ZAMAN WALAUN


 

NOH HAIH...


 

OPERASI TANGKAP PENDATANG


 

LENGKAP... DARI A-Z... TIBAI GAK NOHHH


 

TEDIA NOH... MB KAMI SEMPOI


 

DOK BUAT QAMAI


 

NOH HAIH.... SAMBIK PEKENA DOYAN... KUTUK MB KAMI..... MAJU NOH KEDAH


 

MANA DIA WALAUN SAKAN DOK BALON KERAJAAN. NI KAWAN KENA FITNAH BAYAR 400K....TAK KAN TAK TOLONG

 


10 AHLI PARLIMEN PEMBANGKANG IKRAR SOKONG KERAJAAN: LANGKAH JAGA KESTABILAN NEGARA






Di sebalik dakwaan yang tersebar di media sosial mengenai penarikan sokongan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, satu sumber dalam kalangan pembangkang mengesahkan bahawa 10 Ahli Parlimen telah menandatangani ikrar menyokong kerajaan Madani. Langkah ini diambil atas dasar menjaga kestabilan politik negara dan menolak usaha menggugat mandat rakyat melalui permainan persepsi. Menurut sumber, sokongan ini bukanlah lompat parti, tetapi pengiktirafan terhadap kepentingan rakyat dan negara melebihi percaturan politik jangka pendek.


Sementara itu, Naib Presiden PKR, Chang Lih Kang, menafikan dakwaan bahawa 11 Ahli Parlimen parti itu telah menarik sokongan terhadap kerajaan. Beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai tidak berasas dan bertujuan mencetuskan kekeliruan serta memecah-belahkan perpaduan dalam kalangan penyokong kerajaan. Chang menegaskan bahawa semua Ahli Parlimen PKR kekal setia kepada Perdana Menteri dan komited dalam menjayakan agenda reformasi.


Pemerhati politik melihat perkembangan ini sebagai isyarat bahawa usaha menggoyahkan kerajaan melalui khabar angin tidak mudah mengubah pendirian majoriti wakil rakyat. Mereka menegaskan bahawa politik Malaysia kini menuntut kejelasan dan tanggungjawab, di mana rakyat sudah muak dengan mainan politik yang tidak berkesudahan. Pengikraran sokongan ini juga menolak spekulasi kejatuhan kerajaan dan memperkukuh naratif kestabilan politik sebagai keutamaan.


SUMBER: THE MALAYSIA PRESS 


#MyCommunityNews

#MCN

#PKR



ZAFRUL LETAK SEMUA DAN NAK SERTAI PKR

 


Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera. 


Pada hari ini, saya telah menghantar surat peletakan jawatan saya kepada pucuk pimpinan UMNO. Di dalam surat tersebut, saya telah menyatakan keputusan saya untuk meletakkan jawatan sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi, Ketua UMNO Bahagian Kota Raja dan ahli UMNO.


Keputusan ini bukan sebuah keputusan yang mudah. Sebelum membuat keputusan ini, saya telah meminta nasihat dan pandangan dari sahabat-sahabat saya dari dalam dan luar parti termasuk dari YAB Presiden sendiri. Saya telah mengambil masa yang agak panjang untuk memikirkan keputusan ini secara mendalam, terutamanya kerana UMNO adalah satu-satunya parti politik yang saya pernah sertai, sejak tahun 1997 lagi. Akhirnya, keputusan ini dibuat setelah bermuhasabah diri dan mengambil kira pelbagai faktor terutamanya faktor keserasian dan kesesuaian.


Pada masa yang sama, saya telah menyatakan niat untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat kepada Presiden dan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat. Saya akan mengikuti proses permohonan lazim untuk menjadi ahli Parti Keadilan Rakyat.


Saya ingin mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan, penyokong dan ahli-ahli UMNO yang telah banyak memberi saya sokongan dan dorongan sepanjang saya aktif di dalam UMNO. Jasa anda tak mungkin akan terbalas dan akan saya kenang sampai bila-bila. Terima kasih.


#TZA



KEPADA YANG KEMARUK KUASA. SILA LA MELOBI PULA

 


BIARKAN RAFIZI/NIK NAZMI BERHENTI – SIAPA2 BERHAJAT JADI PENGGANTI, SILALAH MULA MELOBI PERDANA MENTERI


30 May 2025


Bekas Duta Malaysia ke Amerika Syarikat, Nazri Aziz berkata, biarkan saja Rafizi Ramli berhenti sebagai menteri.


“Biarkan sahaja kerana ada ramai lagi yang berbakat boleh ditonjolkan untuk menggantikannya.


“Saya harap PMX tidak memujuknya kerana ia akan jadi kelebihan  pula kepadanya,” katanya sebagaimana dilaporkan media.


Kenapa ada timbul isu memujuk ni?


Hanya kerana Rafizi menulis surat perletakan jawatan yang panjang berjela-jela dan mengambil cuti terlebih dahulu sebelum berhenti, itu bukan bermakna beliau mahu dipujuk?


Rafizi pun bukanlah juga jenis manusia yang mudah makan pujuk dan apabila dia memutuskan untuk berhenti, ia adalah keputusannya yang sudah dikira muktamad.


Dalam Jelajah HIRUK sebelum ini, berkali-kali Rafizi mengatakan beliau akan mengundur jika kalah kepada Nurul Izzah.


Malah, ketika Nurul Izzah bertemu dengannya di rumah Saifuddin Nasution Ismail dua hari sebelum pengundian dan menawarkan sesuatu peranan jika beliau kalah, Rafizi juga bertegas mengatakan tidak berminat dengannya.


Ertinya, bila kalah, beliau memang mahu mengucapkan bye-bye kepada sebarang peranan dalam parti dan kerajaan.


Tindakan beliau mengambil cuti terlebih dahulu sebelum berhenti mungkin berdasarkan pemahamannya bahawa notis sebulan perlu diberikan sebelum memutuskan untuk berhenti..


Dengan itu, setelah ditolak cuti yang belum diambilnya, itulah sebabnya tarikh perletakan jawatannya berkuatkuasa 17 Jun 2025.


Dalam surat perletakan jawatannya, dengan jelas Rafizi menyebut bahawa perletakan jawatannya akan bermula 17 Jun 2025 setelah beliau menghabiskan baki cuti tahunannya sehingga 16 Jun 2025.


Tidak ada apa-apa isu patut timbul sebenarnya kerana meskipun perletakan jawatannya berkuatkuasa 17 Jun, tetapi Perdana Menteri sebetulnya boleh saja menerima terus perletakan jawatan itu dengan serta-merta.


Isunya cuma, kenapa Perdana Menteri tidak segera menerima perletakan jawatan Rafizi itu sebaik surat sampai kepadanya, sebaliknya hanya mengatakan yang diluluskan hanya permohonan cutinya saja?


Dengan hanya mengumumkan cutinya saja diluluskan, tetapi perkara lain (perletakan jawatan) akan diputuskan kemudian, adakah ini bermakna Perdana Menteri masih ada hasrat untuk memujuk Rafizi?


Jika pertimbangan itu betul ada dalam pemikiran Perdana Menteri,  bermakna bukan Rafizi yang mahu atau sedia dipujuk, tetapi Perdana Menteri yang ingin memujuk bekas Timbalan Presiden PKR itu.


Dalam hal ini dan untuk mengelakkan orangramai terus bercakap macam-macam, adalah disarankan agar Perdana Menteri segera mengumumkan menerima perletakan jawatan Rafizi itu.


Begitu juga dengan perletakan jawatan seorang lagi menteri, Nik Nazmi Nik Ahmad, ia harus diterima serta-merta.


Tak perlu tunggu sehingga tarikh perletakan jawatan itu berkuatkuasa baru hendak diumumkan perletakan jawatannya diterima.


Dalam hal ini, tidak bermakna apabila perletakan jawatan diterima, maka Perdana Menteri perlu melakukan pengisian dengan serta-merta.


Perlantikan menteri baru terpulanglah kepada Perdan Menteri bila mahu melakukannya dan siapa yang mahu dilantiknya.


Hormati hasrat mereka untuk berhenti dan adalah tidak benar  juga seperti ada pensyarah politik memberi kenyataan, tindakan Rafizi berhenti adalah tidak berperlembagaan kerana kononnya menteri dilantik oleh Perdana Menteri dan tiada peruntukan yang menyebut bila kalah pemilihan parti, maka seseorang itu mesti berhenti sebagai menteri.


Untuk makluman pensyarah berkenaan,  perlembagaan menetapkan bahawa kuasa melantik dan memecat menteri adalah hak serta kuasa Perdana Menteri, tapi jika mana-mana menteri ingin berhenti, ia adalah hak menteri berkenaan melakukannya.


Kesimpulannya, biarkan saja Rafizi dan Nik Nazmi berhenti, sesiapa yang nak jadi pengganti, silalah melobi mulai sekarang dan tunjukkanlah muka di mana saja Perdana Menteri berada. – ShahbudinHusin 30Mei2025.


https://shahbudindotcom.net/2025/05/pm-patutnya-terima-serta-merta-perletakan-jawatan-rafizi-nik-nazmi/



JANGAN PERCAYA LEBAI PALA TOYA... BANYAKKAN MEMBACA. LEBAI BUKAN TAU FAKTA MAIN AUTA.. TU NAK JAGA NEGARA... DEYYYY... POOODAAAA...

 


MISLEADING INFORMASI

Banyakkan membaca!





Kita kongsi info yg betul pula!


✅ Penjelasan Fakta Isu Penggunaan LPG Bersubsidi


❌ Dakwaan 1: “Kerajaan Madani larang peniaga kecil guna tong gas subsidi RM26.”


✅ Fakta: Tiada larangan total.

➡️ Peniaga masih boleh guna LPG bersubsidi selagi tidak melebihi 42kg (3 tong 14kg) pada satu masa.

➡️ Jika guna lebih daripada itu, dianggap skala komersial – bukan lagi "peniaga kecil".


---


❌ Dakwaan 2: “Mereka dipaksa guna tong gas komersial RM70 – tiga kali ganda!”


✅ Fakta: LPG komersial memang tidak disubsidi sejak dahulu, harganya ikut pasaran.

➡️ Subsidi ditujukan kepada isi rumah dan peniaga kecil, bukan untuk perniagaan besar.


---


❌ Dakwaan 3: “Malaysia pengeluar LNG, tapi rakyat tak dapat guna gas negara sendiri.”


✅ Fakta: LNG ≠ LPG.

➡️ LNG dan LPG berbeza dari segi sumber, penggunaan dan pengendalian.

➡️ Subsidi di Malaysia diberikan untuk LPG, bukan LNG.


---


❌ Dakwaan 4: “Permit untuk guna lebih 3 tong menyusahkan.”


✅ Fakta: Permit Barang Kawalan Berjadual (PBKB) adalah standard pemantauan.

➡️ Sama seperti lesen perniagaan, ia boleh dipohon dalam talian melalui sistem BLESS 2.0.

➡️ Sudah diperkenalkan sejak tahun 2021 (Kerajaan PN/BN).


---


❌ Dakwaan 5: “Harga makanan naik sebab larangan guna tong subsidi.”


✅ Fakta: Kenaikan harga makanan bukan semata-mata disebabkan gas.

➡️ Faktor utama: kos bahan mentah, sewa, upah pekerja.

➡️ Ketirisan subsidi kepada perniagaan besar juga jejaskan golongan B40.


---


❌ Dakwaan 6: “Keadilan Sosial Madani hanya slogan.”


✅ Fakta: Keadilan sosial ialah menyalurkan subsidi kepada yang layak.

➡️ Subsidi tanpa had kepada restoran mewah bukan keadilan – ia pembaziran dana awam.


---


❌ Dakwaan 7: “Ini penindasan ekonomi terhadap rakyat biasa.”


✅ Fakta: Peraturan hanya larang peniaga besar salah guna subsidi.

➡️ Warung, gerai kecil, penjaja kecil tak terjejas jika penggunaan < 42kg.


---


❌ Dakwaan 8: “Kerajaan Madani sengaja tambah beban rakyat.”


✅ Fakta: Peraturan ini wujud sejak 2021 (Kerajaan PN/BN).

➡️ Kerajaan kini hanya melaksanakan penguatkuasaan terhadap dasar sedia ada.




KEPADA PIHAK BERKUASA... PENIPUAN NI LAMA DAH BERLAKU. IANYA DIKATAKAN DI KETUAI OLEH PAIMAN DAN DATO SHARON. DANA M5301, DANA PAIMAN... RAMAI YANG PERCAYA. RASANYA SUDAH RATUSAN JUTA DITIPU


 

NOHHHH.. MINTA TIN MILO LAK LA


 

ANWAR TAK SIGN SURAT PERLETAKAN JAWATAN RAFIZI


 

RUNGUTAN SEORANG KETUA CABANG


 


RAKYAT PAHAM. RAKYAT BUKAN BODOH BAHLOL

 


INNALILLAH- ALFATIHAH.


 

TEORI DOMINO

 


DIA NI BAHASA TAK LULUS SPM. MANA DIA PAHAM. FITNAH KERJA DIA


 

INFAK DEMI PAS.


 

UNTUNG SIKIIT SSIKIT DAH LA.. BARANG ASAS TAK NAIK... GAS MURAH PAKAI DULU PUN HARGA JUAL MAHAL JUGAK

 

Penggunaan gas melebihi 42kg @ 3 tong dalam satu satu masa dianggap penggunaan komersial, tidak layak dapat harga subsidi. 


Kena guna gas tong purple, dasar ini dibuat tahun 2021 oleh Kerajaan Tebuk Atap, bukan dibuat oleh Kerajaan Madani.



Ramalan Masa Depan Anwar Ibrahim oleh GAP. Mereka ahli PKR.



Anwar Ibrahim kini berada di puncak impian hidupnya: menjadi Perdana Menteri. Namun, di sebalik kejayaan itu, legasi politik beliau dilihat semakin terperangkap dalam dilema yang beliau sendiri bina antara janji reformasi dan realiti kompromi kuasa.


Beliau akan dikenang sebagai pemimpin reformasi yang akhirnya terpaksa berdamai dan berkompromi dengan sistem yang pernah beliau lawan dengan lantang. Dalam keadaan politik semasa yang rapuh dan bergantung kepada gabungan parti berbeza ideologi, Anwar kini bukan lagi simbol perubahan mutlak, tetapi menjadi penjaga kestabilan gabungan yang dipenuhi tekanan dalaman.


PKR sendiri tidak lagi dilihat sebagai parti akar umbi rakyat. Ia telah berubah menjadi lebih teknokratik, dan kurang daya tarikan kepada kelompok luar bandar serta anak muda marhaen. Jika gabungan PH gagal mempertahankan sokongan pengundi Melayu dan generasi muda, kerajaan ini berisiko tumbang dalam PRU16 atau Anwar sendiri mungkin akan dipaksa berundur oleh sekutu gabungan jika prestasi terus menjunam.


Ramalan masa depan menunjukkan tiga senario utama: 1. Menamatkan khidmat secara damai dan simbolik selepas PRU16 jika kalah.


2. Dipaksa berundur oleh tekanan dalaman sebelum PRU selesai.


3. Kekal memerintah, namun terus kehilangan keyakinan rakyat terhadap idealisme reformasi.


Hakikatnya, rakyat bukan lagi mendengar retorik 'lawan kezaliman' mereka menilai prestasi semasa dan kelangsungan hidup harian. Jika tiada perubahan besar dari segi penyampaian dasar dan keberkesanan pentadbiran, rakyat akan mencari naratif baharu bukan lagi 'reformasi'.


Soalnya kini bukan lagi bagaimana Anwar naik, tetapi bagaimana beliau akan turun dengan bermaruah, atau terpaksa.


Inilah momen paling tinggi dan sekaligus titik paling getir serta paling rendah dalam karier politik Anwar Ibrahim.


Disediakan oleh: Golongan Aras Penentu (GAP)



UCAPAN RAFIZI LEPASKAN JAWATAN.

 


BILA BH BUAT BERITA TENTANG PILIHANRAYA SABAH. PENYOKONG PH TAK BACA PUB BERITA HARIAN.

 

















DIA TAK PERNAH CERDIK- KELUAR KENYATAAN TANPA ZWLIDIK. TU LA PAS.


Che Ibrahim


 Penggunaan gas melebihi 42kg @ 3 tong dalam satu satu masa dianggap penggunaan komersial, tidak layak dapat harga subsidi. 


Kena guna gas tong purple, dasar ini dibuat tahun 2021 oleh Kerajaan Tebuk Atap, bukan dibuat oleh Kerajaan Madani.



RAMALAN MASA DEPAN ANWAR- SIRIK DAK?

 


BAGI JADI KERAJAAN APA PUN TAK BUAT. KERJA DOK HASUT. NEGERI SENDIRI PENAGIH BANYAK DAN MUNDUR.. TOYA MAT MIN. SPM TAK DAPAT KEPUJIAN TU MASAALAH TAK PAHAM BAHASA. .


Che Ibrahim


 Sabar lie, sabar... Kekosongan masih belum berlaku, mereka baru di peringkat bercuti, gaji menteri masih berjalan dan dibayar sehingga ke tarikh kuatkuasa perletakan jawatan.



HANGPA DOK CAYA GELEMBONG DIA


 

AWAT PULAK HANG NI.. HERO KALAH GAK NOHHH

 


UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA YANG MENGUNDI SAYA

 

Saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua perwakilan yang telah mengundi saya dalam pemilihan parti KEADILAN baru-baru ini.








Saya turut mengucapkan selamat memikul amanah dan menjalankan tugas kepada kepimpinan baharu parti kita.


Keputusan kali ini bukanlah apa yang seperti kami harapkan.


Kami telah berjuang habis-habisan, dan saya amat menghargai dedikasi pasukan saya sepanjang kempen ini.


Apa jua yang mendatang, saya akan terus berkhidmat kepada tanah air dengan sepenuh jiwa dan raga.


Kini tibalah masanya untuk kita mengetepikan segala perbezaan dan bersama-sama memastikan KEADILAN keluar daripada ujian kuasa ini dengan idealismenya tetap utuh, membawa visi serta agenda untuk terus berkhidmat dan mengangkat martabat rakyat.



KEH KEH KEH.. AYAT AKHIR WIN.


Hamdan Taha 


Hari ni saya bersama dua sahabat minum petang di subang jaya, seorang tokoh parti amanah seorang lagi sudah tentu penyokong kuat kepada PMX mereka ajak minum untuk tukar tukar pandangan antara kami tentang suhu dan keadaan politik semasa...


Antara di bincangkan ialah apakah kerajaan perpaduan ini masih akan menjadi kerajaan selepas PRU ke 16


Kenapa RR di kalahkan dalam pemilihan PKR


Siapakah calun PM selepas Pru ke 16


1. Setelah perbincangan panjang antara pandangan saya kemungkinan besar Kerajaan perpaduan ini masih kekal jadi kerajaan kerana beberapa sebab, Pakatan Pembangkang gagal menonjolkan calun PM mereka sekarang kerana antara kehendak pengundi ialah untuk melihat calun PM tu siapa, jika di pihak Perpaduan walaupun apa pun kisah mereka tapi ada dua nama, Anwar Ibrahim dan dari Umno juga ada Zahid, mat hassan, Jo Gani... Masih ada nama yang boleh di sebut, di sebelah PN mereka tak berani nak sebut, Muhidden ke, Hamzah Ke, Azmin Ali ke, Samsuri ke, Hadi ke, yang pasti nama Ibrahim tuan man tidak di sebut sebagai calun Pm walaupun dia Timbalan PRESIDEN. BUKAN KERANA ORANG SUKA SANGAT PADA PMX dan Zahid atau Umno tapi itulah nama mereka yang ada sebagai PM...


Ke 2, Untuk kalahkan Kerajaan bukan mudah kerana segala jentera, kewangan, kuasa ada pada mereka, dan perlunya di ujudkan Gelombang besar untuk jadikan Sunami Politik menolak KERAJAAN YANG ADA. PH tahun 2018 nak kalah kan BN mereka ujudkan Gelombang ambil masa 3 tahun, dari 2016,2017,2018 dengan Bersih, Invoke, Tun Dr M, tertubuhnya Bersatu, jelajah seluruh negara ni selama 3 tahun, dan isu isu masa itu di jadikan Gelombang, GST, IMDB, Rosmah Jlow dan Najib. Baru lah berjaya di tumbang kan dalam PRU ke 14,itu pun gelombang tersebut dari tahun 98 di situ lah bermulanya... Puluhan tahun baru berjaya... Nama nama besar ada bersama Gelombang PH ketika itu...termasuk Shafie di sabah


Kemudian kenapa RR kalah di pemilihan PKR saya tak nak jawap sangat isu itu kerana yang nak dia kalah ialah Presiden dan Anak kepada Presiden hanya mereka yang tahu jawapan yang tepat, kita orang luar ni sekarang boleh kongsi pandangan sahaja tapi tidak semestinya tepat, jadi suka hati lah PKR nak lantik siapa, cuma kesan pada PKR tetap ada itu pun kita perlu lihat apa tindakan RR, cuma saya anggap RR matang dan hebat kerana jika ada niat berhenti pun dia tak buat ketika ada persidangan Asean dia jaga nama baik negara dan nama baik PMX, selepas ini kita tak tau apa nak jadi...tunggu lagi seminggu dua


Kemudian saya di asak di tanya jika bukan PMX siapakah PM saya jangka jika PKR kalah banyak kerusi tetap Anwar akan di beri sekali lagi jadi PM tapi bersyarat itu pun jika Umno ada kerusi 40 ke 50 kerusi, anwar akan jadi seperti Pak Lah atau Tun Dr M di minta jadi Pm dua tahun kemudian Jawatan PM di serahkan pada Umno, itu terpulang pula Umno kerana selepas PRU ke 16 parti akan buat pemilihan parti, dan terpulang juga pada Zahid Hamidi masa itu... Tetap juga calun PM berada di Block PH dan BN tak mungkin PN, ini pandangan saya sahaja...


Apakah penyokong RR akan terus marah termasuk Rakyat dan Pengundi Tegar PKR, jawapan saya yer tapi semuanya bergantung pada RR punya Gerakan. Begitu juga bergantung siapakah yang akan masuk ke kabinet mengantikan RR dan Nik Nazmi, salah seorang dah tentu Ramanan ini wajib kerana PmX nak mulakan Game dia kepada Kaum India, politik kita tak dapat lari dari Kaum. Ada juga saya dengar PMX cuba bawa masuk KJ dalam Kabinet untuk menarik pengaruh baru, tapi ini akan merosakan sikit hubungan antara PKR dan Umno kecuali sudah ada rundingan Anwar dan Zahid, tengku zafrul juga akan di serap masuk PKR cuma Zafrul hanya akan di calunkan dalam pru ke 16 sama ada calun MB atau kekal Menteri...


Politik berkaitan dengan strateji.... Tapi PMX tetap akan tergangu dengan Kes Salah laku sex dengan bekas staf beliau iaitu Yusuf, selepas kisah RR di Johor ada ahli dan penyokong PKR sendiri dah mula buka ruang terbuka minda untuk mendengar Kes Yusuf, Ceramah Ezam dan Mendengar celoteh Azmin Ali dan Keluar Sekejap bersama KJ dan Sharil... Jika ahli PKR dan Penyokong PKR mula bersedia membaca Kes Yusuf dengar ceramah dan ucapan musuh anwar atau bekas sahabat anwar ini bahaya sikit buat PKR dan Anwar. Perana NI pula saya tak nampak akan memberikan nilai tambah kepada PKR kerana dia semenjak awal dah jadi nasi tambah PkR dan Anwar dan nasi tambah tu dah di makan pun.... Jadi tak nampak ada berkesan di situ...


Allahualam, terima kasih sahabat ku dua tokoh ni belaja minum petang... Dia sahabat baik PMX dan seorang lagi sahabat baik Mat Sabu... Dua dua hebat... Yang pasti Amanah lega sikit bila nanti bincang bab kerusi PKR hantar Nurul dan Ramanan bukan RR lagi.... Jadi kurang tumbuk meja dan ketegangan... Bincang pun sambil minum Latte sahaja...


Tapi rumusan kami bertiga tadi ialah lebih baik kita jaga surau dan masjid dari aktif politik jika jiwa tak kental modal tak banyak...