Ada apa dengan telefon Lokman?
Polis menyiasat Lokman Noor Adam kerana disyaki antara dalang utama menyebarkan rakaman seks yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali di media sosial awal minggu ini, kata sumber polis.
The Malaysian Insight diberitahu pasukan khas dari bahagian siasatan di Bukit Aman merampas dua telefon genggam Lokman untuk menyiasat sama ada beliau yang mula menularkan potongan rakaman seks itu.
“Ini adalah proses biasa dalam siasatan, selepas siasatan selesai telefon bimbit akan dikembalikan namun kami akan terus memantau,” kata sumber yang maklum akan proses siasatan itu kepada The Malaysian Insight.
Menurut sumber, polis juga menyiasat aspek ketulenan rakaman seks yang tersebar.
Semua pihak yang berkaitan dengan rakaman itu akan dipanggil untuk dirakamkan keterangan mereka, katanya.
“Siasatan bertumpu pada beberapa aspek iaitu individu yang menyebarkan video, ketulenan video, si pelaku dalam video dan beberapa aspek lagi,” katanya.
Pasukan penyiasat polis ke rumah Lokman di Kajang pada lewat petang Khamis, selepas pemimpin Umno itu membuat laporan polis mengenai rakaman seks dua lelaki yang tersebar melalui WhatsApp pada awal pagi Selasa.
The Malaysian Insight difahamkan pasukan penyiasat itu terdiri daripada pegawai dan anggota dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas dan Unit Forensik.
Siasatan dibuat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu jenayah sengaja mengaibkan dengan niat hendak memecahkan keamanan.
Lokman bagaimanapun ditahan mengikut Seksyen 186 akta yang sama kerana menghalang tugas penjawat awam. Beliau enggan memberi kerjasama menyerahkan telefonnya untuk diperiksa serta menjerit memaki hamun polis.
Lokman ditahan bersama bekas ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan, yang meninggalkan PKR pada 2011 dan menyertai MIC sejak dua tahun lalu.
Mereka dibebaskan semalam dengan ikat jamin polis.
Dalam kenyataannya selepas bebas, Lokman berkata beliau kesal dengan cara seorang pegawai polis membuat siasatan semasa di rumahnya dan merancang mengambil tindakan undang-undang.
Beliau mengulangi kenyataan awalnya mendakwa Malaysia “ditadbir dengan undang-undang rimba” kerana beliau yang membuat laporan polis mengenai penyebaran rakaman seks itu tetapi beliau pula yang disiasat.
Lokman ketika dihubungi The Malaysian Insight mendakwa telefonnya masih di bawah kawalan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meskipun sudah dipulangkan kepadanya.
“SKMM merakam keterangan saya pada jam 12 tengah hari ini manakala dua telefon bimbit saya dipulangkan pada jam 4 petang.
“Saya cuba mengakses ke akaun iCloud saya namun gagal kerana kod pengaktifannya tidak dihantar ke nombor telefon saya sebaliknya dipercayai kepada SKMM,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi SKMM Al-Ishsal Ishak berkata pihaknya memberi keutamaan pada kes penyebaran rakaman seks yang dikaitkan dengan menteri kabinet.
Katanya, SKMM sudah bekerjasama dengan pihak polis sejak rakaman itu mula tersebar pada awal pagi Selasa lalu.
Semalam, polis juga menahan Ketua Pemuda PKR Haziq Abdullah Abdul Aziz yang mengaku beliaulah salah seorang lelaki dalam rakaman tersebut dan mendakwa pasangannya dalam hubungan intim itu ialah Azmin.
Polis juga semalam mengambil keterangan setiausaha politik Azmin, Hilman Idham