HAMDAN TAHA
Minggu ini heboh kisah pemimpin umno yang dalam kerajaan buat
perjumpaan berbincang bagaimana untuk kekal berkuasa
Kemudian heboh pula seorang timbalan menteri dari parti pas atau
parti islam bernikah lagi melalui on line dengan khadi dari siam setakat malam
ni belum ada penafian mengatakan itu fitnah...(saya ni bab nikah lagi ni saya
sokong tampa bantahan,tapi isunya cara mereka bernikah jadi satu tanda tanya)
Sebelum tu heboh kisah bendera putih yang mana mejoriti rakyat
Faham dan tampa bantahan bersetuju jika berlaku kesusahan apa saja sila kibar
bendera putih,tiba tiba berlaku perdebatan antara pemimpin pas dan rakyat biasa
dalam isu ini...membawa kepada kenyataan mb kedah menolak keras pengunaan
bendera putih dan kerajaan tidak akan membantu) mb kedah lupa bahawa kempen
bendera putih ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan...kempen itu dari
rakyat kepada rakyat.......
Berbalik kepada isu ahli parlimen umno seramai 25 orang katanya
bersiap sedia untuk menentang presiden dan berlawan arus sampai ke tahap tidak
kisah jika di pecat kerana mereka yakin mereka boleh bertanding semula
mengunakan tiket Bersatu dan bersedia berlawan umno semula di kawasan masing
masing
Mereka lupa kali ini keadaan berbeza,rakyat cukup celik politik
dan juga ahli parti juga amat celik politik,mereka lupa bahawa yang kebanyakan
YB umno tu dah berpenggal penggal lamanya dah jadi MP zaman sekarang bukan
macam dulu,lagi lama lagi orang menyampah....
Contoh Nazri Aziz,Mastura kuala Kangsar,Idris yusuf,KJ dan ramai
lagi lah di kalangan mereka yakin bahawa kerusi itu menang bukan kerana parti
tapi kerana mereka,mereka berpendapat Parti iaitu Umno yang menumpang populariti
mereka bukan mereka menumpang populariti parti
Jika dari perlis Zahidi padang besar yang sebenarnya bagi saya
dah sepatut rehat sahaja kerana faktor kesihatan yang tahap tak sesuia jadi
pemimpin pun,begitu juga Shaidan Kassim kedua dua mereka ni yakin jika di pecat
mereka bertanding atas tiket apa pun mereka menang,kerana umno menumpang
pengaruh mereka,bukan mereka menumpang umno
Bagi saya kali ini jika ada PRU keputusan boleh jadi macam macam
dan pelik pelik dan rakyat akan cuba menolak sekeras kerasnya para pemimpin
yang lompat ke sana ke sini untuk kuasa peribadi
Akan ada kempen besar besaran secara senyap dan terbuka mengajak
rakyat tolak siapa sahaja di kalangan calun yang mengkianati parti masing
masing dengan bertanding pula dengan parti baru dan lambang baru
Apakah ketua bahagian dan ahli bersatu di tempat tempat mereka
boleh biarkan begitu saja tempat mereka di serah kepada musuh mereka tak kan
lah ketua bahagian bersatu ni tak ada maruah
Mereka fikir ada pas dan bersatu bersama mereka maka akan menang
besar dan umno parti lama mereka sudah tak ada penyokong kerana mereka
merasakan orang melayu 80 peratus akan sokong PN dan bukan umno atau PH,jadi
mereka dengan mudah menang
Itu sebab mereka berani
Saya teringgin sangat nak tengok kali ini rakyat sokong parti
atau orang secara pukal...
Kita tunggu
Tapi umno lupa bersatu dan pas juga dah lama bercita cita nak
bertanding di tempat mereka bertanding sekarang
Jika 25 +10 yang dah lompat dari awal maka ada 35 kerusi secara
auto kena serang pada MP sekarang bertanding
Apakah 35 pemimpin Pas dan Bersatu dah tak ada telur ke dengan
mudah beri kepada calun lompat pengkianat umno jadi calun mereka,saya tak fikir
semudah itu capuanya