Muhyiddin dan Derhaka



1. Muhyiddin nafikan beliau derhaka, sebaiknya mengatakan itu adalah fakta dan sejarah.



2. Pemimpin Bersatu yang lain turut pertahankan presiden mereka, malah menyalahkan pula Suara Keadilan kononnya punca salah faham.


3. Dalam kenyataan media Muhyiddin dan jawapannya kepada siasatan polis, Muhyiddin turut melampirkan bukti kononnya beliau berkata benar dan sekaligus YDPA dipihak yang salah.





4. Menurut Tengku Razaligh Hamzah, Muhyiddin adalah pemimpin yang malas. Nampaknya beliau bukan sahaja malas, tapi juga bodoh.


5. Apabila Perlembagaan dipinda untuk mengelakkan lompat parti, tidak lagi dibenarkan sokongan individu untuk menyokong sesuatu parti lain. Sebaliknya sokongan mesti didapati secara enblock atau kerjasama sebuah parti.


6. Pendedahan Muhyiddin bukan sahaja menunjukkan beliau bodoh, tapi meneruskan perangai khianat. Setelah beliau khianat kepada PH pada penggal lepas, kini dia mengajak 10 orang ahli parlimen BN untuk khianat kepada BN walaupun mereka telah menandatangani perjanjian. 


7. Rakyat Malaysia sebenarnya bersyukur apabila Muhyiddin tidak lagi menjadi PM.


8. Muhyiddin menjadi PM hanya kerana ingin jadi PM, bukan untuk negara. Sebab itu banyak kegagalan sepanjang beliau menjadi PM.


9. Muhyiddin juga adalah PM yang malas. Selepas menjadi PM, beliau pergi main golf dan meninggalkan keadaan negara yang sedang dilanda covld.


10. Selain malas, beliau hanya tahu untuk mempertahankan kuasa sendiri tanpa peduli kesan pada rakyat. Ini terbukti dengan beberapa kali darurat diisytiharkan, parlimen ditutup dan pilihanraya negeri Sabah yang menyebabkan covld merebak teruk.


11. Muhyiddin juga gagal dalam membentuk politik yang stabil di Malaysia dan mengembangkan ekonomi negara.


12. Negara rugi dari pelbagai sektor dibawah pemerintahan Muhyiddin. 


13. Cerdiknya Speaker DUN Pahang bila meminta setiap ADN Pahang nyatakan pendirian terhadap isu penderhakaan Muhyiddin. 



14. Akhirnya Tuan Ibrahim Timbalan Presiden PAS yang juga ketua pembangkang DUN Pahang telah mengeluarkan kenyataan media yang ADN PN Pahang menjunjung Titah Murka Tengku Mahkota Pahang (TMP) terhadap Muhyiddin Yasin.


15. Tindakan ini menyebabkan Muhyiddin terpinggir dan beliau menjadi beban kepada PN.


16. Persoalannya benarkah kata-kata Muhyiddin itu satu penghinaan dan menghasut?


7. Muhyiddin mengatakan beliau ada cukup 115 sokongan "dan entah kenapa Agong tak panggil beliau angkat sumpah" . Ini lah sebenarnya ucapan menghasut tersebut.


 Sedangkan semua tahu betapa telitinya Sultan Abdullah dalam urusan melantik PM sehinggakan baginda turut menjemput Majlis Raja-Raja Melayu. 


18. Yang mengatakan ucapan ini menghasut bukan Mat Sabu, tapi TMP. TMP merasakan ucapan Muhyiddin itu sebagai "Secara terang-terang menghasut rakyat untuk tidak percaya kepada Institusi Raja-Raja Melayu dan memecahbelahkan rakyat " 


19. Telahan TMP itu ternyata benar apabila banyak komen penyokong PN mula menghina dan mempertikaikan Raja-Raja Melayu. 


20. Saya yakin jika perkara ini dibiarkan, maka lama kelamaan Institusi Raja-Raja Melayu tidak lagi dipandang tinggi seterusnya menyebabkan ketidakupayaan menjalankan tugas sebagai payung negara dan tonggak perpaduan.


21. Secara peribadi Muhyiddin sepatutnya berterima kasih dan terhutang budi kepada Tuanku Abdullah kerana pelantikan beliau sebagai PM ke-8 walaupun beliau mendapat kuasa secara tebuk atap.


22. Timbalan Speaker DUN Pahang mencadangkan agar kerajaan menarik balik gelaran Tan Sri dari Muhyiddin. Cadangan ini cukup bernas. 


23. Muhyiddin wajib diajar secukupnya. Watak pengkhianat ini perlu ditamatkan riwayat politiknya. 


Semoga Muhyiddin didakwa di mahkamah dan didapati bersalah.


Fairul al Qasas 

Jengka



No comments: