Dari Rafizi Ramli- kita ceramah untuk menerangkan matlamat kerajaan bantu rakyat- PN ceramah maki orang dan cakap kosong





Dalam siri ceramah Jelajah Madani yang saya sertai, fokus saya adalah untuk terangkan apakah rancangan kami di Kerajaan Perpaduan.


Rancangan yang diterangkan itu bukan sekadar cakap-cakap kosong tetapi telah pun berlaku dan sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan.


Sedang Perikatan Nasional terus kekal dengan modal kempen yang sama dengan lawak-lawak dan maki hamun, tidak kedengaran daripada mereka rancangan untuk menaikkan gaji rakyat atau pun rancangan menangani isu anak muda yang tidak mahu menyambung pengajian sebaliknya ingin terus bekerja.


Berbeza dengan terjemahan kami untuk terus membantu rakyat, kita sedang mula menyediakan langkah-langkah ke arah menaikkan gaji rakyat menerusi model gaji progresif. Begitu juga dengan trend lepasan sekolah sekarang yang terus ingin bekerja, kami telah menyediakan laluan alternatif itu kepada mereka


Semalam di DUN Tanjung Mas, Kelantan saya sampaikan betapa penting untuk wakil-wakil rakyat dan pentadbir laksanakan tugas dengan betul untuk rakyat. 


Hanya dengan kecekapan dan kebertanggungjawaban, perkhidmatan terbaik kepada rakyat dapat diberikan. 


Sebab itu isu air di Kelantan ini perlu diterangkan dengan fakta dan bukan emosi semata bahawa kerajaan negeri harus muhasabah dan menjawab tentang kecekapan mengurus perbekalan air di negeri itu bila mana operator-operator air di negeri-negeri lain jauh lebih baik prestasinya daripada Kelantan.


Jelajah Madani hari ini disambung ke Kedah dan kami akan terus terangkan dan sampaikan rancangan-rancangan kami untuk kesejahteraan rakyat semua. 


Malam ini saya akan terus menjawab isu-isu yang ditimbulkan oleh geng-geng PN. Ikuti ceramah ceramah saya secara langsung, jam 11 malam di media sosial saya.



No comments: