Tindakan Menteri Besar (MB) Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor yang konon mahu mempertahankan nadir bumi (REE) di Kedah daripada dirompak oleh Kerajaan Persekutuan melalui hartawan berasal dari Indonsia, Reza Khalid amatlah tidak bertanggungjawab.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
sebaliknya meminta Sanusi menjawab terlebih dahulu berkenaan isu kecurian REE
di tanah milik Menteri Besar Incorporated di bawah kawalan beliau sendiri.
"Mula mula kata tak kenai orang ni (Zhi Yi). Saifuddin habaq
saja, saya tak kenai. Yang ni Perbadanan Menteri Besar, saya Menteri Besar, tak
kenal.
"Kelmarin saya tunjuk gambar. Dia kata, saya kenai ni. Dia
mai datang raya. Ada sekali. Sekarang hang kenai pulak?
"Dalam pada kenal itu dia kata Anwar pun bawa seorang kawan
dia. Nama Reza Khalid. Saya baru telefon Datuk Seri Anwar, tanya kenal ke Reza
Khalid? Dia kata kenal. Dia multi billionaire dari Indonesia, seorang ahli
perniagaan masyhur di Indonesia," katanya dalam ceramah di Sungai Petani,
semalam.
Tegas Saifuddin, berbanding Hwang Zhi Yi yang masuk ke hutan
simpan mencuri REE dan tidak diketahui asal usulnya, kata Saifuddin, Reza
Khalid mempunyai banyak harta dan tidak ada masalah untuk masuk ke Malaysia
atau Kedah meninjau peluang pelaburan.
"Dia meniaga minyak, gas, ribu juta punya aset kekayaan.
"Sanusi kata Datuk Seri (Anwar) bawa dia (Reza) mai jumpa
untuk minta REE. Yang berlaku adalah dengan Reza Khalid ini menghadap Tuanku
Sultan Kedah di Istana Anak Bukit.
"Habis menghadap balik. Boleh MB reka, kata Anwar bawa Reza
nak minta REE (kepada MB).
"Sanusi ini manusia paling benci dengan Anwar. Batang tubuh
Anwar dia benci. Kalau dia benci macam tu, boleh fikir ke Anwar nak pergi jumpa
dia minta REE," kata Saifuddin lagi.