JIHAD... KEH.. KEH.. KEH.








JANGANLAH BERCAKAP MACAM TU.

 


Allah menempelak orang yang sentiasa cakap dirinya tak ada apa-apa (maksudnya Allah tak beri dia apa-apa nikmat). Dia selalu kata dirinya diuji. Allah tak sayang dia. Allah tak bersama dengan dia. Allah tegur orang macam ni.


Kadang-kadang kita mati dalam keadaan diri kita tidak berterima kasih kepada Allah. Jangan tahap kita menghembus nafas kita yang terakhir dalam keadaan kita tak redha dengan apa yang Allah dah beri kepada kita. Apa yang Allah telah tetapkan kepada kita.


Iya, kita sakit hari ini sahabat. Tetapi berapa tahun pulak Allah bagi sihat? Umur kita 60 barulah ada kencing manis. Sahabat, 60 tahun Allah bagi kita sihat. Faham?



"Ustaz, saya kena kanser pada umur 45 tahun". 45 tahun Allah bagi engkau nikmat dengan badan yang sihat. Ada orang yang adiknya baru meninggal tahun ini. Umur 22 tahun, kena kanser.


Sebab itu Allah menempelak orang yang sentiasa menyatakan mereka di dalam kerugian. Mereka di dalam hampa dalam kehidupan mereka. Sedangkan Allah kata apa?


أَفَرَءَيۡتُمُ ٱلۡمَآءَ ٱلَّذِي تَشۡرَبُونَ 


[Surah Al-Wāqiʿah: 68]


Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum?


Tengok air yang kita minum. Air yang hari-hari kita minum. Kadang-kadang kita tak rasa pun nikmat itu. Sebab benda tu ada. Itu sifat manusialah. Sifat kita, bila ada, tak dihargai. Sudah meninggal, barulah beria-ria nak pasang lagulah, nak menangis kat pusara orang tu. Iya, itu memang sifat kita.


Macam badan kita. Sihat, tak hargai sangat. Bila sakit, barulah kita rasa nak beribadat kepada Allah. Betul tak? Macam orang yang berada di sekeliling kitalah. Isteri kita, suami kita. Mana kita nak hargai sangat. Tak terlampaulah nak hargai kecuali bila mana mereka sudah tiada. Baru kita nak hargai. Itulah orang rumah kita. Dekat, nak bergaduh saja. Kalau jauh, barulah dia rindu. Ini yang berlaku dalam hidup kita. Kadang-kadang kita tak menghargai. Allah ajar. Allah tunjuk kepada kita.


Eh dengar betul-betul! Tengok air yang kau minum tu.


ءَأَنتُمۡ أَنزَلۡتُمُوهُ مِنَ ٱلۡمُزۡنِ أَمۡ نَحۡنُ ٱلۡمُنزِلُونَ 


[Surah Al-Wāqiʿah: 69]


Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya?


Air yang kita minum itu ada prosesnya sebelum ia sampai kepada kita. Dan itulah yang Allah nak bagitau kita, "Eh, kau ada proses. Rezeki yang Aku nak bagi kepada kau dah OTW. Tak lama lagi sampai. Tak lama lagi kau akan terima. Cuma, ada proses, ada jalannya". Sebelum itu tolonglah diri kita berterima kasih dengan Allah.


Ustazlah.

Khamis 22/8/2024 bersamaan dengan 17 Safar 1446H.



CERAMAH HASUT JIHAD. HANG PI PALESTINE. IZRAEL PUN HANG DOK KUTUK KAT CERAMAH. BUDAK SEKOLAH RENDAH BOLEH CAKAP. KURANG KURANG BERANI CAKAP DEPAN PRESIDEN AMERIKA. CANSELOR JERMAN... DI EROPAB DEPA. DEPAN BANTAI.


 


𝗛AN𝗚 𝗞𝗔𝗧𝗔 𝗞𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗣𝗔 𝗦𝗘𝗕𝗘𝗡𝗔𝗥𝗡𝗬𝗔 𝗭𝗔𝗠𝗥𝗨𝗟?? DEPAN MATA TAK NAMPAK KA?





Yang di negeri2 lebai dan walaun tu pelbagai concert dianjur, 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗞 𝘁𝗲𝗿𝘀𝗶𝗮𝗿 𝗱𝗹𝗺 𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 akan masalah sosial, jenayah seksual termasuk pelacuran, LGBT, rogol, sumbang mahram, judi online, seludup petrol & diesel, seludup gula, pil kuda dan HIV, apa cerita?? 


Awat si ahli muzik yg jd ostad Pakar Jimak tu tak pi jihad kat negeri-negeri walaun yg mundur tak terurus tu?? Sembang??


𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝘀𝗵𝗷 𝘆𝗴 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝘁𝗮𝗮𝘁𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗨𝗹𝗶𝗹 𝗔𝗺𝗿𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵. Yg Zamrul dok hasut, 𝗺𝗲𝘀𝗸𝗶𝗽𝘂𝗻 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗥𝗘𝗖𝗧 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗽, 𝗱𝗶𝘁𝗮𝗳𝘀𝗶𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝗦𝗘𝗥𝗨𝗔𝗡, 𝗛𝗔𝗦𝗨𝗧𝗔𝗡 kepada PNtaksub supaya lawan Raja dan pemerintah ni apa kejadah?? PA$ tegakkan Islam ke??


Sepatutnya pemuda-pemuda UMNO, PKR, AMANAH, DAP buat laporan polis kerana 𝗵𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻, 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗥𝗔𝗝𝗔 𝗱𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗛𝗜𝗔𝗡𝗔𝗧 𝗔𝗪𝗔𝗠.


Boleh mohon PDRM pertimbangkan siasatan di bawah :


𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯 (𝟭) (𝗮) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟱) bagi mendatangkan kebencian dan penghinaan atau membangkitkan perasaan 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗘𝗧𝗜𝗔 kepada mana-mana Raja atau Kerajaan atau;


𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟯 (𝟭) (𝗯) 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗛𝗮𝘀𝘂𝘁𝗮𝗻 𝟭𝟵𝟰𝟴 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟭𝟱) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja supaya buat perubahan. Dia hasut supaya org sanggup lawan Raja.


𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟱𝟬𝟱 𝗞𝗮𝗻𝘂𝗻 𝗞𝗲𝘀𝗲𝗸𝘀𝗮𝗮𝗻 (𝗔𝗸𝘁𝗮 𝟱𝟳𝟰) iaitu kesalahan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yg mendatangkan khianat awam.


MDN mana, dia buat apa?


Wallahualam.


-Zus Din 

22082024



AWS LABUR BESAR DI MALAYSIA


PELABURAN | Amazon Web Services (AWS) yang juga unit Amazon.com Inc, hari ini melancarkan wilayah infrastruktur AWS Wilayah Asia Pasifik (Malaysia) dan merancang pelaburan kira-kira US$6.2 bilion (kira-kira RM29.2 bilion) di Malaysia sehingga 2038.


#BuletinTV3 #Pelaburan #Amazon #AWS #Malaysia




PERLIS DAPAT HAW


Desa HM. 


 Sebaik perkhidmatan Ktapi ini bermula... Kedah dan Perlis hanya jadi negeri yg 'dilalui' sahaja, tanpa dapat meraih apa2 kebaikan daripada pelancung2 dari selatan..


Misi untuk menarik pelancung luar utk singgah dan bermalam serta membantu menghidupkan industri pelancungan, akan terjejas.


Mungkin.. org singgah di Perlis hanya utk menikmati nikmatnya mangga harumanis Perlis... lps mkn, depa ambik train terus ke Hadyai atau ke Bangkok....


🙄🙄

Perkhidmatan Kereta Api Bangkok-Padang Besar-Butterworth Akan Disambung Semula


Artikel di ruang komen





APA PUNYA LEKEH.

 

Ahmad Mursi


Alhamdulillah atas kebijaksanaan YDP Agong mengusulkan Kerajaan Perpaduan sebabkan kita dapat rasa Kestabilan Politik... Pelabur semakin yakin.



Bayangkan jika dibentuk kerajaan dengan 115 SD Muhyiddin dengan majoriti tipis. Curi pula 10 MP BN walhal dah ada Akta Lompat Parti. Huru hara negara seperti zaman Tebok Atap.. 


Otak pemimpin kerajaan waktu itu kena fokus macamana nak pertahan kerajaan yang rapuh.. Tak banyak masa nak fikir bangunkan negara.


YDP Agong tahu perit yang telah kita lalui dan Kerajaan Perpaduan adalah pilihan terbaik.


Ada hikmah yang besar dengan apa yang kita lalui semua..



NGAP.

 


Alahai bengapnya nak disamakan kes Mahiaddin tu dengan kes 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆 𝗠𝗼𝗿𝗻𝗶.



Pertama sekali, Mahiaddin tu siapa, Iswardy tu siapa? Iswardy cuma 𝗺𝗮𝗿𝗵𝗮𝗲𝗻. Ada la jawatan dalam parti tapi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Ada pengikut tapi 𝘁𝗮𝗸 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗶 𝘁𝗮𝗵𝗮𝗽 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯.


Mahiaddin pula 𝗮𝗵𝗹𝗶 𝗽𝗮𝗿𝗹𝗶𝗺𝗲𝗻. 𝗠𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗠! 𝗣𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻 𝗽𝗮𝗿𝘁𝗶. Dan kita pun tahu walaun yang memujanya jenis 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿 𝗴𝘂𝗻𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗮𝗹. Kesan daripada perbuatan mereka berbeza skalanya.


Selepas kes Iswardy, tak ada pun pengikutnya yang ikut sama menghina YDP Agong. Tapi lepas apa yang Mahiaddin buat, 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗽𝗮 𝗯𝗮𝗻𝘆𝗮𝗸 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝘂𝗹𝗮 𝘁𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸 𝗸𝘂𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗮𝗷𝗮𝗿. Nampak?


Apa pun, Iswardy 𝗱𝗮𝗵 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗿𝗲𝗺𝗮𝗻, 𝗱𝗶𝗹𝗼𝗸𝗮𝗽, 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮 dan 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻. Kes masih lagi berjalan. Manakala Mahiaddin cuma dipanggil beri keterangan. 𝗧𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗽 𝗽𝘂𝗻. Dakwa pun belum tentu.


Tak adil juga. Sepatutnya kena bagi sama. Bagusnya Mahiaddin pun 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗽. Dah walaun sibuk sangat nak bandingkan dua kes ni. Baru kena. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



STRATEGI HEBAT KPE YADIM MENATA PENGARAH-PENGARAH NEGERI







Tahniah dan Terima Kasih buat Ustaz Zamri Zainal Abidin KPE YADIM yang berjaya menyusun Pengarah-Pengarah yang MANTAP di setiap negeri.


Usaha dan kepimpinan Ustaz Zamri dalam menyusun pasukan yang berkualiti ini benar-benar membanggakan dan menunjukkan kecemerlangan dalam setiap aspek.


Dengan struktur yang mantap ini, in syaa Allah, segala perancangan dan inisiatif yang akan dilaksanakan bakal bergerak dengan penuh kelancaran dan kejayaan.


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Yang Dipertua YADIM

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia


#melestarigerakandakwah 

#MalaysiaMadani 

#dakwahmadani 

#myyadim



𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 dan 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 tu kadang nampak macam serupa tapi amat berbeza.

 


𝗠𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝘁𝗮𝗵𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶𝗮𝗻 dan 𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹 𝗸𝗲𝘀𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁𝗮𝗻 tu kadang nampak macam serupa tapi amat berbeza.



Akmal kata dia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗴𝗲𝗻 𝗣𝗡. Kita boleh terima tapi kadang-kadang berlebihan sampai tindakannya itu beri 𝗸𝗲𝘂𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗶𝗵𝗮𝗸 𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻.


Akmal beri beberapa contoh yang kononnya Pemuda UMNO lantang 𝘣𝘦𝘳𝘫𝘶𝘢𝘯𝘨. Satu daripada isu tersebut adalah 𝗸𝗮𝗹𝗶𝗺𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝘁𝗼𝗸𝗶𝗻.


Ya betul, siapa tak marah. Tapi isu tu dah sampai ke polis. Biarlah polis 𝗷𝗮𝗹𝗮𝗻𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁𝗮𝗻. Lainlah kalau 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹.


Masalahnya, walaupun selepas pihak polis memanggil pihak berkenaan, 𝗔𝗸𝗺𝗮𝗹 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗯𝗶𝘀𝗶𝗻𝗴. Masih kedengaran menghasut kebencian.


Begitu juga isu 𝗕𝗹𝗮𝗰𝗸𝗥𝗼𝗰𝗸. Penjelasan dah diberikan. Takkanlah ada awalan 𝘿𝙧. pada pangkal nama masih tak boleh nak faham isu BlackRock tu.


Tapi ada Akmal peduli penjelasan yang diberikan. Dia berlagak 𝗸𝗼𝗻𝗼𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗿𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗹𝗲𝘀𝘁𝗶𝗻. Dah sama perangai dengan 𝗪𝗮𝗻 𝗙𝗮𝘆𝗵𝘀𝗮𝗹.


Akmal ni 𝗞𝗲𝘁𝘂𝗮 𝗣𝗲𝗺𝘂𝗱𝗮 𝗨𝗠𝗡𝗢. Level dia bukannya macam 𝗝𝗮𝗺𝗮𝗹 𝗬𝘂𝗻𝗼𝘀. Akmal ada akses terus kepada pemimpin utama parti. Gunakanlah.


Kenapa tak rujuk Presiden Parti yang juga merupakan 𝗧𝗶𝗺𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗣𝗠 𝗜? Tak percaya kepada presiden sendiri? 𝗟𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻! Itu baru bermaruah.


Sebab tu orang kata Akmal agen PN. Sebab watak tu sama. 𝗠𝘂𝗹𝘂𝘁 𝗱𝗶𝗯𝘂𝗸𝗮 𝘁𝗮𝗽𝗶 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗯𝗶𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝘁𝘂𝘁𝘂𝗽. Bila berbicara tak nampak macam orang berilmu. Bukan itu 𝘀𝗶𝗳𝗮𝘁 𝘀𝗲𝗷𝗮𝘁𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻? Kenapa ditiru?


Lepas ni kalau Akmal betul bukan agen PN, buktikan dengan gunakan saluran parti untuk setiap isu terlebih dahulu 𝘀𝗲𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗻𝘆𝗮𝘁𝗮𝗮𝗻.


Dalam masa yang sama, perkara baik yang berlaku dia tak bunyi. Pelaburan yang 𝗯𝗲𝗿𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮-𝗹𝘂𝗺𝗯𝗮 𝗺𝗮𝘀𝘂𝗸, 𝗽𝗲𝗻𝗮𝗿𝗮𝗳𝗮𝗻 𝗮𝗻𝘁𝗮𝗿𝗮𝗯𝗮𝗻𝗴𝘀𝗮 yang 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗻𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗶𝗸 serta banyak lagi, dia diam. Itu kan watak PN!


Kalau setakat nafi, kerbau dalam kandang pun boleh buat. Apa yang penting adalah 𝗽𝗲𝗺𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻. Baru betul. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MENARIK TULISAN PENDEK NI- NAK MATI SYAHID KONON...!





1. Pegang mikrofon bersyarah saja, ajak orang ramai berjihad. Bagi tahu orang ramai nak mati syahid. Kononnya negara ini penuh dengan maksiat.


2. Habis kuliah dapat sampul, makan percuma. Naik kereta buka henfon tengok jadual kuliah hari seterusnya. Sampai rumah, masuk bilik, lena.



3. Pagi esok kuliah Subuh. Ajak orang ramai berjihad lagi, nak mati syahid lagi. Dapat sampul lagi. Lepas tu tengok jadual kuliah lagi. Masuk bilik, lena lagi.


4. Begitulah lagi dan lagi. Akhirnya kerja ubah maksiat yang dikata penuh dalam negara tu, dia tak buat pun. Orang lain yang tak bagi kuliah yang buat.


5. Orang lain yang ubah maksiat tu bukan dengar kuliah dia pun. Orang tu tahu, jika ada maksiat kena ubah. Tak dak kuliah dia pun, orang tetap usaha untuk ubah maksiat.


6. Kuliah dia orang hadir untuk berhibur. Orang yang hadir kuliah dia, otak lebih kurang macam dia juga. Hadir untuk ketawa dan berhibur.


7. Kuliah dia, ada jugalah maklumat sikit-sikit. Maklumat biasa-biasa yang boleh dapat dimana-mana. Tapi bagi pentaksub dia, maklumat biasa itu dianggap ilmu bernilai tinggi.


8. Dia yang bagi kuliah, tetap sebagai pembagi kuliah yang diiringi sampul dan makan free. Kerja dia, hasut pendengar kuliah untuk benci pihak yang tak sealiran dengan dia atau kumpulan yang dia sokong.


9. Dia ajak orang jihad, tapi dia sendiri kerja bagi kuliah bersampul saja. Dia ajak orang mati syahid, dia sendiri balik rumah lena lepas bagi kuliah.


10. Tu pun jangaaannn.... nak mati syahid konon!


Zola,

22082024



BUAT BAGI BAIK MB KELANTAN

 

MSO


Kelihatan MB Kelantan Nassaruddin Daud mempengerusikan satu kesyuarat di pejabat MB Kelantan. Butiran nesyuarat tidak diketahui apa agendanya.



Cuma dan harap turut bincang mengenai rungutan pekerja boroh kutip sampah yang dilantikan secara sambilan yang elaun  mereka tidak dibayar sepenuhnya lebih setahun lalu.


Bincang dan jangan lupa juga turut semak semula kenaikan cukai perlesenan runcit diseel daripada RM440 meningkat sampai lebih RM1000 setahun.


Peringatan wajib bayarlah gajj pekerja sebelum keringatnya kering dibadan. Jangan buat .. “Ikut aku pitis aku.” Trims.



KALAU NAK IKUT RASIS NI.. JENUH LA.... YANG DOK DIMALAYSIA PUN JENUH JUGA NAK LETAK MANA?

 

Aduh! Apa ni? 𝗠𝗼𝗱𝗶 𝘁𝘂 kan 𝗮𝗻𝘁𝗶-𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺. Takkan la PMX tak tahu pulak? Kenapa nak berbaik dengan 𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵 𝗜𝘀𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗠𝗼𝗱𝗶 𝗻𝗶? Apa benda la PMX buat ni?



Itulah beza orang yang 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗹 dengan orang yang 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗯𝗲𝗿𝗻𝗮𝗳𝘀𝘂 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗲𝗺𝗼𝘀𝗶. DS Anwar tak bodoh dan jumud macam kebanyakan lebai PAS.


Buat apa 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙛𝙞𝙧𝙚? Kita 𝙛𝙞𝙜𝙝𝙩 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙬𝙞𝙩𝙝 𝙛𝙞𝙧𝙚 𝙚𝙭𝙩𝙞𝙣𝙜𝙝𝙪𝙞𝙨𝙝𝙚𝙧 la. Kalau jawab permusuhan dengan kebencian, blla baru kita 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗮𝗺𝗮𝗻𝗮𝗻?


Kalau ikut sirah pun, belajar bagaimana cara Nabi ﷺ 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽𝗶 𝘁𝗲𝗻𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗱𝘂𝗱𝘂𝗸 𝗧𝗵𝗮𝗶𝗳 bila mana Baginda ﷺ dilontarkan batu ketika cuba berdakwah.


Baginda Nabi ﷺ tak balas kebencian penduduk Thaif dengan doa laknat. Sebaliknya Baginda ﷺ berdoa agar penduduk Thaif 𝗱𝗶𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗶𝗱𝗮𝘆𝗮𝗵. Hari ini bumi Thaif 𝗺𝗲𝗸𝗮𝗿 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗸𝘄𝗮𝗵.


Lagi pun, cuba fikir. Bagaimana orang yang dikatakan anti Islam seperti Modi ni boleh 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗶𝗮𝗵 kepada seorang lelaki Muslim yang datang ke negaranya 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝗺𝗲𝗺𝗮𝗸𝗮𝗶 𝘀𝗼𝗻𝗴𝗸𝗼𝗸?


Akhlak DS Anwar adalah akhlak murni yang membawa mesej dakwah. DS Anwar bukanlah orang yang gemar 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗸𝗻𝗮𝘁 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝘂𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗮𝗻.


Kalau Nabi ﷺ tu suka ajak orang bermusuh, nescaya Islam 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗚𝘂𝗮 𝗛𝗶𝗿𝗮'. Nabi ﷺ takkan lawan mereka yang 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗺𝘂𝘀𝘂𝗵𝗶 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮 ﷺ. Faham?


DS Anwar ke India antara lainnya untuk melobi agar penyertaan Malaysia ke dalam 𝗕𝗥𝗜𝗖𝗦 𝗱𝗶𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮. Pada masa ini, India tak berminat untuk menambah ahli tapi tumpukan kepada ahli yang ada.


Penyertaan Malaysia ke dalam BRICS akan beri 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗴𝗻𝗶𝗳𝗶𝗸𝗮𝗻 dalam pembangunan ekonomi kita. Ini usaha yang 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗸𝗶𝘁𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀 𝗺𝗮𝗷𝘂.


DS Anwar bersahabat dengan pemimpin dunia untuk membawa Malaysia terus maju ke hadapan, ada pula yang nak keji. PM yang 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗴𝗼𝗹𝗳 masa rakyat susah, yang jadi 𝗱𝘂𝘁𝗮 tapi 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴, 𝗺𝗲𝗻𝘁𝗲𝗿𝗶 yang cuma pandai 𝗺𝗼𝗽 𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗷𝗶𝗱 𝗷𝗲, boleh pulak disokong. Dasar 𝗼𝘁𝗮𝗸 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗹𝗶𝗸. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



PENGHASUT! LAGI LAPORAN POLIS DIBUAT TERHADAP PENGERUSI PERIKATAN NASION...



Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cuba mengalihkan tiang gol daripada kontroversi ucapannya ketika berkempen sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri dengan merujuk kepada 115 Akuan Berkanun Ahli-Ahli Dewan Rakyat. Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar berkata, dokumen lama tersebut kini tidak lagi relevan kerana tumpuan utama masih tertumpu kepada ucapannya yang didakwa menyentuh isu sensitif 3R (kaum, agama, raja). “Tindakan beliau (Muhyiddin) ini dilihat sebagai usaha untuk mengelak daripada menghadapi implikasi serius akibat kenyataannya yang menghina institusi diraja,” tegasnya menerusi kenyataan hari ini. Semalam, Muhyiddin memberitahu telah menyerahkan beberapa dokumen kepada polis bagi membantu siasatan berhubung isu 3R semasa berkempen bagi PRK DUN Nenggiri. Menurutnya, antara dokumen yang diserahkan adalah surat daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat bertarikh 20 November 2022 mengandungi titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-16 yang meminta Ahli Dewan Rakyat mendapat sokongan majoriti untuk menjadi Perdana Menteri. Muhyiddin juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepadanya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022..





MINGGU YANG PALING MEMBANGGAKAN! KJ DAN SHAHRIL PUN TIDAK DAPAT NAFIKAN!


Harga runcit bagi diesel turun buat minggu ketiga berturut-turut. Mulai tengah malam ini harga jualan bagi bahan bakar itu dijual pada kadar RM3.23 sen seliter dan akan berlanjutan sehingga 28 Ogos nanti. Menurut Kementerian Kewangan, pengurangan sebanyak 2 sen berbanding harga semasa itu dibuat seiring dengan perubahan harga pasaran minyak dunia. "Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga," kata kementerian itu dalam kenyataan petang ini. Tambahnya, berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula automatic pricing mechanism (mekanisme harga automatik) harga runcit produk petroleum bagi tempoh 22 Ogos 2024 hingga 28 Ogos 2024 ditetapkan seperti berikut: (i) Harga runcit petrol RON97 kekal pada paras RM3.47 seliter; (ii) Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter; (iii) Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia diturunkan 2 sen kepada RM3 .23 seliter; dan ADS (iv) Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15 seliter. Kali pertama harga diesel turun sejak penyasaran subsidi dilaksanakan ialah pada 8 hingga 14 Ogos lalu. Pada minggu itu harga diesel ditetapkan RM3.30 seliter berbanding 5 sen lebih mahal sebelumnya. Harga itu kemudian turun lagi 5 sen pada minggu berikutnya iaitu 15 hingga 21 Ogos menjadikan kadar jualan runcit diesel menjadi RM3.25 seliter. Sumber Berita 1.




PN KUCHALANA GARA-GARA PENGERUSI TAK JADI PERDANA MENTERI



"Saya juga menyerahkan 115 Akuan Berkanun Ahli Dewan Rakyat yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang diserahkan kepada Istana Negara pada 21 November 2022. "Satu lagi Surat Akuan Penerimaan Akuan Berkanun daripada Setiausaha Sulit Kanan baginda, Kolonel (B) Datuk Nazim Mohd Alim yang mengesahkan beliau menerima dokumen itu," katanya, lapor beberapa media.

RENTASAN 1630 | PANAS!! MP MACHANG BAKAL DISIASAT PDRM?


MENARIK DALAM RENTASAN 1630 1. TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR 2. BURSA MALAYSIA MASIH TINGGI, PEMBANGKANG NAK APA LAGI? 3. PN KUCHALANA GARA-GARA PENGERUSI TAK JADI PERDANA MENTERI








ANNUAR MUSA KATA 4 SEPT ADA PENGUMUMAN BESAR! DARI 7 TINGGAL BERAPA?

Gabungan NGO membuat laporan polis berkaitan ceramah hasutan Muhyiddin Y...

DERHAKA! MAT JARGON DAN ABAHCOW! POLITIKUS SAMPAH MASYARAKAT YANG MEMALU...

SURUH YANG SERU JIHAD TU, BUKTIKAN DULU.. PI PALESTINE SANA.

 

Miqdad Zakaria


Pemimpin yang mendampingi Ulama.. dunia kan aman.. 


Di Malaysia pula, segilintir 'ulama' mengajak kepada puak. Itu sebabkan perpecahan.


Kerana kebenaran Islam dianggap berada pada puak2 tertentu sahaja. 


Maka hari ni, ada Ustaz PAS membuat seruan Mati Syahid untuk 'menegakkan Islam' di Malaysia.


Bersaing sesama Muslim, bagaimana boleh Syahid?







Anwar Ibrahim. 

Sebelum berangkat pulang saya juga menerima kunjungan pemimpin-pemimpin Islam India antaranya Maulana Syed Ahmed Bukhari dari Jama Masjid dan Maulana Mahmood A. Maddani dari Jamiat Ulama-i-Hind.


Pertemuan kami memberi penekanan kepada peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India. 


Kami juga berkongsi pandangan terkait isu terkini umat Islam di India.


#MalaysiaMADANI


SEMOGA KENA.

 

Zusdin


Hopefully AG tak sengap lagu ja mcm kes Atok dan Eddy Weng. Dalam Parlimen ke main MDN kata dah serah pd AG lepastu selop, tak dakwa pun. Letih tengok benda camni.

**********




Kertas siasatan berhubung ucapan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menyentuh isu berkaitan kaum, agama dan raja (3R) telah diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk tindakan lanjut.


Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata setakat ini polis telah mengambil keterangan daripada 66 saksi bagi membantu siasatan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



DUA PIMPINAN PN BAKAL HADAPI TUDUHAN MENGHASUT ISU 3R

 





LAMA DAH DOK BUAT DUIT RUPANYA


 Tahniah Kerajaan Madani. 


Perkara ni berlaku dah lama. Tiada 'political wills' untuk bertindak sebelum ini.




BERTEMU MASYAKAT ISLAM DI INDIA.


Mohd Fairul


 Alhamdulillah..

Tak pernah PMX lupa untuk bertemu komuniti Islam dimana sahaja dalam lawatan beliau diluar negara.


Seolah-olah beliau memainkan peranan sebagai khalifah ummat era ini.








Anwar Ibrahim


Sebelum berangkat pulang saya juga menerima kunjungan pemimpin-pemimpin Islam India antaranya Maulana Syed Ahmed Bukhari dari Jama Masjid dan Maulana Mahmood A. Maddani dari Jamiat Ulama-i-Hind.


Pertemuan kami memberi penekanan kepada peri penting keharmonian di antara kaum terutamanya di India. 


Kami juga berkongsi pandangan terkait isu terkini umat Islam di India.


#MalaysiaMADANI




SEMBOYAN DAH SEMBUNYI

 


Nampak tak 𝗵𝗶𝗽𝗼𝗸𝗿𝗮𝘀𝗶𝗻𝘆𝗮 di sini. Kata tak campur hal politik. Tapi sebelum ni 𝗶𝗸𝘂𝘁 𝗸𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻 𝗣𝗡 tu buat apa? Jadi penari latar?




Bila dah 𝘁𝗲𝗿𝗰𝗶𝗱𝘂𝗸. Tapi baguslah. Itu menunjukkan 𝗱𝗶𝗮 𝘁𝗮𝗮𝘁 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻. Sanggup kata tak ikut politik daripada mengutuk Mahiaddin yang menghina YDP Agong.


Cuma pesan aku, dunia hari ni maklumat 𝗵𝘂𝗷𝘂𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗿𝗶 je. Nak nafi boleh tapi petik jari je 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗸𝗼𝗿𝗲𝗸 𝗰𝗲𝗿𝗶𝘁𝗮 𝘀𝗶𝗹𝗮𝗺 𝗸𝗼. Inilah namanya berani sekerat jalan. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



KISAH SEDIH DAN PENGAJARANNYA.

 

Jamzuri Ardani


Hari ini saya ditakdirkan bertemu dengan seorang kawan yang baharu saya kenali, lelaki berbangsa Cina yang umurnya jauh lebih senior dari saya. 


Beliau rakyat Malaysia dan sejak 30 tahun lepas lebih banyak berada di luar negara kerana mempunyai perusahaan dan perniagaan di luar negara. 


Dia menceritakan kesusahan hidup keluarganya masa beliau kecil. Beliau lima beradik dipelihara oleh ibunya. Ayahnya hilang entah ke mana meninggalkan ibunya bersama 5 orang anak yang masih kecil. 


Ibunya mengambil upah menoreh getah di Muar. Mereka tiada rumah dan tiada tanah. Mereka hanya mampu menyewa satu bilik kecil untuk tinggal 6 beranak. 


Itupun acap kali mereka dihalau keluar atas pelbagai sebab. Sewa rumah Cina pun kena halau. Sewa rumah India pun kena halau. Sewa rumah Melayu pun kena halau. 


Satu hari ibunya berjalan kaki sambil menangis bersama 5 orang anaknya mencari tempat berteduh. 


Kebetulan seorang Pak Aji melihat keadaan mereka. Pak Aji itu bertanya khabar dan menawarkan mereka 6 beranak tinggal menumpang di pondok buruk di tanahnya. 


Di atas tanah itulah mereka membina kehidupan. Bermula dengan bercucuk tanam, kemudian berniaga, dan akhirnya anak-anak tadi semua mendapat pendidikan dan berjaya dalam kehidupan masing-masing.  


Saya percaya Pak Aji yang membantu keluarga orang Cina ini mendapat pahala dari perbuatan baiknya menolong mereka. 


Saya juga percaya ada banyak kisah-kisah sebegini yang memupuk rasa kemanusiaan merentasi sempadan kaum dan agama.  Kisah-kisah ini perlu dicatat dan dikongsikan buat teladan generasi seterusnya. 


Semoga Malaysia terus makmur dan harmoni.



YADIM AKAN MEMBANTU


 YADIM akan membantu semuanya, sehingga setiap mereka merasakan mereka adalah pendakwah.



YADIM juga akan membantu mereka untuk menjadi pendakwah yang baik.


Latihan demi Latihan akan membuat kita semua berjaya dalam dunia DAKWAH.


DATUK HASANUDDIN MOHD YUNUS

Yang Dipertua

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) 


 https://vt.tiktok.com/ZS2j6DP4n/



Muhyiddin dan Derhaka



1. Muhyiddin nafikan beliau derhaka, sebaiknya mengatakan itu adalah fakta dan sejarah.



2. Pemimpin Bersatu yang lain turut pertahankan presiden mereka, malah menyalahkan pula Suara Keadilan kononnya punca salah faham.


3. Dalam kenyataan media Muhyiddin dan jawapannya kepada siasatan polis, Muhyiddin turut melampirkan bukti kononnya beliau berkata benar dan sekaligus YDPA dipihak yang salah.





4. Menurut Tengku Razaligh Hamzah, Muhyiddin adalah pemimpin yang malas. Nampaknya beliau bukan sahaja malas, tapi juga bodoh.


5. Apabila Perlembagaan dipinda untuk mengelakkan lompat parti, tidak lagi dibenarkan sokongan individu untuk menyokong sesuatu parti lain. Sebaliknya sokongan mesti didapati secara enblock atau kerjasama sebuah parti.


6. Pendedahan Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan beliau bodoh, tapi meneruskan perangai khianat. Setelah beliau khianat kepada PH pada penggal lepas, kini dia mengajak 10 orang ahli parlimen BN untuk khianat kepada BN walaupun mereka telah menandatangani perjanjian. 


7. Rakyat Malaysia sebenarnya bersyukur apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi PM.


8. Muhyiddin menjadi PM hanya kerana ingin jadi PM, bukan untuk negara. Sebab itu banyak kegagalan sepanjang beliau menjadi PM.


9. Muhyiddin juga adalah PM yang malas. Selepas menjadi PM, beliau pergi main golf dan meninggalkan keadaan negara yang sedang dilanda covld.


10. Selain malas, beliau hanya tahu untuk mempertahankan kuasa sendiri tanpa peduli kesan pada rakyat. Ini terbukti dengan beberapa kali darurat diisytiharkan, parlimen ditutup dan pilihanraya negeri Sabah yang menyebabkan covld merebak teruk.


11. Muhyiddin juga gagal dalam membentuk politik yang stabil di Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara.


12. Negara rugi dari pelbagai sektor dibawah pemerintahan Muhyiddin. 


13. Cerdiknya Speaker DUN Pahang bila meminta setiap ADN Pahang nyatakan pendirian terhadap isu penderhakaan Muhyiddin. 



14. Akhirnya Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS yang juga ketua pembangkang DUN Pahang telah mengeluarkan kenyataan media yang ADN PN Pahang menjunjung Titah Murka Tengku Mahkota Pahang (TMP) terhadap Muhyiddin Yasin.


15. Tindakan ini menyebabkan Muhyiddin terpinggir dan beliau menjadi beban kepada PN.


16. Persoalannya benarkah kata-kata Muhyiddin itu satu penghinaan dan menghasut?


7. Muhyiddin mengatakan beliau ada cukup 115 sokongan "dan entah kenapa Agong tak panggil beliau angkat sumpah" . Ini lah sebenarnya ucapan menghasut tersebut.


 Sedangkan semua tahu betapa telitinya Sultan Abdullah dalam urusan melantik PM sehinggakan baginda turut menjemput Majlis Raja-Raja Melayu. 


18. Yang mengatakan ucapan ini menghasut bukan Mat Sabu, tapi TMP. TMP merasakan ucapan Muhyiddin itu sebagai "Secara terang-terang menghasut rakyat untuk tidak percaya kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat " 


19. Telahan TMP itu ternyata benar apabila banyak komen penyokong PN mula menghina dan mempertikaikan Raja-Raja Melayu. 


20. Saya yakin jika perkara ini dibiarkan, maka lama kelamaan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dipandang tinggi seterusnya menyebabkan ketidakupayaan menjalankan tugas sebagai payung negara dan tonggak perpaduan.


21. Secara peribadi Muhyiddin sepatutnya berterima kasih dan terhutang budi kepada Tuanku Abdullah kerana pelantikan beliau sebagai PM ke-8 walaupun beliau mendapat kuasa secara tebuk atap.


22. Timbalan Speaker DUN Pahang mencadangkan agar kerajaan menarik balik gelaran Tan Sri dari Muhyiddin. Cadangan ini cukup bernas. 


23. Muhyiddin wajib diajar secukupnya. Watak pengkhianat ini perlu ditamatkan riwayat politiknya. 


Semoga Muhyiddin didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.


Fairul al Qasas 

Jengka