Anwar tak terkesan dengan 'PM tepi'



Biarpun digelar 'PM tepi' tetapi ia tidak memberi kesan kepadanya, sebaliknya beliau bangga kerana tidak mengkhianati atau seleweng wang rakyat, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim. Kata Anwar, beberapa ahli Parlimen sering menyindirnya dengan gelaran tersebut apabila beliau bangkitkan isu mengenai kos sara hidup dan inflasi. Ketua pembangkang itu juga maklum jalan untuk beliau jadi perdana menteri tidak mudah kerana ramai yang bersekongkol untuk menentangnya.



No comments: