Teruk Ismail Sabri diberi tekanan

 



Teruk Ismail Sabri diberi tekanan


NORMAN RADZUAN

Mahu kembalikan RM100b wang rakyat kepada rakyat?

NAJIB BAKAL PM KE 10

Sudah beberapa kali majlis pertemuan dgn ahli, Ketua Bahagian dan parti komponen. Utk apa atau apa keperluan buat majlis2 seperti ini?

Sebenarnya ia sekadar tekanan kpd Ismail Sabri utk membubarkan Parlimen. Dlm erti kata lain meminta Ismail Sabri meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Mengapa perlu acara khas perjumpaan Presiden UMNO dan Perdana Menteri? Sdgkan mereka sentiasa boleh berjumpa di Majlis Tertinggi, Top 5 dan majlis tertutup. Ia sebenarnya hanya perang psikologi utk Ismail segera bubarkan Parlimen.

Semalam kita dikejutkan pengakuan Deepak wang Najib curi dari rakyat RM100 billion dan bukan RM 50 billion. Malah kata Deepak wang otu semua berada di luar negara.

Kemudian ramai yg PM… bagaimana boleh Najib tidak dilucutkan jawatan sebagai ahli Parlimen .Saya kata begini… ramalan saya bila PRU15 berlaku… akn ada PM Interim. Selepas itu akn diserahkan kembali kpd Najib.

Saya tidak pasti mengikut perlembagaan adakah Najib layak utk menjadi calon Parlimen dari penjara dgn alasan masih menunggu proses pengampunan. Sepertimana berlaku skg dia masih bergelar ahli Parlimen. Lagipun ini negara Bolehland… mereka boleh buat apa sahaja.

Jika rakyat mahu wang RM 100billion wang rakyat itu dikembalikan kepada rakyat… ayuh kita sama2 jatuhkan BN. Kita telah lakukan pada 2018 tetapi telah dikhianati. Kita lakukan sekali lagi.

 

Dr Wan Azizah, Rafizi Ramli, Nurul Izzah & Rakan: Jelajah Trak Ayuh Mala...

RAFIZI RAMLI PENDEDAHAN TERKINI! BELUM SELESAI ISU LCS ADA LAGI ISU PANAS!!



PEROLEHAN SISTEM MERIAM ARTILERI TENTERA DARAT: PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEWANGAN ARAHKAN RUNDINGAN TERUS DENGAN SYARIKAT BERUSIA DUA TAHUN.

 

Belum pun isu skandal pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) reda, proses perolehan pertahanan negara terus berkecamuk akibat campur tangan pimpinan politik kerajaan yang tidak mengendahkan pandangan dan keputusan pimpinan angkatan tentera.Salah satu perolehan besar yang menjadi sebutan dan kontroversi terkini ialah pembelian meriam artileri jenis self-propelled Howitzer (SPH) yang melibatkan peruntukan sekitar RM854 juta. SPH ialah meriam artileri yang digunakan oleh Angkatan Tentera Darat dan diukur antaranya dari segi keupayaan jarak tembakan dan keperluan mobilisasi/pengangkutan.

Saya telah mengkaji kontroversi perolehan ini sejak beberapa bulan dan mendapati ada bukti-bukti bahawa keputusan yang dibuat di peringkat tertinggi kerajaan membelakangkan spesifikasi dan keperluan angkatan tentera.Kementerian Pertahanan telah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan agar perolehan sistem meriam artileri SPH yang baru melalui proses tender terhad, seperti amalan perolehan kelengkapan pertahanan amnya.Memang menjadi amalan perolehan pertahanan negara bahawa pendekatan tender terhad digunakan untuk mengimbangi keperluan kerahsiaan pertahanan negara (supaya spesifikasi persenjataan tidak diketahui umum) dan mendapatkan nilai terbaik wang rakyat (agar pembida terbaik dilantik).Walau bagaimana pun, permohonan melaksanakan tender terhad oleh Kementerian Pertahanan ini ditolak oleh Kementerian Kewangan, seperti yang dimaklumkan oleh wakil Bahagian Perolehan Kerajaan, Datin Rosni Mohd Yusoff (bagi pihak Kementerian Kewangan) kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan:

Saya mengucapkan tahniah kepada penjawat awam seperti Datin Rosni dan kakitangan Kementerian Kewangan yang pintar menyatakan secara tersirat bentuk-bentuk campur tangan yang telah berlaku dalam perolehan meriam artileri ini:1. Menteri Kewangan menolak permohonan Kementerian Pertahanan untuk mengadakan tender terhad, sebaliknya mengarahkan supaya perolehan dianugerahkan terus kepada sebuah syarikat bernama MA Analytics Sdn Bhd pada harga RM853 juta2. Syarikat MA Analytics Sdn Bhd telah menulis kepada Perdana Menteri untuk merayu mengenai perkara ini dalam satu surat bertarikh 21 April 2022.

Saya lampirkan surat dari MA Analytics kepada Perdana Menteri itu yang merakamkan nota arahan Perdana Menteri yang menjadi sandaran keputusan Kementerian Kewangan mengarahkan perolehan berjumlah RM853 juta ini diberikan kepada MA Analytics:Surat tersebut memohon agar Perdana Menteri campur tangan untuk menyegerakan keputusan permohonan MA Analytics Sdn Bhd untuk dianugerahkan kontrak membekalkan meriam artileri SPH secara rundingan terus.

Perdana Menteri kemudiannya mencatatkan nota arahannya kepada Menteri Kewangan pada 27 April 2022 seperti berikut:“... YBM MOF, Saya sokong permohonan ini. Sila [......] ambil tindakan segera”Pada 25 Julai 2022, Kementerian Pertahanan akhirnya terpaksa akur dengan arahan Menteri Kewangan.Satu Surat Niat (“Letter of Intent”) telah dikeluarkan yang melantik MA Analytics untuk membekalkan sistem meriam artileri SPH secara rundingan terus, walaupun ini bertentangan dengan kehendak dan permohonan Kementerian Pertahanan sebelum itu yang mahu perolehan ini dibuat secara tender terhad (seperti lazimnya).Saya juga telah menyemak latar belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang dipertanggungjawabkan membekal dan menyelia sistem meriam artileri SPH berjumlah RM835 juta ini.Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa syarikat ini hanya ditubuhkan tidak sampai dua tahun dari tarikh anugerah kontrak oleh kerajaan, tanpa rekod dalam industri pertahanan dan pembekalan persenjataan yang sebegini besar.Saya ingin memulakan siri pendedahan perolehan persenjataan dan pertahanan negara (siri meriam artileri) dengan menanyakan soalan-soalan berikut:

1. Siapa di belakang syarikat MA Analytics Sdn Bhd yang tiada pengalaman ini sehingga Perdana Menteri sendiri yang memberi arahan agar tender dianugerahkan secara rundingan terus?

2. Kenapa kerajaan UMNO – PAS -BERSATU terus menggadaikan kepentingan pertahanan negara dan kebajikan askar dengan memperjudikan sistem persenjataan di tangan syarikat-syarikat yang tidak ada pengalaman dan rekod seperti MA Analytics Sdn Bhd ini?Saya akan mendedahkan pelbagai kepincangan lain dalam pembelian meriam artileri SPH ini setiap hari dalam minggu ini dan minggu depan.Oleh kerana UMNO nampaknya begitu yakin dengan sokongan pengundi Melayu kepada mereka sehingga sanggup memanggil PRU15 semasa banjir, saya ingin lihat berapa banyak lagi sokongan kepada UMNO jatuh merudum apabila mereka berkempen di dalam banjir untuk mempertahankan penyelewengan-penyelewengan sistem pertahanan negara seperti LCS dan meriam artileri SPH ini. Sumber Kenyataan FB Rafizi ramli


MODAL DAH TAK ADA GAMAKNYA LEBAI NI

Walau pun dah 3 tahun dalam kerajaan Lebai PAS tetap tak mampu cari modal politik untuk tarik sokongan rakyat selain ratib DAP DAP DAP

Lebai dan walaun patut ucap terima kasih kepada DAP kerana kalau tak ada DAP mana lebai PAS nak cari modal

 AHMAD ALBAB 

LAPORAN POLIS! FITNAH LAGI DKATAKAN OLEH PENYOKONG LEBAI LEBAI DI KEDAH!


SIDANG MEDIA KHAS Laporan Polis 2 perkara :

1. Tohmahan dan Fitnah oleh pemilik akaun yang pro kepada pas terhadap isu Minum Kopi di Balai Seni.

2. Pencerobohan dan kecurian REE, adakah kerajaan negeri tidak sedar atau pandang sebelah mata?. Sumber Video AMANAH Negeri Kedah




MGTV LIVE : Pembubaran Parlimen Telah Ditetapkan Apabila PM Menasihati Y...



Sidang media Presiden UMNO, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas perjumpaan khas bersama Ketua Bahagian dan Sayap-Sayap Bahagian UMNO MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com


Anwar tak terkesan dengan 'PM tepi'



Biarpun digelar 'PM tepi' tetapi ia tidak memberi kesan kepadanya, sebaliknya beliau bangga kerana tidak mengkhianati atau seleweng wang rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. Kata Anwar, beberapa ahli Parlimen sering menyindirnya dengan gelaran tersebut apabila beliau bangkitkan isu mengenai kos sara hidup dan inflasi. Ketua pembangkang itu juga maklum jalan untuk beliau jadi perdana menteri tidak mudah kerana ramai yang bersekongkol untuk menentangnya.



AGONG YANG TENTUKAN PRU 15, BUKAN UMNO


DENGAR SEMUA RAKYAT MALAYSIA-BUKAN PARTI INI YANG MENGAJAR KITA MEMILIH PIMPINAN NEGARA. KITA RAKYATLAH YANG MENENTUKAN SIAPA PIMPINAN KITA







 Petang hari ini, UMNO sekali lagi mengadakan perjumpaan raksasa dengan semua Ketua Bahagian, sayap Pemuda, Wanita dan Puteri di markas mereka Dewan Tun Hussein Onn atas jemputan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Kali terakhir Zahid memanggil semua pemimpin akar umbi berkumpul adalah selepas Datuk Seri Najib Razak disumbat masuk ke Penjara Kajang dan ketika itu menitis air mata jantan Presiden mengenangkan nasib rakannya yang sudah disabitkan hukuman.

Ketika itu berapi-api ucapan Zahid bersama-sama barisan peguam Najib yang dijemput untuk memberi taklimat dan seperti biasa laungan ‘bubar, bubar’ mengegarkan dewan sehingga mahu runtuh bumbung sebagai desakan supaya Parlimen dibubarkan kerana tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas Najib.

Hari ini, sekali lagi akar umbi turun berhimpun dan dijangka fokus perhimpunan dan Zahid adalah bagi meminta Perdana Menteri segera memanggil pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) diadakan.

Peluang sudah diberikan kepada Perdana Menteri sebelum ini untuk mencari ilham memilih tarikh PRU-15 selepas pulang dari lawatan kerjanya ke Amerika Syarikat dan Kuwait, sekembalinya dari lawatan terus diadakan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

Malah UMNO sudah memberi mandat kepada Perdana Menteri untuk segera mempersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong cadangan membubarkan Parlimen tetapi setakat hari ini belum pasti tarikh menghadap tersebut.

Walaupun pelbagai spekulasi dibuat berhubung tarikh menghadap tersebut, namun setakat ini masih belum ada pengesahan secara rasmi daripada Istana Negara berhubung pertemuan dengan Perdana Menteri.

Bagaimanapun, perjumpaan hari ini dilihat bakal menjadi referendum terakhir kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya segera mengambil langkah sepatutnya untuk menunaikan mandat yang dipertanggungjawabkan kepadanya oleh MT UMNO baru-baru ini.

“Ini bakal menjadi satu perjumpaan besar yang terakhir untuk menunjukkan sokongan akar umbi terhadap gesaan Zahid supaya Parlimen dibubarkan dan PRU-15 diadakan,” kata seorang pemimpin akar umbi yang akan turut hadir pada perjumpaan hari ini.

Sabtu lalu Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan dalam surat bertarikh 30 Sept berkata, majlis perjumpaan itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, bermula 2 petang.

“Adalah dimaklumkan bahawa satu perjumpaan khas bersama presiden Umno dan perdana menteri akan diadakan pada 4 Okt (Selasa), bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, aras 2 WTC,” kata surat itu.

Ahmad selepas mesyuarat MT UMNO Jumaat lalu memaklumkan parti itu mencapai konsensus supaya pembubaran Parlimen hendaklah diadakan dalam masa terdekat bagi membolehkan PRU-15 diadakan tahun ini.

Ahmad berkata, Ismail akan mempersembahkan cadangan tarikh pembubaran Parlimen kepada Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah selaras Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.


INI NAMANYA BANDUAN TAK SEDAR DIRI….

 

Berikutan permohonan Najib Razak untuk menghadiri sidang Parlimen ditolak oleh Jabatan Penjara, peguam bekas Perdana Menteri telah menulis surat rayuan kepada Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuiddin bagi memohon pertimbangan selanjutnya.

Peguam Najib itu, Shafee Abdullah dipetik memberi tempoh sehingga jam 12.00 tengahari ini untuk Hamzah memberi jawapan kepada rayuan tersebut.

Sekiranya tidak mendapat jawapan, beliau berkata, tindakan undang-undang akan difailkan bagi membolehkan Najib hadir ke Parlimen.

Kegilaan apakah ini?

Sebagai banduan yang kini merengkok di penjara setelah didapati bersalah oleh sembilan hakim sehingga ke peringkat mahkamah paling tinggi sekali, bukan saja membuat rayuan dan mengambil tindakan mahkamah suatu tindakan yang salah, bahkan memohon untuk hadir ke Parlimen saja pun sudah dikira salah.

Apakah Najib tidak sedar status dirinya sekarang ini?

Sebagai pesalah dan banduan, Najib sepatutnya sedar beliau sekarang ini sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen untuk hadir di Dewan Rakyat.

Menunggu pengampunan diraja dan semakan kehakiman tidak mengubah statusnya sebagai banduan dan boleh menjadikannya seolah-olah seperti rakyat biasa yang bebas dan merdeka.

Beliau hanya boleh hadir ke mahkamah untuk kes perbicaraan saja, itu pun dengan kawalan keselamatan oleh pihak penjara.

Kematian ahli keluarga, acara pengkebumian dan pelbagai kecemasan lain pun tidak boleh dihadiri oleh banduan, melainkan yang kritikal seperti kematian ibu bapa, isteri dan itu pun melalui pertimbangan yang khusus serta tidak semestinya semua banduan wajib diberi pelepasan.

Dalam konteks Najib, apakah hadir ke Parlimen sesuatu yang sangat penting bagi beliau sehingga perlu membuat permohonan, kemudian mengemukakan rayuan setelah ia ditolak dan seterusnya ingin mengambil tindakan undang-undang pula?

Apa yang Najib mahu tunjukkan kepada rakyat dan dunia dengan tindakannnya?

Apakah juga kehadirannya ke Parlimen selama ini 100 peratus sehingga terasa amat bersalah tidak dapat menghadirinya kali ini?

Kalau begitu, apakah semua banduan lain juga boleh membuat permohonan yang sama, misalnya untuk hadir ke majlis anak menerima ijazah, bapa saudara kahwin baru dan majlis sukan anak misalnya?

Dengan status sebagai banduan sekarang ini, bukan saja Parlimen tidak lagi penting baginya, malah Parlimen juga tidak lagi menganggap beliau sebagai penting.

Tolonglah Najib, sedarlah diri sikit!!

Jadi banduan pula bukan kerana kesalahan kecil seperti mencuri telur ayam dan seumpamanya, tetapi kerana kesalahan yang membuatkan negara malu di mata dunia.

Dengan itu, tak payahlah sekarang ini mengada-ngada nak tunjuk baik minta hadir ke Parlimen, konon mahu menunaikan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen.

Segala-galanya sudah tiada erti lagi, duduk diam-diam di penjara dan bermuhasabah atas kesalahan masa lalu jauh lebih bererti sebelum dunia ini ditinggal pergi.

Urusan negara dan berbahas di Parlimen biarlah mereka yang bukan banduan melaksanakannya. – ShahbudinHusin 04/09/2022.

 

Bubar Parlimen pada Jumaat? Mahfuz ucap selamat membubar kepada PM


 

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob masih menunggu masa sesuai untuk membubarkan Parlimen.

Pembubaran Parlimen mungkin berlaku pada Jumaat ini, dakwa Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah itu meramalkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan terpaksa mengikut cakap kawan-kawan perompaknya untuk membubarkan Parlimen bagi mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU-15).

“Kesian kat YAB PM (yang amat berhormat Perdana Menteri).

“Demi nak jaga hati kawan-kawan perompak Jumaat ini dah nak kena bubar juga parlimen,” katanya dalam ciapan di Twitter hari ini.

 

Kenyataan Mahfuz itu dibuat ketika spekulasi semakin bertiup kencang Ismail Sabri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong seperti diarahkan partinya untuk mencadangkan pembubaran Parlimen.

Jika dakwaan Mahfuz tersebut menjadi kenyataan, ia bermakna Ismail Sabri tidak sempat membentang Bajet 2023 yang sepatutnya dijadualkan pada 7 Oktober ini hari sama didakwa bakal berlaku pembubaran.

“Tak apalah YAB, bubar pun bubarlah, asal ada ketentuan.

“Duk dingdong dingdong pasal PRU-15 ini menyusahkan rakyat saja.

“Selamat membubar,” sindirnya lagi.

Pembangkang sebelum ini melahirkan kebimbangan sekiranya PRU-15 diadakan semasa musim tengkujuh bakal menyebabkan rakyat yang sedang mengalami kesusahan kehilangan harta benda akan lebih tertekan.

Bagaimanapun, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata sedia meredah banjir sekalipun PRU-15 diadakan pada hujung tahun ini bagi memastikan kemenangan UMNO-Barisan Nasional nanti.

 

UMNO tak kisah jika PAS enggan keluar PN, sedia gerak solo PRU-15






Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas perjumpaan dengan pemimpin bahagian dan sayap parti itu di ibu negara hari ini (4 Oktober 2022).

 

UMNO mengulangi pendirian terhadap syarat yang dikenakan kepada PAS sekiranya ingin bekerjasama, namun bersedia bergerak solo pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) sekiranya parti Islam itu enggan meninggalkan Perikatan Nasional (PN).

Serentak itu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS menyatakan pendirian berhubung perkara berkenaan dengan secepat mungkin.

Zahid mengesahkan beliau bertemu dengan Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan berbincang mengenai beberapa perkara dasar, sebelum membentangkannya kepada biro politik dan Majlis Tertinggi (MT) UMNO.

“Keputusan MT ialah mengabsahkan jika PAS mahu bersama-sama dengan kita (UMNO) setelah memenuhi syarat-syarat yang telah kita tetapkan.

“Tanpa memenuhi syarat-syarat itu maka kami (UMNO) akan bergerak secara solo. Bukan kami terlalu yakin tetapi kami yakin bahawa selepas mereka tentukan, kita mesti bergerak mengikut kaedah-kaedah peperangan bagi menghadapi pilihan raya. Secara tersendiri.

“Tetapi jika mereka mahu bersama-sama dengan UMNO dan BN (Barisan Nasional) mereka bebas untuk menggunakan lambang parti mereka, tetapi kita boleh bertoleransi untuk menjalin kebersamaan jentera bagi menghadapi pilihan raya,” katanya pada sidang media yang disiarkan secara langsung selepas perjumpaan dengan pemimpin UMNO bahagian dan sayap parti di Menara dato Onn hari ini (4 Oktober 2022).

Pada 2 Oktober lalu, Zahid berkata UMNO meletakkan tiga syarat kepada PAS dalam memperkukuh kerjasama rasmi antara dua parti itu bagi menghadapi PRU-15.

Tiga syarat berkenaan ialah:

  • PAS perlu keluar daripada gabungan Perikatan Nasional (PN);
  • Memutuskan hubungan politik dengan Bersatu; dan
  • Mengisytiharkan secara rasmi ‘mufaraqah’ berkenaan dan bukan hanya sekadar retorik politik.

Zahid berkata syarat itu telah disampaikan kepada Abdul Hadi dalam pertemuan baru-baru ini.

Pada sidang media sama, Pengerusi BN itu berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi jaminan akan menyokong semua calon-calon BN di negeri itu.

“Kami menghargainya dan semoga perkara ini dapat direalisasikan dalam makna yang sebenar apabila tiba masanya,” katanya.

Untuk rekod, GRS adalah gabungan yang dianggotai Bersatu, PBS, SAPP, STAR, dan USNO.

Bersatu, STAR dan SAPP pula adalah anggota gabungan PN. Ketua Menteri Sabah sekarang adalah Datuk Seri Hajiji Noor daripada Bersatu.

Sementara itu, Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk berkata BN akan membuat keputusan berhubung permohonan beberapa parti baharu untuk menjadi anggota komponennya.

Beliau juga berkata Perdana Menteri mempunyai kuasa mutlak selepas mendapat mandat dari Jemaah Menteri bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi penentuan tarikh pembubaran Parlimen.

Spekulasi bahawa PRU-15 akan diadakan tahun ini mendapat momentum berikutan pengesahan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis, 6 Oktober 2022.

 





MEMANG BETUL-PEMIMPIN YANG BODOH JANGAN IKUT-OTAK UDANG BETUL

 

AHMAD ALBAB


Betul orang kata Pemimpin bodoh lahir dari Pengundi bodoh.

Sejak bila Anwar janji masuh Tol hapus PTPTN? Dan sejak bila Anwar jadi Menteri


 semasa PH merintah?



 

ELOK LA SUPAYA TAK ADA LAGI YANG BANGSAT CARI TEMPAT BERTEDUH

 

Undang-undang anti-lompat berkuat kuasa esok, kata menteri.






Di bawah undang-undang, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi mereka
 jika mereka memilih untuk melompat ke parti lain (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Undang-undang anti-lompat akan berkuat kuasa mulai esok, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar menurut laporan Bernama.

Dalam jawapan bertulis Parlimen awal hari ini, Wan Junaidi berkata undang-undang itu diwartakan pada 6 Sept selepas Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada Pindaan Perlembagaan pada 31 Ogos.

Bagaimanapun, ketika menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah), beliau berkata penguatkuasaan Pindaan Perlembagaan akan ditangguhkan kepada “tarikh yang akan ditentukan kemudian”, tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Agong.

Semalam, Wan Junaidi memberi jaminan undang-undang itu akan berkuat kuasa menjelang pilihan raya umum diadakan.

Di bawah undang-undang, Ahli Parlimen akan kehilangan kerusi mereka jika mereka memilih untuk melompat ke parti lain. Pengecualian akan diberikan kepada Ahli Parlimen yang dipecat oleh parti mereka atau jika parti mereka dibubarkan atau dibatalkan pendaftaran.

Ahli Parlimen yang dipilih sebagai Speaker Dewan Rakyat juga akan dikecualikan daripada undang-undang.

Undang-undang itu tidak akan terpakai kepada Ahli Dewan Negara, kerana pada masa ini, senator dipilih oleh DUN atau melalui lantikan politik oleh kerajaan persekutuan dan tidak bertanding untuk pilihan raya umum.

KENAPA LA SEMBAB SANGAT NAK FIKIR...ORANG TAK MAHU LA TU BHAI...KAH..KAH...KAH

 

Lebai ni memang tak faham bahasa kena bahannn kutt!!! Kerr memang lebai ni yg bingai Kalau sampai letak syarat bagai tu maksudnye org tak sudi la lebaiiii

Translate Tweet

Lebai ni memang tak faham bahasa kena bahannn kutt!!! Kerr memang lebai ni yg bingai Kalau sampai letak syarat bagai tu maksudnye org tak sudi la lebaiiii

Translate Tweet

 



(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...