DR MUJAHID DEDAH SEJAK 3 MINGGU YANG LALU.,NAMUN SEMUA DIAM MEMBISU. ..VIDEO DI DALAM..Patut terima pada 2020, tapi 3 kapal Maritim Malaysia masih dalam pembinaan




Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som berkata, pandemik Covid-19 turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir kepada Maritim Malaysia.

PUTRAJAYA: Tiga kapal peronda luar pesisir (OPV) yang sepatutnya diterima Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) pada 2020 masih dalam pembinaan, demikian menurut Maritim Malaysia.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Mohd Zubil Mat Som dalam kenyataan berkata, kapal OPV itu sedang dibina syarikat tempatan, THHE Destini Sdn Bhd yang terletak di Pulau Indah, Selangor.

“Pandemik Covid-19 yang melanda negara sebelum ini turut menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada Maritim Malaysia,” katanya mengenai status semasa pembinaan OPV itu.

Beliau berkata, kapal OPV 1 yang dijadual dilancarkan ke air hari ini (13 Sept) tidak dapat dilakukan kerana kapal itu tidak berjaya dibawa ke lokasi pelancaran.

Katanya, syarikat itu akan mengubah cara pelancaran daripada “Launching Cradle” kepada sistem pelancaran “Air Balloon” yang dijangka dilakukan 10 Okt nanti.

“Sekiranya semua berjalan lancar dan jika pelancaran ini dapat direalisasikan pada tarikh tersebut, besar kemungkinan kapal OPV 1 dapat diserahkan kepada pihak Maritim Malaysia pada awal 2023,” katanya.

Beliau berkata, kapal OPV 2 dan OPV 3 pula akan diserahkan secara berperingkat.

“Besar harapan agensi ini agar ketiga-tiga kapal dapat disiapkan dan diserahkan kepada Maritim Malaysia dengan kadar segera, walaupun dua tahun melewati tarikh asal penyerahan.

“Ketiga-tiga kapal OPV ini amat diperlukan Maritim Malaysia kini bagi menguatkuasakan undang-undang di dalam perairan negara,” katanya.


 

No comments: