1. Saya baca suatu laporan rasmi. Sepanjang 40 tahun lepas, RM42 trillion telah lesap dari Malaysia, hasil rasuah dan salah guna kuasa.
2. Perkara ini punca utama nya yang semua tahu adalah kerana parti politik. Guna duit negara macam duit sendiri. Semua atas alasan sumbangan politik.
3. Patutnya, kalau betul untuk donasi politik yang akhirnya untuk rakyat, dengan RM42 trillion, kita dah boleh jadi negara maju. Patut dah kurang benar rakyat miskin, Kerajaan dah boleh jaga benda basic.
4. Namun, lepas 65 tahun merdeka, masih lagi ada masalah air? Tak boleh brain.
*************************
5. Negara ini negara kaya sumber. Minyak dan galian merata. Kita juga punya cuaca tropika. And stable all year around. Patut jadi negara Pertanian terkuat di rantau. Dengan tanaman padi, kelapa sawit dan getah.
6. Namun ekonomi kita 40 tahun ini makin merudum. Ringgit dulu tahun 1980 hanya RM2.21 ke USD sekarang dah RM4.50. Sekali ganda jatuhnya. Bandingkan dengan negara sekeliling kita.
7. Apa jadi dengan kekayaan yang kita ada? Jawapannya ialah melalui Indeks Kroni Dunia. Selama 20 tahun ini, Malaysia negara nombor 2 terteruk dalam dunia mengamalkan ekonomi kroni. Cuma baru2 ni je kita baik sedikit. Jadi negara nombor 3 selepas Rusia dan Ukraine.
*************************
8. Kadang saya tanya, duit punya banyak disakau ni orang politik nak buat apa? Kita tahu mereka ada berbilion di luar negara. 7 keturunan tak habis. Lepas meninggal, keluarga bergaduh kerana harta pusaka. Belanja tak habis.
9. Setelah berpikir, baru saya sedar. Orang politik takkan bagi kekayaan negara ini berlegar di kalangan rakyat biasa. Hanya untuk golongan political elite mereka.
Kenapa? Jawapannya, adalah kerana kuasa.
10. Mereka mahu rakyat kekal miskin dan hidup sederhana, kerana mereka boleh ada kuasa memberi. Mereka hendak rakyat pajak otak dan pajak budi. Boleh lah ini ditukar kepada undi.
11. Tidak masuk akal, 33 tahun memerintah, di Kelantan masalah air pun tak boleh settle. Di Sabah, sejak tahun 1963, kerja pun susah nak dapat. Mereka kena merantau pula.
12. Memang benda ini dibuat “purposedly”. Secara sengaja. Mereka nak kekalkan kuasa mereka. Contoh di Kelantan, dapat RM400 juta dari Kerajaan Pusat. Apa benda pertama sekali diaorg buat? Exco dan MB beli Mercedes Benz seorang sebijik. Naikkan bonus sendiri 🤦🏻♀️
13. Kalau lagu ni, dapat la duit banyak mana. Takde nya mereka nak selesai masalah air. Tambah undi dari tahun ke tahun tetap mereka dapat.
************************
14. Kata seorang bekas Menteri kepada saya “Kebanyakan strategi politikus Melayu Islam, ialah kekalkan rakyat dalam kemiskinan. Kerana hanya orang miskin yang lebih dekat dengan Tuhan. Barulah politik agama dan kaum boleh lekat”.
15. Apabila susah, tak payah nak ya mintak Wakil Rakyat buat kerja. Cukup anda berdoa, serahkan semua pada Yang Esa. Sampai dibuat slogan “nak kemajuan ke nak Islam?”
16. Walhal, Ustaz saya pernah ajar dulu. Ada hadis Rasulullah mengatakan “Kemiskinan itu dekat dengan kekufuran”. Maknanya, lagi miskin, lagi senang berbuat dosa. Umat akan terdesak juga. Nak beramal pun bukan di kepala.
17. Contohnya, negeri Kelantan. Negeri termiskin di Semenanjung. Punya rekod jenayah tertinggi di Malaysia. Jenayah dadah dan seksual ke atas kanak2 dan haiwan, tertinggi di sana 🤦🏻♀️ Sampai polis pun bersuara. Tapi pemimpin mereka tak rasa apa. Buat dek sahaja. Ini bukti kekufuran kerana kemiskinan.
*************************
18. Islam bukan agama yang menggalakkan kemunduran. Islam agama progresif yang patutnya untungkan seluruh bangsa di dunia. Mereka patut nampak syafaat nya.
19. Dalam Quran, jelas Surah Quraish menetapkan, bagaimana pembinaan harus negara dibuat. Ada 5 perkara pemerintah harus buat untuk rakyat:
i. Galakkan unity atau perpaduan berbilang kaum dan agama;
ii. Perkuatkan ekonomi negara;
iii. Sediakan tempat dan kemudahan yang baik untuk beribadat;
iv. Memastikan ada makanan yang cukup dalam negara (food security);
v. Memastikan keselamatan dalam negara dan rakyat terjaga.
20. Walaupun ini termaktub jelas dalam Al-Quran, tapi adakah ini yang dibuat oleh pemimpin Islam kita? Tengokkan perkara (iii) ☝🏼, patutnya kita tanya. Kalau air pun jarang ada, nak beribadat macam mana? Belum lagi cerita pasal sediakan kerja.
21. I’m no ustazah, nak terangkan surah di atas. Tapi ia jelas sejelasnya. Tak perlu ada dalil menolak. Kalau saya jumpa pemimpin Islam kita yang kata rakyat perlu tolak kemajuan, I’ll show this surah to him, tengok apa dia kata?
*************************
22. Kita harus bangkit tanya pemimpin ulamak kita. Jangan wala atau pajak otak kepada mereka. Perosah mereka buat kerja. Jangan kita pangkah, hanya kerana dia sama agama dengan kita. Atau berwirid lebih panjang dari kita.
23. Banyak lagi pemimpin tanpa kopiah di kepala, yang niatnya ikhlas nak bina negara, atas landasan Islam juga. Namun kerana hendak membawa kemajuan, mereka “kafir” dan “liberal” kan dia.
Salam hormat,
Liyana Marzuki