Dari Rafizi Ramli- kita ceramah untuk menerangkan matlamat kerajaan bantu rakyat- PN ceramah maki orang dan cakap kosong





Dalam siri ceramah Jelajah Madani yang saya sertai, fokus saya adalah untuk terangkan apakah rancangan kami di Kerajaan Perpaduan.


Rancangan yang diterangkan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong tetapi telah pun berlaku dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.


Sedang Perikatan Nasional terus kekal dengan modal kempen yang sama dengan lawak-lawak dan maki hamun, tidak kedengaran daripada mereka rancangan untuk menaikkan gaji rakyat atau pun rancangan menangani isu anak muda yang tidak mahu menyambung pengajian sebaliknya ingin terus bekerja.


Berbeza dengan terjemahan kami untuk terus membantu rakyat, kita sedang mula menyediakan langkah-langkah ke arah menaikkan gaji rakyat menerusi model gaji progresif. Begitu juga dengan trend lepasan sekolah sekarang yang terus ingin bekerja, kami telah menyediakan laluan alternatif itu kepada mereka


Semalam di DUN Tanjung Mas, Kelantan saya sampaikan betapa penting untuk wakil-wakil rakyat dan pentadbir laksanakan tugas dengan betul untuk rakyat. 


Hanya dengan kecekapan dan kebertanggungjawaban, perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat diberikan. 


Sebab itu isu air di Kelantan ini perlu diterangkan dengan fakta dan bukan emosi semata bahawa kerajaan negeri harus muhasabah dan menjawab tentang kecekapan mengurus perbekalan air di negeri itu bila mana operator-operator air di negeri-negeri lain jauh lebih baik prestasinya daripada Kelantan.


Jelajah Madani hari ini disambung ke Kedah dan kami akan terus terangkan dan sampaikan rancangan-rancangan kami untuk kesejahteraan rakyat semua. 


Malam ini saya akan terus menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh geng-geng PN. Ikuti ceramah ceramah saya secara langsung, jam 11 malam di media sosial saya.



SOALAN ANAK MUDA TEMU ANWAR DI PENANG.


 

BETOI LA MASA TU HANG MB- TAPI HAKIKATNYA PROJEK KULIM HIGHTECH TU KERAJAAN PERSEKUTUAN PUNYA. DEKAT DENGAN PENANG PORT IKUT HIGHWAY. HANG PUN CLAIM JUGA KERJA ORANG LAIN BUAT


 

SAPA KATA MELAYU TERPINGGIR...INGAT KELANTAN KEDAH TERENGGANU...INI PENANG..NEGERI DAP...


 

ANALISIS YANG BOLEH DI TONTON


 

KALIH LA...BAGI SAMA.


 

KAH..KAH..KAH..BUDAK BUDAK TAK SEKOLAH NI ...TAKUT APA ....


 

Haris, saudara ku… rakan seperjuangan ku


 
Join us on Telegram and Instagram for the latest.

Kau sudah pergi
Sedih pilu menusuk kalbu
Pahlawan teras … berkata
benar
Sanggup meniti pintasan
berduri besi
Suara garau mu
menggoncang naluri
Senyum serius mu
mengatur bahasa sakti

Kau merelakan diri demi
menegak keadilan sejagat
Kau bersama kami dalam
pentas pertarungan
Meskipun dihimpit gergasi-gergasi
yang mencantas
Tetap berterima kasih atas
setia kawan mu
Masih tagih semangat
jitu mu itu
Tetap terkilan kerana masa
cemburu kan masa
Insan jiwa besar
Insan jiwa merdeka

Pergilah dulu saudara ku
Intailah jalanan kami
Bila kita ketemui nanti
Kan ku ceritakan liku-liku
perjuangan kami
Satu Demi Satu DEMI SATU

Salam kasih dan salam hormat, saudara ku.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme

SAFT BATU MAUNG




Dalam banyak2 saya terima CV, yang ni antara yang wow dan punya latar belakang hebat.

Calon UG di Batu Maung Pulau Pinang, Prof Dato Mohammad. Berumur 49 tahun. Kira muda la. Kalau banding politikus dinosaur.

Kelayakan akademik tak usah bilang la. Siap ada post doctrate. Sikit atas dari PhD. Dalam bidang Kewangan Islam.

Jawatan terakhir Rektor, Kolej Islam Teknologi Antarabangsa, Pulau Pinang.

Saya scroll FB, nampak berjiwa rakyat. Update di FB pun constant sekali. Maknanya he has a good team.

Saya tanya2 little bird di sana, calon ini calon gerenti menang. Ada ura2 dilantik sebagai TKM Pulau Pinang.

Jadinya, kalau betul little bird cakap, bertuah lah orang Batu Maung, bukan saja pangkah ADUN, sekali dapat pakej orang no. 2 nanti dalam Kerajaan Negeri.

Apa pun, saya ucap selamat maju jaya kepada bakal YB. Harap lepas menang stay the same, untuk ibu pertiwi.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

P/s- Saya kurang dapat CV dari PN dan PAS. Tak sudi saya promosi agaknya. Kata mereka acah2 neutral saja Description: 😅suka hati la. Saya proceed mana yang ada.

 


NAK KATA PMX MENIPU PASAL PELABURAN. INI GAMBAR PMX BERTEMU DELEGASI JERMAN INFINEON.








DS Anwar yang berjumpa dengan wakil syarikat Infineon, tiba-tiba walaun claim Sanusi punya kerja. Jenis muka tembok. Tak malu nak claim.

Btw, ini bukti Kerajaan Perpaduan Madani tak anak tirikan Kedah. Sanusi fitnah PMX pun, tetap beri pelaburan masuk ke Kedah.

Tapi walaun tak mengaku punya. Fitnah tu lazat bagi walaun. Guane boh?

Raja Gelap




BAB INI PAS MEMANG TERBAIKLAH…

 

Pas Pulau Pinang menyarankan agar agar calon PN bagi kerusi Dun Bayan Lepas, Dominic Lau membawa jenteranya sendiri untuk berkempen.

Kata Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang, Muhamad Fauzi Yusof, Pas sendiri berdepan masalah kekurangan penggerak parti untuk membantu calon-calon PN.

“Termasuk Pas juga perlu ada jentera masing-masing,” katanya.

Dipetik sebagai berkata, PAS Pulau Pinang, kata ketuanya itu, kini berdepan dengan masalah penggerak untuk membantu calon-calon PN menghadapi lawan masing-masing.

Justeru Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang itu mencadangkan agar calon PN untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas, Dominic Lau, membawa sendiri jentera partinya untuk berkempen di situ.

Kata Fauzi, semua calon yang bertanding dalam pilihan raya negeri (PRN) menggerakkan kempen dengan kekuatan jentera masing-masing, dan ia termasuk PAS sendiri.

Jentera PAS juga, tambahnya, perlu dihantar ke kawasan lain sebagai bantuan kepada calon yang bertanding.

“Sekarang masing-masing ber­tanding kena bawa jentera ma­sing-masing, jadi Dominic (Lau) kena bawa jentera dia.

“Kita pun tidak cukup (jentera), malah jentera kita sebenar­nya ada kawasan yang kena bantu juga, jadi siapa yang bertanding dia kena ketuai jentera di situ dan bawa jentera masing-masing,” katanya seperti dipetik Utusan Malaysia di George Town hari ini.

Berita penuh di sini – https://m.malaysiakini.com/news/674499

Dalam hal ini, Pas memang terbaiklah dan nampaknya sedang memberi pengajaran kepada Gerakan.

Iyalah…nak bertanding dalam pilihanraya mesti ada jentera sendiri dan mana boleh berharap kepada jentera orang lain saja.

Sudahlah bertanding di kawasan orang, takkan jentera pun orang juga nak sediakan?

Kalau tiada keupayaan menyediakan jentera, malah ketika hari penamaan calon pun penyokong yang hadir hanya boleh dibilang dengan jari, baik tak usah bertanding.

Apa pun, buat pertama kali sekali lagi pujian diberikan kepada Pas Pulau Pinang atas ketegasannya terhadap Gerakan ini.

Terbaik dan tabiklah atas kenyataan Pesuruhjaya Pas Pulau Pinang kali ini!! – ShahbudinHusin 05/08/2023.



PENAKUT RUPANYA. SEMBANG BERDEGAR DEGAR DEPAN ENYOKONG . MAKI PALA BAPAK BAGAI- PENAKUT....HANG PENGECUT NAK DEBAT ILMIAH

 

JAMZURI ARDANI


Elok pun Sanusi tolak. Dia bukan sedar pun apa yang dia cakap ... nanti sibuk plak kena layan saman fitnah

 

May be an image of slow loris and text
 

JANGAN MIMPI ANWAR JATUH BULAN LAPAN INI…

 


Kalau dengar ucapan pemimpin-pemimpin PN ketika kempen PRN yang sedang berlangsung sekarang, tiada lain yang paling banyak keluar daripada mulut mereka melainkan gembar-gembur Anwar Ibrahim akan jatuh pada bulan lapan (Ogos) ini.

Daripada Mahiaddin Md Yasin, Azmin Ali, Sanusi Md Nor dan sejumlah ramai lainnya, itulah naratif yang sedang mereka bina sebagai jajaan agar pengundi di enam negeri memberi sokongan kepada PN pada 12 Ogos nanti.

Paling syok bila dengar Mahiaddin yang sebelum ini pernah dicop sebagai Perdana Menteri paling gagal yang antara lain menyebut dalam satu ucapannya – “selepas PRN nanti melalui kemenangan yang dicapai oleh PN, maka Anwar akan jatuh kerana terbukti beliau tidak pandai mentadbir negara”.

Ehh…ehh…apa kena mengena keputusan PRN dengan pandai atau tidak pandai Perdana Menteri dalam mentadbir negara?

Mahiaddin selama 17 jadi Perdana Menteri yang dicop paling gagal sebelum ini, adakah beliau pandai sangat mentadbir negara?

Kemudian, disebabkan para pemimpin PN tidak henti-henti bercakap Anwar akan jatuh pada bulan lapan iaitu selepas berakhirnya PRN pada 12 Ogos, ahli dan penyokong PN pun turut sama ghairah menjaja naratif yang serupa.


Bila berjumpa dengan kita, mereka mula sibuk bertanya – betulkah Anwar akan jatuh bulan lapan ini?

Hairan kan…mereka yang nak jatuhkan Anwar, tapi mereka pula yang bertanya kepada kita – betulkah Anwar akan jatuh?

Apakah tanda semua itu?

Ia tidak lain menunjukkan mereka sendiri sebenarnya tidak pasti sama ada Anwar akan jatuh atau tidak.

Persoalannya, macam mana Anwar boleh jatuh atau boleh dijatuhkan selepas berakhirnya PRN nanti?

Berkurangkah majoriti dua pertiga atau kedudukan 148 Ahli-Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan perpaduan dan Anwar, katalah jika PN menang empat atau lima negeri pada PRN nanti?

Malah kalau keenam-enam negeri sekali pun berjaya disapu bersih oleh PN, celah mana Anwar boleh tumbang kerananya?

Pertama, PRN adalah bertujuan untuk membentuk kerajaan negeri, bukan menentukan jatuh bangun Perdana Menteri.

Suara atau undi Adun tidak laku di Parlimen dan oleh itu, tiada kaitan keputusan PRN boleh menyebabkan jatuhnya Anwar.

Kedua, harus difahami bahawa tiada peruntukan undang-undang untuk membuang seorang Perdana Menteri daripada jawatannya.

Perdana Menteri hanya boleh dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau jika dia sendiri menjatuhkan dirinya dengan cara berundur diri atau meletak jawatan sepertimana dilakukan Mahiaddin sebelum ini.

Selagi seseorang Perdana Menteri itu tidak dijatuhkan melalui usul undi tidak percaya di Parlimen atau beliau tidak meletak jawatan, dia akan terus kekal sebagai Perdana Menteri sehinggalah Parlimen dibubarkan.

Ketiga, oleh sebab sekarang ini akta lompat parti telah berkuatkuasa, ini bererti Ahli Parlimen tidak laku lagi untuk menjaja akuan bersumpah mereka bagi menyokong sesiapa.

Semua Ahli Parlimen tertakluk kepada keputusan parti tentang arah tuju sokongan mereka.

Begitu pun, jika ada usul undi tidak percaya dibentangkan di Parlimen, Ahli-Ahli Parlimen bebas memberikan sokongan mereka.

Jadi, selepas PRN ini, apa sekali pun keputusan pilihan raya itu, sementara memang tidak mustahil untuk menjatuhkan Anwar sebagai Perdana Menteri, ia tetap memerlukan pembentangan usul undi tidak percaya di Parlimen.

Beranikah PN membawa usul tersebut?

Atau sedia dan benar-benar beranikah Mahiaddin yang ada kes mahkamah dan kini tergolong dalam kluster mahkamah mahu membawa usul undi tidak percaya terhadap Anwar dan menonjolkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri sekali lagi?

Jika tiada yang berani membawa usul atau kalau bawa usul pun tetapi tidak menang, bermakna Anwar akan kekal sebagai Perdana Menteri sehingga PRU16 atau sehingga tahun 2027 akan datang.

Ketika itu iaitu kira-kira empat tahun daripada sekarang – mana tahu – entah-entah Mahiaddin masuk penjara lebih dulu.

Penyudahnya nanti, jangankan di alam realiti, di dalam mimpi pun Anwar tetap tak berjaya dijatuhkan juga. – ShahbudinHusin 04/08/2023.




PRN Pulau Pinang: Pengundi muda cenderung PH - BN




 Oleh: Abdullah Zaid


Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang dilihat santai dan bersahaja buat calon gabungan Pakatan Harapan (PH) -Barisan Nasional (BN) untuk meraih sokongan sebelum tarikh pengundian pada 12 Ogos ini.


Hanya berbaki 7 hari sebelum mengundi, tinjauan Suara Keadilan mendapati rata-rata pengundi muda di ‘Pulau Mutiara’ memberi respon positif kepada prestasi Kerajaan negeri.


Muhammad Luqman Abdul Halim, 21, mahasiswa, lebih cenderung kepada gabungan Kerajaan Perpaduan hasil prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri.

Muhammad Luqman Abdul Halim

"Pada saya Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah banyak membuat pakej ekonomi dan kebajikan yang baik kepada rakyat di negeri ini.


"Banding dengan PN (Perikatan Nasional) mereka tidak tawar apa-apa pelan ekonomi dan tatakelola yang menyakin pengundi," katanya.


Jelas anak jati Bukit Mertajam itu sehingga kini blok gabungan Bersatu, Pas dan Gerakan tersebut masih tidak menampilkam ‘poster boy’ yang bakal menerajui Pulau Pinang.


"Kami ternanti-nanti juga siapa yang bakal menjadi Ketua Menteri bagi pihak PN tapi sehingga hari ini mereka tidak kemukakan," ujar anak muda itu.


Senada dengannya, Chang Tek Junn, 20 pengundi DUN Machang Bubuk, turut berkongsi pandangan sama mengenai prestasi Kerajaan Negeri.

Chang Tek Junn

Tambahnya, adalah lebih baik jika blok MADANI itu terus memegang pentadbiran negeri agar perancangan melibatkan projek berskala besar Kerajaan Negeri selari dengan Pusat.


"Saya lihat lebih baik kita kekalkan kerajaan sedia ada (PH) kerana Kerajaan sekarang berada di bawah Anwar Ibrahim (Perdana Menteri).


"Jika kita pilih PH maka lebih mudah untuk rakyat mendapat kemudahan infrastruktur dan ekonomi yang lebih baik," ujarnya lagi.


Sementara itu, bagi Shamahari Mogen, 23, anak kelahiran Seberang Jaya, lebih cenderung kepada blok Perpaduan atas faktor prestasi gerak kerja yang dibawa oleh ADUN itu sendiri.

Shamahari Mogen

Katanya, sebagai pengundi atas pagar politik khidmat perlu dilihat antara faktor penting dalam menentukan wakil rakyat yang hendak dipilih.


"Sejujurnya saya lebih minat untuk memilih calon yang betul-betul membuat kerja terutama dalam isu anak muda.


"Saya perhatikan parti kerajaan (PH-BN) lebih aktif melibatkan diri dalam aktiviti anak muda seperti Mobile Legend dan PUBG.


"Cara turun padang mendekati masyarakat ini yang membuat saya lebih suka (PH-BN)," katanya.


Terdahulu, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN negeri, Goh Choon Aik yakin 26 kerusi DUN sudah berada dalam genggaman Perpaduan sekali gus sudah berjaya membentuk Kerajaan Negeri daripada 40 jumlah yang dipertandingkan.


Selain itu, pemimpin KEADILAN negeri itu juga menyifatkan bahawa bertembungan mereka dengan PN seolah-olah bertarung dengan “bayang-bayang sendiri” kerana sukar untuk melihat bendera perikatan tersebut.