Kenapa kamu letak akaun bank ketika minta derma, tak tadah tangan saja berdoa? – Firdaus Wong

 

Kenapa kamu letak akaun bank ketika minta derma, tak tadah tangan saja berdoa? – Firdaus Wong

Jikalau tidak bersetuju dengan kempen meletakkan bendera putih, bagi saya tiada masalah. Tak perlu menyindir.

Namun sangat mengecewakan apabila ada agamawan yang menyindir usaha sebegini lalu dinilai dari sentimen politik sempit.

“Suara dan rintihan kalian sudah tidak kedengaran lagi di arasy Allah bagi mengadu kepada yang maha mengetahui setiap kehidupan hambaNya. Jika kalian rasakan semua itu sudah ‘mati fungsinya’Silakanlah.. Kitakan hambaNya..”

Kepada agamawan yang mengatakan kita hanya perlu menadah tangan dan berdoa bukan menaikkan bendera putih, saya ada persoalan buat anda;

“Ketika anda menunaikan solat hajat, solat tahajjud, pembinaan tahfiz anda atau kempen politik anda, kenapa anda meletakkan nombor akaun pergerakan anda? Kenapa anda tidak menadah tangan sahaja berdoa tanpa meletakkan nombor akaun anda?”

Anda mahu menilai dari kesempitan politik, itu hak anda. Sebagaimana kalian berkongsikan nombor akaun pergerakan anda lalu anda namakan ianya sebagai ikhtiar, maka begitu juga menaikkan bendera putih juga merupakan ikhtiar dari mereka yang memerlukan.

Mereka tidak solat sunat lalu ‘livestream’ di medsos meletakkan nombor akaun. Andai mereka letak, mungkin kurang viewers kerana mereka tidak sepopular anda.

Saya yakin dan pasti, mereka juga berdoa kepada Allah dan berdoa kepada Allah itu antara kita dengan Allah. Manusia tidak bisa mendengar keluhan dan doa kita kepada Allah. Mengibarkan bendera putih isyarat kita kepada makhluk yang hidup setelah berdoa kepada Yang Maha Hidup.

Pertolongan Allah itu pasti namun jangan lupa, adakalanya bantuan Allah itu hadir menerusi makhlukNya.

Mungkin kibaran bendera putih bercanggah dengan ideologi politik masing-masing. Namun selagi ikhtiar mengibarkan bendera putih tidak bercanggah dengan Quran & Sunnah, maka teruskan.

Sumber: https://www.gemilangdaily.com/kenapa-kamu-letak-akaun-bank-ketika-minta-derma-tidak-tadah-tangan-saja-berdoa/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

No comments: