PELABURAN INFINEON: SAMA TETAPI BERBEZA


Adrian Lim Chee Ann.




1973:

Infineon mula bertapak di Malaysia


1996:

Kulim Hi-Tech Park (KHTP) mula beroperasi


2006:

Infineon buka kilang pertama di KHTP dengan pelaburan sebanyak RM1 bilion


2006 - 2022:

Pelbagai bentuk pelaburan tambahan, pembukaan kilang baharu di Melaka dan sebagainya berlaku


Februari 2022:

Infineon memulakan rancangan mengembangkan kilang di KHTP


Julai 2022:

Infineon mengumum pelaburan sebanyak RM8 bilion untuk mengembangkan kilang di KHTP, Sanusi dijemput sebagai tukang meletak batu asas


November 2022:

Anwar mengangkat sumpah sebagai PMX


Julai 2023:

Infineon berjumpa PMX, persetujuan dicapai untuk meningkatkan lagi pelaburan asal dari RM8 bilion kepada RM25 bilion, serta menukar status kilang baharu kepada kilang terbesar di dunia


—————


Nak kata Sanusi takde jasa, tak boleh.

Mungkin sedikit sebanyak ada juga sumbangan selaku Pengerusi KHTP (siapa jadi MB Kedah dia duduk kerusi tersebut) dan mungkin hal-hal berkaitan tanah.


Nak claim Sanusi terpaling berjasa pun tak boleh.

Kerana jika Sanusi terpaling berjasa, tak perlulah tunggu Julai 2023 untuk meningkatkan pelaburan sebanyak 3 kali ganda atau menjadikan kilang baharu itu kilang terbesar di dunia. Awal-awal tahun lepas lagi umum sedemikian. Kan?


Lagipun benda-benda berkenaan ekonomi dan pelaburan ini adalah bersifat “continuous” dan melibatkan pelbagai pihak.


Apa yang dicapai pada hari ini tidak bermula di zaman Sanusi. Ianya telah bermula sejak 1970an lagi ketika Infineon memasuki Malaysia dan diteruskan pada era 1990an apabila KHTP diasaskan.


Tetapi amat jelas, “game-changer” dan penyempurnaan telah dilakukan oleh Team PMX di zaman PMX.


1. Beberapa hal yang gagal dipersetujui sebelum ini akhirnya disepakati

2. Pelaburan asal dinaikkan dari RM8 bilion kepada RM25 bilion 

3. Kilang tambahan asal bertukar menjadi kilang terbesar di dunia


Rumusannya, “milestone” ini mempunyai mirip isu pelupusan Felda. Pelbagai pihak daripada latar belakang politik yang berbeza telah memainkan peranan masing-masing.


Dalam kes hutang Felda, Muhyiddin umum hutang peneroka dilupuskan, tetapi mengalih dan meletak beban hutang tersebut ke atas agensi Felda.


Akhirnya PMX menyempurnakan pelupusan hutang itu dengan memberi suntikan dana kepada agensi Felda. 


Dalam kes Infineon, pentadbiran Sanusi telah memainkan peranan tetapi akhirnya PMX merupakan sosok yang melonjakkan status pelaburan Infineon.



No comments: