CONTOH MISKIN TEGAR


Kemiskinan tegar di Malaysia yang kian meruncing sampaikan bendera parti pun dijadikan baju kerana tak mampu nak beli kain. Petanda jelas kegagalan kerajaan BN/PN yang diterajui oleh UMNO ini. Guane boh?

Raja Gelap

                         



MUSANG- NEGERI KAYA RAKYAT MISKIN

 









MUSANG

Sabah merupakan negeri termiskin di Malaysia. Walau pun mempunyai sumber asli paling banyak, simpanan gas tertinggi di Malaysia, pembangunan negeri ini terencat.

5/10 daerah termiskin di Malaysia, datangnya dari Sabah.

Apabila NGO Ikatan Penampang mendekati saya untuk menjadi penasihat/ associate member, saya langsung tak keberatan.

Bukan apa, pada saya Sabah has a lot of potential. And her people are the warmest and the friendliest. Not to mention intelligent and capable.

Di mana silapnya?

Tidak boleh dinafikan hak mereka di bawah Perjanjian Malaysia 1963 diketepikan sekian lama. Janji tidak ditepati. Rakyat yang rugi. Pemimpin Malaya tidak boleh buat “dunno” lagi.

One more, which I have to put on the table. Cara orang Sabah memilih pemimpin. Jangan la diberi kepada set2 musang berjanggut. Musang2 berbulu ayam diamanahkan menjaga reban. Pastinya yang mereka pikirkan hanya habuan.

Kalau begitu, letaklah beratus bilion budget pun takkan cukup. Dan rakyat Sabah akan berterusan begitu.

Makanya saya cadangkan, Dewan Undangan Negeri Sabah perlu bersidang dulu. Sebelum Budget 2023 di Peringkat Persekutuan.

Setiap ADUN bentangkan cadangan. Apa yang perlu untuk pembangunan negeri dan kepentingan rakyat? Sekolah, jalan raya, jambatan? Berapa jumlah budget pembangunan untuk setiap kawasan?

Maka dengan itu, ada perspektif yang jelas, adakah mencukupi Belanjawan Tahunan yang diberi oleh Persekutuan.

Terima kasih The Star dan Borneo Post cover pandangan saya.

More to come, In Sya Allah! Untuk rakyat negeri Sabah atau mana2 negeri yang perlukan sokongan.

At the end, konsepnya: mana baik kita sokong, mana salah kita bantah.

Salam hormat,

Liyana Marzuki

https://www.thestar.com.my/.../ngo-urges-special-sabah...

https://www.theborneopost.com/.../special-assembly.../

 

KJ KATA NAJIB DAPAT UBAT YANG SAMA SAHAJA....PEMBOHONG


 

PIKNIK RAKYAT PD

 16 SEPTEMBER 2022 (JUMAAT)


















 

 *2.30 petang* 

 

- Pemeriksaan Kesihatan

- Pameran Agensi

- Pertandingan Mewarna

- Demonstrasi Memanah

- Pertandingan Busana Melayu

- Demonstrasi Tanjak & Ikatan Sampin

 

 *5.30 Petang* 

 

- Himpunan Pendekar & Demonstrasi 

 

 *7:45 Petang* 

 

Zumba & Larian Malam PD 

 

 *8:00 Malam* 

 

- Persembahan Lagu Patriotik & Teater

- Doa Untuk Malaysia

- Ucapan Harapan Malaysia

- Bacaan Puisi

- Persembahan Artis Popular

 

 *Sepanjang Hari: Jualan Dari Peniaga Tempatan & Food Truck* 

 

 

 


Puas menipu dalam mahkamah, ... kini dia mula menipu hospital pulak. Nak percayakan Najib dan anaknya ATAU... Percayakan Dr. Norhisyam dan KKM?

 

AKAUN ADIK GUNA-TWEETER




HAAAAH...PENIN....WALAUN HENTAM LEBAI


 

AISHAH HENTAM MACAI BOOSLU




 

Fahmi Fadzil: Azmin Ali, Saya Harap Anda Menonton Ini, Zuraida, Where Ar...

UMNO MEMBELAKANGKAN KEPENTINGAN UMMAH?


Sebelum ini Abdul Hadi pernah mengata UMNO sebagai itik patah kaki, yang mahu berenang sendiri setelah sembuh. “Malangnya bila kakinya dah pulih, dia nak berenang sendiri. Nak tinggal kita. Jadi, itu satu benda yang tidak bermoral dan tak betul,” katanya.


DR MUJAHID DEDAH SEJAK 3 MINGGU YANG LALU.,NAMUN SEMUA DIAM MEMBISU. ..VIDEO DI DALAM..Patut terima pada 2020, tapi 3 kapal Maritim Malaysia masih dalam pembinaan




Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som berkata, pandemik Covid-19 turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir kepada Maritim Malaysia.

PUTRAJAYA: Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2020 masih dalam pembinaan, demikian menurut Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan berkata, kapal OPV itu sedang dibina syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada Maritim Malaysia,” katanya mengenai status semasa pembinaan OPV itu.

Beliau berkata, kapal OPV 1 yang dijadual dilancarkan ke air hari ini (13 Sept) tidak dapat dilakukan kerana kapal itu tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

Katanya, syarikat itu akan mengubah cara pelancaran daripada “Launching Cradle” kepada sistem pelancaran “Air Balloon” yang dijangka dilakukan 10 Okt nanti.

“Sekiranya semua berjalan lancar dan jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia pada awal 2023,” katanya.

Beliau berkata, kapal OPV 2 dan OPV 3 pula akan diserahkan secara berperingkat.

“Besar harapan agensi ini agar ketiga-tiga kapal dapat disiapkan dan diserahkan kepada Maritim Malaysia dengan kadar segera, walaupun dua tahun melewati tarikh asal penyerahan.

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan Maritim Malaysia kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya.


 

RAKUSNYA ZAMAN UMNO/BN DISELANGOR

 


Projek pembangunan di Bukit Cherakah diluluskan ketika kali terakhir Barisan Nasional (BN) menerajui Selangor di bawah kepimpinan MB ke-14 Dr Khir Toyo. - Gambar FB

Berdepan kemarahan orang ramai berhubung kehilangan kawasan hijau yang semakin meningkat, Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari hari ini (13 September) berkata kerajaan negeri mungkin perlu membayar pampasan sebanyak RM1 bilion jika projek pembangunan di Bukit Cherakah dibatalkan secara mengejut.

Menurutnya projek pembangunan berkenaan diluluskan ketika kali terakhir Barisan Nasional (BN) menerajui Selangor di bawah kepimpinan MB ke-14 Dr Khir Toyo.

“Dia (Khir Toyo) tidak boleh lepaskan… dia perlu bertanggungjawab,” kata Amirudin kepada pemberita selepas melancarkan Buku Meja Kopi Air Selangor di Pusat Beli-Belah 1Utama di Petaling Jaya.

Beliau menjawab kenyataan Dr Khir, semalam melahirkan kekecewaan dan mengatakan Amirudin cuba mengalihkan kesalahan kerana menyahwartakan sebahagian daripada hutan simpan Bukit Cherakah.

Amirudin berkata, banyak keputusan kerajaan negeri berhubung tanah yang dibuat ketika Dr Khir menjadi MB, sekali gus mendedahkannya kepada tindakan undang-undang.

Dr Khir adalah MB Selangor dari 2000 hingga 2008.

Minggu lalu, Amirudin berkata kerajaan Selangor akan menyelesaikan proses untuk menyahwartakan sebahagian Bukit Cherakah bagi mengelak kemungkinan tindakan undang-undang oleh syarikat yang mempunyai kepentingan di sana.

Beliau menambah bahawa membatalkan keputusan tahun 2000 akan memberi lebih banyak manfaat kepada pemaju kerana mereka akan diberi pampasan yang besar atas kehilangan perniagaan mereka.

“Jika kerajaan tidak meneruskannya, ia akan berdepan dengan saman kerana syarikat tersebut akan kehilangan peluang perniagaan mereka yang diluluskan oleh bekas Exco kerajaan negeri,” katanya.

Dua kumpulan alam sekitar sebelum ini telah mengheret kerajaan Selangor ke mahkamah bagi menghalangnya daripada membatalkan status sebahagian Bukit Cherakah untuk tujuan pembangunan.

 

BINCANG ELOK ELOK SEBAB PUNCA KEKALAHAN NANTI ADALAH DISEBABKAN BEREBUT SESAMA SENDIRI.

 

PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15



Dewi Nur Harasha Alias
PM jumpa 'Top 5' UMNO sebelum Bajet 2023 bincang tarikh PRU15
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (Top 5) UMNO bagi membincangkan tarikh PRU15 dalam masa terdekat. - Gambar fail BERNAMA
BAYAN BARU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengadakan pertemuan dengan lima pemimpin tertinggi (‘Top 5’) UMNO bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Ismail Sabri yang juga menduduki kerusi ‘Top 5’ parti iaitu sebagai Naib Presiden berkata, mesyuarat itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober depan.
"Seperti yang saya maklumkan sebelum ini, semua keputusan akan dibuat ‘Top 5’ UMNO, jadi kita tunggu sehingga mesyuarat bersama ‘Top 5’ diadakan, kita akan buat secepat mungkin, mungkin awal sebelum pembentangan Bajet 2023,” kata Perdana Menteri.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada masih ada peluang PRU15 diadakan tahun ini selepas merasmikan majlis perasmian Kongres Teknologi dan Inovasi Dunia 2022 (atau WCIT 2022) Malaysia di Pusat Konvensyen Setia Spice, di sini, pada Selasa.
Sebelum ini, Ismail Sabri memaklumkan, beliau belum berbincang dengan 'Top 5’ UMNO berhubung tarikh PRU15.
'Top 5' UMNO merujuk kepada Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan serta tiga Naib Presiden iaitu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Ismail Sabri sendiri.
Selepas berbincang dengan 'Top 5' UMNO, Ismail Sabri akan berbincang pula dengan parti MCA dan MIC serta parti komponen Barisan Nasional (BN) yang lain sebelum membawa ke Kabinet untuk kelulusan seterusnya menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mendapat perkenan membubarkan Parlimen.

BUKTI ANWAR MASIH RELEVEN DI KALANGAN KAUM MELAYU


BUKTI ANWAR MASIH RELEVEN DI KALANGAN KAUM MELAYU 

Rapat Mega Keadilan membariskan semua pimpinan utama Keadilan yang diketuai oleh Anwar Ibrahim berhimpun di Taman Melawati, Gombak malam kelmarin.  

Saya melihat kehadiran luar biasa terutamanya di kalangan anak-anak muda dan kaum Melayu yang begitu ramai memenuhi tapak bazar Ramadhan Taman Melawati malam itu.  Saya terbayang era reformasi di mana kaum melayu adalah pendokong kuat Anwar Ibrshim ketika itu, cuma bezanya kali ini kaum bukan melayu telah mula bangkit seawal 2008 lagi.  Kini, PH benar-benar menjadi parti yang berbilang kaum serasi dengan kemajmukan negara kita.  

Malam itu, tiada tokoh yang luar biasa tampil kecuali Altimet dengan lagu "Aduh Malaysia" yang menjadi viral kini.  Siti Aishah Shaik Ismail  yang diberi masa singkat untuk berucap malam itu ternyata memukau para hadirin.  Sudah lama kita tidak mendengar pidato dari bekas Ketua Srikandi Keadilan ini.  Menarik juga seorang lagi tokoh muda wanita yang sukar untuk kita lihat beliau berucap di pentas ceramah iaitu Muneerah Raiyan Abdul Rahim Ghous juga bekas Ketua Srikandi Keadilan tampil dengan gaya penyampaiannya yang tersendiri.  

Pimpinan lain seperti biasa yang tidak boleh dinafikan kehebatan masing-masing berpidato terutamanya Anwar Ibrahim yang menjadi penutup pidato malam itu.  Syabas kepada Ketua Penerangan, YB Fahmi Fadzil dan juga Pok Ya yang berperanan menggerakkan mobilisasi.  

Percayalah, kita menghadapi PRU15 bukan sahaja untuk mengambil alih kerajaan dari kerajaan bobrok sekarang agar diganti dengan kerajaan PH yang akan melaksanakan reformasi, tetapi kita ingin tampilkan Anwar Ibrahim sebagai PM kita selepas PRU15 nanti, InsyaAllah.  Tahniah semua.


WFAUZDIN NS



MUSHANGGGG

 

Hamdan Taha.


Ucapan Presiden umno di perasmian parti india nama saya tak ingat sangat sebab india ni banyak sangat parti


Dr zahid hamidi kata bn akan buang dan bunuh musang berbulu ayam kerana dia ada dalam reban ayam,dia menyamar jadi ayam kemudian dia makan ayam itu selagi boleh,ini bukan sebarang musang ni,ini musang bijak mengunakan agama dan bangsa dan bermuka muka


Musang ini sangat bijak kerana dia tahu ayam semuanya bodoh bodoh belaka mereka tak dapat bezakan musang dengan ayam bila musang dah menyamar dalam reban mereka,ayam ni bangsanya banyak juga,ayam kampung ada ayam daging ada ayam hutan pun ada yang mudah kena tipu ni ayam kampung ler


Saya setuju musang wajib di buang atau di tembak atau apa saja tindakan untuk keluarkan mereka dari reban


Maknanya presiden kata bn kena tidak mencalunkan semula mereka yang belot kepada pejuangan BN


Cuma saya nak tanya juga pada zahid hamidi ni musang berbulu ayam yang masuk dalam reban sebagai menteri,timbalan perdana menteri,perdana menteri yang terlibat rasuah dan menjadi kaya raya seluruh keturunan musang itu bagai mana pulak ? Tak kan nak biarkan mereka kekal jadi calun BN walaupun satu dunia dah tahu mereka tu musang berbulu ayam kepada jawatan yang di amanahkan



INGAT SEMUA ..

 

UNTUK PARA PENGUNDI!

Baca dan fahami betul2 makna ini





Altimet - Aduh Malaysia (Sakau Sakau Sakau)



Aduh Malaysia

La la la la la la la la

Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?

Hoi bangun yang lama mengelamun

Duit kau aku, semua dia sapu

La la la la la la la la

Inspektor sahab saya nak buat laporan,

Negeri saya ada 2 3 tokan

Sini banyak ikan diorang monopoli joran

Rakyat ta kdapat memancing kami lapar & bosan

Orang dia buncit makan duit tepi

Orang kita tak mampu orang luar beli

Bila tengok berita kita semua rasa geli

Bila pusing nusantara kawan kawan kami perli

La la la la la la la la

Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?

Hoi bangun yang lama mengelamun

Duit kau aku, semua dia sapu

La la la la la la la la

Inspektor Sahab ini abad ke 21

Jadi kenapa masih ada kapal kita separa kayu?

Rakyat sama sultan dia cuba tipu

Cuba bagitahu aku kenapa macam gitu?

Ada kapal selam yang tak reti berenang

Acaner kalau sisir pantai kena serang?

Terus terang tidur aku tak tenang

Fikir nasib anak bini kalau kita kena serang perang

La la la la la la la la

Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?

Hoi bangun yang lama mengelamun

Duit kau aku, semua dia sapu

La la la la la la la la

Duit aku makin kecik buncit dia makin besar

Makin ramai miskin bandar ramai miskin tegar

Adayang bersuara masih rasa gentar

Ada mulut buka besar, tersedak penuh dedak

Mungkin cara mereka dilentur

Dulu dulu mula takde siapa yang tegur

Makin lama maruah kita semakin lebur

Jadi biar aku buka mulut semua kena sembur

La la la la la la la la

Hoi hoi ya hoi siapa sokong poenyamun?

Hoi bangun yang lama mengelamun

Duit kau aku, semua dia sapu

La la la la la la la la



(function() { var d = document, w = window; w

PH-BN AKAN JADI GABUNGAN BESAR – ZAHID HAMIDI

  Kerajaan Perpaduan dibentuk Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) diyakini terus menjadi gabungan besar yang tidak akan berakhir ...