UMNO PERLU RENDAHKAN DIRI SEDIKIT DAN BUANG EGO JIKA MAHU SELAMATKAN NEGARA INI

 

Umno yang telah dibuli oleh Bersatu setahun lebih di dalam kerajaan tebuk atap tetapi hingga kini di kalangan mereka masih tidak sedar diri. Akar umbi Umno jelas mahu Umno tarik diri dari menyokong kerajaan PN yang telah membuli mereka, namun kluster menteri dari Umno nampaknya lebih sayangkan jawatan mereka berbanding suara akar umbi.

Ada yang tuduh Anwar gilakan kuasa. Hakikatnya, lihat sendiri siapa yg bergolak sekarang? Keadilan kekal tenang. Anwar terus buat kerja di Parlimennya di Port Dickson. Anwar setiap hari bercakap soal rakyat, soal Covid19. Anwar hanya menanti sesiapa sahaja yang mahu usir kerajaan gagal ini dan mahu bersamanya membentuk kerajaan baru dengan agenda reformasinya, ayuh, silakan bersama. Tanpa paksaan, tanpa ugutan jauh sekali tawaran jawatan seperti yang Muhyiddin lakukan dulu.

Anwar bersama PH solid memiliki 91 MP, (tanpa Warisan dan Pejuang) sudah cukup jauh lebih ramai dari Umno yang hanya ada 38 MP dan jika dibandingkan dengan Bn pun, PH tetap unggul di hadapan. Jika Umno kembali bersama Muafakat Nasonal bersama Pas sekalipun, mereka cua ada 56 MP sahaja. PH tetap di hadapan. Maka, jika ada jajaran baru di antara PH dan Umno sekalipun, tidak masuk akal untuk menidakkan Anwar sebagai ketua kepada jajaran baru tersebut.

Suka atau tidak, jika kerajaan PN ini ditumbangkan, maka tokoh yang paling layak untuk menjadi PM adalah Anwar Ibrahim. Ya, Anwar tidak menjanjikan Najib atau Zahid dibebaskan sepenuhnya dari kes mahkamah mereka tetapi Anwar boleh beri jaminan bahawa di bawah kerajaan baru yang beliau terajui nanti adalah sebuah kerajaan reform yang menjanjikan kebebasan sistem kehakiman dari pengaruh politik. Jika benar Najib dan Zahid tidak bersalah, inilah peluang mereka untuk membela diri masing2 tanpa campurtangan politik. Apakah jaminan ini akan diperolehi jika Umno terus bersekongkol dengan kerajaan PN?

Justeru itu, Umno hanya perlu rendahkan diri sedikit, buang sifat ego sekiranya benar Umno berjuang untuk kepentingan rakyat. Sekarang ini rakyat melihat Umno adalah di antara satu parti selain dari Pas yang bersubahat mempertahankan kerajaan yang menyusahkan rakyat sekarang. Apakah Umno bersedia untuk dihukum oleh rakyat di dalam PRU15 akan datang? Kita lupakan Pas kerana Pas adalah 'pelacur politik' yang akan sokong sesiapa sahaja yang berkuasa. Seteruk2 "unta tua' itu sewaktu jadi PM bawah kerajaan PH, Pas pernah menyatakan menyokong 'unta tua' berkenaan. Kini, Pas sokong PM yang tercirit itu pula. Abaikan Pas, biarkan si luncai terjun dengan serban2nya.

Keadilan khususnya, kami bersedia untuk menjadi kerajaan semula bersama PH dalam masa terdekat jika ditakdirkan. Kami juga telah bersedia untuk menempuh PRU15 jika itu kehendakNya. Persoalannya, apakah rakyat boleh bersabar menanti PRU15 dua tiga tahun lagi di dalam keadaan ramai yang telah bunuh diri sekarang? Umno tentu ada jawapannya.

WFAUZDIN NS