MGID

Kerajaan siasat punca kematian Orang Asli secara menyeluruh – Tengku Zulpuri



Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, yakin siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian 14 penduduk Orang Asli di Kg Kuala Koh Gua Musang, seperti yang dimaklumkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail baru-baru ini.


Siasatan tersebut katanya termasuk terhadap pihak yang terlibat dalam aktiviti pencerobohan hutan dan perlombongan haram.


“Banyak spekulasi timbul dan kerajaan sedang menjalankan siasatan terperinci melalui bedah siasat dan persampelan.


“Kita bukan sahaja nak tahu punca penyakit yang sebabkan kematian tapi juga nak siasat bagaimana ia boleh berlaku agar kerajaan dapat mengambil tindakan tepat,” katanya yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan.


Wan Azizah dalam laporan media sebelum ini berkata, dakwaan kematian disebabkan oleh pencemaran kolam sumber air Orang Asli akan disiasat dengan teliti.


Tengku Zulpuri turut merujuk kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad yang tidak menolak kemungkinan beberapa gejala kesihatan yang dihadapi penduduk memiliki kebarangkalian disebabkan kekurangan zat makanan atau akibat beberapa jenis logam berat.


Tambahnya, ujian darah yang di ambil dari semua pesakit akan dapat menjelaskan keadaan sebenar.


“Ia dapat menyatakan ketepatan apa yang  berlaku dan dipadankan dengan persekitaran kehidupan mereka, tentunya ianya memerlukan sedikit masa bagi pembuktian tersebut,” ujarnya.


Sementara itu, Ketua Pemuda PH Kelantan, Mohd Khairul Amin Abdul Rahman dalam satu laporan polis mendakwa, penduduk dilanda pelbagai penyakit bermula pada bulan Mei sejak operator lombong didapati sering mencuci peralatan melombong mereka dalam tandak air yang digunakan penduduk.


“Ramai penduduk kampung sejak awal tahun ini telah menghidapi penyakit kulit bersisik yang bernanah.


“Sejak awal bulan Mei tahun ini, ramai penduduk kampung telah diserang sakit radang paru-paru (pneunomnia) yang serius hingga menyebabkan kematian seperti yang dilaporkan oleh media arus perdana,” katanya.


Justeru, pihak berkuasa digesa mengeluarkan arahan agar segala aktiviti perlombongan haram itu dihentikan sementara siasatan sedang dijalankan.





ANTARA POLITIK LONGKANG DAN AHLI POLITIK BERPERANGAI MACAM LONGKANG



Apabila tersebar video semburit yang didakwa melibatkan Azmin Ali dengan Haziq Aziz, sekali lagi ramai yang bercakap mengenai politik longkang.


Mereka melihat penyebaran video tersebut sebagai satu lagi taktik kotor untuk menjatuhkan seseorang yang bergelar pemimpin.


Jika diimbas, bermula dengan Vijindran, Chua Soi Lek, Anwar Ibrahim dan terkini Azmin, penyebaran video seks untuk menjatuhkan seseorang bukanlah perkara asing lagi.


Yang tidak asing hanyalah pemimpin politik di negara kita seolah-olah tidak pernah belajar daripadanya dan bagaimana untuk mengawal nafsu mereka daripada melakukan sesuatu yang kotor, terlarang dan memungkinkan mereka jatuh ke dalam longkang.


Memang secara umumnya kita menolak amalan politik longkang iaitu menjatuhkan seseorang dengan mendedahkan keaiban mereka kepada umum, baik melalui gambar, video dan sebagainya.


Keaiban seseorang seharusnya dilindungi, bukan didedahkan.


Tetapi, dalam waktu yang sama, hendaklah juga disedari bahawa pemimpin politik adalah milik masyarakat. Dekatnya soal kehidupan mereka dengan masyarakat tidak boleh dijarakkan dengan mudah.


Oleh itu, selain ahli politik bercakap soal yang baik-baik dan menyeru kepada kebaikan, kehidupan biasa mereka juga seharusnya sentiasa baik. Ini kerana semuanya akan jadi perhatian umum.


Bagaimana rumah mereka, apa kereta yang dipandu, bagaimana isteri mereka bergaya, kehidulan anak-anak dan sebagainya, semuanya adalah sasaran teropongan rakyat.


Bermakna, jika hal-hal biasa pun menjadi perhatian, apa lagi kalau melibatkan aksi dalam bilik tidur atau di atas katil.


Sebagai idola masyarakat, pemimpin politik tidak akan terlepas daripada perhatian mengenai apa saja yang mereka lakukan.


Dalam hal ini, apa yang penting, siapa juga yang menjadi pemimpin politik, mereka haruslah menjadi individu yang mampu mengawal diri dan nafsu.


Sebagaimana mereka selalu bercakap mengenai perkara-perkara baik dan menyeru kepada kebaikan, prinsip yang sama seharusnya dipraktikkan dalam diri mereka terlebih dahulu.


Jika mereka bercakap mengenai perkara-perkara baik dan menyeru kepada kebaikan, sedangkan diri mereka sendiri bergelumang dengan kekotoran secara sembunyi-sembunyi, bermakna mereka adalah hipokrit, berpura-pura dan bukan jenis pemimpin yang baik.


Mereka yang seperti itu tidak layak menjadi pemimpin. Pemimpin politik tidak boleh punya dua wajah. Wajah mereka mesti satu saja iaitu mesti sama, tidak kira ketika di rumah, bersama penyokong, bersama kawan-kawan rapat, ketika menginap sendirian di hotel atau ketika berada di luar negara.


Sebab itu, apabila terdedah keburukan seseorang pemimpin, pilihan yang terbaik dan biasa bagi mereka ialah meletakkan jawatan dan mengundur diri. Bermaksud, orang yang kotor tidak layak menjadi pemimpin.


Lebih-lebih lagi dalam era media sosial dan kamera boleh disembunyi di mana-mana ketika ini, pemimpin politik seharusnya lebih mampu mengawal diri dan nafsu mereka.


Episod yang melanda Azmin adalah satu lagi detik malang, bukan saja dalam era Malaysia Baru, tetapi juga kepada negara.


Jika seseorang itu ingin menjadi pemimpin politik dan dalam masa yang sama mahu juga melayan nafsu serakah dan terghairah kepada perkara pelik-pelik, lebih baiklah jangan jadi pemimpin politik. Jadilah orang biasa saja.


Ini kerana jika terdedah sebarang video mengenai mereka, diri sendiri, keluarga, isteri, anak menantu dan penyokong juga yang akan malu akhirnya.


Memanglah mudah menyalahkan penyebaran video, baik melibatkan hubungan seks dengan wanita atau sejenis sebagai politik longkang, tetapi politik longkang tidak akan berlaku jika ahli politik tidak berperangai macam longkang.


Punca politik longkang adalah daripada kelakuan ahli politik itu sendiri yang macam longkang. Kalau mereka tidak berperangai macam longkang, politik longkang tidak akan wujud sama sekali.
Maka, untuk menghindarkan politik longkang, buanglah dulu apa-apa perangai macam longkang yang ada dalam diri setiap pemimpin. (Shahbudindotcom 14/06/2019)



Bloger Milo Suam berjaya temui teknologi video semburit








BAGAIMANA HIDUNG DAN PIPI MENJADI LEBIH TEMBAM
































Ada apa dengan telefon Lokman?


Skandal semburit: Haziq disiasat di bawah 2 akta


(function() { var d = document, w = window; w

Cuti 55 hari di NZ untuk ziarah anak dan isteri - Edmund Santhara

MUHD MUKHLIS MOHD SYARIF 3 hari lepas bising pasal timbalan menteri cuti 55 hari bekerja pergi jumpa anak dia di New Zealand. 55 hari berker...