Politik negara pula tidak kuat dan setiasa bergolak dari bawah sampai lah pimpinan tertinggi negara

Sekarang kita pula di beritakan Perdana Menteri kita sakit dan kita tak tahu sejauh mana seriusnya penyakit yang sedang di alami oleh beliau. Bagi saya kerana sejarah beliau yang pernah mengidap Kanser sudah tentu ada kaitan dengan penyakit tersebut

Kita tidak bersetuju macam mana pun terhadap beliau kita perlu doakan supaya beliau sihat semula,kerana jika PM tidak boleh bekerja dengan baik dan tumpuan kepada negara kita akan berdepan dengan masalah lebih berat dan panjang

Tetapi pendapat peribadi saya sudah sampai masanya Tan Sri betul betul berehat dan lupakan hal ehwal negara dan politik malaysia yang kelam kabut ini

Serahkan negara kita ini kepada mereka yang akan di tentukan Allah swt dan semua parti parti politik melalui ahli parlimen kita seramai 220

Cukup lah tan sri lagi pun keadaan negara sekarang tidak bersesuaian dengan tan sri

Rakyat dan masyarakat akan lebih menghormati tan sri jika di waktu sukar ini tan sri menyerahkan semula jawatan perdana menteri tersebut

Semua kehidupan di dunia ini tan sri dah rasa,tan sri lah satu satunya perdana menteri malaysia yang merasa kesemuanya

Menjadi timbalan menteri

Menjadi Menteri Besar

Menjadi menteri pusat denagn berbagai kementerian...

Menjadi timbalan perdana menteri

Menjadi Perdana Menteri

Sehebat Tun Dr M beliau tak pernah jadi Menteri Besar

Sehebat Najib walau pun dia juga pernah jadi MB tapi tak pernah berada dalam dua kelompok kepimpinan parti dia hanya melalui umno,tapi tan sri dari umno dan sekarang Bersatu...tan sri memang hebat...

Tungku dan tun razak juga tak pernah lalui sebanyak jawatan macam tan sri begitu juga Pak Lah

Jadi semua Tan Sri Dah Rasa Dalam Dunia Ini

Sampai Lah Masanya Berikan Pada Orang Lain Pulak

Harta Kekayaan Tan Sri tidak terjangka banyaknya

Tak ada apa dah nak di kejarkan lagi di dalam dunia ini

Signal dari Allah dah sangat sangat Jelas

Bukan satu satunya Jalan masuk syurga Allah ini dengan memegang jawatan perdana menteri sampai mati

Banyak lagi jalan untuk masuk ke syurga dan masa yang ada sepatutnya waktu waktu berehat untuk Tan Sri dan keluarga

Saya amat yakin para Dr Juga minta supaya Tan Sri banyakkan rehat dan bertenang

Cukup lah sejarah membuktikan Tan Sri Adalah Salah Seorang Perdana Menteri Malaysia....yang sejarah itu bukan semua orang ada...