Apa keputusan Zahid jumpa MP UMNO malam ini?

 

Astro Awani
Zahid jumpa MP UMNO malam ini?
Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu dalam pertemuan itu nanti, Zahid berkemungkinan menyatakan pendirian beliau selaku pemimpin nombor satu UMNO sama ada untuk kekal atau membawa parti keluar dari kerajaan PN secepat mungkin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan akan mengadakan pertemuan dengan 37 Ahli Parlimen UMNO malam ini.
Sumber yang rapat dengan UMNO memberitahu dalam pertemuan itu nanti, Zahid berkemungkinan menyatakan pendirian beliau selaku pemimpin nombor satu UMNO sama ada untuk kekal atau membawa parti keluar dari kerajaan Perikatan Nasional (PN) secepat mungkin.
Sumber tersebut memaklumkan 31 Ahli Parlimen UMNO memutuskan untuk tidak mematuhi keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO kerana ia bertentangan dengan keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2020.
Perhimpunan Agung UMNO 2020 diadakan Mac lalu, setelah ditangguhkan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), memutuskan akan menamatkan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) apabila Parlimen dibubarkan bagi membolehkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) diadakan.
Selain 31 Ahli Parlimen UMNO, empat Ahli Parlimen dari Barisan Nasional (BN) juga turut menyokong keputusan supaya kekal dengan PN.
Keputusan ini dibuat susulan tindakan segelintir pemimpin mengutip tandatangan ahli MKT UMNO.
Namun sehingga kini, media belum mendapat sebarang pengesahan rasmi berkaitan Akuan Bersumpah terbaharu itu.
Menurut sumber, tandatangan tersebut ada kaitan dengan pendirian untuk menarik sokongan sekali gus untuk keluar daripada kerajaan.
UMNO mempunyai 38 Ahli Parlimen namun seorang daripadanya iaitu Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz kini berada di Paris.

No comments: